Showing posts with label hongkong. Show all posts
Showing posts with label hongkong. Show all posts

Single Trip : Hong Kong II

Tuesday, December 10, 2013

Eh!
Rasanya tak kongsi lagi cerita dekat Hong Kong hari tu kan?
Gomen ne...
Balik dari Conference, terus sibuk nak siapkan report dan preparation untuk ke Jepun. 
Jom tengok teaser dulu.. Sambil saya perah-perah otak ingat kembali pengalaman travel ke Negara orang tu.

 

Victoria Bay
 



Single Trip : Hong Kong I

Sunday, October 27, 2013

Berlintas langsung dari Bumi Hong Kong!
Assalamualaikum dan selamat malam...
Yeee...Saya masih disini.. menantikan ketibaan pesawat Air Asia dari Malaysia untuk membawa saya pulang ke bumi Malaysia..

Perghhhh... Ayat macam dah bertahun duduk dekat perantauan kan? Padahal, baruuuuu 4 hari 3 malam..
Ye.. 4hari 3 malam. Extra satu malam dekat Airport! Uwaaaaaa... (T____T)
Biasanya, sekalipun orang pergi ke tempat orang ni atas urusan akademik a.k.a menghadiri conference, tapi dalam blog tak denya nak pung pang pung pang pasal conference tu. Simpan ajelah buat tulis report hantor dekat pejabat fakulti esok. Ye.. saya kena tulis report. Kalau tak ada report, nanti tak boleh nak claim everything..

Sedih!
Eh, chotto!
Kalau nak tahu, sebelum sampai Hong Kong saya rencanakan untuk naik MTR pergi ke Regal Riverside Hotel. Ala.. tempat conference tu lah. but then, bila saya guna google map dekat bilik hotel, suggested route adalah dengan menggunakan pengangkutan awam a.k.a public bas.


Baguih google map ni. Siap bagi nombor bas lagi. Memudahkan sungguh.
Lebih memudahkan bila mana perhentian bas hanyalah 5-10 meter je dari hotel saya tu. Oklah kan. Daripada nak jejak MTR Mong kok stesen yang dekat 15 min juga berjalan kaki tu.
Kalau nak tahu, public transport dekat Hong Kong ni kebanyakkannya bas double decker. 
Fakta menarik tentang penggunaan bas di Hong Kong adalah, kita bayar dari mana kita naik. Bukan ke mana kita turun. Maksudnya, diorang bahagikan laluan bas tersebut kepada tiga zon. A,B dan C. Kalau kita naik dari mana-mana hentian dalam zon A, tambangnya mahal sedikit dalam HKD 9.5. Kalau naik dari mana-mana hentian zon B, tambangnya hanyalah HKD 4.0 dan seterusnya..



Jadinya, dalam situasi saya yang tak berapa nak tahu nampak stesen/hentian nak turun,memang sangat membantu. Tak payah jadi ayam dan itik dengan pak cik bas tu. Naik bas, swipe je OCTOPUS kad tu, then terus menapak g second row. Duduk dendiam sambil melihat alam.


Inilah life style masyarakat Hong Kong yang selalu ditonton dalam drama TVB tu.. Hehehe..
Ok..adios amigos!



Gula-Gula Kapas!

Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah..
Selamat mendarat di bumi asing ini. Wehuuuuuu...
Laju kan update?
Sebab internet dalam bilik guna kabel kot... Gila tak hot?
Eh, salah!
Gila tak laju??

 

Haaaa... kawan-kawan.. Inilah Hong Kong!
Nak masuk tak perlukan VISA. Jadi,rancang percutian anda!
Kihkihkih..
Oi! Awak tu datang untuk conference okkkk.. Sila manfaatkan masa anda!

Hobi yang tak boleh blah sejak kecil adalah duduk di sebelah tingkap. Tak kiralah naik kenderaan apa sekali pun. Mesti nak duduk tempat yang boleh nampok ke luar. Dah macam satu habit pula. Siyeslyyyyy..
Jadinya, sepanjang 3 jam 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong ni, dapatlah sayo menikmati pandangan kekabu putih yang penuh di ruang langit ini. 

Nak dijadikan cerita...
Uniknya Hong KOng International Airport ini adalah....
Ianya terletak disebuah pulau buatan manusia. eh, iyeke? Entah. Iyalah kot.
Masa kapal terbang nak mendarat tu, tak nampak landasan gua bagitahu lu.
Ingatkan kapal terbang nak mendarat atas ayaq. Dah prepare nak ambil jaket keselamatan jelah.. Kihkihkih..
Thinking overboard.
Rupa-rupanya landasan sebelah laut! 
Eh, airport dekat atas pulau!
Gila kagum tak habis!
Kagum dengan idea manusia yang tak habis-habis tu.

Oh ya!
dari terminal tempat kapal terbang kita naik tu berhenti nak ke imigresen, kena naik ala-ala shuttle bus yang comel itu. Dalam 3-5 minit perjalanan. Kelebihan imigresen Hong Kong ni, dia tak buat barisan panjang-panjang sebaris ke belakang macam yang selalu kita tengok tu. Dia punya concept macam nak masuk main game dekat USS tu. Punyalah jauh kena pusing/berjalan. Walhal kaunter imigresen tu kalau capai dengan tangan pun dah sampai.
Tapi sebab dia memaksimumkan penggunaan ruang, itulah jadinya.
Dari Airport nak pergi mainland either naik bas atau naik Airport Express. Ala.. yang macam KLIA Express tu. Laju dan selesa. Tip top sebab ada WIFI percuma. Hahaha...
Kalau korang nak tahu, dari Airport nak sampai Hong Kong Station, regenya HKD 100!.
Maknanya, masa beli Octopus card kan bayar HKD150. HKD50 tu deposit. HKD100 tu untuk nak sampai ke Hong Kong!
Adoiiii!
Kepala dah pusing turun dari kapal terbang. Macam manalah terlepas pandang benda yang satu ni. Spoil!

Eh, mata dah nantuk..
Sambung lain hari pulalah ye..
Bubbye! 
 



(^____^)

Thursday, October 24, 2013

One step..