Episode 51 : Lepas dapat VISA?

Friday, June 20, 2014

Assalamualaikummmmmm...

Hari ni nak kongsikan pengalaman 8 bulan yang lepas.. Fiu~ Doakan saya berjaya tulis dengan jayanya. Sekarang nak ke Jepun dah mudah. Rakyat Malaysia tak lagi perlukan VISA untuk ke Jepun kalau pergi dalam tempoh masa kurang dari 3 bulan. Mudah dah nak melancong ke Jepun lepas ni. Ye tak? Tapi, yang saya nak kongsikan hari ni adalah bila mana datang Jepun lebih dari 3 bulan dengan VISA. 


Kebiasaannya kena dapat VISA dulu baru boleh duduk Jepun more than 3 months. Sebagai contoh, saya dapat VISA untuk stay di JEPUN selama 1 tahun 3 bulan. Expired pada January 2014. Maksud expired date ni adalah, VISA ni hanya valid kalau kita masuk Jepun sebelum January 2014. Bila kita embark dari kapal terbang dan pergi ke kaunter Imigresen, pegawai Imigresen akan tampal landing permission sticker dekat passport kita. Kalau ikut landing permission yang bertampal dalam passport saya ni, Date of permit valid until February 2015. Ok.


Lepas tu, terus pegawai Imigresen buatkan Kad Alien atau Residence Card untuk kita. Tapi, perlu diingatkan bahawa Residence Card ini perlu didaftarkan di Shiyakusho (City Hall Office) tempat anda tinggal. Macam kes saya ni, kena berdaftar dengan Yonezawa City Hall lah. 

Ok. Selesai dah urusan wajib dekat Imigresen Airport. 
Bila dah sampai University tempat buat attachment, perkara pertama adalah pergi ke Gakusei Support Centre. Sebab sensei dekat Gakusei Support Centre tu yang uruskan attachment kita ke U situ. Kalau nak terus jumpa co-SV lab lepas tu baru pergi Gakusei Support Centre pun tak ada masalah. Macam kes saya, kebetulan sensei outstation. Jadi, saya pergi Gakusei Support Centre seperti yang diminta, dan diberikan kad matrik student. Lepas tu, admin call lab minta bebudak lab turun jumpa dan jemput saya ke lab. Fiu~ Lab tingkat tiga daaa.. Bunyi macam dah rendah. Tapi, maaflah escalator tidak disediakan. Maka, dengan gigihnya menapak naik ke lab. Sampai lab, semput.


Lepas sampai Lab, jumpa labmate baru dan sensei tugas berikutnya adalah melantik seorang tutor untuk bantu kita dalam komunikasi dan lain-lain hal. Seterusnya pergi buat hanko a.k.a personal seal. Penting ni. Tak ada hanko, urusan dekat city hall tak boleh dibuat. sedih. Hanko ni buat yang semurah-murah harga dahlah. Bukan nak pakai lama pun. Cukup syarat je kata orang.

Lepas dah ada hanko, baru boleh pergi Shiyakusho (City Hall) untuk berurusan. Borang semua kanji dan Nihongo. Kalau ilmu bahasa Jepun belum penuh di dada, janganlah terjah shiyakusho tanpa teman yang boleh berbahasa Jepun. Cari nahas namanya tu. =D 
Dekat shiyakusho ni, antara perkara yang diorang uruskan untuk kita adalah:



1. Pendaftaran Residence Card.
Perlu diingatkan, andai kata anda berpindah hatta no.bilik sahaja yang berubah perlu pergi dan update residence Card dekat Shiyakusho. Fiu~ Macam renyah. Tapi, sangat sistematik. Sebab maklumat sentiasa up to date dalam sistem.

2. Pendaftaran Ninken (Japan Pension)
Yang ini,entah kenapalah diorang g daftarkan juga? Tak faham aih. Memula macam dah kecut perut gak sebab bukan murah nak bayar ninken ni. Sebulan dah dekat 15,250Yen. Dalam peruntukkan duit yang diberi, tidak pula dinyatakan Ninken ni. Jadi, langkah seterusnya adalah, bila dah dapat buku biru isi borang pengecualian ninken. Hiu~ Banyak kerja dah jadinya. Tapi, lebih baik isi borang pengecualian daripada kena bayar?

 


3. Pendaftaran Health Insurance
Not really sure about this. Tapi apa yang saya faham, semua orang wajib daftar untuk dapatkan "discount rate" masa berurusan di hospital mahupun klinik. Lepas daftar, ye akan hantar pada kita kad kesihatan. Fungsi kad kesihatan ini adalah, bila sakit demam jumpa doktor dekat klinik bila tunjuk kad kesihatan ni, jumlah yang perlu kita bayar hanyalah 15% daripada jumlah keseluruhan. Tapi setiap bulan, wajib bayar sebanyak 1000Yen dan 4700Yen untuk bulan pertama. Jumlah ini hanya sah untuk pemegang kad pelajar sahaja. Ngeee



 


Rasanya ini sahaja yang saya daftarkan dekat Shiyakusho dulu. Lepas tu g bank pula. Buka account bank. Actually, kalau tak buka account bank pun tak ada masalah sebab bil semua boleh bayar dekat kombini Family Mart je. Tapi sebab masa tu blur dan ingatkan wajib juga buka, makanya bukalah buku bank. Buka bank JP bank. Fungsi buku bank ini hanyalah untuk membuat auto payment bil-bil yang wujud.

Oh! Ada yang tanya, bil apa je dekat Jepun ni? Fiu~ Fiu~..
Antara bil yang akan datang berkunjung ke rumah adalah:-
1. Bil Gas
2. Bil Elektrik
3. Bil Air
4. Bil Internet
5. Bil Health Insurance


Dan bla..bla..bla.. Hiu... Dah fefeling macam iolss berdikari u ollss.. Sebab apa? Selama ni dok hostel bayar bil hostel je. All-included. Tak payah pening-pening kepala nak bayar bil. tapi, sekarang pun tak pening sebab buat autopayment. 

Uih, panjang lebor. Sekian sahaja dari saya tentang permulaan kehidupan di bumi Yonezawa sebagai Kenkyusei a.k.a research student. (^_____^)*