Showing posts with label MJIIT. Show all posts
Showing posts with label MJIIT. Show all posts

Episode 7: Yamagata University

Wednesday, November 27, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak tunjuk gambar yang sempat saya snap sekitar Yamagata Daigaku ni. So, enjoy the picsta!

 


 

Kalau jumpa pokok ni, maknanya dah tak jauhlah dengan lab saya. Sebab pokok ni depan bangunan lab saya.
 

 

Nampak tak dekat bawah garaj basikal tu ada kawasan dengan tong warna hijau? haaa..kat situlah kawasan untuk merokok. Lain-lain tempat dalam kampus tidak dibenarkan. Kalau nak merokok, sila ke tempat ini. Kebetulan masa saya snap gambar, tak ada yang tengah merokok. Hehehe

 

Dekat tepi tu lah Shokudo. Dekat dengan Shokudo ada coop. Tingkat atas coop tu adalah Kouryou Lounge. Gambar ni dari luar bangunan lab saya. Tak jauh kan?
Dekat Kouryou Lounge tu ada tempat solat. So, saya selalu solat dekat situlah..=)) 



 


 Itu je lah. Inilah Universiti yang saya attach. Tumpang buat research bentar ye...
Please be good to me..=))





(^____^)

Thursday, October 24, 2013

One step..













S.P.E.E.C.H.L.E.S.S

Tuesday, August 20, 2013

Totally speechless..

Tak tahu nak tersenyum lebaq sampai ke pipi..
atau menyeringai sampai ke subuh esok..
Atau nak bersedih dan berduka..
Segala macam rasa macam bercampur-campur...

Instead of 6 months, turning to be 12 months!
Maksudnya setahun!
Fuh..fuh...fuh..
Ini bukan mimpi kan?
Bukan fantasi yang bila mana pagi esoknya aku terjaga dan merasakan ianya hanya mainan tidur?

Subhanallah..
Syukur alhamdulillah..
Walaupun belum lagi pergi, tapi rasa macam sebelah kaki dah ada di sana..
Belum lagi selesai mengisi borang dan dokumen di sini,
tapi dah rasa macam tak sabar nak pergi..

6 to 12?
Again!
Speechless..
Ya Rabb, adakah ini perancangan yang ENGKAU tuliskan untuk aku?
Subhanallah...
Terasa impian yang terbina sejak zaman degree semakin membuahkan hasilnya..

Allahurabb..
Permudahkan segala urusan ku.. Baik di sini.. Mahupun di sana..
Tiada yang mengetahui setiap sesuatu itu melainkan engkau..
Andai ini yang terbaik yang ENGKAU aturkan dan rencanakan buatku, sungguh aku redha..
Sungguh aku bersyukur dengan rencanaMU..

Topi cendawan!
Sabaq! Akan ku kejar dan kugapai dirimu..
Akan aku pastikan engkau bukan hanya mimpi..
Tapi realiti yang pasti..

Starting for now,
masuk gear 4..
Pecutan tahun-tahun terakhir Sara!
Jangan sia-siakan..
Jangan alpa..
Push the momentum!
There are soooo many things you need to do..

Bismillahirahmanirahim...



Blogger : I LOVE UTM!

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikummmmm...

Selamat Pagi!!!
Hari ni nak kongsikan sesuatu. Tentang Rasa.
Eh! Salah!


Tentang ini.
Istimewa buat semua blogger-blogger UTM..
Sama ada pelajar, alumni mahupun staff..

Jom sertai komuniti ini dan jadi blogger utm yang berdaftar.
Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat pengiktirafan bertulis dari NC UTM.. (^__^)*

Nak buat apa?
Saja suka-suka...

By the way,
for more detailed
boleh baca dekat sini:

Boleh baca rules and registration.

Jom Sertai Komuniti Blogger UTM secara berdaftar!!



Jerebu wei!!

Thursday, June 27, 2013

Stop kejap entrie pasal makan..makan dan makan ni..
Nak up story pasal JEREBU pula!
Weeeee...lambat beno ye ekau ni Sara..

Alhamdulillah.. bumi KL mulai dibasahi hujan dan seterusnya membersihkan habuk-habuk halus a.k.a jerebu yang menutupi bumi KL untuk beberapa hari ni. Alhamdulillah..
Syukurrr...


Gambar ni ambil masa on the way back from HUKM to UTM, weekend yang lepas (22hb Jun 2013)
Masa ni KL dah masuk zon kuning. Unhealthy. Sikit je lagi nak masuk zon oren kot.
Jarak penglihatan pun semakin terhad.
Dekat depan tu, kalau tak salah, bangunan Samsung dekat Ampang Park. Ini Jalan Tun Razak.




KLCC pun dah semakin tak kelihatan.. SObss..sobss..



Ini jalan yang selalu saya ambil bila pergi dan balik hostel.. 
Disebabkan jerebu, terus hilang KLCC, KL Tower and even menara razak UTM can't be seen!

Tapi.. alhamdulillah..Hujan dah turun..
Langit pun dah kembali cerah.. =D
 



What am i doing?

Wednesday, June 19, 2013

Oh!
What am i doing?

 

Setelah hampir dua tahun berusaha untuk ini..
Alhamdulillah..
ALLAH permudahkan jua..
Dan semoga ALLAH permudahkan urusan-urusan yang mendatang..

InsyaALLAH..
Doakan saya!
Ini baru part 1. 
Saya ada beberapa part lagi sebelum sampai ke destinasi..

(^_____^) 

 



Hujan rahmat~

Wednesday, April 24, 2013

Hujannnn...
Hampir setiap petang hujan turun...
Bukan sedikit...
Tapi selebat-lebatnya...


Pemandangan dari aras 8, bangunan MJIIT..
Dah tak nampak apa dah...
Bangunan MINDEF dekat sebelah pun dah tak nampak..
Guruh berdentum..
Kilat sabung-menyabung...

Yang mana duduk area KL dan cenderung untuk melalui jalan yang mudah banjir dek hujan lebat, sila rancang perjalanan anda..
Semoga selamat sampai ke destinasi yo!
Hujan ni, rahmat dari ALLAH..
Menyejukkan muka bumi yang dah seharian panas dek pancaran matahari..
Jadi, kenapa nak merungut?
Bersyukurlah...

Subhanallah...

Eh, pernah dengarkan?
Antara waktu yang paling mustajab doanya adalah ketika hujan..
Ha!
Yok kita tadah tangan dan berdoa..
Semoga ALLAH redha dengan aktiviti kita hari ni..
Aktiviti yang bermanfaat ok!

 
 



Che Det in da House

Friday, March 1, 2013

Siapa kenal Che Det?
Put your hands up!
(^_______^)

Alhamdulillah.. Allah beri jua peluang untuk bertemu muka dengan pemimpin negara yang sangat hebat ini. Beliau seorang pemimpin yang sangat hebat. Pemikiran beliau melangkaui pemikiran pemimpin-pemimpin negara yang lain. Pemikiran beliau yang jauh lebih ke depan membuatkan saya bertambah-tambah kagum.

Sungguh! Biarpun saya hanya berpeluang bertemu muka dalam jarak lebih kurang 50m, tapi itu sudah cukup memberikan kepuasan kepada diri. Sebab, pertemuan itu berlaku di dunia realiti. Bukan sekadar fantasi mainan mimpi.


28.02.2013
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah datang bertemu kami, mahasiswa-mahasiswa MJIIT UTM. 
Datangnya bukan berbual kosong. Tapi datangnya membawa begitu banyak ilmu dan info untuk dimanfaatkan kita semua.
MJIIT Leadership Lecture Series 3.
"Look East Policy and MJIIT"

Kenapa pandang ke Timur bukan ke Barat?
Ingin saya olah lebih panjang, tapi komitmen tugas membatasi segalanya. InsyaALLAH, ada ruang dan waktu akan saya kongsikan segala info bermanfaat yang saya peroleh sepanjang satu jam beliau berucap.


  Till then,
XOXO



Kad Diskaun Siswa Dan I-city?

Tuesday, February 19, 2013

Yeeee haaa!!!
Akhirnya!
Setelah begitu lama saya menunggu dan terus menunggu...
Akhirnya Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ada juga dalam tangan.
~Gembira~


Mahu tak gembira?? Eheh...
Sah sehingga tahun 2016.
Maksudnya 3 tahunlah kan? Just nice~
Haaa... dan tahukah kalian?

Dengan KDS1M ini, kamu boleh mendapatkan tiket masuk ke Waterworld I-city dengan percuma?
Tak percaya?
Take a look!


 Betul tak? 1000 Tiket percuma ke Waterworld I-city!
Waterworld yang ada tornado tu lah kan?
Free untuk tarikh 20hb Februari 2013.
Tak pastilah pula ada lagi ke tidak 1000 tiket percuma tu..
Tapi, give a try lah..

Ikutkan hati nak je try.. Tapi..
Mengenangkan keesokan harinya ada colloqium and i've done nothing yet, terpaksalah lupakan..

Korang cuma perlu masuk website,
http://www.i-city.my

pilih i-Ticket pada ruangan kanan atas sekali.
Lepas tu pilih tarikh 20hb Februari which is esok.. hehehe..
Dan korang akan jumpa ini:


Lepas tu, explorelah sendiri..
Ticket free. Locker tetap kena bayar.. Tapi, murahlah.. RM5 ja!
Eh, ada untuk birthday offer! hhahaha... lain kali explore lagi..
Kalau ada yang berjaya grab that ticket, bagitahulah ye!
Kongsikan pengalaman anda!

Yeszaaa... Lepas ni memang akan memanfaatkan sepenuhnya Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia yang diberi. Terima kasih!



Dropbox! Virtual hardisk anda!!

Wednesday, October 17, 2012

Konbanwaaa~
Hai semua~.. Assalamualaikum pada yang beragama islam....
Hari ni saya nak kongsikan perihal DROPBOX.
Have you ever heard about it?
Yes? No?

 
Ok.. Apa yang boleh saya katakan, DROPBOX ini adalah satu medium penyimpanan dokumen mahupun fail secara alam maya. Atau bahasa mudah nak faham DROPBOX ini ibarat VIRTUAL HARDISK anda. 

Saya mula berkenalan dengan DROPBOX masa tahun akhir IJAZAH dua tahun yang lalu (Perghhhh...dua tahun yang lalu??) Hehehe.. Supervisor saya yang kenalkan. Ada banyak juga kelebihan DROPBOX ni kalau pandai teroka. Antaranya, boleh buat share folder dengan orang yang kita nak berkongsi. Sebagai contoh, masa saya tengah buat PSM (Ada yang panggil FYP) dulu, saya ada satu share folder dengan supervisor dan rakan-rakan seangkatan. Jadi, tak perlu email dan upload/download file banyak kali dalam emel. Dengan DROPBOX ni, segala pembetulan boleh terus buat dalam document yang sama dan save sahaja. Sebabnya, bila laptop/desktop kita dalam keadaan online atau internet connected, secara automatic segala file/document dalam DROPBOX kita ni akan di"syncronize"kan ke dalam akaun DROPBOX kita.

Hehe.. dah macam school attack pula!..
Jadi, tak adalah berlakunya 2-3 copy fail yang sama. Sebab document akan sentiasa ter"updated". Dan sampai saya sambung belajar ni pun, saya masih gunakan DROPBOX ni. Sebab pada saya, ini antara yang paling mudah untuk digunakan. Dan segala fail/document boleh kita access dalam keadaan offline dengan syarat, DROPBOX sudah pun di"syncronize"kan sebelum OFFLINE.

Tak faham? Cuba dulu.. Lepas tu teroka sendiri. Sign up sekarang! Dan anda akan dapat 3GB FREE Space. Lepas tu, invite all your friends to join and sign up for DROPBOX. Dengan cara ini anda akan dapat tambahan 500MB untuk setiap kawan yang menjadikan anda sebagai REFERRAL.
WIN-WIN SITUATION..
Percuma! Dan tak perlukan bayaran.. Lebih banyak kawan kita yang sign up for Dropbox, lagi bertambahlah ruang simpanan kita.. ^^, 


Haaa.... untuk SPACE RACE ni? oh no! UTM baru 101 orang? Come on guys!! Universiti lain saya tak pasti. Bagi yang dah ada akaun dropbox ni, anda boleh dapatkan 3GB space memory percuma dengan memasukkan email rasmi universiti/kolej/fakulti anda pada ruangan verify.

Sebagai contoh, untuk budak-budak UTM lepas daftar je dah ada official email kan? ala.. yang xxxxx@live.utm.my tu..
Haaa.. Gunakanlah email tu dekat ruangan verify tu.. Dan 3GB free Space memory jadi milik anda.. Let's race!!! ^^, 
   



online quiz!!!


Jommm...
Pakat pi buat Online Quiz!!.
Dianjurkan oleh Wiley Online Library...
Hadiah menarik menanti anda...
and you know what? All the answers inside the questions...
Ha? Tak percaya?
Give a trylah!!..


Klik dekat gambor tu...
Lepas dah masuk websitenya, Kliklah dekat Get Started!..
The best thing about this online quiz?
It help you and it shows to you how to use Wiley Online Library..
Answer and get to learn!!!...

Satu cabang pusat sumber ilmu untuk membantu anda mencari journal dan bahan bacaan akademik yang bermutu..
All the best yaw!!

p/s: Sambil buat research, sambil-sambil tu jawablah quiz mudah ni...
Ganbatte ne!!




Sudu+Garfu&Chopstik(?) : SEOUL GARDEN on Merdeka Day!

Saturday, September 1, 2012

Annyeong!!! \(^o,^)/
Salam Merdeka!!!..
Buat apa hari ni? Haaaa... nak up story semalam.
Merdeka Raya + Advance Birthday Celebration + Jalan-Jalan Cari Makan. Weee.. itulah 3 kata kunci untuk aktiviti semalam. Hip hip hooray! Berjalan sakan you olls..

Semalam, 31hb Ogos iaitu Public Holiday kan? Me and Izyan pergi jenjalan naik kereta! Hehehe.. Destinasi? KL Festival City Mall. Dengaq macam jauh ja.. Tapi bila pi, laaaa tang ni ja ka? Dekat sangat aih.. Kalau selalu g Jusco Wangsa Maju tu belok kanan, yang ini kita belok kiri pula. Kitorang pergi pukul berapa?? Haa.. ce tengok ticket parking kat bawah tu. Dekat tak dekat, we all keluar dari kolej around 12.05 tengah hari. Dan sampai KL Festival City Mall tu pukul 12.18tengah hari. Dekatlah kan?
 

Haaa.. semuanya gara-gara SEOUL GARDEN! Muahaha.. Tengok dalam groupon, ada deal. Tapi valid dari 3hb September onwards. Susah deh. Kami ni memang tak boleh merancang-rancang bagai. Sebab konfem akan cancel! Yang menjadi hanyalah aktiviti terjah je bila suka! Hahaha.. Jadi, on 31st August 2012, kitorang main terjah je Seoul Garden tu. Terletak di Ground Floor bagunan KL City Festival tu. Kalau sesat, jangan riso.. Directory pintar ada di situ. G38.

Harga per pax... serius tak ingat! Eheh. Tapi yang pasti lunch lagi murah dari dinner. Dan kalau on weekdays, students ada diskaun ok! Dengan syarat, you bring your student card matriklah. Masa buat payment, baru sedor duit dalam dompet memasing memang tak ada. eh, hiper pula. Adalah.. RM50! Total untuk berdua RM70++. Hahaha.. Mujur bawah RM100, kalau tak, ado yang malu tak dapat bayor! Semuanya gara-gara nak makan tak tengok dompet dulu! Kah kah kah... Selesai urusan pembayaran, waiter tu bawa tunjuk tempat. Tepi tingkap tu.. Kelas you~
 

Haa.. instead of basic chicken soup, we both try tom yam soup. Sementara nak tunggu minyak tu panas, pergilah pilih dishes. Daebak!!! Too many options!. Nak yang itu, yang ini.. Yang ini pun nak juga! Eh, apa kebendanya ni? Warna hijau? Eh, kimchi kan? Ala.. nasi ada tauge? Mee pun? Sudah.. perut dah nyanyi keroncong. 1st round, ambil, ambil dan ambil. Hahaha... Pilih mana yang nak..

Ada ayam, daging, udang, kerang, kepah, ikan, sotong, terung, bebola, cauliflower (putih + hijau), kangkung dengan sawi pun ado, baby corn, jagung dan banyak lagi pilihan. Tinggal nak ambil, letak dalam pinggan dan masak. Steambot or BBQ. You choose. Haaa.. Jangan tak tau.. Ada macam-macam jenis sauce pula tu.. Korean Chilli Sauce. Saya ambil yang itu. Tapi, sorry to say.. Lidah i ni melayu sangat kot. Tak berkenan dengan Sauce tu. Rasanya Cili Sos LIFE lagi sedap! Muahaha..
 


Haaa.. first round shitake and everything, put into the bowl. Try mee. Banyak juga jenis mee, tapi saya pilih wantan mee. Oh ye! Dekat sini, pakai dapur letrik. So, no tong gas! Heat boleh control. Starting 160, tapi sekejap sekejap, kitorang turunkan jadi 100. Sebab berasap sangat! Eheh...


Haaa.. dalam banyak-banyak menu tu, saya suka bulgogi beef dengan teriyaki beef. Coffee chicken, kurang sket. Rasa sungguh coffee dia sebab tu saya tak berapa gemor sangat. Ada curry fish. Tapi, dok ulang ambil bulgogi beef dengan teriyaki beef juga. Sebab dagingnya manis-manis. Sedap! Nyum..nyumm...
 


Haaa.. masa memula kitorang masuk Seoul Garden, orang tak ramai lagi. Tapi, lepas sembahyang jumaat, fulamak ramai pula orang masuk situ. Dan kitorang pun terpandangkan sekumpulan pelanggan Cina yang duduk sebelah kitorang ni, makan salad + daging + kimchi lepas tu masukkan semua sekali dalam mulut. Macam yang dok tengok dalam drama-drama korea tu.. Apa tunggu lagi.. Kami berdua pun ingin mencuba juga! Tapi, tak bubuhlah kimchi tu..eheh..
 

Fuhhh.. jenuh nak sumbat semuanya masuk ke dalam mulut ni.. Sedap gak lah.. terasa kesegaran daun salad + bulgogi beef yang enak tu. Tapi... nak sumbat banyak kali, penat kot mulut nak mengunyah besar-besar tu! Hahaha.. Kalau dalam drama korea tu, diorang pakai daun apa ek? Eheh..

Haaa.. dan yang terakhir, mestilah ais krim. Ada banyak pilihan. Kami pilih yang ini.. Nyum..nyum.. Oh ye! Buah pun ada.. Ais kacang pun ada. Make it yourself guna ice shaver yang disediakan. Nyummy!
 

Aha.. harga keseluruhannya? Kan dah kata tadi, bayaq dulu baru makan. Jadi, total untuk 2 orang makan, dalam RM74.95. Nak habaq kat hampa, ayaq macam-macam jenis ada tau. Ayaq gas, ayaq jus, even plain water pun ada ok!.. Bagi saya, harganya oklah. Mampu pergi. Sekali sekala. Bukan selalu. As a said before, ala-ala advance birthday celebration for both of us since we both share the same birthday! 8th September. So, saya belanja Cik Yan. Cik Yan belanja saya. Conclusion -> We both get it! ahhaha..
 


Dan muka orang kenyang menghiasi ending cerita.. Hahaha... Apsallah muka tu nampak tembam semacam ek? Gara-gara hati riang, perut happy, makan pun banyak ke ek? Dush..dush!

Kalau rasa nak try steambot bbq, bolehlah pertimbangkan SEOUL GARDEN ni. banyak pilihan. Seronok tau! Makan sampai lebam... ^^,