Gula-Gula Kapas!

Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah..
Selamat mendarat di bumi asing ini. Wehuuuuuu...
Laju kan update?
Sebab internet dalam bilik guna kabel kot... Gila tak hot?
Eh, salah!
Gila tak laju??

 

Haaaa... kawan-kawan.. Inilah Hong Kong!
Nak masuk tak perlukan VISA. Jadi,rancang percutian anda!
Kihkihkih..
Oi! Awak tu datang untuk conference okkkk.. Sila manfaatkan masa anda!

Hobi yang tak boleh blah sejak kecil adalah duduk di sebelah tingkap. Tak kiralah naik kenderaan apa sekali pun. Mesti nak duduk tempat yang boleh nampok ke luar. Dah macam satu habit pula. Siyeslyyyyy..
Jadinya, sepanjang 3 jam 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong ni, dapatlah sayo menikmati pandangan kekabu putih yang penuh di ruang langit ini. 

Nak dijadikan cerita...
Uniknya Hong KOng International Airport ini adalah....
Ianya terletak disebuah pulau buatan manusia. eh, iyeke? Entah. Iyalah kot.
Masa kapal terbang nak mendarat tu, tak nampak landasan gua bagitahu lu.
Ingatkan kapal terbang nak mendarat atas ayaq. Dah prepare nak ambil jaket keselamatan jelah.. Kihkihkih..
Thinking overboard.
Rupa-rupanya landasan sebelah laut! 
Eh, airport dekat atas pulau!
Gila kagum tak habis!
Kagum dengan idea manusia yang tak habis-habis tu.

Oh ya!
dari terminal tempat kapal terbang kita naik tu berhenti nak ke imigresen, kena naik ala-ala shuttle bus yang comel itu. Dalam 3-5 minit perjalanan. Kelebihan imigresen Hong Kong ni, dia tak buat barisan panjang-panjang sebaris ke belakang macam yang selalu kita tengok tu. Dia punya concept macam nak masuk main game dekat USS tu. Punyalah jauh kena pusing/berjalan. Walhal kaunter imigresen tu kalau capai dengan tangan pun dah sampai.
Tapi sebab dia memaksimumkan penggunaan ruang, itulah jadinya.
Dari Airport nak pergi mainland either naik bas atau naik Airport Express. Ala.. yang macam KLIA Express tu. Laju dan selesa. Tip top sebab ada WIFI percuma. Hahaha...
Kalau korang nak tahu, dari Airport nak sampai Hong Kong Station, regenya HKD 100!.
Maknanya, masa beli Octopus card kan bayar HKD150. HKD50 tu deposit. HKD100 tu untuk nak sampai ke Hong Kong!
Adoiiii!
Kepala dah pusing turun dari kapal terbang. Macam manalah terlepas pandang benda yang satu ni. Spoil!

Eh, mata dah nantuk..
Sambung lain hari pulalah ye..
Bubbye! 
 



0 comments: