It's a Long Journey..

Sunday, June 5, 2011

Ok.nak menulis. silap. nak menaip. It's a long Journey. Actually bukannya first time nak balik JB dari AS kan? Cumanya kali ni ter'gedik' sket nak balik JB ikut KL. Eh, selama ni tak ikut KL ke? Urr..selama ni lalu je KL.. Kali ni nak stop dekat KL. Jejak kaki dekat bumi KL. hahaha..menyusahkan diri sendiri kan? Dah ada cara mudah, saja nak cari susah. 

4 jun 2011. Niat ambil bas dari Alor Setar ke KL then proceed ke JB konon-kononnya nak attend kenduri kahwin. Orang dah jemput. Walaupun jauh, kenalah cari inisiatif nak menghadirkan diri kan? Kebetulan pula memang nak balik ke JB. Alang-alang dah turun ke Selatan, apa salahnya kalau drop for a moment kan? Tiket paling awal dapat pukul 10.00 pagi. Abah kata pukul 4.00 sampai KL. Ok. KL kan maju? Naik LRT less than 20 minutes dah bleh sampai ke lokasi kenduri tu. But then, aisyh..sabor jelah.. Apa kehalnya jauh sangat KL tu dari Aloq Staq? Pukul 4.45pm baru nak nampak Hentian Pudu. Mujur buat plan A plan B. Kalau tak, ko berkampunglah dekat Hentian Pudu tu tak tahu nak kemana..

Ikut plan, kalau sampai before 4pm or paling lewat pukul 4pm dah dekat Hentian Pudu, terus amik LRT sampai stesen Pak Cik Chow tu. Tapi kalau sampai lepas pukul 4 or 4.15pm, you need to go directly to Stesen Bandar Tasik Selatan seberang jambatan dan sampai ke Terminal Bersepadu Selatan. Since you did not have any plan to stay a nite at KL. err..berterabur speaking.



Pendek cerita. Dah sampai pun pukul 4.45pm, apa kisahnya nak g kenduri lagi? Orang kenduri pun dah lipat meja dah nak basuh periuk belanga. Besides, your journey tak sampai the end lagi. So, angkut beg masuk Hentian Pudu. Ini first time k, selepas Hentian Pudu ni dinaik taraf. Terkesima kejap. "Err..aku kat mana ni?? Betul ke bas tu berhenti dekat Pudu?". Letak beg atas kerusi. Tengok sekeliling. Kepenatan membuatkan otak lambat nak proses apa yang nampak depan mata. Moden sih Hentian Pudu Sekarang. Dah rasa macam rusa masuk kampung je.

"Ok, mana plak jalan nak g LRT ni?"
Pandang signboard. Tandas, Surat, Platform... Err..tak de signage LRT pun?.. Nampak screen TV yang tergantung tulis ketibaan, perlepasan.. Cool ah?. Dah macam kat airport plak. Angkat bag.. ikut je manusia-manusia yang sedang bergerak dalam Hentian Pudu tu. 

Sumber : Pak Cik Google..Moden kan? Hentian Pudu ni..
LRT

BINGO! Found it. Fuhh..jauh lagi nak jalan..Rugi plak tak bawa beg roda, bleh juga tarik-tarik je. Ini kena angkut! tak bawa balik, sampai JB nanti nak pakai apa? Baju dalam stor bukan bleh ambil lagi. Tapi beg roda tu besar sangat. Malas nak angkut besar-besar.. Senang nak tarik. Tapi susah nak naik tangga nanti!. Stesen Plaza Rakyat.

"Nak pergi Bandar Tasik Selatan." Tiket LRT dihulurkan lewat lubang dekat kaunter tu.
"Brape ye?" 
"RM1.70".

Owh.. K..nak ke kiri atau ke kanan? Sri Petaling atau apa ntah lagi satu tu. Lepas lalu yang insert tiket tu, berhenti jap depan signboard besar tu. Nak tengok BTS duduk haluan mana.

"Adik! nak pergi mana?"
"Ha?" Mana pula datang suara ni?? Meliar mata cari..Owh, abang pengawal..
"Bandar Tasik Selatan." Terus dia tunjuk ke kiri.. Ok, Gotcha!..

Lepas naik escalator tu, LRT baru sampai.. Malas nak berlari masuk. Tengok je LRT tu blah cenggitu. Tunggu LRT seterusnya je lah..

Penat. Sampai BTS, kena naik tangga. Damn! Apsal ko tak ingat yang dekat BTS ni kena naik tangga?? Kan dah pernah sampai dulu?? Aih.. Baru lepas lelah. nak kena panjat tangga lagi. Wedding pun tak sempat attend, penat je dapat. Dah keluar dari BTS tu, terpusing-pusing pula mencari mana arahnya nak ke TBS yang dikatakan sebelah BTS tuh..

Dah nampak.. Mak aih, jauhnya kena berjalan.. Aisey... Langkah diatur. TERMINAL BERSEPADU SELATAN gah di depan mata. Bas keluar masuk. Besarnya.. Ini rupanya TBS.. Ok, tak de gambar.. tangan dah penuh. Malas nak selongkar beg galas cari kamera walaupun itu pun termasuk dalam niat asal. Capture by the eyes. Keep deep in the heart. Next time tak mau mai dah! hahaha..

Panas2x...Elok masuk je TBS..fuh..sejuk..Terus letak beg. Hahaha..sejuk..lega..Rasa cam nak berpusing-pusing mcm dalam cerita hindustan tu..hahaha.. Kalau dapat ayaq ais time ni lagi sedap.. Cari surau. Tak solat lagi der.. Last bas berhenti kat Bukit Gantang pukul 12.30.. Jauh kan bukit gantang dengan KL? haaa... Dah siap buat jamak takhir, terus g kaunter tiket.

Thanks Pak cik google... Inilah TBS kawan-kawan..
"Tiket bas ke JB?"
"Pukul 5.50pm" Ujar kakak cantik tu lepas dia godek-godek skrin depan dia tu.
"Ha?"
"Larkin ke?"
"Tak, Sri Puteri."
"Pukul 5.50pm. Boleh?"
"Sekarang dah pukul brape?" Mahunya tak tanya.. Kalau dah kat tangan tak de jam. Handphone pula ntah mana pi lempar.
"5.40pm. Lagi sepuluh minit."
"Owh..urmm..bolehlah.."
"Boleh tunggu di gate 2 sekarang."
"Ha? Gate 02?" Sambil tu duit dengan tiket dah bertukar tangan.. Ok,lupa plak nak bagitahu.. Nak beli tiket dekat TBS ni kena tunjuk IC.. Mengagau jugalah mencari IC dalam beg sandang. Duit dah buh dalam poket.IC memang simpan dalam beg sandang.

Once again.. terpinga-pinga seketika.. Dah rasa macam rusa masuk bandar. Berpusing sekejap dekat situ untuk mencari di manakah letaknya gate 02..

Ok.. target locked!.. Angkat beg terus ke escalator menuju ke bawah.. Journey to JB pun bermula.. Hohoho..i've been in KL for only 1 hour! amazing haa?!! Wahaha..amik ko nak sangat turun KL kan? Sejam je dapat.. Tak dapat nak usha TBS lama-lama. Tak sempat plak nak main-main dengan LRT mahupun monoreil.. Lain kali pula kot.. agaga..

Sampai JB jam dah pukul 10pm.. Yeay! mujur dah solat dekat Yong Peng.. Sampai je bilik siti, rehat sat.. Pastu mandi.. Acara wajib :---- Buka laptop..hahaha... Sambil tu tengok Cerekarama.. Eh, chopp! before tu eden isi perut dulu.. tetiba rasa lapar..Itulah, tadi penat sangat sampai tengok makanan pun tak rasa nak masuk perut.. Beli roti pun tak terjamah.. Penat sangat kan?? Padan muka ko sara! hahaha.. Mak, abah..lepas ni straight AS ---> JB.. Biorlah tido malam atas bas janji tak sakit satu badan macam hari ni gara-gara Survivor Explore yang konon ter'survive' ni..

Ok.. Tak salahkan sesiapa pun.. Nak buat macam mana kalau bas dah lambat nak sampai Hentian Pudu tu kan? Dan bukan salah sesiapa juga kalau tak sempat nak memenuhi undangan..Err..at least niat tu adalah kan.. Long distance beb!.. And bukan salah siapa jua badan ini merana seharian angkara angkut beg main-main LRT segala bagai.. Hahaha.. At least i dah tengok rupa baru Hentian Pudu dan Terminal Bersepadu Selatan.. Ko ada?? hahaha..

K..Bye!..

2 comments:

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhh panjang musafir... heheh~ tapi suke gi TBS~ nampak cam airport je kann..

Cik Sara said...

betul3x.. wahhaha..travel waktu siang rasa sangat lama berbanding travel waktu malam/pagi buta.. Mana tak nya, kalau balik malam, lepas isya' baru naik bas.. Sampai, bleh subuh dekat bilik.. Ini dari sebelum zohor sampai lepas isya' punya perjalanan..=))