The End~

Monday, December 31, 2012

Tinggal lagi 20minit sebelum tahun baru. Nak tulis entrie penutup. Weee... Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya.. Betul tak? Kalau sebelum-sebelum ni, sibuk nak buat sorotan 2012.. Tapi, kalau saya yang sorotkan, mungkin saya cuma ingat peristiwa 6 bulan terakhir sahaja.. Jeng..jeng..jeng..

Tahun 2012...

Ok. Tak mau sorot.. The timeline, biarlah menjadi rahsia hati saya..Eheh... Nak cerita kisah dekat Proton Edar tadi.. Ngeee...

1. Booking time
Ha! Serius! Jujur weh.. Chek tak tau pun kena booking dulu sebelum hantar services kereta. Ingatkan main walk in je..Hahaha.. sebab masa 1st services dulu, walk in je.. Muahaha...
Akibatnya? Kena datang semula pukul 2.30petang. Kira pagi tu pergi SC untuk booking services kereta pukul 2.30petanglah.

2. Sendiri
Ha! Disebabkan abah ada urusan dekat Padang Terap, dan kebiasaannya mak akan ikut abah. So, sendirianlah saya ke SC. Mahu atau tidak, kereta perlu dan harus diservis sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok. Harus! Makanya, pergilah saya sendirian ke pusat SC. Hanya ditemani beberapa helai kertas jurnal untuk dibaca...
Muahaha...

3. FU + FB = e-voucher
Perghhh..nganga kejap dengan akak SA tu. Laju dia cakap.. seghupa peluru keluaq dari mesin gun! Hehehe.. Saya baru dapat e-voucher untuk kereta saya tu. e-voucher maksudnya totally free bila hantar service kereta. Dan e-voucher boleh guna 3 kali. Yang sepatutnya digunakan ketika odometer 1KM, 10KM dan 15KM (Kalau tak salah).. Setiap e-voucher bernilai RM134~RM290.
Disebabkan saya tak tahu pasal e-voucher ni dan dia tak update lagi dalam sistem dekat Proton Edar, jadi masa servis 1KM hari tu kenalah saya bayar RM133.00.
Dan tadi untuk servis 5KM sepatutnya saya kena bayar RM190. Tapi bila tanya-tanya balik, saya boleh guna e-voucher tu. But yet, e-voucher yang bernilai RM134.00 tu cover beberapa barang je termasuk minyak hitam dan apa ntah. Jadi, saya perlu tambah sekitar RM60 lagi untuk ganti apa yang SA cadangkan seperti screen wash dan air-conditioner compressor. Muahaha... Dalam purse, cash cuma ada RM30 je. Bila tanya boleh bayar guna kad tak?, akak SA kata boleh pilih untuk tidak buat kalau tak ada cash money. Lain kali buat.. Hahaha...
Disebabkan saya masih ada baki 2Free Upah dan 3Free Barang, saya guna kedua-duanya sekali. Dan saya tambah screen wash. Jadi, untuk servis kali ni cuma bayar RM5.70. Jeng..jeng..jeng.. untuk permulaan memang best woooo...

4.Penghujung..
Okkk.. Itulah al-kisahnya.. Eh, dah tinggal 15minit ke tahun baru.. Tak dapatlah nak tengok bunga api malam ni.. Huhuhu... Jom mengemas... Selamat tahun baru!! Farewell 2012.. Welcome 2013..

with love:
#gadisberlesungpipit
 



0 comments: