Itulah citernya..

Monday, May 3, 2010

Assalamualaikum.....

Kali ni punya entrie, kisah hujung minggu saya yang lalu.. Lambat sket nak upload story. Hari tu hari Jumaat. Kat Kedah ni cuti. Adik saya yang dok asrama pun balik rumah petang khamis. And atok saya yang duduk dekat Bukit Pinang cakap nak buat bakar sate ngan baca-baca doa sket malam tu. For me and my family, tak de hal. Memang kitorang pun tak de pape perancangan. Dari Simpang Empat nak sampai Bukit Pinang adalah dalam 45 minit. Standard pemanduan saya plus lalu highway.

Standard pemanduan saya? Urmm.. Abah bagi drive pi umah tok. Apalagi yang ditunggu?? Drive je lah. Inilah masanya nak tunjuk kat abah yang saya bleh drive. Cuma abah kena tunjuk jalan sebab bukan hafal sangat pun jalan balik umah tok.

Nak share citer time balik. Pas habis majlis makan-makan and baca doa, pakat tolong tok kemas2 umah. Dalam pukul 10.30 camtu, abah ajak balik. Time tu baru lepas hujan. Saya kata OK! Sebab dah tak hujan. Leh ar drive.

Ku sangkakan cerah sampai ke rumah, rupa-rupanya hujan turun di perjalanan. Masa tu dekat mana ntah, Hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Saya yang tengah memandu ni dah cuak.Nak tukar driver pun, hujan dah tersangat-sangat lebat. Nak kuar, mahu basah kuyup nanti. Abah kata "Hang dah drive, drive trus sampai umah".



Hah?? Takut deh. Lebat sampai tak nampak jalan.

"Abah, tak nampak jalan dah ni. Angah bawa 30km sejam jer ni. Bising orang belakang." Saya cakap ngan abah. Dah memang tak nampak jalan. bukan tipu..

"Pasang lampu tinggi leh tak? tak nampak ni." Ujar saya lagi.

"Pasanglah. Nanti kalau ada kete mai dari depan, tutup lampu tinggi tu." Balas Abah.

Baik... Dengan penuh berhemah dan berhati-hati saya bawa. Paling laju pun malam tu setakat 40km sejam. Tak berani nak tekan minyak banyak-banyak. Tak nampak jalan. Dah ler jalan kampung, tak berani nak cantik sangat.Lampu jalan pun tak de. Harapkan lampu kete je nak suluh jalan raya.

"Angah, hang dah ke kiri sangat ni. Jatuh parit nanti." Jerit abah. Dah mula risau. Hehehe.. Saya yang kat sebelah dah takut2. Mencabar sih drive waktu cenggini. Bukan sebab hujan je lebat. Angin pun kuat juga.

Dan alhamdulillah..walaupun dekat sejam lebih drive, sampai gak kat umah dengan selamatnya.
('o,')

0 comments: