Mimpi oh mimpi

Sunday, May 9, 2010



I had a dream..A song to sing...If you see the wonder....bla..bla..bla...
Dah lama rasanya tak bermimpi dalam tidur. Lena sungguh tidur2 malamku.. Mungkin dek kepenatan. Makanya, mendapat tidur yang sangat berkualiti.. kui..kui..kui...

Adakah mimpi itu hanya sekadar mainan tidur? Atau sekadar ilusi? Atau sebuah fantasi yang merealisasikan sebuah impian?? Wah.. banyaknya persoalan yang cuba dikemukakan.

Ngee... Apa yang nak diceritakan ni? Benarkah setiap mimpi mempunyai takrifan dan takwilannya tersendiri? Benarkah di sebalik setiap mimpi punya petunjuk untuk kehidupan duniawi? Benarkah kata orang-orang tua yang mimpi sebelum subuh menjelma bermakna mimpi itu akan jadi realiti? Benarkah?

Hehehe... Malam semalam saya bermimpi. Mimpi yang bersambungan. Bila terkejut dari mimpi, akan terjaga. Melihat jam yang masih awal. Tidur disambung kembali. Malah mimpi turut bersambungan. Terjaga lagi untuk entah keberapa kali. sambung tidur lagi. Mimpi tu pun bersambung lagi. Lagi sekali terjaga, memang bangun, mandi, solat subuh.. siap untuk membuat praktikal..

Mimpi oh mimpi.. Adakah erti yang engkau bawakan?? hahahah

Kuda Kepang Dah Elok!

Wednesday, May 5, 2010

"Kuda Kepang dah elok." Ujar Mr. Fakhror. Saat-saat kitorang sume dok ralit layan laptop. Ek? Kuda Kepang? Bila pula kitorang ada related ngan Kuda Kepang?

"Kuda Kepang?" terkeluar juga kat bibir kitorang ni bertanyakan. Semuanya macam pelik.
Mr. Fakhror senyum jer.

"Adalah.." Sambung Mr. Fakhror.

Rasa macam dah dapat tangkap. Si Koleq ngan Si Muhsin dok sengih jer. Sah2 dah tu. adalah yang berlaku tadi.

"Machine tu dah elok ek En.Fakhror?" Seseorang bertanya. Melihat Mr. Fakhror tersenyum tu..

Machine yang dimaksudkan di atas adalah Traction Machine yang pada entrie sebelumnya, saya ada berceritakan tentang pengalaman kami dan traction Machine tu. Alhamdulillah.. Dah elok.. Boleh guna. Kuda kepang dah tak kepang lagi...hahaha

Traction Machine - what's the end?





Assalamualaikum...

Ini kisah minggu kedua saya berpraktikal. Dekat atas tu, gambar Traction unit. Kisah kali ini. Tapi tak lah 100% exactly sama macam Traction unit yang saya jumpa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ni. Tapi apa yang saya nak cerita adalah pasal Traction Unit ni.

Korang semua tahu tak apa benda Traction Machine ni? 1st time dengar pun saya terpinga-pinga juga. seingatnya, tak de pulak dalam lecture note clinical yang saya blajar dekat satu semester ni.. hehehe

One day tu, saya dan kengkawan yang sama-sama praktikal kat BIOMEDS ni followlah one of the Technical Executive kat sini. Sebab ada BREAKDOWN MAINTENANCE. Tengok pada Work Order yang berwarna pink tu Equipment yang tertulis adalah TRACTION UNIT. Request for Check and repair the traction unit.

Urmm..benda apakah semua ini??
Follow punya follow, kitorang sampai dekat REHABILITATION DEPARTMENT. Masuk Department tu pastu masuk ruangan ELEKTROTHERAPY. Tu dia. dapat pun tengok Traction Set.



Function benda ni adalah untuk therapy bagi patient-patient yang paralysed or maybe yang sakit lutut or apa-apa jer yang related dengan diorangnye ability tuk menggunakan kaki atau tangan. Dah nama pun therapy machine. Mestilah guna untuk therapy right?

Ok, be there. Rupa-rupanya masalahnya hanyalah traction rope. Traction rope putus daa.. That Doctor cakap, maybe sebab digunakan oleh medical student yang dok uat practical without high care. itu yang traction rope almost putus.

And nak keluarkan rope ni, kena open dianye casing. Nak buka tak de masalah sangat. Tambah2 untuk kitorang yang sekadar memerhati ni. Lagilah tak susah. Kejap2 ambik gambar. bukan gambar kitorang tapi gambar inside that traction machine.

(~tak dapat nak upload gambar yang tangkap sendiri sebab online guna laptop orang lain~)

Few days later, datang balik that room with new traction rope. That time, saya dan kengkawan pergi after sending back Infusion Pump yang kitorang amik that morning for PPM service.

Sampai je that room, nampak Koleq and Shrek (Sama-sama uat praktikal). They were trying untuk masukkan that rope ke dalam that machine. Nak masuk tak semuadah membawa keluar. Biasalah nak pasangkan lagi rumit dari nak membuka..=)

Time ni Mr. Fakhror, the Technical Executive tak follow skali. Sebab ingatkan pasang balik jer rope tu. Macam tak susah sangat pun..hehehe..

Tinggallah kitorang budak2 praktikal mencuba bakat memasang kembali traction rope tu. Pusing punya pusing that roller, dia tak jadi apa. Supposenya, dia bidas balik. Maknanya, kalau kitorang pusing lawan jam, roller tu kena bidas arah jam. Baru traction rope tu tergulung dan tertarik. Tapi yang jadi, lain plak. Roller tu berpusing bila dipusing dan berhenti bila tak disentuh. Urmm..what's happen?

Ingatkan nak buka casing traction machine yang lagi satu. Bukan nak buat apa pun. Nak buka casing untuk tengok je apa yang membezakan that machine yang berfungsi tu dengan the one yang kitorang tengah dok repair tu. Tak sempat nak buka pun, sekali kena sound dengan that Doctor.

"Hat tu tak rosak tok sahlah dok usik. Tak reti perbaik tapi nak buat juga."

Lebih kurang cenggitulah kitorang kena sound. Sabaq ja. Bukan nak buat pape yang merosakkan pun. Nak buka casing jer. Tak disturb operasi mesin tu pun. Sabaq..Sabaq..

Last2 pakat dok tengok je mesin tu. Nak buat lebih2 takut rosak yang lain plak. Last2 tepon Mr. Fakhror tanya dia awat that roller tak bidas balik??..

Bila Mr. Fakhror datang, dia tgok2 balik, rupa-rupanya pemberat pada roller tu tak berfungsi. Untuk tahu kenapa, Mr. Fakhror pun buka part pamberat tu. Sambil dibantu kitorang-kitorang yang masih mentah lagi ni..

Rupa-rupanya....
Metal plate yang bertindak sebagai pemberat tu dah tercabut dari tempat holdernya. that's why kitorang pusing dekat 1000 kali pun tak jadi pape..hahahaha

Okey. Problem Found!

Perbaik mana yang perlu pasang mana yang lopong. Macam dah success.. Tapi....

Masalah lain pulak yang timbul...

Metal plate tu patah! So, traction rope tu dapat bidas sikit jer. Waduh, sudah.. seterusnya, tak tahu macam mana nak cerita. Rasa bersalah pun ada. Dah macam tikus baiki labu jer.. Kalau ada yang faham, fahamlah yer.. Tak reti nak describe dalam word. Kang jadi hikayat 1001 masalah.

Jam dah pukul 5. Staff Nurse dah bising kata nak tutup that department.. Soo...What the end of the Traction Machine??




~Sara menulis di waktu senggang~
11.02am_BioMeds Office
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.

Itulah citernya..

Monday, May 3, 2010

Assalamualaikum.....

Kali ni punya entrie, kisah hujung minggu saya yang lalu.. Lambat sket nak upload story. Hari tu hari Jumaat. Kat Kedah ni cuti. Adik saya yang dok asrama pun balik rumah petang khamis. And atok saya yang duduk dekat Bukit Pinang cakap nak buat bakar sate ngan baca-baca doa sket malam tu. For me and my family, tak de hal. Memang kitorang pun tak de pape perancangan. Dari Simpang Empat nak sampai Bukit Pinang adalah dalam 45 minit. Standard pemanduan saya plus lalu highway.

Standard pemanduan saya? Urmm.. Abah bagi drive pi umah tok. Apalagi yang ditunggu?? Drive je lah. Inilah masanya nak tunjuk kat abah yang saya bleh drive. Cuma abah kena tunjuk jalan sebab bukan hafal sangat pun jalan balik umah tok.

Nak share citer time balik. Pas habis majlis makan-makan and baca doa, pakat tolong tok kemas2 umah. Dalam pukul 10.30 camtu, abah ajak balik. Time tu baru lepas hujan. Saya kata OK! Sebab dah tak hujan. Leh ar drive.

Ku sangkakan cerah sampai ke rumah, rupa-rupanya hujan turun di perjalanan. Masa tu dekat mana ntah, Hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Saya yang tengah memandu ni dah cuak.Nak tukar driver pun, hujan dah tersangat-sangat lebat. Nak kuar, mahu basah kuyup nanti. Abah kata "Hang dah drive, drive trus sampai umah".



Hah?? Takut deh. Lebat sampai tak nampak jalan.

"Abah, tak nampak jalan dah ni. Angah bawa 30km sejam jer ni. Bising orang belakang." Saya cakap ngan abah. Dah memang tak nampak jalan. bukan tipu..

"Pasang lampu tinggi leh tak? tak nampak ni." Ujar saya lagi.

"Pasanglah. Nanti kalau ada kete mai dari depan, tutup lampu tinggi tu." Balas Abah.

Baik... Dengan penuh berhemah dan berhati-hati saya bawa. Paling laju pun malam tu setakat 40km sejam. Tak berani nak tekan minyak banyak-banyak. Tak nampak jalan. Dah ler jalan kampung, tak berani nak cantik sangat.Lampu jalan pun tak de. Harapkan lampu kete je nak suluh jalan raya.

"Angah, hang dah ke kiri sangat ni. Jatuh parit nanti." Jerit abah. Dah mula risau. Hehehe.. Saya yang kat sebelah dah takut2. Mencabar sih drive waktu cenggini. Bukan sebab hujan je lebat. Angin pun kuat juga.

Dan alhamdulillah..walaupun dekat sejam lebih drive, sampai gak kat umah dengan selamatnya.
('o,')