Jom daftar MyBEM

Tuesday, October 4, 2011

Sementara tengah dok HOT lagi ni kan, baiklah saya khabar-khabarkan.. Hebah-hebahkan dalam blog ni.. Semoga memberi manfaat kepada yang membaca.. Err..ini bukan segmen ye.. Bukan juga games..Hee.. Cuma nak khabor.."Mohler reramai pakat daftar BEM"..

Ha? apa kebendanya BEM tu? Kalau nak tahu BEM itu adalah akronim kepada Board of Engineers Malaysia. Sangat-sangat perlu untuk mendaftar. Kalau dulu kena buat manually. Isi borang, attach sana sini baru bleh apply. Sekarang ni semi auto.. Err..betul tak? Pernah dengar MyBrain? MyPhD? Ok.. sekarang wujud lagi satu My iaitu MyBEM.


MyBEM Online Registration diwujudkan untuk memudahkan kita mendaftar dengan BEM. Actually, tak mudah mana pun.. sama je konsepnya macam sebelum ni..  Lepasan Graduan dalam bidang Kejuruteraan atau bahasa Inggerisnya Engineering dinasihati dinasihatkan untuk mendaftar segera dengan BEM. 

Tak kisahlah dah dapat kerja ke, tengah menganggur ke ataupun tengah bina bandar macam saya ni. Selagi degree anda bertulis Bachelor of Engineering, cepat2xlah pergi mendaftar. Nak mendaftar BEM ni kena ada transkrip Rasmi dan Degree. Lagi satu IC lah. Bukannya apa..ada orang cakap (hamek kau..orang cakap.. Dulu Ir. Dr. bagi lecture dalam kelas kau sembang.. kan dah jadi orang cakap..) Penting mendaftar dengan BEM ni. Memudahkan masa hadapan.. Kotlah tetiba dah lama kerja tetiba nak requet Ir. . Masa tulah ianya sangat2x berguna. Pengalaman bekerja anda dihargai orang.. Kalau tak mendaftar, kerja puluh-puluh tahun pun orang tak mau bagi Ir.


Orang yang nak sambung belajar pun, haruslah mendaftar juga. Kita daftar sebagai "GRADUATE ENGINEER". Basic lah ni. Lepas dah isi butir peribadi segala bagai tu, kenalah upload supported documents. Dalam erti kata lain, kena scanlah original degree + transkrip + IC. Lepas tu buat payment. Tapi payment tu hold dulu pun tak pe.. sebab apa? Sebab nanti, kena print Completed FORM A ni dan attachkan sekali salinan degree + official Transcript + IC yang telah disahkan oleh Professional Engineer. Tahu kan, betapa susahnya nak mendapatkan Ir. - Ir. ni.. Setyle juga kalau g jumpa Zaini Ujang minta sign. Beliau kan ada status Ir.. heee.. 

Lepas dah setel sah - mengesah ni, blehlah buat payment dan submit dokumen-dokumen berkenaan ke BEM. Ada tempoh 4 minggu untuk docs ni sampai ke BEM selepas tarikh mendaftar online (submit online lepas buat payment juga.). Kalau tidak, permohonan anda tidak akan diproses..

Wahhh..gila panjang saya berleter malam ni.. Key point dia, nak ajak kome2x register BEM je pun.. Penat dah baca? Sila klik banner untuk mendaftar dengan BEM.. Kalau malas nak scroll ke atas.. Kome klik je lah link kat bawah ni..


K..Adios~

12 comments:

Sharinginfoz said...

daftar jangan tak daftar

aamalinaazman said...

kekekeke
in processss
hehhee
bek boshhh!

Anonymous said...

tumpang tanye..yg masa 4weeks tuk submit document means after submit on9 registeration tu la kan?

Cik Sara said...

@fatin amilin

Aá. Lepas register online, ada tempoh 4 minggu untuk submit hardcopy for registration processed.

mie said...

nak tanye..yang pakai nama kat depan tu Engr. tu camner plak nak dapat ye?

Unknown said...

Salam ..tmpng tny..kalau nk dftr bem on9 kne isi no ic lama & ic baru.. tp mslh nye sy xde ic lme..mcm mne ye?

Cik Sara said...

@mie

Mie, tak pasti pula. biasanya jumpa Ir. je..

dan kalau tak salah, pernah dengar. Engr. tu dari board of Engineering Indonesia. Tapi, wallahualammmm..

Cik Sara said...

@amalina azahan

W'salam. Eh?
Pasti ke begitu?
Setahu saya, either one je. Sebab saya sendiri pun tak pernah ada ic.lama. Young generation katakan.
Try check balik. Should be salah satu je.

Cik Sara said...

@amalina azahan

W'salam. Eh?
Pasti ke begitu?
Setahu saya, either one je. Sebab saya sendiri pun tak pernah ada ic.lama. Young generation katakan.
Try check balik. Should be salah satu je.

Unknown said...

as'salam akak , sy na tnya maknanya fungsi BEM ni ditubuhkan utk memudahkan kita dapat title Ir ke bila dah bekerja nanti? ke acaner can u explain to me because i'm too confuse about it . tq :)

Cik Sara said...

@Amir FBM

Lebih kurang begitulah fungsinya. Bila kita ada no.ID dalam BEM, save the numbers. Then, join setiap aktiviti yang dibuat BEM untuk kumpul kredit. And if im not mistaken, bila dah sampai certain number of point (kredit tu), baru bleh submit permohonan untuk dapatkan IR. But of course ada certain procedure lagi before obtain the IR.

Unknown said...

Sis klo Final year last sem Tp nk register dgn bem bole ke?