Showing posts with label pengisian. Show all posts
Showing posts with label pengisian. Show all posts

Episode 61: Ramadhan Kareem

Friday, July 4, 2014

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Al-Baqarah, Ayat 183

"(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang memberat menjalankannya wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi, barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka wajib menggantinya, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah Menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak Menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya dan diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."

Al-Baqarah, Ayat 184-185


Dalam Al-Quran dah sebut tentang "WAJIBNYA BERPUASA". Dan WAJIB mengantikan puasa yang ditinggalkan.

Ramadhan datang hanya sebulan. 
"Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka,dirantai dibelenggu para syaitan" - Hadis Riwayat Muslim

Bulan yang sangat berkah untuk kita mengejar rahmat ALLAH. InsyaALLAH.



Episode 20 : Fubuki (Snowstorm)

Monday, January 13, 2014

Ini memang khas untuk renungan di masa hadapan.
Fubuki.
Apakah? Yang pasti bukan sejenis makanan.
Fubuki ni maksudnya Snowstorm. Dan sejak hari JUmaat lepas (kalau tak salah), Yonezawa diserang (?) fubuki. Salji sangattttt lebat disertai dengan angin yang kuat. Membuatkan pandangan jadi terhad. Hiu~


Gambar-gambar ni memang fresh dari oven (?) eh! Silap. Fresh dari kamera Samsung SII. Lebatkan? lebatkan yuki? Ini snap pagi tadi. terbantut kejap niat nak keluar. Itu yang dok dalam rumah ja. Kalau esok pun lobat, tak tahulah macam mana nak redah g Gakko (School).


Tersadai ajalah basikal-basikal ini. Tak sesuai kayuh basikal masa winter. Jalan licin. Jalan kaki pun jatuh (ahaks), kalau kayuh basikal tergolek agaknya.. Ngeee

 

Tudia salji yang menimbun. Tapi, katanya tak setebal tahun lepas. Walaupun ramalan menjangkakan akan lebih tebal dari tahun sebelumnya. Susah nak jangka. Sebab cuaca tak menentu sekarang ni. macam hari ni. Memula tadi fubuki, subhanallah. Tak rasa nak keluar. Few minutes, matahari terang je. Tak sampai setengah jam, fubuki balik! Ohohoho...


Salji yang berlonggok dekat tepi ni dah separas pinggang. Daripada pengalaman yang tak seberapa ni, baru realise. Jalan atas yuki lagi selamat dari jalan atas jalan raya yang dah jadi ais. tergolek tergelincir semuanya lengkap. Point dia, jalan kaki sewaktu yuki turun lagi selamat daripada jalan kaki ketika matahari meninggi! hhhaha.. eh

 

Dekat sini, kalau rasa tak cukup rajin nak ber "yukikaki", janganlah naik kereta! Ahahaha... sebab kebiasaannya inilah nasib kereta-kereta di sini. dipenuhi yuki! Jadi, 15-30 minit yang pertama sebelum boleh keluar naik kereta, kena exercise buang yuki ni semua dulu. 

 

Dan ini adalah parking kereta untuk staf University. disebabkan hari ni public holiday, parking kosong. Dan disebabkan yuki turun dengan jayanya malam tadi, beginilah keadaan parking kereta ni. Penuhhhh je dengan salji yang putih memutih tu.


Tinggikan salji yang menimbun tu... Subhanallah!!! Kagum!!
Sugoi!!
Lembut je.. Tapi tak boleh pegang lama-lama..


By the way, suhu dekat sini dah -5 degree. Tak tahulah makin menaik atau makin menurun. Apa-apa pun, saya di sini nak ucapkan...

SALAM MAULIDUR RASUL

buat semua kenalan dan taulan, keluarga dan sanak saudara. Jadikan Rasulullah sebagai idola yang terbaik buat kita.

Ja ne~
 
 
 
 



Salam Ramadhan 1434H

Tuesday, July 9, 2013

Assalamualaikum....

 

So, nak ambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Salam Ramadhan 1434H buat semua rakan-rakan di dunia maya, a.k.a rakan-rakan blogger..

Walaupun mungkin secara zahirnya kita tidak mengenali, tapi ucapan tulus ikhlas saya utuskan buat kalian semua..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.. Dan semoga beroleh barakah dan keampunan dari ILAHI..

Ayuh koreksi diri..
Berdoa pada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran bagi melalui Ramadhan yang mulia ini..
Setahun cuma sekali..

"Ramadhan tiba... Ramadhan tiba.."
Salam Ramadhan! 
 



Tak dapat diwarisi..

Tuesday, June 18, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. bertemu kita di bulan Sya'aban.
Maknanya, kurang dari sebulan sahaja lagi kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia..
Chotto!
Dah habis ganti puasa?
Hehehe...
Silalah ganti sebelum Ramadhan
Pesanan ikhlas dari bukan penaja..


Haa....
Hari ni baca Al-Quran..
Ceit!
Macamlah kau sorang je yang baca ye cik sara?
Ok..ok..
Dah baca yang arab, mestilah baca yang terjemahan juga kan?
Barulah faham apa kebendanya yang aku dok baca ni. Ye tak?

Kalau lagu korea, lagu jepun bukan kemain lagi laju kau google maksud dia konon nak bagi faham kan?
Yang Al-Quran siap ada terjemahan dekat sebelah tak reti pula kau nak baca?
Penampor sebiji baru tau!

EHehe...
Cut the crap..
Ayat Al-Quran yang saya terbaca pagi ni berkisahkan tentang Nabi Nuh dan Bahteranya..
Sungguh!
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..

Ingat lagu ni?
Mestilah ingat pada kisah Nabi Nuh juga kan?
Ketika Nabi Nuh mengajak puteranya menaiki bahtera yang dibina di puncak gunung, dengan angkuhnya putera baginda menolak.
Kata putera baginda, dia akan berlindung di gunung-gunung yang lebih tinggi..
Dan kerana keangkuhannya dan orang-orang kafir yang lain,
Maka tenggelamlah mereka dalam banjir besar yang sudah pun dijanjikan ALLAH akan berlaku..
Hanya orang-orang yang beriman dan menaiki bahtera Nabi Nuh sahaja selamat dari bencana besar itu..

Apa pengajaran yang dapat dari cerita ni?
Tepuk dada tanya iman..
Jangan salahkan ibu mengandung kalau sampai saat ini tak reti nak baca Al-Quran.
Kenapa tak cari inisiatif lain untuk belajar dan mendalami al-Quran?
Jangan salahkan ayah yang memberi nafkah kalau sampai saat ini tak reti nak duduk berdiri mengerjakan solat..
Kenapa tak berusaha dan mencari tok guru selayaknya untuk belajar tertib dan aturan serta bacaan dalam solat?

Walau siapa pun kita sebelum ini,
bukan jaminan siapa kita di masa hadapan..
ALLAH Maha Pemurah..
Semoga pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk kita..
(^_____^) 



Mari berdoa~

Friday, April 26, 2013

Mari berdoa sebelum kita menuntut ilmu..
Semoga ilmu yang kita perolehi ini akan membawa barakah bukan kepada diri kita sahaja, bahkan membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling dan agama.. ^^,

 






Bismillahirahmanirahi...

Yok..

Oh ya!
Dah doakan kedua ibu bapa kita?


Jom mulakan...
 



Harus dimiliki!

Friday, March 29, 2013

Salam Jumaat!

Hari ini saya nak kongsikan satu buku. Buku ni saya jumpa dekat Popular KL Festival City secara tidak sengaja..
Warna dan ilustrasi halaman hadapan menarik perhatian saya untuk melihat dan membelek buku tersebut.

Buku apa?
Naaaa....

Tadaaa...

 

Haa....
"Al-Quran pertama ku- Juzuk Amma"

Sangat awesome!
Di dalamnya ada asbabul nuzul bagi setiap surah-surah dalam Juzuk Amma. Dan kalau tak salah saya, Asbab maksudnya penyebab. Bila google, asbabul nuzul maksudnya...

  "Asbabun nuzul dalam bahasa Melayu bermaksud sebab-sebab sesuatu ayat itu diturunkan. Al-Quran ini telah Allah turunkan ke Luh Mahfuz secara sekali gus, tetapi diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur2. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran merupakan refleksi kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa itu merupakan sebab ayat itu diturunkan, dan ini akan memberi kefahaman yg lebih jelas tentang risalah Allah yg disampaikan oleh Rasulullah. Perlu diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa yg berlaku itu telah tersurat dalam takdir Allah akan berlaku dengan kekuasaanNya, selari dengan ayat Al-Quran yg diturunkan beransur2 kepada Nabi S.A.W "

InsyaALLAH.. betul maksudnya itu.
Di dalam buku ni juga ada penceritaan dan maksud surah-surah Juzuk Amma. Pendekatan dan ilustrasi yang digunakan sangat menarik! Saya suka.. Berhajat nak beli, tapi sebab jumpa tanpa perancangan, saya hold dulu.

Lain kali, saya beli..
Dan pada pendapat saya, buku ini wajar dimiliki oleh kita semua. Lepas ni, bila nak dodoikan anak atau adik kecil tidur, tak payahlah dok baca kisah dongengan untuk jadi bedtime story.. Sebab kisah-kisah dalam Juzuk Amma ini lebih menarik untuk dijadikan sebagai bedtime story..

Semoga lepas ni, kita akan lebih memahami dan mengingati asbab penurunan surah-surah al-Quran.. InsyaALLAH..

Till then,
XoXo
 

 



Reset Minda!

Wednesday, January 30, 2013

Nak ajak dengar Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin by Prof. Dr. Muhaya.
Pengisiannya sangat-sangat menarik.

"Lagi tinggi belanja, lagi rendah nilai wanita. Lagi rendah belanja, lagi tinggi nilai wanita.."

Gulp!

"Sesiapa yang memudahkan urusan walimah, Allah sayang."

Jom dengar ramai-ramai. Bukan hanya untuk bakal pengantin, malah sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat. Siapa pun anda, jom dengar..

[Dengar sini]



Topup Iman : Bersabarlah

Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikum dears!

Lama tak berkongsi dalam slot Topup Iman kan? Sebelum tu, Sara nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi buat semua rakan-rakan di alam maya. Semoga tahun ini memberi 1001 kebahagiaan, kejayaan dan segala "ke"  yang positif buat kita semua.

Untuk slot hari ni, Sara nak kongsikan ayat al-quran yang satu ni. Puas google lepas dengar Supervisor cakap dalam meeting room tadi. Ala-ala motivated word jugalah..


Tak dinafikan, dalam kita berusaha menyiapkan dan melaksanakan penyelidikan atau research ni, ada satu ketika dan sampai satu tahap kita akan berasa sangat-sangat down! Waktu tu kita rasa macam nak berhenti dari semua yang sedang kita lakukan. Ada ketikanya, kita macam hilang punca. Padahal, bukannya kita tak lakukan apa-apa. Tapi ada satu low point yang kita rasa macam tak sanggup untuk teruskan.

Itulah hakikatnya. We are looking.. we are searching.. we are reading.. we are studying.. we are analyzing... but suddenly we come out with some unexpected events! Dan ketika itu, hati, jiwa, nurani dan dalaman diri perlukan motivasi. Perlukan "ubat" untuk boost up the spirit. Perlukan kata-kata semangat. Perlukan pemangkin untuk teruskan perjuangan. Melangkah dengan lebih laju.

Dan pada Sara, ini adalah ayat yang terbaik. Bukankah Al-Quran itu sebaik-baik penawar? Terkandung segala jawapan buat hati yang gundah gulana.

Pesan Supervisor saya:
"ishbiru (bersabarlah), wa sobiru (dan kuatkanlah kesabaran), wa robitu (dan bersiapsiagalah), wa jahidu (bersungguh2lah), wa sabiqu (berlumba2lah) dan wa sari'u (bersegeralah) dalam kehidupan research"

Aja-aja fighting! 
 



Love Letter #10 : Sabar

Sunday, August 12, 2012


Wahai Muhammad! Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Surah Al-Anfal : Ayat 65



p/s : Mereka tidak mengerti bahawa berperang itu haruslah untuk membela keyakinan dan menaati perintah ALLAH. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliah dan maksud-maksud duniawi lainnya.
 




Love Letter #9 : Pakaian Takwa

Friday, August 10, 2012



Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka ingat.

Surah Al-A'raf : Ayat 26




Love Letter #8 : Janji Iblis

Thursday, August 9, 2012




Iblis menjawab, " Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-MU yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."

Surah Al-A'raf : 16-17






Semanis Kurma : Keluarga Syurgawi


Assalamualaikum...
Beberapa jam lagi kita akan masuk ke Ramadhan yang ke-20. 10 malam terakhir yang sering disebut-sebutkan. Rebutlah 10 malam terakhir...
Tapi, untuk petang ni, saya nak kongsikan perkongsian yang saya dapat masa pergi Semanis Kurma Live at UTM KL pagi tadi.

Majlis ilmu ni disampaikan oleh pasangan suami isteri yang tak asing lagi pada kita iaitu Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Siti Nur Bahiyah. Pasangan Semanis Kurma yang popular dekat TV9 tuuu..weee.. Ok, Tajuk perkongsian hari ini adalah Semanis Kurma : Keluarga Syurgawi. Semua orang ingin membina masjid, bergelar suami, bergelar isteri. Dan sekalipun kita belum memegang kedua gelaran itu, yang pasti kita tetap seorang anak. Definisi keluarga? Semua dah tahu kan? Tapi nak membina keluarga Syurgawi, keluarga bahagia, tak ramai yang tahu. Mungkin ramai yang tahu, tapi tak ramai yang amal dan praktikkan.

snap dari telefon tak berapa pintar, itu yang tak berapa cantik sangat..^^,

Ada 7 petua macam mana nak mewujudkan keluarga Syurgawi ini. Bagi yang sudah berumah tangga, bolehlah praktik-praktikkan. Tapi, yang belum berumah tangga tu, jangan buat endah tak endah pula. Anda tetap memiliki sebuah keluarga. Ada emak dan ayah. Ada adik beradik. Ada keluarga. Sebab tak semua masih memiliki apa yang kita miliki jadi bersyukurlah.

1. Beriman dan bertakwa kepada ALLAH.
Ha! ini petua yang paling utama dalam banyak-banyak petua di seluruh alam ini. Kena ada iman. dan kena ada takwa.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-Mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat ALLAH, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." 
- Surah Ali Imran : 133-135

Haaa... disebut tentang 5 golongan yang paling cepat masuk ke Syurga. dan salah satunya adalah orang-orang yang bertakwa. Jadi, pentingnya iman dan takwa dalam membina sebuah keluarga Syurgawi.

Ok. Nexttttt..

Kuruskan beliau? tapi sentiasa bertenaga!

2. Al-Mawaddah Ar-Rahman (Kasih Sayang)
Kasih sayang perlulah diterjemahkan dengan kata-kata dan ditunjukkan dengan perbuatan. Antara perbuatan yang menunjukkan kasih sayang itu adalah dengan memberi hadiah. Ada satu hadis yang berbunyi "Berhadiah-hadiahlah di antara kamu kerana hadiah boleh menyemarakkan kasih sayang..."

Ehemm.. Next month, birthday saya.. Siapa nak bagi hadiah? boleh kita eratkan kasih sayang sesama kita. Sesama insan..=) Ok! Selain itu, ada beberapa cara untuk menunjukkan kasih sayang kita. Antaranya adalah Hadiah, kata-kata perangsang, sentuhan, masa bersama dan sedia berkhidmat. Sentuhan diantara suami dan isteri. Sentuhan antara ibubapa dan anak-anak. Sentuhan yang akan menyalurkan rasa kasih sayang itu.

Nexttttt...

3. Al-Musyawarah bil ma'aruf (Pergaulan yang baik)
Haaa... bukannya dokumentasi je kena ada 5S tau! Dalam melaksanakan pergaulan sesama muslim dan terutamanya sesama suami isteri dan komuniti keluarga, 5S sangat-sangat perlu. Apa 5S tu? Memberi Salam (Salam) -> BerSalaman (Salam) -> Senyum -> Sopan -> Sapaan.

Tak perlu banyak. amalkan 5S ni, insyaALLAH...keluarga yang dibina akan bahagia. Bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.. InsyaALLAH..

4. Rezeki yang halal.
Rezeki yang halal akan membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang unggul. Jadi, wahai suami.. carilah rezeki yang halal untuk anak dan isterimu. Kerana apa yang engkau bawa pulang akan menjadi sebahagian dari darah dagingmu. Kalau haram rezekinya, maka akan rosaklah seluruh ahli. Tetapi jika baik rezekinya, akan baiklah hasilnya. Anda buat, anda dapat..

Seterusnya
5. Amanah dan tanggungjawab.
"Jualkanlah dunia kamu dengan akhirat, nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat"

Harta itu adalah amanah. Jadi, keluarkan zakat dari harta-harta yang kamu miliki. Sebab itulah cara nak "bersihkan" lebihan amanah yang kita miliki. Kalau berkemampuan, apa salahnya kan? Kita keluar sikit. InsyaALLAH, ALLAH akan beri rezeki pada kita berlipat ganda. Jangan risau. Sebab rezeki itu dari ALLAH.

6. Berdoa kepada ALLAH dan membanyakkan membaca AL-Quran.
Ustazah sempat juga kongsikan dengan kitorang ayat al-quran yang boleh dibaca untuk melembutkan anak-anak. 

"Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir" - Surah Al-Hasyr : Ayat 21

1. Baca ayat ni dan tiupkan dalam makanan dan minuman yang dibuat untuk anak-anak.
2. Baca ayat ni dan tiup di ubun kepala anak-anak..

Haaa.. macam mana nak lembutkan hati suami dan isteri? Tak payah g cari bomoh nak guna minyak pengasih, nasi kangkang segala bagai. HARAM!. Baca doa ni, dan hembuskan di belakang leher suami mahupun isteri. Errr... tak reti chek nak ulas panjang-panjang bab suami isteri ni. Bagi yang dah berkahwin tu, kome explorelah sendiri ek? InsyaALLAH, yang baran akan kurang barannya.. Kita usaha, selebihnya serah pada ALLAH.. sebab dia lebih mengetahu sesuatu yang kita tak tahu..

Dan point yang terakhir adalah..

7. Berbakti kepada orang tua..
Tak guna kalau jadi isteri mithali, suami mithali tapi lupa tanggungjawab pada kedua orang tua kita. Sungguh! Tak guna.. Macam mana pun bahagianya keluarga yang kita bina, tapi kalau derhaka pada mak ayah, tetap tak bahagia dekat akhirat nanti. Jadi, hargailah orang tua kita. Berbaktilah kepada mereka. Tak guna wang berkepuk kalau orang tua dibiarkan tarjatuh terduduk. Ingatlah anak-anak.. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat melihat bulan dan matahari. Dan yang pasti, tak mungkin kita berada di mana kita berada sekarang.. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. Lalalala...

  



Love Letter #7

Friday, August 3, 2012


Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka menjadi (terpecah) dalam golongan-golongan, sedikit pun bukan tanggungjawabmu (Muhammad) atas mereka. Sesungguhnya urusan mereka (terserah) kepada ALLAH. Kemudian DIA akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. 

Ayat 159 : Surah Al-An'am


Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi).

Ayat 160 : Surah Al-An'am

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya Tuhanku telah memberikan petunjuk ke jalan yang lurus, agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus. Dia (Ibrahim) tidak termasuk orang-orang musyrik."

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-NYA, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (Muslim)."

Ayat 161-162 : Surah Al-An'am

 
Katakanlah (Muhammad), "Apakah (patut) aku mencari tuhan selain ALLAH, padahal Dia-lah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmu lah kamu kembali dan akan Diberitahukan-NYA kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan."

Ayat 164 : Surah Al-An'am

Dan DIA-lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk menguji kamu atas (kurnia) yang diberikan-NYA kepadamu. Sesungguhnya Tuhan-mu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, DIA Maha Pengampun,Maha Penyayang.

Ayat 165 : Surah Al-An'am

Saya agak tertarik dengan penghujung Surah Al-An'am ini. Surah ke-6 dalam Al-Quran. Dalam satu muka surat sahaja ada banyak intipati dan ayat-ayat ALLAH yang wajar kita jadikan iktibar. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam menterjemah dan mentafsir setiap ayat-ayat itu, tapi ayatnya banyak yang terkesan di hati saya. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. Allah yang menciptakan sekalian alam. Renung-renungkan dan selamat beramal..~     




Rezeki itu milik ALLAH...

Sunday, July 29, 2012

Saya pilih keamanan.Weeeee.... saya suka iklan tu..Walaupun temanya adalah jom turun mengundi, tapi saya suka pada ayat "Saya pilih keamanan.." Eh, lek luuuu.. Bukannya nak berpolitik atas pentas blog sendiri.. Tidak..tidak.. Saya tak ada niat pun nak berpolitik. Sekadar berbicara mengikut rasional akal. Tak salahkan? Takkan saya nak pilih Perpecahan? Haruslah saya pilih untuk kekalkan keamanan yang dikecapi sejak berpuluh tahun yang lalu. 

Rupa-rupanya, banyak juga isu dekat luar sana ek? Isu artis wanita yang semakin ramai berhijrah memakai hijab (alhamdulillah), isu air selangor yang tak tahulah siapa betul siapa salah, isu logo kemerdekaan dan lagu tema kemerdekaan yang saya tak berjaya mendengarkannya lagi, isu olimpik sudah semestinya. Belum kira isu artis berhijab yang lantang bersuara. Isu itu ini. Banyaklah. Sampai tak terkejar nak mengambil tahu tentang semua isu. Belum tengok isu dunia lagi.. isy..isy..isy..geleng-geleng kepala..

Semalam, member saya story pasal kenyataan yang dikeluarkan ABBY ABADI. Tentang artis bertudung + job + kerajaan yang memerintah. Dan saya yang pada mulanya tak berapa nak follow cerita tentang ABBY ABADI ni, mulalah menggoogle.. Apakah statement yang dikeluarkannya. Sampailah ke Blog BeautifulNara.. Saya baca dalam keadaan yang neutral ok... Dan apa yang saya bakal tuliskan juga adalah sesuatu yang neutral. Sebab saya tak berminat untuk berpolitik di sini.

Saya baca. Tapi, siyesly..saya tak faham pun statement yang dikeluarkan ABBY ABADI tu.. eheh.. Tak tahulah rakan blogger yang lain. Lagipun sekarang ni bahaya sket kalau nak komen pasal artis. Salah cakap, jatuh kelompok fitnah. Kalau tak pun, tak pepasal kena saman dengan artis. Ko nak?? Ngeeee...scary.. Tapi, satu perkara yang saya faham dan saya belajar sejak kecil adalah:

Rezeki itu milik ALLAH. Sama ada kita bertudung atau pun tidak, rezeki itu tetap milik ALLAH. Kalau niat kita ikhlas nak berubah kerana ALLAH S.W.T, ALLAH akan buka pintu rezeki untuk kita. Ada banyak pintu-pintu rezeki dari ALLAH. Tapi, kalau rezeki kita disekat, jangan cepat menunding jari meletakkan kesalahan pada orang lain. Sebaliknya, re-check diri kita. Muhasabah kembali. Mungkin ada kekhilafan dan dosa yang kita buat sehinggakan ALLAH menjauhkan rezeki itu dari kita. Tepuk dada, tanya iman.

Dan honestly, saya suka ikut perkembangan artis-artis bertudung. (^o,^) Tapi saya lebih suka kalau kelompok artis bertudung ini berdakwah untuk mengajak rakan artis lain ke arah kebaikan (kembali kepada yang HAK) tanpa menggunakan politik. Sebab, politik itu kalau disalahgunakan hanya membawa kepada perpecahan. Sedangkan islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersatu dan saling menyayangi. Antara artis yang berhijrah tapi masih mendapat tempat di kalangan penerbit dan pengarah mengikut lensa mata saya adalah: Sheila Rusli, Aida Khalida, Diana Amir, Catriona Ross, Irma Hasmie, Farah Beep beep, Natasha Hudson, Raja Farah dan ramai lagi.

Lagipun, sekarang ni bukan artis wanita je yang terkena tempias hijrah. Penerbit, penulis skrip, pengarah lakon layar, pengarah even manusia biasa pun ramai yang mulai merasa untuk berhijrah. Buktinya, drama-drama dan talk show di televisyen. Terutamanya di TV Al-Hijrah. Belum ambil kira majalah-majalah yang menampilkan model muslimah. Malah artis bertudung pun boleh jadi duta produk. Buktinya Liza Hanim dan Azizah Ariffin (Pengacara TV3). Eh, even Wardina pun masih diambil jadi Duta London Weight kan? Jadi, tak perlu tunggu kerajaan bertukar pemimpin. Sekarang pun boleh dapat banyak job kalau hati kita ikhlas..=D 

InsyaALLAH.. Kalau hubungan kita sesama manusia baik, ALLAH akan permudahkan jalan untuk ke pintu-pintu rezeki itu. Jadi, jangan cepat melatah. Relaks and cools.. ALLAH kan ada?

Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..Maaf zahir dan batin kalau ada tersalah bicara. Sekadar berbicara dalam keadaan rasional akal.=)
 



Sejarah Islam : 7 Ramadhan pertama

Friday, July 27, 2012

Hari ini dalam sejarah Islam di Bulan Ramadhan. Tahukah anda?
Apakah peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ini? Biasanya kita dihidangkan dengan sejarah Malaysia pada tarikh sekian-sekian. Dan apa yang saya peroleh di FB hari ini adalah sesuatu yang......ooooookkkkk.. Tak tahulah pula selama ini. Jadi, untuk saya ambil tahu dan kamu-kamu juga mengetahuinya, jom kita tengok sejarah Islam. Apa yang telah dan pernah berlaku sepanjang Ramadhan ini. Maksud saya untuk 7 hari pertama yang telah kita lalui ini..

1 Ramadhan 587 H

 

Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.

2 Ramadhan 732 H

Pada tanggal ini lahir seorang Ulama agung iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunisia, dilahirkan dalam keluarga golongan atasan Andalusia.

3 Ramadhan 11H


Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia. Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.

3 Ramadhan 835H


Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantinople dalam rangka menakluk dan memasukannya ke dalam naungan Islam.
  
4 Ramadhan 1299 H


Pada hari ini bersamaan 20 Julai 1882 M pemimpin Mesir tatkala itu Khedive (jeneral) Isma'il Pasha mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari Jabatan Menteri Pertahanan.

5 Ramadhan 362 H


Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi (Syiah) memasuki negara Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentera dibawah pimpinan panglima terkenal Jauhar As-Saqoli pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada perlawanan. Kerajaan Fatimiyyah merupakan kerajaan bermazhab Syiah Ismailliyah.

Jangka Hayatnya selama 909-1171 (262 tahun)
Negara Jajahannya Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria, Libya, Maghribi dan lain-lain
Ibu Negaramya Mahadidiayah (Tunisia), Kaherah (Mesir)
 
6 Ramadhan 223H

Sultan Al-Mu'tasim mengadakan pengepungan terhadap kota "Umuriyah" yang merupakan sebuah benteng pertahanan terkuat Byzantine di Asia Kecil.
 
7 Ramadhan 361 H

Atas perintah Khalifah Fatimi, panglima Jauhar As-Saqoli meletakkan batu asas pertama pembinaan Masjid Al Azhar.Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman dalam fahaman Syiah.

Haa...itulah serba sikit ringkasan yang saya copy dan paste kan di sini. Kalau rasa nak tahu lebih detail, rajin-rajinkan diri untuk click gambar-gambar tu ok. Tak pun, ada Facebook kan? Cubalah cari page Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir. Tak pun carilah Raudhah Ramadhan. Best. Sebab mereka suka berkongsi maklumat yang kadang-kadang, kita pun tak tahu dan lupa nak ambil tahu..

Salam Ramadhan buat semua~



Topup Iman : Rapatkan Safff..



"Sesungguhnya ALLAH dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf."

Inilah senario yang biasa terjadi. Bila bawa sejadah sendiri, masa imam sebut "Rapatkan dan luruskan safff.." hakikat yang berlaku hanyalah sejadah yang dirapatkan..

Semoga kita beroleh iktibar dari perkongsian kali ini..Terutamanya ketika menunaikan solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ni..
(^o,^)

Salam Ramadhan dan selamat berterawih..
Rapat dan luruskan safff...



Love Letter #6 : Kun Fa Ya kun

Wednesday, July 25, 2012


Dialah yang Menciptakan langit dan bumi dengan hak(benar), ketika Dia berkata, "Jadilah!". Maka jadilah sesuatu itu. Firman-Nya adalah benar dan milik-Nya lah segala kekuasaan pada waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti.

-Ayat 73, Surah Al-An'am




Love Letter #5 : ALLAH

Tuesday, July 24, 2012

Dan jika engkau bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Pasti mereka akan menjawab, "ALLAH". Maka mengapa mereka bisa dipalingkan (dari kebenaran). Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-NYA dan Dia(pula) yang membatasi baginya. Sungguh, ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu.
Dan jika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan (air) itu dihidupkannya bumi yang sudah mati?" Pasti mereka menjawab, "ALLAH". Katakanlah, "segala puji bagi ALLAH." Tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti.

- Ayat 61-63. Surah Al-Ankabut