BENCI!

Wednesday, October 3, 2012


Damn! Stupid! Eh, mencarut ke tu? Astagfirullah al-azim.. Tapiiii... aiseyman!! Ku sangkakan dah habis delete semuanya selepas hati retak beribu yang tak mampu nak dicantum balik hatta dengan gam gajah sekalipun! Tetapi! Ada lagi sisa-sisa dalam SIM CARD.. Kenapa selama ni aku tak sedar???? Baca dah buat sakit hati je.. Ayat pengharapan yang buatkan aku tertunggu dan ternanti yang akhirnya aku yang jatuh terduduk dikecewakan. Bengong kan? Ha! 2008!.. Sampai awal tahun 2012 kot aku setia sehinggalahhhh... ah! Buat sakit hati pula bila diingatkan..


Hakikatnya, tak ada niat pun nak ingat.. Sahajalah godek-godek telefon yang telah membuatkan aku kehilangan keseluruhan nombor telefon kengkawan aku dalam tu.. Sekaliiii... aigoooo... mende lain pula yang aku jumpa... Tak boleh jadi.. tak boleh jadi.. Need to find a way to delete everything. Everything about him.. EVERYTHING! Especially memories. Tapi, rasanya aku dah berjaya SELECT ALL and DELETE. Tapi, angkara message yang entah macam mana boleh ada dalam simcard ni membuatkan seolah-olah ada fungsi RESTORE pula dalam kepala otak dan hati aku ni.. Astagfirullah...

Aku tak nak membenci.. Tapi bila sesuatu itu menyakitkan, aku pun tak tahu apa solusi yang terbaik.. Muahaha... Terasa diri dikhianati dengan sebuah janji! Terbaik punya ayat tu..

Untuk kau! Kau! Kau! Terima kasih sebab mengkhianati kepercayaan aku! Terima kasih sebab buat aku rasa betapa peritnya memegang sebuah janji yang akhirnya dikhianati. Terima kasih untuk janji-janji manis kau yang hanya dusta belaka! Terima kasih. Setahun? Dua tahun? Hatta 10 tahun sekalipun aku takkan pernah lupa apa yang telah berlaku. Terima kasih untuk kelukaan dan kedukaan itu! Kenapa? Sebab aku paling tak suka dengan orang yang tak tahu nak berterus terang! Dan aku paling benci dengan orang yang tak tahu nak tunaikan janji! Jangan berani ungkapkan kata janji kalau diri tak ada keyakinan untuk mengotakannya! 



0 comments: