Showing posts with label Coursemate. Show all posts
Showing posts with label Coursemate. Show all posts

Episode 49 : Selamat Pengantin Baru

Sunday, June 15, 2014

Omedetou!!!

Tahniah buat teman-teman yang dah pun melangkah ke alam berumahtangga baru-baru ini.
Fiu~ Tujuh bulan tinggalkan bumi Malaysia, berpuluh-puluh undangan kahwin datang bertamu di Facebook. 
Maknanya, berpuluh-puluh jugalah terlepas nak makan nasi minyak dan gather ramai-ramai.

Tetiba rasa dah bertapak-tapak orang melangkah. Dan, adakah aku masih di tempat yang sama? Ngeh! Dari segi perhubungan je.. Dari segi lain, insyaALLAH, berkilo-kilometer dah melangkah. Sampai semput dibuatnya. Fiu~

Ucapan teristimewa buat teman istimewa ikhlas dari hati, dari bumi Yonezawa, Jepun.

 

Dear Siti Zubaidah yang selalu dipanggil CT,
Weeee... Finally! You are a married woman beb!
Tahniah! Tahniah! Tahniah! 
Omedetou ne CT-chan..
Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga jannah..
Buat siti dan suami, selamat bercinta sampai syurga ALLAH..

Uhuhuhu..
Sebak tau hari Jumaat beberapa minggu yang lalu waktu hari akad nikah kamu. Sedih sebab tak dapat being there on your "hari bersejarah". 
But at the same time, sangat-sangat-sangat gembira sebab kawan saya sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya. wink..wink..wink

Thanks juga pada mimito-chan sebab wassap dekat saya gambar CT-chan on her solemnization day. 

Jumpa di Malaysia, pengantin baru!
InsyaALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!!
Semoga bahagia sampai syurga Ilahi.
Dan selamat meniti alam rumah tangga yang pastinya penuh cabaran. =D 
 



USS | August 2013

Monday, September 23, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan gambar. Tak banyak pun. Eheh.. Tapi disebabkan ini je gambar yang ada kitorang bertiga, jadi naklah kongsikan dalam blog. Eheh..

Ha!
Bulan lepas kan i olls pergi USS. Universal Studio Singapore.
Dah puas dah berceloteh panjang.
Tak percaya cuba baca dekat sini.
Eh, dekat mana?


Makanya.....
Hari ni gambar semata-mata..
Bye!



























 


.Sekian.



Selamat Pengantin Baru!!

Wednesday, September 4, 2013

Congratulation!
And Celebration!
Lalalalalalala.....

Last week turun JB. Selain dari urusan ilmiah pada weekdays, saya lanjutkan terus sehingga weekend untuk bertemu rakan-rakan sekursus (degree) dan sekaligus memeriahkan majlis salah seorang rakan sekursus kami ni.

Puan Norfadila Uyop dan suami!
Tahniah dear...



Ooopppsss.. Gambor dengan pengantin perempuan dulu.
Eh, bukan dulu. Ini last pic before kitorang take a heavy step to leave the bride..
kihkihkih...
ayat tak boleh blahh..

Rasanya, kehadiran kitorang bukan sahaja memeriahkan majlis, tapi turut menggamatkan suasana.. Muahaha... 
Just imagine when all the girls get together after a long time not seeing each other..
Can you imagine??
If not, just imagine it.. ;D

By the way,
Congratulations on your marriage!
Happy for both of you..
Semoga bahagia sampai ke syurga..
Be a good wife ya!

Jommm.. take a look at another shot!

 
SEP-ian in the house.
Eh, sepatutnya update dekat blog lagi satulah! Hehehe... 

  JKMKTC 2008 in the house..

and last but not least...


Pesanan Penaja:
To my dearest friend, Siti-Channnnn..
Thanks a lot dear...
どうもありがとうございます

Thanks for everything..
Muka gembira kami berempat..
Nanti i upload gambaq dengan Siti-Channn pula. The five of us..
Berseri-seri gembira dapat turun JB and of course dapat jumpa gugurls yang lainn..

Once again,
Selamat Pengantin baru Pn.Fadila dan Suami~
 
 



おめでとうございます : Selamat Pengantin Baru!

Saturday, March 23, 2013

おめでとうございます

Omedetou Gozaimasu!
Tahniah!
Selamat Pengantin Baru buat Wan Aizat dan Pasangan.
Semoga ikatan yang dibina berkekalan dan bahagia sampai ke Syurga.. 

Kredit gambar dari Majidah. The one at the centers..

Another 1 down. More to go!
Keep going guys...
May this ukhuwah stay till jannah..

For us, wedding mean reunite!
Meraikan pengantin serta mengeratkan ukhuwah sedia ada...

Oh ye! Hari ni dari Kolej, g Kepong ambil Aimie lepas tu masuk Selayang-Kepong Highway tembus MRR2 sampai dekat UIAM. First time jejak UIA. Yea!
Masa balik, sampai je Kepong hujan lebat. Lepas hantar Aimie, masuk Duke.. Elok je ambil exit Jalan Semarak, hujan lebat + Kilat sabung menyabung!
Fiu~

Sampai bilik, pengsan! Muahaha.. Drive balik Aloq Staq pun tak pengsan macam tu.. Apakah?

Oooopppsss...
Once again, Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Congratulation! Selamat Pengantin Baru Wan Aizat!




KL Festival City Mall & Sakura Kristal

Tuesday, January 22, 2013

KL Festival City Mall dah berubah wajah. Ye lah.. nak sambut Chinese New Year pula kan.. Hari tu pergi, masih mood Krismas. Eh, macam dah lama tak pergi je KL Festival City ni.
Bukan jauh pun dari Hostel. Lepas office hour, redah jammed dekat depan Jalan Semarak tu, cross masuk hostel, exit dekat Sri Rampai masuk ke Setapak. And here it is. KL Festival City!

Niat hati pergi sini sebab nak cari takoyaki takotau! Hehehe.. Itu yang elok je berbaju kurung. Fresh dari lab! =D Lepas tu nak cari hong kong milk tea coolblog.. Dan ayam goreng uncle bob! Tapi end up... Takoyaki takotau + horlicks milk tea chatime + shinlin xxl crispy chicken + sakura kristal!


I'm in the middle. Tak lama lagi, Nisa pun nak kahwin juga.. sobs..sobs.. Lepas ni duduk dalam lab, saya dikelilingi dengan isteri orang! (-____-)"
Ok.. semoga aura itu sampai kepada saya juga.
Nak kahwin juga! Ahaks..
Eh, betulkan diri dulu cik Sara. Focus study.. Jangan ingat nak kahwin je! =P

Ahaks..
Berjalan punya berjalan, dok pening tak tahu nak makan apa. End up, berhenti depan Sakura Kristal. Ada kawan pernah cakap dengan saya western food dekat Sakura Kristal best. Tapi, saya tak nak makan western food. Sebab dalam hati dah aim nak beli ayam uncle bob (Kononya..)..
Hehehe.. tapi, end up we still masuk juga ke Restoran Sakura Kristal ni.


Makanan dekat Sakura Kristal ni memang best! Cukup rasa. Dan banyak! Fiu..fiu.. Sebu perut kitorang nak menghabiskan makanan depan mata. Kalau tahulah per servings dia banyak tu, memang kami kongsi je makan. =D

Er.. maybe next time..
Harga dia?
Affordable and worth it for that amount of food. 
Tapi, ada tax. Service charge + Govern tax..
Total about 16% charge! Fiu~

 

Jemput makan!! 
Ok.. Nak tido.. Oyasumi Nasai..

p/s: Tengah hari esok nak gerak balik Aloq Staq. Dah 22 hari tak jumpa mak dengan abah. Hehe.. alang-alang ada cuti maulid + thaipusam, mohler kita balik utagha.. Doakan saya selamat sampai ke kampung halaman ye! =D 




Best Vacation Photo Contest

Niat nak berceloteh dalam blog sendiri. Tapi macam tak tahu nak ulas isu apa. Sekali terjumpa Blog Contest ni. Weee...
Nama blog pun dah nak lebih kurang sama je.. =D

Ok! Back to the title..
The one and most memorable vacation i ever have...
It's here!

 
The best Vacation Photo!

Tak terasa pun rupa-rupanya hampir dua tahun telah berlalu selepas percutian yang sangat menakjubkan ini. 
It's s Winter Time at Seoul, South Korea.

Pada saya, percutian ini sangat-sangat memorable. The best among all the vacation i've been to. Nak menjejakkan kaki ke sini bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Usaha dan usaha. Pelbagai pahit manis yang kami lalui semata-mata untuk merealisasikan percutian ini. Percutian ini adalah di bawah tiket Program Global Outreach Program anjuran pihak universiti. Maksudnya, setiap mahasiswa diperuntukan sejumlah wang untuk ke negara-negara luar Malaysia. Maksudnya, kalau perbelanjaan melebihi peruntukan, tambah duit sendiri. Dengan syarat,  ada lawatan ke beberapa buah universiti di tempat yang hendak di lawati.

Dan atas inisiatif seorang kawan yang menjadi penggerak, Seoul Korea menjadi pilihan kami semua. Percutian ini telah kami realisasikan pada Disember 2010. Ketika itu, Seoul sedang mengalami musim sejuk. Itu yang menjadikan percutian ini lebih istimewa. Menikmati winter di negara orang walaupun hanya untuk 7 hari. No . 5 hari. Dan lebih menyeronokan bila ini merupakan percutian beramai-ramai sesama rakan sekuliah.

Banyak juga tempat menarik yang sempat kami lawati. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat kimchi. If you are k-pop fans, you know well about Kimchi. And at that moments, k-pop are not so well known as it is today. Saya sendiri baru pertama kali bertemu kimchi ketika di South Korea. Dan itulah permulaan kepada segala jenis korean dishes yang cukup saya gemari hari ini. Oh ya! Dalam percutian ini juga, kami semua berpeluang untuk menggayakan hanbok! Pakaian tradisional masyarakat Korea. Selain itu, kami juga di bawa ke Ski Resort. Kami di bawa juga berjalan-jalan ke Namsan Traditional Village, Itaewon (for halal food), Gwancheon Science Museum, Dongdaemun and more places..


Ukhuwah fillah abadan abada..

Inilah kisah percutian yang paling menarik dan paling diingati bagi saya. Kawan-kawan yang lain macam mana pula? Ace kongsikan dengan kami semua. Mana tahu boleh dijadikan tempat percutian seterusnya.. =D

The best Vacation Photo for the Best Vacation moments..
 
Tarikh tutup telah dilanjutkan.. Kalau nak join contest, bolehlah ke sini:
http://cheriterazanyra.blogspot.com/2012/12/best-vacation-photo-contest.html
 
  
 



Sebulan yang lalu...

Saturday, January 19, 2013

Ini kisahku..
Hampir sebulan yang lalu..
Ye.. hampir.. belum cukup sebulan lagi..
Senior saya nak kahwin. (Yes! She is!)
Dan kebiasaannya, bila ada undangan kahwin maksudnya masa untuk berholiday!
Betul tak??
Dan yang menyeronokan adalah destinasi yang dituju adalah Kuantan, Pahang!
Yes! Yes! Yes!
Pahang!
Errr...ini kali kedua saya ke sana..


 

Ini Pantai Teluk Chempedak! Yeay! For the first time, saya di sini! Mencari matahari terbenam!

Dan di bawah ni, kawan universiti yang dah lama rasanya tak bercuti.
Sakinah! 

 

Dan...Inilah pengantinnya.. Saat diijabkabulkan..
Semoga bahagia sampai syurga sis! 



 Dan sekarang.... teringin nak pergi Terengganu pula!

 



Time passes....

things change...
but memories will always stay where they are,
in the heart... =)

 


\

 

 




Inilah kemanisan dan keseronokan semasa bergelar mahasiswa ijazah pertama. 
Masa mungkin berlalu meninggalkan kita..
Tapi, kenangan akan sentiasa ada...
Di dalam hati kita..

Gambar-gambar ni, ambil dari koleksi ribuan entah berapa banyak kamera pun tak tahu dah. Dari kamera siapa pun tak pastilah.. Tapi, interesting shot!

Dalam gambar, ada lagu..
I miss them. I miss there.. I miss all.. =D 


 



With Lots of laugh and joy

Friday, December 7, 2012

Salam Jumaat..
Seronokkan bila bertemu kawan-kawan lama. Kawan-kawan sekampus yang sama-sama buat program. Banyak cerita yang nak dikongsikan.
Semalam, saya dan K.ena pergi ke Mid Valley untuk bertemu mereka. Kawan-kawan JKMKTC 08' yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Ikut perancangan, berjumpa selepas maghrib. 6 orang kesemuanya. Tapi, kita hanya mampu merancang. Perancangan ALLAH tetap yang terbaik.


Berkumpullah kami berlima. Weee... Nak sampai ke Mid Valley tu pun satu hal! Sosat den.. Hahaha... Masuk simpang ntah mana-mana hala ntah.. Alhamdulillah,selamat juga sampai ke Mid Valley tu. Masuk Parking Zone A. Alhamdulillah.. tak sampai 15minit pun dah jumpa parking kosong. Sungguhlah.. Walaupun tersesat-sesat, Allah permudahkan kami untuk dapat parking. Gerak pukul 5.00petang dari UTM Jalan Semarak. Sampai Midvalley pukul 6.30petang! Hahahaha... Nak kata jauhnya tuuuu..

Alang-alang dah sampai pukul 6.30petang, kami berdua terus mencari surau. Al-maklumlah, maghribkan awal sekarang? Ye dak? On day way nak ke surau, singgah breadtalk beli roti dulu. Buat alas perut.. Hahahaha...



Lepas maghrib, gerak mencari Uniqlo. Sebab janji nak jumpa di situ. Tapi end up jumpa depan SASA.. Hehehe.. there is story behind that! Seronok jumpa diorang.. Hehehe..padahal baru je jumpa si Mael dengan Hafiz tu.. Ok! Seronok jumpa si Taufik yang dah lama tak jumpa tu.. Hahaha.. Tapi, end up tetap enjoy with the meeting. ^^, 

Wahhh..lamanya saya tak lepak reramai macam ni..^____^


Nak jumpa selalu, tapi takut nanti end up i'm the only girl among them.. Malulah ai.. hehehe.. So, sesekali ada geng ni bolehlah ajak diorang berjumpa. Kalau tak ada geng girl-girl ni, ai tak ajak diorang jumpa.. Hehehe..

Makan-makan. Tukar cerita. Jenjalan cuci mata dalam Uniqlo tu. Eh,ada sweater best! RM70. Nak beli ke tidak? huhuhu... End up, keep the money save! Hahaha.. Around 10pm, kitorang minta diri dulu.. Dah lewat. Kenalah balik.. Wee... Nak balik, tak sampai setengah jam pun perjalanannya! Hahaha.. sungguhlah ko Sara!

Ada rezeki dan waktu-waktu lapang lagi, bolehlah kita jumpa-jumpa.. weee... InsyaALLAH..always there to meet them all.. Kalau ada lagi ramai, lagiiii best!. 



Wedding Trip

Sunday, December 2, 2012



Selamat Pengantin Baru!
Untuk Apek (real name is Azmi) dan Aisyah..
Semoga bahagia dan barokah sehingga ke syurga ILAHI...
 
Fiuuuu~ Sakit kaki.. Hahaha...macam diri sendiri pula yang tekan pedal minyak tu kan? Ngee... Baru sampai bilik selepas hampir 12 jam perjalanan... Fiuuuu~..

Sebagai memenuhi undangan perkahwinan seorang senior merangkap kawan berprogram masa dekat UTM SKUDAI dulu. Err... Perkahwinan senior dan junior.. Hehehe.. Yang lelaki tu senior saya. yang perempuan tu junior.. Hasilnya.....

Fullamak..dah macam program kolej pula.. Jumpa balik geng-geng yang selalu buat program kolej masa dekat UTM SKUDAI few years back.

Kenyang juga makan "langsat" sebelum sampai rumah kenduri ni. Maksudnya, kami ni sesat! Hahaha... Tapi, dalam sesat pun....antara orang terawal juga sampai. Sampai awal. makan awal. tapi bergambar lambat. Balik pun lambat. Ngee..

Sempat lagi singgah ke Klebang. Ada orang ajak minum COCONUT MILK SHAKE. Tak taulah nak kata sedap tang mana.. Tapi, giler ramai peminat dia.. yang berbungkus pun panjang barisannya, yang minum dekat situ pun lagilah ramai.. Phew~..



Yang lebih pelik tu... Kenapa coconut milk shake ni pofular sangat dengan KLEBANG MELAKA dan bukan tempat lain di MALAYSIA??

 
p/s : Alahai! Sepatutnya update progress report dalam GSMS bukannya update blog! Huhuhu... Tapi, GSMS tu dok keluaq mesej ERROR je.. Lagut mana ni???




On schedule~

Monday, September 3, 2012

Lalalala...
Akhirnya..
At lastt...
eh, sama je kan maksudnya??
Bakal naik kapal terbang balik Aloq Staq! Yuuuuhuuuu...
Cominggg...


Hahaha... Nampak cam teruk sangat kan?
Tak adalah baru 1st time nak naik.. Nehi kabhi nehi.. Pernah dah naik sebelum ni.. Tapi secara lone ranger, belum pernah lagi..
Ini pun part of my advance birthday gift! Muahaha.. Banyak pula self advance birthday gift!
Siapa lagi yang nak memanjakan kita kalau bukan diri sendiri. Ye tak? ^^,

Lama dah beli tiketnya. Masa sale Air Asia dulu. Sebab misi saya bila dok KL ni adalah nak explore dan naik semua pengangkutan awam yang ado. Train KTMB dah naik bulan pose hari tu. Jadi, sempena ulangtahun nak genap 24tahun ni, kita layan aeroplane pula.. hehehe...

4hb? Yeap! Esok..
Originally, 6hb September tiket saya tau! Tapi tetiba mak bagitahu company abah buat Family Day dan satu family tak ada dekat rumah. Apakah? Jadi? Kita ikutlah kan?? Ngee.. itu yang awalkan tiket tu.. 6hb tu diorang dah gerak untuk family day.. Haruslah ikut..

Kenapa bukan 5hb?
Adoi! Tiket 5hb mahal giler! RM100++.. pengsan!..
Ampunlah ye.. tapi, being at home doesn't mean i stop doing research.. Gerak gak..30%? eheh...

Yeay Yeay! Naik kapal terbang!..
(^o,^) 

p/s : Jiran sebelah bilik saya dah naik kapal terbang pergi Sarawak.. Huhuhuu... I'm Miss Lonely~
Soooo..minggu ni macam minggu bercuti pula untuk kitorang.. eheh..
Next week dah mula sem baru kan? aigoooo...

Sara!!! Tahun 2 dah????
 
 



Majlis Khatam Al-Quran

Monday, August 13, 2012



Alhamdulillah...
Selesai sudah kami graduate dari tadarus Al-Quran..
Pada Jumaat yang lepas selepas hampir 3 minggu bertadarus beramai-ramai.. ^^,
Dapat Scroll sejadah!! Weee...
Majlis Khatam Al-Quran bermula pada pukul 12.45 tengah hari. Dan berakhir pada pukul 2 petang. (sewaktu solat jumaat!)
Menuntut ilmu bukan menjadi satu penghalang untuk kami turut bertadarus di bulan yang mulia ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan keberkatan di bulan Ramadhan ini..
Tadarus sendiri?
Errr... sedang berusaha.. Sekalipun tak dapat habiskan, sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelumnya.. Maklumlah, puasa pun tak cukup sebulan kan? Hehehe...
Bukan sesuka hati jiwa raga tak nak puasa. Dah namanya perempuan. Allah sayang. Ada waktunya dia bagi CUTI.
Bila cuti, mampu baca terjemahan je lah.^^,
Memahami maksud di sebalik ayat...
Dan sampaikan walau sebaris ayat......
Oh ye! Kalau terkejar-kejar nak habiskan bacaan Al-Quran tapi tajwid tunggang terbalik pun tak guna kan? So, slow and steady ok!

Salam penghujung Ramadhan buat semua..=D
Chaiyok! Ganbatte ne! untuk Ramadhan-ramadhan terakhir ini....

p/s: Gambor dari K.Ena Kamal.. Pinjam boh sini naaaa....




Semanis Kurma di UTM KL

Wednesday, August 8, 2012



Semanis Kurma Keluarga Syurgawi..
Tiada TV 9 tapi yang ada Ustazah dan Ustaz manisnya kurma itu.. Eheh...
Dan alang-alang dok kat utm kl ni, membawa jugalah langkah ke dewan besar tu.. Dan ternyata, kebanyakan mereka yang hadir adalah staf utm. Jadi, tak pastilah ini cerama terbuka atau tertutup. 
Yang pasti, saya redah je..hahahaha..

Banyak pengisian yang dapat. Kalau sempat, petang-petang nanti saya karang apa yang disampaikan dalam semanis kurma edisi UTM KL ni..
Haa.. Gambar ni saya dapat dari FB Ustazah Bahiyah (Tapi Ustaz Akasyah yang snap ni tau! Sempat lagi Ustaz bagitahu setakat jam 1220 tadi, hampir 60+++ view the pic!)..


 p/sss :: dah update pengisian tu..
Jom baca dekat siniiiii..
Warning! Entrie panjang, jadiiii tarik nafassss and GOOOO!!..



Iftar Postgraduate MJIIT

Thursday, August 2, 2012


Salam Ramadahn semua.. Hai! Lama tak jumpa..eheh..Dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Masih kuat untuk berpuasa di hari-hari seterusnya? Weee..Ganbatte ne~.. Ramadhan hanya sekali setahun. Haaa..hari ni nak share kisah beriftar beberapa hari yang lalu.. Alhamdulillah.. Segala-galanya berjalan seperti yang telah dirancangkan. Terima kasih ALLAH. Lebih kurang pukul 4.10, kami gerak dari UTM kampus KL. Nak pergi Shah Alam. To be honest, this is my first time..=D

So, jalan sesak ke tak sesak memang tak tahulah kan.. Dari UTM, kami masuk Duke dan terus ke Federal Highway. Tak hengatlah pula berapa kali bayar tol. Tapi, tersangkut juga dalam jammed habaq kat ang! Fuhhh.. mengantuk hambo dibuatnya.. Mujur jadi penumpang. Kalau jadi pemandu? Ado juga yang terlelap seketika.. Memang gua salute sama lu orang yang hari-hari redah jammed untuk sampai ke destinasi masing-masing..(^^,)
 

Ha! kenapa pergi jauh-jauh sampai ke Shah Alam? We all ada iftar (31hb Julai 2012). Dengan mereka-mereka ni. Iftar Postgraduate MJIIT. Berbuka di O-shima cafe. Restoran makanan jepun! Wee.. Buffet untuk Ramadhan cuma RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Berbaloilah.. Ada Japanese Rice (tapi tak ambil pun), ada ikan bakar (apa bahasa jepun dia ek?), ada juga miso sup (tapi tak berapa gemor), ada chicken fillet (entah apa ke nama jepunnya). Dan seharusnya adalah aneka sushi dan kicap yang sangat masin tu! Wee..

Haaa.. tak lupa juga.. Ada Udon dan Ramen.. Both, not badlah.. cumanya saya jadi kurang teruja bila dalam ramen tu ada tauge. Well, i dislike tauge! Hahahaha.. Dan, katanya ramen lagi pedas dari udon, tapi bila makan rasanya mee maggi kari kita lagi pedas dari ramen tu.. hehehehe.. Bianata.. SUmimasen.. Apa-apa pun, terbaik. Kenyang perut orang yang suka makan macam saya ni.. Nyum..Nyum..
 

Mungkin ada yang dah tahu. Tapi, bagi yang belum tahu..O-shima cafe ni letaknya di luar Plaza Alam Sentral Shah Alam. Jadi, sementara menunggu waktu berbuka, kami-kami pun berjalanlah sekitar situ. Masuk SACC Mall, jenjalan cuci mata dekat PKNS Shah Alam. Alang-alang dah dekat kan? Memang terbaiklah kalau nak shopping raya dekat area-area ni. Pilihan dan harganya berpatutan.. Fuhhhh.. Nak g lagi aci tak? ari tu tak sempat beli baju raya..weee...

Eh, malam ni nak berbuka apa pula ek? Urmmmmmm... Salam Ramadhan dan selamat berbuka kawan-kawan..~