Tak sampai hati pula nak biarkan bulan Mac berakhir tanpa sebarang catatan di blog peribadi. Maaflah.. Kengkangan masa dan sambungan internet yang 'super pantas' membuatkan saya keterbatasan waktu untuk update blog sendiri. Banyak memori yang dicipta, banyak juga progress yang semakin terhasil. Tapi semuanya seakan terbatas untuk dikongsi bersama.
Tapi, untuk catatan bulan tiga ini saya nak kongsikan gambar dan cerita yang sempat saya tembak sewaktu ke Mount Zao penghujung Bulan Februari yang lalu.
Ok. Secara jujurnya ini bukan gambar yang saya ambil. Hahaha.. Kredit pada jurufoto. Kohai saya yang paling senpai antara kohai lain. Dang! Esok diorang Sotsugyou (Graduate). Kalau tengok dalam gambar ni ada empat orang geng kohai yang paling Senpai. Kihkihkih.. Buat-buat faham ajelah.
Nak sampai ke Mount Zao ni tak adalah sejauh nak mengembara ke Tokyo. Mount Zao ni letaknya di Yamagata-Ken. Sekitar 2jam setengah perjalanan dari Yonezawa-shi. Fiu~
Dan seperti selalu, yang sudi tumpangkan saya mestilah bebudak kohai yang paling senpai tu. Ok! I'll think i'm going to miss them once they going back to Malaysia. Hahaha.. Lame memories.
Oh ya! Ticket? Kippun.
Tiket atau entrance fee untuk naik ke Mount Zao dan menikmati keindahan monster-monster ini adalah 2,500Yen gurai. Kalau tak salahlah. Tiket untuk sekali naik. Maksudnya, kalau dah turun, nak naik balik kena bayar lagilah. Haaa..gitu..
Nampak tak bebudak tu bergaya dengan snowboard outfit diorang? Haaa.. kalau naik nak main snowboard, entrance fee dia lain pula. 4,000Yen gurai? Tapi boleh turun naik kereta kabel banyak kali. Tapi limited sampai pukul 5pm je kalau tak salah. Eh, ke banyak info tak betul ni? Maklumlah, throwback ni bukan benda yang mudah. =D
Menariknya tempat ni, sampai diorang yang nak main snowboard at first pun boleh terpukau dengan monster-monster tu. Semua pakat keluarkan gadget yang satu tu untuk tembak gambar-gambar tu. Eheh..
Sesungguhnya gambar-gambar ini tidak saya edit kerana kesuntukkan masa. Kalau nak focus part edit-edit gambar ni, satu hari satu malam pun tak siap. Semakin tak nampak bayanglah photobook yang diangan-angankan tu. Aih..
Eh, melalut lagi..
Inilah snow monster! Ada yang panggil ice monster!
Ada juga yang panggil Juhyo!!
Yeay!
I did it! Before the winter end, this is one of my basketwishlist. (^________^)
Senyum lebaq habaq kat hangpa bila boleh pi sini.
Nak sampai puncak ni kena naik dua kereta kabel. Walla! Seronok sungguh kalau bab naik kereta kabel ni. Ngeee... Maksudnya di sini, kena tukar station untuk sampai ke puncak mount zao ni.
Dekat sini, sangat ramai jurufoto yang hebat-hebat tau. Semuanya spesis angkut kamera dengan lense gabak-gabak. Memang tak tercapai akalku apa yang diorang rakamkan. Sebab saya tengok monster tu lebih kurang sama je. Hahaha.. Tak berapa berseni juga aku ni rupanya.
Dan disebabkan hari ni Hare, langit cerah biru elok itu yang ramai sangat jurufoto yang datang. Sebab dikatakan bulan Februari adalah "golden stage" untuk pembentukkan monster. Jadi, mulai 1hb February, rutin harian adalah melihat tenki. Maklumlah, Yamagata-ken masih dilimpahi yuki yang lebat pada bulan februari ni. Jadi, dah alang-alang nak datang, mestilah pilih waktu dan cuaca yang sesuai. Barulah gambor pun cantik. Tak gitu?
Haaa... Ini landmark Mount Zao ni. Nak tahu tinggi tak tingginya timbunan salji dekat mount zao ni, sila cari patung buddha ini. Tahun ni ketinggian atau timbunan salji adalah setinggi bahu buddha ni. Perghhhhh... Tinggilah kan???
Cuba tengok gambor bawah ni:
Haaa.. gergasi tak gergasinya patung buddha ni. Kau rasa kalau tak yuki, boleh berdiri lagi tinggi dari dia? =D
Dan sebagai penutup, kami menunggu matahari terbenam di puncak mount Zao. Subhanallah.. Indahnyaaaaa....
p.ssssss::: itu bukan kamera saya. Sekian.