Read to know we are not alone~

Sunday, November 27, 2011

"Expertise is earn - Not Given"
"Geniuses are made - Not Born"

Nak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, ada caranya. Susah atau senang, terletak pada diri kita. Kalau dah awal-awal kita merungut susah, memang sampai hujunglah benda tu jadi susah. Cuba Optimis dan berfikiran positif. Pasti yang susah akan dipermudahkan. Sebab dalam hidup ni, mana ada benda yang mudah. Dan tiada perkara yang mustahil untuk digapai.

Bagi saya, insan muda yang baru nak berjinak-jinak ke alam penyelidikan semestinya tidak menafikan langsung bahawa permulaannya susah. Sangat2x susah. Kalau saya dahulukan yang negatif, pastinya saya sudah berputus asa saat ini. Tapi, tidakkah terlalu awal untuk berputus asa? Sedangkan ini baru permulaan. Baru nak panas enjin kata orang.

Nak memulakan sesuatu penyelidikan, kita kena banyak membaca. Seolah-olah "My Favourite reading materials are Journals". Ya! Itulah perubahan yang berlaku tika ini.. Membaca journal seakan-akan membaca novel cinta yang kemas tersusun di rak buku rumah. Kalau novel, kita baca lepas tu berkhayal. Konon-konon watak utama novel itulah buah hati kesayangan kita. Tetapi kalau baca journal?? urmmmm..


Matlamat pembacaan adalah untuk memahami. UNDERSTANDING. Kalau tak faham macam mana nak memulakan sesuatu penyelidikan.. Betul tak? Lagi banyak kita baca, lebih meluas pengetahuan kita dalam sesuatu bidang itu.. Sedikit sebanyak akan membantu kita dalam membuat penyelidikan di masa hadapan. Dan yang lebih penting, kita tak mengulangi sesuatu yang telah dilakukan penyelidik sebelum ini dan mengaku sebagai novelty kita.

Jadi, menurut fahaman saya selaku orang yang masih mentah dalam bidang penyelidikan ini, Fasa pertama ke arah penyelidikan adalah melalui PEMBACAAN. Baca, Faham dan lakukan sedikit catatan. Dan yang penting...Jangan mudah mengalah! Sekali kita dah pilih laluan ini, istiqamahlah dalam tindakan dan perbuatan kita.

Belajar bukan untuk gelaran. Bukan juga untuk meninggi diri. Tapi belajar untuk mendapatkan ilmu. Ilmu yang bakal dimanfaatkan kepada agama dan bangsa.

"Kita tak mampu untuk mengubah masa lalu..
TETAPI kita mampu merencanakan masa hadapan.."

Aja-aja Fighting!! Ganbatte~

p/s : Dalam usaha mencari e-book yang berkaitan untuk dibaca.. Perlukah saya ke Perpustakaan Negara?? Urmm..
   

0 comments: