Panda oh Panda...

Friday, May 23, 2014

Ye..ye.. ada apa dengan Panda?
Panda adalah seekor binatang berwarna putih dan hitam yang sedang mendapat perhatian dari segenap pelosok Malaysia. Sana, sini, sinun dok bercakap pasal panda. Ada yang gumbira dengan kedatangan Panda ke Malaysia, dan ada juga yang mencemuh dan membangkang kehadirannya..

Selaku rakyat yang cintakan haiwan, dan teringin melihat dari dekat haiwan comel ini saya sangat berterima kasih sebab sudi terbangkan panda ke Malaysia. Untuk tempoh 10 tahun ini, saya harap saya berkesempatan juga nak bawa anak-anak saya tengok panda tanpa perlu pergi ke China. Eh?

Hehehe...

 

Tapi, disebalik pembaziran yang dikatakan jom kita tengok fakta disebalik kehadiran Panda ke Malaysia.

a) Panda di National Zoo Washington DC disewa dengan kos RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih hasil daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

b) Panda di Zoo Toronto, Kanada menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo tersebut dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

c)  Zoo Edinburgh,UK merekodkan jualan tiket melebihi 50% kebiasaan sejak kedatangan panda pada 2011. Jumlah pendapatan zoo tersebut meningkat tiga kali ganda daripada RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

d) Zoo Atlanta,USA kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk mendapatkan panda dan Zoo San Diego pula terpaksa berbelanja RM16 juta bagi kempen dapatkan panda. Malaysia? Tidak perlu melobi atau berkempen, China yang menghargai persahabatan selama 40 tahun dengan Malaysia menawarkan dua ekor panda kepada Malaysia.

Ok.. seriusly... Ini saya copy dan paste dari sini:
http://matrodi.my/2014/05/23/pandangan-we-need-more-panda-not-china-doll/

Saya tak berminat nak main isu politik di sini. Dan saya juga tak ada asas dalam bidang perniagaan bagai.

In positive view, anggaplah kehadiran panda ni sebagai satu pelaburan jangka masa panjang dalam memangkinkan sektor pelancongan Malaysia. Wah...gitu..
Yelah, fakta pun dah menunjukkan betapa banyaknya untung yang dibawa oleh panda. 

And for me... Yes! I can't wait to going back to Malaysia to see the pandas by my naked eyes. Wohooohohooo... Gitu kannn..
 
 



0 comments: