Ye..
Sedar tak sedar 20 hari dah saya di bumi Nihon.
Ni jyu. Dua puloh.
Dan apa yang dapat saya rumuskan dari pandangan, pemerhatian dan penaakulan(?) saya adalah:
+ Tak ada tong sampah hitam di tepi jalan mahupun di kawasan taman atau tourist attraction. Dan tiada sampah di jalanan! Sebaliknya, di dalam bangunan ditempatkan pelbagai jenis dan warna tong sampah. Maksudnya di sini, buang sampah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Recycle item vs non-recycle
+ untuk sampah dalam rumah pula, dibahagikan kepada beberapa bahagian yang perlu dibuang dalam plastik berasingan warna dan dibuang mengikut hari yang telah ditentukan. Sebagai contoh, barang mudah bakar dibuang ke dalam plastik berwarna putih bertulisan merah. Kotak susu atau minuman yang besar perlu dikoyak dan dibersihkan serta dibentangkan dan disusun kemas. Kemudian ikat dan buang pada hari yang ditentukan sebagai bahan recycle.
+ botol minuman yang hendak dibuang perlulah dibahagikan kepada tiga bahagian: botol, penutup botol dan label. Ketiga-tiga bahagian ini dibuang ke dalam tong yang berasingan!
+ Lampu isyarat di kawasan kampung Yonezawa ini tiada lampu isyarat belok ke kanan mahupun ke kiri walaupun di simpang empat! Maksudnya di sini, bila lampu isyarat hijau je dan anda berniat hendak belok ke kanan, sila lihat hadapan (kebiasaannya kiri dan kanan akan berhenti). Kalau tiada kereta dari hadapan dan laluan adalah selamat, beloklah ke kanan.
+ Bas. Di sini, naik dari belakang dan turun di hadapan (Vice versa dari sistem bas di Malaysia mahupun Hong Kong). Maksudnya di sini, naik dari belakang dan ambil tiket bas dari mesin automatik yang terletak berdekatan tangga dan duduk. Masa nak turun baru buat bayaran. Dan yang paling menarik tentang bas di sini adalah,ada mesin tukaran duit kecil! Jadi, tak perlu bimbang kalau anda tak punya duit kecil yang mencukupi.
+ Densha. Pintu Densha tidak terbuka secara automatik. Jadi, sila tekan butang open dari luar jika anda hendak masuk. Atau tekan butang open dari dalam bila densha berhenti di destinasi yang anda tuju. Densha adalah keretaapi elektrik. Manakala Shinkansen adalah kereta api laju.
+ Pasaraya.Supa. Cashier akan menyebut setiap satu harga barang yang discan pada mesin. Terpulanglah nak dengor ke tidak. Itu memang salah satu job criteria diorang.
+ Basikal. Ha! Pengangkutan utama mereka adalah basikal. Tak tahulah dekat bandar lain macam mana. Tapi dekat Yonezawa ni memang boleh nampak ada banyakkkk basikal. Dan disetiap apartment pasti ada garaj basikal. DI kawasan kampus juga ada parking basikal. Pendek kata, parking basikal lagi banyak dari parking kereta. =))
+ Televisyen. Rancangan Jepun lebih banyak yang bercorak dokumentari dan bual bicara. Susah jugalah nak dapat tengok drama. Kalau nak tengok kartun, biasanya NHK channel 2. Dokumentari dan bual bicara secara berjemaah ini sebenarnya sangat ilmiah dan sudah semestinya disampaikan dalam bahasa jepun. Sebagai contoh: Dokumentari bual bicara perihal kesihatan dan perubatan. Setiap pagi isnin rasanya. Pagi lain tak pasti pula. Ada satu slot tu cerita di sebalik pengambaran National Geographic. Walaupun taklah terror nihongo, tapi boleh fahamlah apa yang disampaikan. Sangat knowledgeble!
+ Buku. Seriusly, dekat sini memang susah nak jumpa buku bertulisan romanji hatta di kedai buku sekalipun. Kalau dekat library pun, mujur ada international shelf + Journal yang diorang subcribes from outside for research purpose. Dan buku yang bertulisan jepun itu sangat detail penyampaiannya. Sebagai contoh: SPM Manual for Brain Image Analysis. In Nihongo of course. Detail with pictures and explanations.
+ Ramalan Cuaca. Dekat sini ramalan cuaca sangat penting dan kebiasaannya memang tepat. Jadi, kalau ramalan menjangkakan hujan akan turun, jangan lupa bawa payung! Jaga diri. Jaga kesihatan. Jauh ni tak ada yang nak jagakan..=))
+ Solat. Dekat Yamagata Daigaku ada International Lounge. Kebiasaannya waktu-waktu nak solat memang akan ada budak-budak Malaysia dekat situ sebab ada satu area yang disediakan untuk muslim menunaikan solat. Tapi, kalau rajin... bolehlah atur langkah dan pulang ke Kaikan (International House).
+ Bahasa. Dekat sini, seboleh-bolehnya diorang nak kita berbahasa jepun juga. Yang boleh berbahasa Inggeris, they only talk English when they see we really-really have no idea on what they are talking about. Otherwise, kita yang terasa terpaksa dan mahu belajar bahasa jepun. =D
+ Customer services. Haaa.. Part ni sangat menarik. Bila kita masuk kedai, bukan seorang je yang sambut tahu. Kalau dekat kaunter ada 3-4 orang. Makanya, 3-4 orang tulah yang akan sebut "Irasshaimase". Comel kan? Hehehe...
+ Hanko. Haaaa..dekat Jepun ni, hanko lagi berharga daripada tandatangan kita tu.. Errr.. Maksudnya kalau nak stay lama dan nak guna bank serta urusan-urusan lainnya, adalah digalakkan membuat hanko. Sebab kebanyakan urusan memerlukan kita stamp hanko kita instead of tandatangan kita.=D
Urmmmm.. itu je kot untuk masa ini. Lain-lain perkara akan ditambah lagi di kemudian hari.
Setiap hari adalah hari baru untuk pengalaman baru. =))