Showing posts with label Yuki. Show all posts
Showing posts with label Yuki. Show all posts

Day 1 : Sunset

Tuesday, September 6, 2016

Challenge my self to do a self-made photo challenge.
The rule:

Upload 1 photo per day with different theme. 
And for Day 1, it's SUNSET


This photo was taken two years ago.
Location : Mount Zao

The Ice monster.
Going up to the view deck on top of the mountain with beautiful sky blue, just to watch the sun set on winter. 
More photo on Ice Monster (Junyo) taken by me during my trip in 2014, do visit here:




Episode 27 : Zao Monster "Juhyo"

Thursday, March 20, 2014

Tak sampai hati pula nak biarkan bulan Mac berakhir tanpa sebarang catatan di blog peribadi. Maaflah.. Kengkangan masa dan sambungan internet yang 'super pantas' membuatkan saya keterbatasan waktu untuk update blog sendiri. Banyak memori yang dicipta, banyak juga progress yang semakin terhasil. Tapi semuanya seakan terbatas untuk dikongsi bersama.

Tapi, untuk catatan bulan tiga ini saya nak kongsikan gambar dan cerita yang sempat saya tembak sewaktu ke Mount Zao penghujung Bulan Februari yang lalu.

 

Ok. Secara jujurnya ini bukan gambar yang saya ambil. Hahaha.. Kredit pada jurufoto. Kohai saya yang paling senpai antara kohai lain. Dang! Esok diorang Sotsugyou (Graduate). Kalau tengok dalam gambar ni ada empat orang geng kohai yang paling Senpai. Kihkihkih.. Buat-buat faham ajelah.

Nak sampai ke Mount Zao ni tak adalah sejauh nak mengembara ke Tokyo. Mount Zao ni letaknya di Yamagata-Ken. Sekitar 2jam setengah perjalanan dari Yonezawa-shi. Fiu~
Dan seperti selalu, yang sudi tumpangkan saya mestilah bebudak kohai yang paling senpai tu. Ok! I'll think i'm going to miss them once they going back to Malaysia. Hahaha.. Lame memories. 

Oh ya! Ticket? Kippun.
Tiket atau entrance fee untuk naik ke Mount Zao dan menikmati keindahan monster-monster ini adalah 2,500Yen gurai. Kalau tak salahlah. Tiket untuk sekali naik. Maksudnya, kalau dah turun, nak naik balik kena bayar lagilah. Haaa..gitu..
Nampak tak bebudak tu bergaya dengan snowboard outfit diorang? Haaa.. kalau naik nak main snowboard, entrance fee dia lain pula. 4,000Yen gurai? Tapi boleh turun naik kereta kabel banyak kali. Tapi limited sampai pukul 5pm je kalau tak salah. Eh, ke banyak info tak betul ni? Maklumlah, throwback ni bukan benda yang mudah. =D

 

Menariknya tempat ni, sampai diorang yang nak main snowboard at first pun boleh terpukau dengan monster-monster tu. Semua pakat keluarkan gadget yang satu tu untuk tembak gambar-gambar tu. Eheh..

 

Sesungguhnya gambar-gambar ini tidak saya edit kerana kesuntukkan masa. Kalau nak focus part edit-edit gambar ni, satu hari satu malam pun tak siap. Semakin tak nampak bayanglah photobook yang diangan-angankan tu. Aih..

Eh, melalut lagi..
Inilah snow monster! Ada yang panggil ice monster!
Ada juga yang panggil Juhyo!!
 Yeay!
I did it! Before the winter end, this is one of my basketwishlist. (^________^)
Senyum lebaq habaq kat hangpa bila boleh pi sini.

 

 

Nak sampai puncak ni kena naik dua kereta kabel. Walla! Seronok sungguh kalau bab naik kereta kabel ni. Ngeee... Maksudnya di sini, kena tukar station untuk sampai ke puncak mount zao ni.

 

Dekat sini, sangat ramai jurufoto yang hebat-hebat tau. Semuanya spesis angkut kamera dengan lense gabak-gabak. Memang tak tercapai akalku apa yang diorang rakamkan. Sebab saya tengok monster tu lebih kurang sama je. Hahaha.. Tak berapa berseni juga aku ni rupanya.

 

Dan disebabkan hari ni Hare, langit cerah biru elok itu yang ramai sangat jurufoto yang datang. Sebab dikatakan bulan Februari adalah "golden stage" untuk pembentukkan monster. Jadi, mulai 1hb February, rutin harian adalah melihat tenki. Maklumlah, Yamagata-ken masih dilimpahi yuki yang lebat pada bulan februari ni. Jadi, dah alang-alang nak datang, mestilah pilih waktu dan cuaca yang sesuai. Barulah gambor pun cantik. Tak gitu?

 

Haaa... Ini landmark Mount Zao ni. Nak tahu tinggi tak tingginya timbunan salji dekat mount zao ni, sila cari patung buddha ini. Tahun ni ketinggian atau timbunan salji adalah setinggi bahu buddha ni. Perghhhhh... Tinggilah kan???

Cuba tengok gambor bawah ni:

 

Haaa.. gergasi tak gergasinya patung buddha ni. Kau rasa kalau tak yuki, boleh berdiri lagi tinggi dari dia? =D
 

 


 

Dan sebagai penutup, kami menunggu matahari terbenam di puncak mount Zao. Subhanallah.. Indahnyaaaaa....

p.ssssss::: itu bukan kamera saya. Sekian. 
 
 

 

 



Episode 16: Yamagata City

Saturday, January 11, 2014

Entrie ni auto-publish.
Sebab nak memasak pula. Perut dah lapor..

Hari tu, saya pergi Obanazawa. Ada Ginzan Onsen yang agak popular jugalah dekat Jepun ni. Tapi, entrie kali ni nak share gambar yang saya sempat snap dari Kejo Central. Bersebelahan Yamagata Eki. Masa ni tengah tunggu densha untuk ke Ooishida City. Sebab dari Ooishida nanti baru ambil mini bas ke Obanazawa.
Jadi, sementara menunggu kitorang (me & Hafiz) naik Kejo Central ni. Yang dikatakan bangunan tertinggi di Yamagata City. Dan bermulalah aktivity mengambil gambar.

 

InsyaALLAH, perubahan musim nanti saya naik lagi bangunan ni dan ambil gambar yang sama tapi berbeda musim. InsyaALLAH. mudah-mudahan.

 

Subhanallah.. dari atas nampak macam lego je kan? Seperti Yonezawa, Yamagata ni pun dikelilingi gunung ganang juga. FYI, gambar ni tak guna filter. fresh from oven (?). Cuma tambah watermark je.

 

Saya diberitahu, pokok-pokok di bawah tu pokok sakura. Walla! Memang nak datang lagilah musim bunga nanti. =D

 

close up sikit. dan gambar tanpa watermark. baca disitu as malasnya-nak-letak-watermark.

Ok! Ja ne~
Next entrie saya story pasal Obanazawa pula. Nak pergi memasak dulu. Perut dah buat konsert rock and roll! Uh! 
 
 
 
 



Episode II : Hujung Minggu saya....

Tuesday, December 17, 2013


Assalamualaikum...

Konnichiwa minnasan..
Ok! Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan dari Kaikan (International House) to Uesugi.

Berjalan menghirup udara segar, merasai kesejukan negara asing dan menghayati keindahan salju putih yang memenuhi setiap ruang dan dimensi alam..
Lantas berzikir memuji setiap satu ciptaan ALLAH S.W.T

Subhanallah..
 
 

Rumah ni letaknya di hadapan kaikan. Kalau nak g Supa, biasanya ambil laluan sinilah. Dan ais yang terbentuk itu sangat cantik!
Kalau nak tahu, even bawah kereta pun boleh terbentuk.
Katanya disebabkan perubahan suhu di sini.  

 

Dan ini pula rumah orang jepun. Kalau tak tolak snow, inilah rupanya. Nak jalan kena redah ajelah. =D

 

Jambatan wajib lalu kalau nak ke Uesugi ikut jalan belakang. 

 

Merah + putih. Macam cantik je kan?
Subhanallah.. 

 

Inilah fungsi kayu yang menutup pokok-pokok tu. Dalam entrie yang ini pun boleh tengok.

 


 

Laluan kecil menuju ke uesugi. 


 

Burung yang kesejukan (?)
 


Inilah aktiviti hujung minggu saya di sini. Melihat keindahan alam. Sambil menghayati kedinginan salji! 

(^___^)
Once in a lifetime.
Let's enjoy it till the end Sara!



Episod 1: 6 hari di bumi Nihon

Tuesday, November 12, 2013

Alhamdulillah.. Safely arrived to Yonezawa International House, Yamagata University on 7th November 2013. Jujurnya, saya bukan seorang gadis yang murah dengan air mata. Tapi sangat mudah menangis bila melihat insan terdekat menangis. Atau mungkin secara tepatnya, air mata saya dirangsang oleh tangisan orang sekeliling saya. Chotto ne! Saya bukanlah berhati batu. Tapi susah sikit nak menangis. Make it in happy events or vice versa. Gomen ne!



By the way, thanks to insan-insan kesayangan hamba yang sudi bertamu di KLIA untuk menghantar saya ke Narita, Jepun. Really love you guys! Hope our friendship would never ends. Sungguh! Gembira yang tak tahu nak diluahkan dengan kata-kata mahupun ayat bertaip. Rasa macam blessed sangat having the families and friends together with me few hours before fly to Japan.
Yan, Leha, Nisa and Akmal Hayati. Thanks a lotttt!!!. It really means a lot to me. Alhamdulillah juga as my parents and siblings safely arrived to Aloq Staq the next day. For this first backdated blogpost, let me share with you all the current weather here at Yonezawa-Shi, Yamagata-Ken.



Subhanallah. For the first time. It’s the first ゆき for me! Sebelum ni Nampak yang light-light je. But today (11.11.2013) I saw a heavy snow falling from the sky!! Subhanallah.. Ya ALLAH, indahnya penciptaan langit dan bumi MU. Tapi..こはいbagitahu yuki yang turun ni belum lebat lagi. InsyaALLAH, bulan 12 nanti lagi lebat. Kalau ikut Japan Meteorology website, yuki will fall down for these three days. So, Sara…. Are you ready for that? Kalau nak tahu, suhu petang tadi (around 5:45pm) adalah sekitar 0.5 degree. And the lowest temperature could be -20 degree.. Wuhuuuu… Tak tahulah dah mental and physically prepare ke belum. (-___-)”



The first yuki fall at 3.00pm. Here the status yang sempat saya update sambil usha yuki dari tingkap lab. And of courselah dekat sini sangat Samui. Samui desu! Dan semakin malam, semakin lebat pula snow yang turun. And again, this is not too heavy yet!. Esok kena pakai bubble jacket dan winterlah jawabnya.. Huhuhuhu…

For this not really backdated entrie, do enjoy the view of snow yang sempat saya snappy along the road from Kaikan to Yamadai. Enjoy ya!

 
View dari tingkap bilik.


 

Can you see the snow falling down to the earth??

 
Autumn met yuki!

 

Till we meet again!
Nak story pasal Yamadera dan Sendai.
Coming sooonnnn...

Salam rindu, kasih dan sayang buat semua orang kampung di Malaysiaaa...