Showing posts with label Journal. Show all posts
Showing posts with label Journal. Show all posts

Journal : Exciting Japan

Thursday, October 1, 2015

Berjalan-jalan tengok travel blog. Atau, baca pengalaman mereka-mereka yang pernah melancong ke serata tempat. Tengok itinerary dan budget. Manalah tahu, esok-esok boleh pi pula. Ye dak?

Tapi, bila tengok travle blog orang lain, saya pun tergerak dan berdetik-detik nak buat sesuatu seperti travel blog itu. Dan hasilnya?
Saya nak summarizekan kesemua entrie yang saya tulis sepanjang di Jepun dalam satu blog. Bukannya apa, sonang nak buat rujukan nanti-nanti. Dan, insyaALLAH akan ada sambungan. Kenapa? Sebab macam banyak je lagi yag belum diceritakan. Ahaks.




The World of Narnia
Rindu!
Bila agaknya akan sampai ke sini lagi..
Sobs..sobss..sobss..

Ok. Inilah journal saya sepanjang di Jepun dari Nov 2013 hingga August 2014.
And now, it's already October 2015.

























      



Episode 66 : Bila masuk dapur

Saturday, November 1, 2014

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!




Episode 31: The Journey

Thursday, April 17, 2014

Maghrib.
Berhenti jap buat kerja. Take 15min rest. I guess.

 

Sejak menjebakkan diri dalam satu perjalanan ilmiah dalam misi mendapatkan segulung ijazah kedoktoran dan selautan ilmu yang bermanfaat, sering saya terfikirkan. Di mana agaknya destinasi atau pit stop yang saya cari sebenarnya. 

Pengalaman mencari ilmu bagi setiap kita berbeza walaupun kita bermula pada titik yang sama. Cabaran, dugaan, rintangan dan warna-warni perjalanan yang kita lalui tidak akan sama. Kalau hidup asyik nak membandingkan kita dan orang lain, kehidupan yang ada mungkin tak ke mana. Mengambil keputusan untuk meletakkan saya pada tempat dan situasi saya ketika ini, bukanlah sesuatu yang mudah. 

Ada ketika saya rasa sangat berputus asa bila mana saya sendiri tidak tahu ke mana hala tuju dan arah kajian saya. Di saat saya sedang menggapai, diasak pula dengan persoalan "apa novelty kajian yang awak nak lakukan?"

Persoalan yang buat saya terduduk. Tersentak. Menangis. dan ketika itu juga saya rasa nak putus asa. Nak berhenti dari apa yang saya mulakan. Tapi, bila kembali berpijak di bumi yang nyata, duduk berfikir secara rasional ada sesuatu yang tercetus di pemikiran saya. 
Seperti yang saya katakan, perjalanan ini tiada siapa yang memaksa dan saya yang memulakan. Jadi, kenapa harus saya berhenti dan berputus asa?

 

Walaupun tak tahu apa destinasi yang menanti di masa hadapan untuk saya, tapi saya optimis dan yakin dengan perancangan ALLAH.

Menyambung pengajian di kampus KL dan bukan kampus JB, itu juga satu perancangan yang telah ALLAH tuliskan untuk saya ketika saya mengambil keputusan untuk jalan ini.
Di kampus KL yang menemukan saya dengan teman-teman baru yang mudah mesra dan mudah rapat. Dan tanpa sedar, kami menjadi akrab. Walaupun persahabatan yang dibina masih setahun jagung, tapi perkenalan kami di laluan ilmu menjadikan ukhuwah kami erat.

Ada satu saat, ketika saya menangis, terjatuh duduk di pertengahan jalan, mereka hadir memberi kata semangat dan membantu saya untuk bangun dan berjalan semula. Dan di saat itu juga, datang sebuah pengalaman berharga iaitu peluang menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit dan menimba ilmu di sini.

Di Jepun, saya dipertemukan dengan kenalan baru. Walaupun di awalnya, terasa kekok namun seiring dengan masa dan waktu yang berlalu saya mula selesa dengan keluarga kecil Malaysia di bumi Nihon. Sungguh, bila berjauhan dari keluarga dan sahabat rapat merekalah keluarga yang paling hampir. 

Perjalanan mendapatkan selautan ilmu dan menggapai topi cendawan belum berakhir. Atau mungkin ini baru satu titik permulaan meskipun sudah beberapa tahun masa berlalu.
Ada waktunya, kita sangka itulah titik permulaan tapi sebenarnya itu baru fasa persediaan kepada sebuah perjalanan. Dan bila kita sampai ke titik permulaan, kita pasti akan terus melangkah untuk sampai ke titik akhir.

 

Regardless how long it will take for me to finished this journey, i'll do it till the end. Topi cendawan untuk dihadiahkan pada kedua orang tua yang disayangi dan semestinya selautan ilmu untuk saya manfaatkan di masa hadapan. 

Jangan pernah berputus asa. Yakin dengan perancangan ALLAH untuk kita.
"Ya ALLAH. bantu hamba-MU."

Ya ALLAH, bahawanya waktu Dhuha itu
waktu dhuhaMU, kecantikan itu ialan kecantikkanMu, 
keindahan itu keindahanMU, 
kekuatan itu kekuatanMU,
kekuasaan itu kekuasaanMU
dan perlindungan itu perlindunganMU.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
dan jika di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan
dan kekuasaanMU,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan
kepada hambaMU yang soleh.

Kejayaan itu juga rezeki.
Semoga dimudahkan.
Ayuh..  
  
 



Episode 2: Nihon! Youkoso!

Monday, November 18, 2013



As been mention previously, Alhamdulillah. Here I am. At Yonezawa, Yamagata. The North east village area of Nihon. Maksudnya di sini. Dari Utara Malaysia ke Utara Kepulauan Jepun. Here I come!! Kelassss kau Jahhh.. Hehehe… Oh ya! Meh nak kongsi cerita In-Flight Experience I oollss selama 6 hour and 50 minutes from Malaysia to Narita, Japan.



Seperti yang telah dirancangkan sebelum ni, flight saya adalah MH088 yang terbang pada pukul 11:35pm, 6hb November 2013 dari KLIA. Dan of course, my family was the important figure that send me to the KLIA that day. Directly from Kedah to KLIA. Thousands of thanks abah! mak! Oh! I miss them both. And I miss them all.. Sudah homesick kah? Hehehe…

Haaa… sebaik sahaja kapal terbang take off dari KLIA, ketahuilah pada jam 00:25, pramugara dan pramugari mulalah menolak troli makanan untuk memberi SUPPER. Tuna sandwich and orange Juice. Tuna sandwich at midnight? Oh gosh! I can’t digest this. Tapi, end up makan juga. About half of it? Kalau nak tahu, dekat seat kita tu ada screen untuk in-flight entertainment. Maksudnya di sini, kalau boring bolehlah dengar lagu atau pun tonton movie. Cabin Crew akan edarkan headphone. Tapi, headphone dia tak best. Saya end up guna headphone sendiri.. Weeee…


Memula layan juga lagu yang ada tu. Tapi end up tengok screen nak tahu lokasi kapal terbang ketika ini. Estimate time arrival adalah 7:10am waktu tempatan. Since Jepun cepat 1 jam dari Malaysia, makanya dekat Malaysia baru pukul 6:05am. Dan sekitar jam 04:30, breakfast time! Hahaha.. or could I say it sahoor?? Ngeeee….


Haaaa… Ketahuilah kalian bahawasanya dari terminal kita turun dari flight ke Immigration sangatlah jauh perjalanannya. Sempat jugalah saya search free wifi. Check in Foursquare dan update Facebook. Nak maklumkan keluarga dan kenalan yang anakanda sudah selamat sampai di bumi Narita, Japan. Sambil berjalan ke Immigration sambil update facebook. Ngeee.. Zaman moden kononnya. Sampai je dekat Immigration setelkan Residence Card terus. Ketahuilah residence card ini lebih penting daripada passport anda bila berada lama di Jepun. Ngeeee…


Dah selesai bab imigresen dan residence card, terus pergi dekat tempat collect luggage. Oh ya! For your information, total berat beg + box yang saya bawa from Malaysia adalah 38kg! Kihkihkih.. Excluding hand luggage. Terlebih 8 kilo. O’o. Sepatutnya kena bayar RM120 for each 5kg. But since this is my first time with MAS, dapatlah discount. Bayar RM60 je. Arigatou Gozaimasu!


Haaa.. selesai je collect all the luggage and box, saya pun pergilah ke arriving hall. And guess what! Seperti yang dijanjikan. A person from ASIASeed was there waiting for me with a file write on my full name! Hehehe.. His name was Mr.Shimizu. Arigatou Gozaimasu! Elok je sampai dekat arriving hall, terus saya bagitahu beliau yang saya nak gunakan perkhidmatan Tai-Q-hai-bin untuk post all the heavy things to Yonezawa. Tak larat kot nak angkut naik shinkansen all the way to Yonezawa. Dan berbekalkan alamat Ami dekat International House, saya tinggalkan luggage saya di situ. For both, harganya lebih kurang 3,400Yen. Not badlah. Affordable. 

Since my bus from Narita to Tokyo Eki was schedule on 8:30am and it’s still a lot of time, we just sit at the provided area and wait. Having some chit chat and etc. Haaa.. Nak tahu tak? Bas dari Narita ke Tokyo Eki hanyalah 1000 Yen, compared to Narita Express and etc. Dan bas diorang sangat selesa. Siap ada heater lagi. Pemandu bas pun sangat smart dan sangat berhemah. Tapi, biasalah.. Since its on peak hour, quite jammed jugalah jalan ke arah Tokyo Eki tu. Tapi it’s ok. Tak kejar masa pun. Sebab Mr.Shimizu dah booking ticket shinkansen untuk saya pukul 11:00am!


Hahaha… Dekat sejam jugalah menunggu dekat Tokyo Eki tu. Mujurlah dekat situ ada free wifi gak. Idaklah rasa tertekan sangat. Kihkihkih..Tokyo Eki ni macam KL Sentral dekat Malaysia. Tapi lebih sesak berbanding KL Sentral. Tapi subway dia sangat effisien macam subway dekat Hong Kong. Bab ni memang saya puji kedua-dua Negara. Hehehe.. Saya tak pasti harga sebenar shinkansen dari Tokyo ke Yonezawa, but my Kohai said it cost about 11,000 Yen. Dan saya dapat dengan harga 6,890Yen. Half from that. Katanya discounted ticket. Hahaha.. Tak tahulah macam mana dia beli tu.

Shinkansen dan densha dekat sini memang punctual. On time. Jadi, tak susah untuk atur masa. Mudahlah nak planning. Tapi, kalau nak melancong ke Jepun saya nasihatkan studylah sikit kanji untuk nama-nama tempat yang nak pergi tu. Sebab mostly, contohnya macam dekat Yonezawa tu papan tanda yang tunjuk destinasi Shinkansen dan densha adalah dalam tulisan kanji! Walaupun saya boleh baca Hiragana dan katakana sedikit, but it won’t help you!


Oh ya! As I mention earlier, since the shinkansen depart at 11:00am, it will arrive 5-10 minutes before departing time. Automatic kita akan beratur dekat tempat yang disediakan. And since my ticket was a reserved seat, it located at car 13 jadinya berjalanlah sepanjang platform tu sampai jumpa car 13. Car disini maksudnya gerabak ok. Untuk pergi ke Yonezawa Eki, kita akan naik つばさ(Tsubasa) Line. Menariknya lagi tentang shinkansen dekat Nihon ni, dia ada dua kepala bersambungan untuk route yang akan disembark at certain point. Errrr… macam mana nak story ek? Ha! Katalah kita naik LRT dekat Masjid Jamek tu kan. Ada Ampang Line and Sentul Line kan? Betul ntah. Ala.. yang kita kena disembark dekat Chan Sow Lin kalau nak ke arah yang LRT tu tak lalu. Turun dan tukar train. Haaa… Gitulah.. Tapi disebabkan shinkansen ni ada dua kepala, jadi orang tak perlu keluar. Sampai dekat one point tu, gerabak akan dipisahkan. As Tsubasa Line akan directly go to Yonezawa Eki. Tak faham? Errrr… tak pelah.. sila abaikan.


Dah panjang sangat ni. Bertemu lagi di lain episode!!..




Seminar Fiqh sains dan Teknologi 2012

Monday, May 21, 2012


Alhamdulillah.. Selesai sudah seminar sehari di UTM JB. Kalau nak tahu, seminar ni sebahagian daripada markah untuk subjek falsafah kitorang. About 40%? Banyakkan? Jadi, haruslah bermusafir jauh ke selatan untuk memenuhi kredit subjek tersebut. Saya dan rakan sekelas naik bas UTM je. Bermusafir secara berjemaah. Afdal sket kan? hehehe.. Ikut tentatif, seminar diadakan selama dua hari. kitorang pun ada submit paper untuk present dalam seminar tu. Tapi, since kitorang the one and only students yang kena turun ke JB dari KL, kami semua hanya attend seminar satu hari sahaja. Bertolak pagi, petang balik KL semula.. Long journey~


Ikut perancangan awal, sepatutnya bertolak ke JB tepat jam 5 pagi. Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Dan disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, kami bertolak usai solat subuh di Masjid UTM KL.. Wee.. around 6++ jugalah. Mata dah ngantok ooo... Tido pukul 10pm, bangun pukul 3.45am untuk mandi, bersiap bagai.. Dalam bas, lolap lah jawabnya.. hehehe..

Kalau tak salah, kitorang sampai ke UTM JB sekitar jam 10.00++. Masa tu tengah keynote untuk seminar tu. Sampai je Fakulti Tamadun Islam, pergilah ke meja yang dikhaskan untuk mahasiswa UTM KL mendaftar. Bayaran adalah sebanyak RM50.. Waaaa...sampai JB dah kena keluarkan duit.. adoi!.. Dapatlah paper beg sorang satu. Dalam paper bag tu ada kertas putih, pen, notepad dan juga tentatif seminar. Lepas mendaftar, ambil makanan. menu breakfast pagi itu adalah nasi lemak + sambal udang. Lepas makan, rehat jap.. eheh.. baslag. lama sangat dok dalam bas..


Presentation bermula jam 11.00pg. Ada beberapa bilik dan dewan digunakan untuk seminar ini. Kumpulan kitorang kena present paper untuk sesi ketiga. Lepas zohor. So, pagi tu rehat-rehat sambil dengar paper presentation from others. Paper yang kami submit untuk seminar ini bertajuk "Jenayah Siber: Cabaran dan implikasinya terhadap masyarakat". Eheh.. Ari tu kupas buku dalam kelas tajuk Jenayah Penderaan Kanak-Kanak. Kali ni present paper tajuk Jenayah Siber pula. Everything pasal jenayah!. Hahaha..

Setiap kumpulan perlu hantar wakil untuk present paper. and since kitorang berempat ni dah "mental breakdown" siapkan proposal report untuk proposal defense, makanya perlulah meminta Eqen membuat persiapan untuk present the paper. Ehehe.. Dasat ooo.. minggu lepas memang sangat hectic!.. Selesai present, Q&A pun tak ada soalan.. Sekitar jam 3.00++ kitorang mengundur diri dari Dewan Al-Marbawiy tu. Nak solat dan rehat dan jumpa kawan. Kitorang bertiga je yang mengundur diri.. Hehehe.. Saya, Yan dan Nisa. Terlepas pandang K.ena. Tapi tak risau, k.ena ada ramai junior di sana..hehehe..

G lepak bilik Q. mandi, solat siap tukor baju. Yan dengan Nisa dah selamat tido. Terlelap langsung. Lepas asar, saya dan Q pergi bilik siti.. nak bersembang dengan siti.. heee.. Dok sembang-sembang, tak sedor masa berlalu begitu pantas. Dah kena berkumpul. Tinggallah bumi UTM JB lagi..

Sebelum naik bas, sempat snap gambar dekat banner!.. hee.. K.ena tiada dalam gambar sebab dia bersama junior-juniornya. Kami gerak pulang dari UTM JB sekitar jam 5.45petang.. Sampai bilik di KL sekitar pukul 10.30++.. Fuhhh, badan penat! Semuanya penat!.. Haaa! ada sesuatu yang berlaku dekat RnR air keroh. Nanti kalau ingat saya cerita lagi.. eheh..~
 

me, yan, Nisa dan Eqen..~

Adios~