"kpak...pak..." Ah..tak tahulah macam mana nak ngejanya.. Yang pasti, dah lama tak exercise jari jemari di laman blog sendiri.. hee.. Tak tahulah kenapa.. Tapi hari ni nak story pasal trip ke KL hari tu.. Trip[?] yang tidak dirancang. Dan pergi tanpa ada perancangan.. Samalah kan?
Saya paling tak suka last minute punya planning.. Rasa serabut otak nak pergi.. Dan perjalanan tidak dirancang ini hampir-hampir saja saya batalkan kerana rasa sangat serabut. Kenapa saya ke KL? Tak perlulah digarap dengan tepat. Cukuplah saya katakan urusan saya di sana telah diselesaikan dengan jayanya.. Alhamdulillah...
Tepat jam 12.00tgh malam, saya naik bas dari JB --> KL. Takut[?].. Entah.. Tawakal dan serahkan semuanya pada ILAHI. Sampai di TBS pada jam 3.30pagi.. Err.. hanya 3 jam 30 minit sahaja? Awal 1jam 15 minit dari perancangan masa yang dimaklumkan kawan-kawan.. Lambat lagi nak subuh.. Eqyn btau saya, kalau dah sampai KL, gtau dia.. Tapi melihatkan jam baru 3.30am, tak sampai hati pula nak menganggu tidur orang.. Buat julung kalinya, saya lepak di TBS sampai subuh.. Heeeee..Mujurlah TBS tu dah ala-ala airport kan? sejuk dan bersih je..
Usai solat subuh, bertemu dengan Eqyn.. Coursemate saya masa undergrad. Dari TBS,
singgah rumah dia untuk mandi dan bersiap. Destinasi saya hari itu adalah UTM IC KL. Lebih tepat lagi, di MJIIT. Malaysia-Japan International Institute of Technology. Err..tak sure plak betul ke tak..
Selesai segala urusan, saya bertemu Kak Ena yang banyak membantu.. Dan bakal[?] rakan sepenyelidikan nanti..Usai solat asar, kembali ke TBS. Tiket bas ke JB pada pukul 5.50pm. Tetapi disebabkan kelewatan bas, sekitar 6.10pm baru gerak. Tiba di JB tepat jam 9.30pm.. Apa lagi..tidurlah..Heee...
Sepatutnya keesokan harinya, saya kena buat seminar[?] berkenaan projek yang tengah saya usahakan selama bergelar Research Assistant. Tapi, terpaksa ditunda atas sebab-sebab musabab yang bleh diterima.. Ngee..
p/s : Isnin ni, 24hb Oktober 2011 adalah hari terakhir bergelar RA.. Lepas ni..kembali bergelar mahasiswa..(^____^) Cita-cita yang tertunda seketika..Doakan segalanya baik ok!..
0 comments:
Post a Comment