Kota Bercahaya

Monday, February 21, 2011

Assalamualaikum..
Walla.. Kota bercahaya.. Bandar bercahaya.. Bermandikan lampu yang berwarna-warni. Cerita ni terjadi ketika cuti mid sem baru-baru ni.. Err..tak baru sangatlah kan.. But this is my family. 1st and for all saya tempek gambar adik-adik saya. Akak tak de.. Ye keje shift sampai malam.. SO, sayalah kakak mereka pada malam itu.. Mak ngan Abah? Dating tang mana ntah..dilepaskan anak-anak yang macam 1st time tengok lampu color-color tu.. hahaha..

Berlatar belakangkan Masjid Zahir..
Mana-mana orang kedah terutamanya orang Alor Staq, mesti tahu tempat ni kat mana.. Orang panggil mini I-City.. yelah, dah nama pun mini kan? kalau nak yang besau, g lah Shah Alam nun.. Mini I-City ni diwujudkan sempena dengan Keputeraan Sultan Kedah.. Bergemerlapan Bandar Alor Setar. Seperti baru disuntik dari lena yang lama..Bercahaya gitu.. Nak sampai sini? Tak susah pun.. Ikut je signboard ke Pusat Bandar, konfem korang akan lalu kawasan ni.. Senang kan??


Hari pertama sampai kedah, malam tu terus mak n abah ajak mai sini.. Hahaha..seperti orang ngantuk disorongkan bantal, laju je saya masuk kereta. Bukan seat depan ek, masuk seat belakang daa.. Abah drive. Bagi saya, tempat ni best. Rasa macam alor setar ni hidup lah sket waktu malam kan?? Usai maghrib je, kawasan ni mulai dipenuhi manusia-manusiawi yang tak tahulah dari pelosok alam mana datangnya..Tapi mereka datang untuk menikmati malam. 

Dekat sini, banyak juga bangunan-bangunan menarik yang mengelilinginya.. Antaranya, menara jam, Masjid Zahir, Balai Nobat, balairung and etc.. Err..sebenarnya saya fail sikit pasal bangunan-bangunan yang ada ni.. Tak cukup jati lagi menjadi orang kedah. Kalau saya silap, anda betulkan ye..




Menara Aloq Staq pun bleh nampak dari sini..


Kecik-kecik dulu, bila balik kedah je mesti mai tang ni. Tapi time tu mana ada lampu-lampu ni lagi.. So, dok bergambar dekat "Dataran Biru" tu lah. saya tak tau apa namanya. Saya panggil Dataran biru sebab arca kat situ warna biru + putih. Dulu ada air pancut sekarang air tu dah tak pancut. Pancit agaknya..dah lama..(^o,-)



Bagi saya, selaku rakyat negeri Kedah, perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat ni memang betul-betul Hong Liao lah.. Heheh.. Tindakan mencantikkan dan mencahayakan bandar ni sangat bagus. Di harapkan lepas ni akan dibanyakkan lagi tempat-tempat sebegini supaya Bandar ni terus hidup walaupun dimalam hari.

Selain dataran depan Masjid Zahir ni, Ok juga apa kalau dibuat mende ni dekat Jalan Suka Menanti. Ala..dataran Di Raja yang baru siap tu. Luas giler. Lapang pula tu.. Siap ada tasik besau lagi..Owh lupa pula, selain tu, pokok bercahaya ni bleh tengok dekat depan Istana Anak Bukit. Dun Worry, bleh bergambar di situ.. Abah ada ajak g situ, tapi selalunya dah kemalaman, so, tak singgahlah..Len kali mungkin g bergambar depan istana pula..=)

Review Blog : Follower ke-100, 150 & 155

Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum..
Ok..seperti yang telah saya janjikan dalam entrie sebelum ini..Saya nak review 3 buah blog. Blog milik siapakah? Urmm..saya telah berbesar hati memilih untuk me'review' blog follower yang ke-100. Lama dah ni.. Dan saya sempat snap insan ke-100 tu. Cuma tak berkelapangan untuk mereview blog tersebut. Selain tu, saya nak review juga blog follower saya yang ke-150 dan ke-155. InsyaALLAH kalau ada waktu lapang yang sangat banyak, saya akan review blog rakan-rakan blogger yang sudi men'follow' saya. Thanks semua! 

Follower ke-100. Beliau adalah..Datin BERSERI...nama blog beliau adalah Yong Aina. Simple tapi kemas. Suka saya tengok. Header beliau sanggggat comel ok.. Nak tahu? Urmm..pergi terjah sendiri..



Entrie yang ditulis beliau sangat ceria. Berwarna-warni. Saya pasti orangnya juga mesti happy go lucky. Dah terjah? Betul tak apa yang saya katakan? Dalam satu entrie, beliau gunakan warna-warna pastel untuk tulisannya. Tidaklah menyakitkan mata untuk membaca.. Smooth and steady je..Thanks Datin, sudi follow saya..=D

Lepas 100 kita pergi ke follower yang ke-150 pula.. Yang ini saya captured pagi-pagi tadi. Before pergi kelas pukul 8.00pagi.. Hehehe..sempat lagi kan? Ok..siapakah insan ini??
Urmmm..pemilik blog Beautiful Mind of mine.. Sedap tak nama blog dia? Interesting kan?


"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."

Inilah kata-kata yang ditulis beliau di bawah headernya. Nak tahu lebih lanjut, sila terjah link ini..


Seterusnya, sesi review yang terakhir adalah untuk pemfollow yang ke-155. Tak sempat nak snap 155. Buka-buka blog je tengok dah 157. Alhamdulillah.. Thank you..Thank you. Siapa insan yang ke-155 tu? Beliau adalah pemilik blog GREEN APPLE KU . Berasal dari Pulau Pinang. Kalau tak silap saya, saya ada singgah dekat blog ni semalam. Jumpa dari Blog cik GKSB yang merupakan admin Kami Blogger Utagha FB. Tapi tak sempat nak follow beliau sebab internet sangat bengong dan mata dah mengantuk. Tak sangka pula pemilik blog ini sudi singgah dan follow blog saya. Thanks awak..Urmm..saya cari-cari juga nama pemilik blog ni.. Tapi tak jumpa.Tak pelah..nanti-nanti mesti bleh kenal juga.

 

Kagum saya dengan beliau. Mula berblogging pada april 2010. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi follower dah mencecah 500.. Tahniah.. Kalau nak tahu apa intipati blog berwarna hijau epal ini silah terjah link di bawah..


** Tak dapat nak display header empunya blog.. Lambat pula loading dekat lappy saya.. sorry ek..


Saya Punyai 100 - 500 Followers

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Pagi tadi, tengok blog Followers dan mencecah 150 orang.. dan terkini dah berjumlah 152 orang. InsyaALLAH, lepas siap assignment yang nak dihantar esok, saya nak buat review blog untuk Follower saya yang ke-100 dan ke-150.. Siapakah mereka? Nantikan ye. Sekarang tengah sibuk nak siapkan assignment..(sibuklah sangat kan?? hehehe)


Jom join segmen Enche Ben ni.. Mana tahu bleh dapatkan followers yang ke 188, 200, 288 and banyak nombor menarik lagi kan?

Thanks to all yang sudi follow blog saya ni.. Tinggalkan jejak, nanti saya datang follow balik ye.. TQ! ~

Kena Tag dengan Ayong~

Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum..
Owh..rajin sungguh ayong ku yang seorang ini menghupdate entrie dan menterjebakkan diri ini untuk menghupdate entrie juga. Padahal baru je semalam keluarkan satu entrie merapu merepek. =D Tanpa membuang lebih banyak masa kerana masa itu emas yang tidak harus dibazirkan, makanya saya menjawab soalan-soalan cepu gangsa yang diberikan.

1. Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Seperti kakak Kecik dan Ayong, hidup saya paling penting + family saya..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Err..topup celcom RM10 dari cimbclick Cik Aimie.. Benda ke tu?? heheh..

3. Dimanakah korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Ada juga soalan macam ni ek? Tak buat perancangan lagi. Mungkin di masjid dan mungkin dirumah sendiri.. Tema? Colorful.. mcm warna pelangi tu..indah tak?? hehehe.. Tak tahu lagilah.. Hari ni mungkin kata hijau, esok-esok teringin ungu pula.. Tahun depan kepingin kelabu pula..So, undecided.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Ya.. cinta ALLAH dan Rasul-Nya..bercintan-cintun dengan assignment dan FYP

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mencintai Allah dan Rasul-NYA sehingga ke hujung hayat.. Tapi bercintan-cintun dengan assignment dan FYP sehingga hujung semester ini sahaja..

6. Novel/Buku/Majalah terakhir dibeli?
Buku Kepimpinan Sultan Al-Fateh

7. Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
Siapa ek? Me myself. Nor Saradatul Akmar.. Kerana saya adalah kehidupan saya sekarang..

8.Adakah korang basuh baju korang sendiri.
Urmm..mostly nope. My japanese maid yang basuhkan.. Miss LG.. time kasih banyak-banyak.. I tolong sidai kan je..

9. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak g?
Ayong jawab nak syurga.. Saya pun !! Tapi mudah kah??

10. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar.
InsyaALLAH - Maher Zain
The Choosen One - Maher Zain
Pada-Mu ku Bersujud - Afghan
Kebesaran - Opick
Kekanda Adinda - Monoloque dan Atilia

11. 5 Blogger yang korang nak tag
Urmm..tak tahu nak tag sapa.. sapa-sapa kat luar yang rasa berminat nak menjawab..silalah buat...

Ayong~ i'm done!..=D