Episode 71: Kimono - Tips and tricks

Thursday, October 1, 2015


Wahhhh...
Title tak menahan kan?

Rasa macam terpanggil-panggil untuk bercerita dan berkongsi dengan lebih lanjut tentang kimono. Maklumlah. Pengalaman tak selalu nak dapat. Jadi, sementara masih segar di ingatan moleklah kalau saya coretkan dalam virtual diary ni. Ye tak?
Semoga, sedikit sebanyak dapat bantu awok-awok di luar sana yang berhajat nak menyewa kimono dan berjalan sekitar Jepun.



1. Sewa kimono

Biasanya, kalau nak bercuti ke luar negara mesti kita dah ada detail plan kan? Selain daripada pengangkutan (Kyoto City Bus) dan penginapan, jangan lupa sertakan sekali sewa kimono. Al-maklumlah, kalau datang jepun macam tak lengkap pula kalau tak gayakan kimono. Tapi, kalau datang Jepun masa musim panas akan disarankan pakai yukata. Berdasarkan pengalaman saya, saya tak galakkan anda bercuti ke Jepun pada musim panas. Hahahaha.. kenapa?

Sebab musim panas dekat Jepun tak sama macam dekat Malaysia. Sekurang-kurangnya, dekat Malaysia ni panas dan lembab. Tapi dekat Jepun, panas dan kering. I guess, its applicable to all countries yang mengalami perubahan empat musim. Dan lagi? Siangnya sangat panjang dan malam yang pendek. Tak puas nak tidur dan rehat. Heh!

Ok. Back to the main story.
Sewa kimono.
Dekat mana?
Kalau orang tanya saya, of courselah saya akan suggest dekat Yumeyakata. Boleh klik dekat situ untuk link website.


http://www.yumeyakata.com/english/


Berdasarkan pengalaman saya yang setahun lepas (eh, dah setahun?), sangat puas hati. Dengan hanya 2,500 yen, boleh pakai almost a day. Dengan syarat, booking awal dan datang awal. Sebab kena pulangkan kimono ni sebelum kedai tutup. 

2. Inner 

Ha! To all muslimah, pakailah inner! Sebabnya, nanti ada ahjumma (eh, korean pula) yang akan tolong pakaikan yukata atau kimono tu dekat kita. Maksud saya, inner seluar atau most people call it as tight ek? Ala, senang kata, legging.
Al-kisahnya, macam saya hari tu, saya tak pakai any legging atau tight sebab dah pakai seluar jeans. Lagi pula, masa tu dah spring (eh, even winter dekat yonezawa pun, saya tak pernah pakai inner untuk bottom part. Tak sejuk pun since winter coat saya labuh sampai ke lutut. Ngeee!)

So, bila tak pakai Inner dekat bottom part, macam speechless lah kejap bila ahjumma tu suruh buka seluar jeans. Puas jugalah berbahasa ayam dan itik dengan ahjumma tu kata tak buleh! Hahaha.. Sudahnya, ahjumma tu blah. Ambik kau. Langgar arahan lagi. Then, datang another ahjumma yang baik sket. Dia pakaikan juga kimono dekat saya. Siap tolong lipatkan kaki seluar jeans saya supaya tak nampak di sebalik kimono. Thanks ahjumma!



3.Aksesori

Done! Siap je pakai kimono tu, bolehlah pilih-pilih aksesori untuk rambut. Eh? Bertudung. Tak de masalah. Kalau korang jenis yang fashionista, bolehlah manfaatkan pin berbunga-bunga yang ada tu. Dan memandangkan saya bukan seorang yang fashionista, makanya, saya skip this part. Cukuplah tudung bawal saya sahaja. Ahaks.



But, saya tak sure pula kena tambah bayaran ataupun tidak.
Oh ya! Dalam gambar tu nampak tak saya pakai "jaket"?

Actually kena add-up sket. Since kitorang pergi masa early spring, cuaca agak sejuk jugalah. Dan kitorang tengok ramai tourist dan nihonjin yang sewa kimono ni, pakai Winter Haori ni. Makanya, kitorang pun add up jugalah. Ahaks. Makanya, kena tambah lagi 500Yen untuk Haori ni.




Then, saya add up lagi satu item which is Studio Photoghraphy. Ahaks. Buat simpanan di hari tua. Dang!

 4. Zouri
Ataupun known as Japanese Slippers. Eh! Bukan selipar jepun yang kita dok pakai dekat Malaysia ni. Hehehe.. Harulah kau!


 Makanya,
Kimono Rental = 2,500 Yen / per day
Haori = 500 Yen
Studio Photography = 1,500 Yen

Total untuk kimono Rental = 4,500Yen.

Dengan 4,500Yen, boleh pakai round satu kiyomizudera. Tak pun, boleh j pergi tempat lain dalam kyoto ni. Janji pulangkan kimono sebelum kedai tutup. Atau before 8pm. Otherwise, akan kena additional fee.

Untuk maklumat lebihhhh lanjut, saya sarankan anda semua buatlah site visit ke website rasmi diorang.
YUMEYAKATA

Oh! Nak tahu aktiviti saya sepanjang di Kyoto Dan Osaka?
Do visit here:

Episode 30: Haru Yasumi Trip 2014
Episode 67: Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka
Episode 68: Kyoto City Bus
Episode 69: Bamboo Grooves & Romantic Train   


  



0 comments: