Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Episode 49 : Selamat Pengantin Baru

Sunday, June 15, 2014

Omedetou!!!

Tahniah buat teman-teman yang dah pun melangkah ke alam berumahtangga baru-baru ini.
Fiu~ Tujuh bulan tinggalkan bumi Malaysia, berpuluh-puluh undangan kahwin datang bertamu di Facebook. 
Maknanya, berpuluh-puluh jugalah terlepas nak makan nasi minyak dan gather ramai-ramai.

Tetiba rasa dah bertapak-tapak orang melangkah. Dan, adakah aku masih di tempat yang sama? Ngeh! Dari segi perhubungan je.. Dari segi lain, insyaALLAH, berkilo-kilometer dah melangkah. Sampai semput dibuatnya. Fiu~

Ucapan teristimewa buat teman istimewa ikhlas dari hati, dari bumi Yonezawa, Jepun.

 

Dear Siti Zubaidah yang selalu dipanggil CT,
Weeee... Finally! You are a married woman beb!
Tahniah! Tahniah! Tahniah! 
Omedetou ne CT-chan..
Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga jannah..
Buat siti dan suami, selamat bercinta sampai syurga ALLAH..

Uhuhuhu..
Sebak tau hari Jumaat beberapa minggu yang lalu waktu hari akad nikah kamu. Sedih sebab tak dapat being there on your "hari bersejarah". 
But at the same time, sangat-sangat-sangat gembira sebab kawan saya sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya. wink..wink..wink

Thanks juga pada mimito-chan sebab wassap dekat saya gambar CT-chan on her solemnization day. 

Jumpa di Malaysia, pengantin baru!
InsyaALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!!
Semoga bahagia sampai syurga Ilahi.
Dan selamat meniti alam rumah tangga yang pastinya penuh cabaran. =D 
 



Walimatul Urus~

Tuesday, April 23, 2013

Minggu depan berderet undangan kahwin..
Pakat-pakat buat majlis sebelum tarikh mengundi...
Baguih-baguih...
Dah dewasa rupanya kamu Sara!


Yang ni, semuanya dekat Utara...
(T__T)
Sedih sebab tak dapat nak memenuhi undangan..
27hb April masih di Kuala Lumpur..


Labis?
Negeri Sembilan ek?
InsyaALLAH...


Penang + JB + Kulim + Sg.Petani..
Haaa... 3 belah utara..
InsyaALLAH..
akan cuba memenuhi undangan yang berderet ni..


Fiu...
Yang dekat Kelantan tu memang tak sampai dah lah..
Tapi akan cuba usaha untuk pergi sebelah lelaki since yang dikenali adalah pengantin lelaki.. eheh...

Doa buat semua bakal pengantin~
Selamat Pengantin Baru

"Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. 

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. 

Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu."
 



おめでとうございます : Selamat Pengantin Baru!

Saturday, March 23, 2013

おめでとうございます

Omedetou Gozaimasu!
Tahniah!
Selamat Pengantin Baru buat Wan Aizat dan Pasangan.
Semoga ikatan yang dibina berkekalan dan bahagia sampai ke Syurga.. 

Kredit gambar dari Majidah. The one at the centers..

Another 1 down. More to go!
Keep going guys...
May this ukhuwah stay till jannah..

For us, wedding mean reunite!
Meraikan pengantin serta mengeratkan ukhuwah sedia ada...

Oh ye! Hari ni dari Kolej, g Kepong ambil Aimie lepas tu masuk Selayang-Kepong Highway tembus MRR2 sampai dekat UIAM. First time jejak UIA. Yea!
Masa balik, sampai je Kepong hujan lebat. Lepas hantar Aimie, masuk Duke.. Elok je ambil exit Jalan Semarak, hujan lebat + Kilat sabung menyabung!
Fiu~

Sampai bilik, pengsan! Muahaha.. Drive balik Aloq Staq pun tak pengsan macam tu.. Apakah?

Oooopppsss...
Once again, Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Congratulation! Selamat Pengantin Baru Wan Aizat!




Selamat Pengantin Baru!

Monday, February 4, 2013


Selamat Pengantin Baru buat Hafiz dan Pasangan!
Semoga bahagia sampai syurga!


Dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban,
Untuk menghadiri walimah seorang teman,
Dari jauh doa saya titipkan,
Semoga bahtera yang dibina berkekalan...

(^__^)

Ini walimah kawan se-JKMKTC masa zaman muda belia dekat UTM Skudai dulu.
Kata hafiz, kenal di muka buku!
Oh sooo suweeetttlah kamu berdua..
Cinta muka buku, semoga kekal ke anak cucu..

peace yo!

Oh ye! Gambar?
Curi dalam facebook. Dah tag nama saya kan? Curi je lah.. hahaha... Curi dari timeline sendiri pun. =P