Tak dapat diwarisi..

Tuesday, June 18, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. bertemu kita di bulan Sya'aban.
Maknanya, kurang dari sebulan sahaja lagi kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia..
Chotto!
Dah habis ganti puasa?
Hehehe...
Silalah ganti sebelum Ramadhan
Pesanan ikhlas dari bukan penaja..


Haa....
Hari ni baca Al-Quran..
Ceit!
Macamlah kau sorang je yang baca ye cik sara?
Ok..ok..
Dah baca yang arab, mestilah baca yang terjemahan juga kan?
Barulah faham apa kebendanya yang aku dok baca ni. Ye tak?

Kalau lagu korea, lagu jepun bukan kemain lagi laju kau google maksud dia konon nak bagi faham kan?
Yang Al-Quran siap ada terjemahan dekat sebelah tak reti pula kau nak baca?
Penampor sebiji baru tau!

EHehe...
Cut the crap..
Ayat Al-Quran yang saya terbaca pagi ni berkisahkan tentang Nabi Nuh dan Bahteranya..
Sungguh!
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..

Ingat lagu ni?
Mestilah ingat pada kisah Nabi Nuh juga kan?
Ketika Nabi Nuh mengajak puteranya menaiki bahtera yang dibina di puncak gunung, dengan angkuhnya putera baginda menolak.
Kata putera baginda, dia akan berlindung di gunung-gunung yang lebih tinggi..
Dan kerana keangkuhannya dan orang-orang kafir yang lain,
Maka tenggelamlah mereka dalam banjir besar yang sudah pun dijanjikan ALLAH akan berlaku..
Hanya orang-orang yang beriman dan menaiki bahtera Nabi Nuh sahaja selamat dari bencana besar itu..

Apa pengajaran yang dapat dari cerita ni?
Tepuk dada tanya iman..
Jangan salahkan ibu mengandung kalau sampai saat ini tak reti nak baca Al-Quran.
Kenapa tak cari inisiatif lain untuk belajar dan mendalami al-Quran?
Jangan salahkan ayah yang memberi nafkah kalau sampai saat ini tak reti nak duduk berdiri mengerjakan solat..
Kenapa tak berusaha dan mencari tok guru selayaknya untuk belajar tertib dan aturan serta bacaan dalam solat?

Walau siapa pun kita sebelum ini,
bukan jaminan siapa kita di masa hadapan..
ALLAH Maha Pemurah..
Semoga pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk kita..
(^_____^) 



1 comments:

Ann Ishak said...

sama jugak dengan bapa seorang ustaz alim ulama tapi tak semestinya anak bujangnya turut sama jadi ustaz alim ulama