Vietnam : Destinasi Beli Belah

Sunday, May 25, 2014

Hajat hati nak potong ayam dengan daging untuk buat satay. Tapi, tetiba lain pula yang dicari. Instead of Resepi Satay, saya google Vietnam. Ngeee..
Sajalah baca-baca pengalaman blogger lain ke Vietnam. Nak tahu juga apa yang menarik sangat dekat Vietnam tu kan? Selepas baca sana-sini, dapat saya simpulkan Vietnam adalah destinasi beli belah. Bukan destinasi pelancongan untuk bergambar sangatlah. Tak tahu nak simpan info dekat mana, makanya kita manfaatkan ajelah ruangan blog ni untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan. ngeee...

+ Mata wang Vietnam adalah jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Menurut info yang saya perolehi dari bacaan saya, kalau nak ke Vietnam ni boleh guna tiga jenis matawang iaitu Ringgit Malaysia (RM), USD dan Vietnam Dollar (Dong). Kebanyakkan gudang kain dan pakaian serta restoran makanan dan hotel menerima mata wang RM dan USD. Jadi, terpulanglah nak bawa nisbah yang macam mana. Manakala, mata wang Dong lebih banyak digunakan untuk bayar transport macam bas dan teksi. Turut diingatkan, sediakan duit Dong dalam nilaian yang kecil sebab kalau naik teksi contohnya, tak ada give the change. 

 
Sumber google

+ Tempat strategik untuk mencari hotel dan tempat penginapan adalah sekitar Ben Thanh Market. Sebab dekat kawasan tu ada banyak Restoran Halal dan hotel-hotel yang berpatutan harganya. Dan semestinya juga dekat untuk berjalan-jalan sekitar Ho Chi Min City ni. Antara hotel yang menjadi pilihan blogger Malaysia adalah Saigon Pink Hotel dan beberapa hotel lagi.. Jarak hotel yang dekat dengan Ben Thanh Market menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah.

+ Tapi, kain-kain dan barang lain lebih murah dekat Cho Binh Tay. Kalau dari Ben Thanh Market ni, just naik bus no.1 dengan harga 5000Dong.

+ Kalau nak membeli belah di Vietnam ni, kena bijak menawar. Dan paling penting, hati pun kena kental dengan godaan. Dan, jangan tunjuk yang kita banyak duit. Kalau tak nanti, kena caras lah jawabnya. Eh, penggunaan ayat yang betul ke tidak ni? hehehe... Lagi satu, dekat Ben Thanh Market ni kita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati. Kalau boleh, elakkan simpan dompet dalam poket belakang seluar. Dan jangan juga simpan duit sekali harung dalam satu dompet. Sebab kawasan tu banyak pencopet. Kalau kena songlap dompet tu, tak ke haru. Ye dak? Pilihan yang terbaik, bawa sling bag dan make sure bag dekat depan korang, bukan tepi atau belakang.



+ Antara recommended menu dekat Vietnam ni adalah Pho (60 000 Dong) dan Kopi Ais (20 000 Dong).

+ Tempat yang boleh dilawati untuk bergambar. Antaranya adalah bandar Ho Chi Min tu sendiri. Dekat situ ada Nortre Dome Catheral dan Central Post Office. Boleh juga berjalan-jalan sekitar Saigon Square. Semuanya dalam jarak jalan kaki je dari Ben Thanh Market tu. Lain-lain tempat menarik adalah Mekong Delta dan Cu Chi Tunnel. Untuk Mekong Delta ni, ada pakej serendah USD13 hingga USD 30. Terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mencari. hehehe.. Dari Ben Thanh Market nak ke Mekong ni ambil masa selama 2jam 30minit. Jadi, pakej Mekong Trip ni memang untuk seharilah. Dan Cu Chi Tunnel pula, kawasan tinggalan sejarah peperangan tentera Vietnam dan US suatu ketika dahulu. Pernah masuk Dokumentari Majalah 3 dekat TV3. Entrance Ticket adalah 70,000Dong.

+ Rata-rata blog yang saya singgah recommend supaya beli omiyage atau cenderahati di Cho Binh Tay atau Saigon Plaza. Sebab dekat dua tempat ni jauh lebih murah berbanding Ben Thanh Market. Tapi, Ben Thanh Market ada lebih banyak pilihan dan corak tekstil berbanding Cho Binh Tay. Jadi, terpulanglah pada anda nak shopping di mana. Bagi yang mencari kain Prada lace, dekat Ben Thanh Market ni boleh dapat dengan harga RM50 semeter. Dan kain lace yang lain serendah RM15 semeter. Sekali lagi saya katakan, bijaklah berbelanja dan menawar. =D Oh ya! Sutera Vietnam Original dekat sini boleh dapat pada harga RM46 untuk 4meter bagi bidang 60. Kalau tak salah saya, kakak saya cakap kalau bidang 60 tak yah beli sampai 4meter untuk buat sepasang baju kurung. Ha! Murah dah r tu..

+ Luggage. Masa pergi, berlenggang kangkung je. Kalau boleh jangan bawa banyak sangat barang. Tapi, masa balik kenalah ambil luggage sesiap dengan syarikat airlines yang kita nak naik tu. Kalau tak, satu hal pula nak tambah extra luggage. Terpulanglah nak ambil luggage berapa banyak. Sebab lain orang, lain aktiviti membeli belahnya.

+ Kastam. Oh ya! Dinasihatkan juga supaya anda menjaga diri dan tidak sakit. Sebab kalau jatuh sakit, tak boleh lepas dari Kastam Vietnam ni. Huh! Tak ke haru jadinya nanti? Tapi, kalau sakit gak, sampai dekat kastam tu buat-buat kuat. Jangan tunjuk sangat sakitnya tu. Ngeee..

+ Dekat Cu Chi Tunnels tu, tak yah lah korang nak beli keychain peluru, senapang bagai. Sebab menurut satu blogger tu, sampai dekat kastam benda alah tu kena rampas! So, what's the point right?

Itu jelah point-point yang saya rasakan pentinggg.. Boleh rancang misi membeli belah ke Ho Chi Minh City ni. Next trip. InsyaALLAH. Semoga membantu anda dan juga saya. Hiuhiuhiu..





0 comments: