Salam Jumaat..
Seronokkan bila bertemu kawan-kawan lama. Kawan-kawan sekampus yang sama-sama buat program. Banyak cerita yang nak dikongsikan.
Semalam, saya dan K.ena pergi ke Mid Valley untuk bertemu mereka. Kawan-kawan JKMKTC 08' yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Ikut perancangan, berjumpa selepas maghrib. 6 orang kesemuanya. Tapi, kita hanya mampu merancang. Perancangan ALLAH tetap yang terbaik.
Berkumpullah kami berlima. Weee... Nak sampai ke Mid Valley tu pun satu hal! Sosat den.. Hahaha... Masuk simpang ntah mana-mana hala ntah.. Alhamdulillah,selamat juga sampai ke Mid Valley tu. Masuk Parking Zone A. Alhamdulillah.. tak sampai 15minit pun dah jumpa parking kosong. Sungguhlah.. Walaupun tersesat-sesat, Allah permudahkan kami untuk dapat parking. Gerak pukul 5.00petang dari UTM Jalan Semarak. Sampai Midvalley pukul 6.30petang! Hahahaha... Nak kata jauhnya tuuuu..
Alang-alang dah sampai pukul 6.30petang, kami berdua terus mencari surau. Al-maklumlah, maghribkan awal sekarang? Ye dak? On day way nak ke surau, singgah breadtalk beli roti dulu. Buat alas perut.. Hahahaha...
Lepas maghrib, gerak mencari Uniqlo. Sebab janji nak jumpa di situ. Tapi end up jumpa depan SASA.. Hehehe.. there is story behind that! Seronok jumpa diorang.. Hehehe..padahal baru je jumpa si Mael dengan Hafiz tu.. Ok! Seronok jumpa si Taufik yang dah lama tak jumpa tu.. Hahaha.. Tapi, end up tetap enjoy with the meeting. ^^,
Wahhh..lamanya saya tak lepak reramai macam ni..^____^
Nak jumpa selalu, tapi takut nanti end up i'm the only girl among them.. Malulah ai.. hehehe.. So, sesekali ada geng ni bolehlah ajak diorang berjumpa. Kalau tak ada geng girl-girl ni, ai tak ajak diorang jumpa.. Hehehe..
Makan-makan. Tukar cerita. Jenjalan cuci mata dalam Uniqlo tu. Eh,ada sweater best! RM70. Nak beli ke tidak? huhuhu... End up, keep the money save! Hahaha.. Around 10pm, kitorang minta diri dulu.. Dah lewat. Kenalah balik.. Wee... Nak balik, tak sampai setengah jam pun perjalanannya! Hahaha.. sungguhlah ko Sara!
Ada rezeki dan waktu-waktu lapang lagi, bolehlah kita jumpa-jumpa.. weee... InsyaALLAH..always there to meet them all.. Kalau ada lagi ramai, lagiiii best!.
0 comments:
Post a Comment