Showing posts with label Review Blog. Show all posts
Showing posts with label Review Blog. Show all posts

Nuffnang : Duit Raya Yop!

Thursday, July 4, 2013

Waaa weeettt....
Terkejut sekejap tengok jumlah Earning dalam Nuffnang..
Setelah hampir tiga-empat tahun berblog..
Hehehe...

Itu Earning yang pertama..
Tak pernah cash out lagi..


Amacam?
Nak cash out untuk raya atau nak simpan lagi sampai membukit?
(^____^)

Gembiranyaaaa....
Bayangkan kalau titik perpuluhan itu dianjakkan ke kanan sebanyak 2! Wallaweh..
Berangan tak hengat!
Kihkihkih...

Jom usha..
Apa sahajalah keyword untuk hari ni:

 
 Ok..
Macam mana nak buat page break dan nombor dalam microsoft?
Untuk keyword ini,
saya pernah story panjang lebar dalam entry yang ini.

So far..
Entry ni yang paling mendapat sambutan dalam blog saya ni. Rasanyalah.. Kihkihkih...

Jom tengok keyword minggu lepas pula..


Tengah musim orang main POU ke?
Ngeee..

Untuk keyword macam mana nak tulis literature review tu....
Errr...saya pun tak pasti apa yang kalian temukan dalam blog ini..
Apa yang pasti, saya pun masih dalam tempoh pembelajaran untuk menulis literature review dengan baik.. (-__-)"
Keyword nak buat page roman dan numbering dalam word, same as above. Harap tutorial yang ada dapat membantu ye!

Oklah..
Nak sambung analisis data semula...
Banyak dah guna masa untuk dunia maya ni..
Let's back into the reality!

All the best everyone!
Dalam apa jua yang sedang anda lakukan..

 



Blogger : I LOVE UTM!

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikummmmm...

Selamat Pagi!!!
Hari ni nak kongsikan sesuatu. Tentang Rasa.
Eh! Salah!


Tentang ini.
Istimewa buat semua blogger-blogger UTM..
Sama ada pelajar, alumni mahupun staff..

Jom sertai komuniti ini dan jadi blogger utm yang berdaftar.
Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat pengiktirafan bertulis dari NC UTM.. (^__^)*

Nak buat apa?
Saja suka-suka...

By the way,
for more detailed
boleh baca dekat sini:

Boleh baca rules and registration.

Jom Sertai Komuniti Blogger UTM secara berdaftar!!



Tahniah Mentor! Dan Tahniah Mama Hanis!

Monday, June 11, 2012

Yeay!!!
Berakhir sudah Mentor 6. Siapa juaranya?? Tahniah buat ELLA dan CAROLLINE.. Hebakk tuuu.. Markah keseluruhan sebanyak 71 meletakkan ELLA dan protegenya sebagai juara musim ke-6 ini.. Lotssss of Tahniah!!.. Dan tahniah juga buat mereka yang turun mengundi!! Hahahaha... Ini komen tak berapa nak professional pula dari saya.. Wallawehhh...

1st, untuk Anas dengan Faizal Tahir. Masa separuh akhir hari tu, saya suka dengar lagu yang Anas bawa. Sebab boleh rasa. Kira orang kata, ada feel lah lagu yang dia sampaikan tu. Tapi untuk malam ni, feel tu tetap ada cuma terdengar serak-serak suaranya. Adakalanya pecah sikit. Mungkin sebab Anas tak sihat malam ni kan? So, not a big deal. Cumanya, lagu solo persembahan Anas yang terakhir tu, tak berapa nak sampailah.. Hehehe.... mungkin slow dan mendayu-dayu sangat so tak dapat catch up lirik lagunya.. Overall, dah terbaik tu.. Cuba u bagi mic dekat i, belum konfem ada pitching! =D

2nd, untuk Zatul dan Akak Ogy kita.. Saya suka. Sebab ada unsur drama yang diselitkan di situ. Kalau ada kategori persembahan terbaik malam ni, memang boleh menang kat Zatullah. Dan one more thing, sebutan Zatul jelas. Macam Ziana Zain. Hehehe.. Dan saya suka lagu solo Zatul.. "Kehidupan lalu bukan milikku", ke apantah ..lebih kurang begitulah.. Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan di sebalik lirik itu.. Tak pe2x nanti kita cari lagu tu. Eheh.. Overall, Zatul ada pakej untuk jadi seorang penghibur..Hahaha.. 

3rd, Carolline dengan Ella. Perghhhhh... memang mantap habis. no wonderlah dapat juara. Tapi, jujurya saya tak berapa nak tangkap sangat lagu solo Carolline tadi. Mungkin sebab lagu solo dia pun ala-ala mendayu gitu, jadi macam lambat sikit nak pick up lirik dia. And persembahan duet dengan Azlan Typewritter pun macam gempak. Arrangement baru pada lagu tu buatkan Carolline nampak mantop atas stage tadi.. Dan, tahniah buat Carolline dan Ella. Kerja kuat sungguh Carolline ni sampai pengsan-pengsan. Tapi, apa-apa pun dia dah pun dapat hasilnya.. Tahniah..tahniah.. tahniah..

Haaaa... dan tahniah juga buat seorang blogger kita ni. Tahniah di atas kelahiran baru itu. Kehadiran seorang cahaya mata yang sememangnya dinanti-nantikan mereka sekeluarga. Tahniah Kak Hanis, pemilik blog Hana Sakura. Selamat melahirkan akachannya tepat jam 5.41pm tadi (10.06.2012) di Sendai, Jepun. Akachan kak Hanis ni seberat 3.814kg. Selamat berpantang akak! Lepas ni cerita pasal akachan sokmolah dalam blog Hana Sakura tu ek.. heee.. Haaa... Nak tempek gambar akachan yang di"curi" dari fb Kak Hanis. Errrr...kak, itu waktu Malaysia ke, waktu jepun? eheh..


 



Terima Kasih Ujang!

Thursday, December 1, 2011

Terima Kasih Ujang sebab sudi Singgah, Baca, Follow dan Review blog saya. Hee... memuji sungguh kamu ye Ujang?? Blog saya ni biasa-biasa je.. Tapi bila Cikgu Ujang bagi Gred A, wallaweh, lulus periksa!.. (^_____^).. Blog ini sangat simple sebab saya tak sukakan keserabutan. Sebab nanti, otak ikut serabut.. Sebelum saya komen pula apa yang Ujang dah review, Moh tengok apa yang Cikgu Ujang cakap pasal blog saya ni sampai bagi Gred A?


Haaa..dah tengok?? Widget belah kiri?? Owh.. dah buang dah.. Terima kasih sebab ingatkan untuk buang.. Pasang pelita sebab nak raya hari tu..(^___^)..

Satu yang saya rasa Cikgu Ujang tak perasan adalah URL blog saya.. Panjang giler.. Susah orang nak ingat sebabnya... sebabnya.. dulu buta blogging tapi teringin nak blog! Ingatkan nama URL blog tu nama blog, hamek kau! Bukan rupanya.. Tapi tak palah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak bagi url guna ajelerrr...

Oklah.. Nak tengok lagi blog-blog lain yang direview dan diberi gred oleh Ujang? Check dis out!!.. 

Urmmm..ingat nak update bloglistlah.. Especially dekat bahagian Winter's FriendList tu. Dah lama tak update.. Nak kena buat segmen ke?? (^_____^)

Review Blog by Ujang

Sunday, November 20, 2011

Urmmm...
Errr....actually tak tahu nak buat apa weekend ni..
(walaupun supposely men"journal" dan men"research")

So, saya pun jalan-jalanlah kat alam blogging ni kejap.. Nampak entrie Ujang.. Dia nak buat blog review.. Weh, tunggu apa lagi?? Join ajelah..Heee...Kira blogger baru tak?? Barulah juga kot..

Salam kenal Ujang.. dan salam kenal juga YanaMIB..isterinya yang comel tu..('o,')..
Hee..dah lama jugalah saya follow mereka berdua.. Eh, tak lama pun.. dari lepas diorang kahwin dan sampai nak dapat anak tak lama lagi..=D


Kepada rakan blogger yang lain, salam perkenalan juga~..


Itu Ben Ashaari!

Monday, August 15, 2011



Itulah dia orangnya.. Tak lah kenal rapat pun. Tapi pernahlah bertemu muka di Sedenak dulu. Selebihnya, kenal di dunia blogger. Ala, rasanya satu Malaysia ni dah kenal dengan Enche Ben. Lepas gathering VLOG dengan Ben Ashaari dan Mat Gebu dekat Sedenak dulu, saya dah kurang aktif berblogging(aha..sebelum tu pun taklah aktif sangat!)

Masa tu final sem..So, aktiviti berblogging tu tak delah serancak sekarang ni.. Ye tak? Hehehe.. Lepas tu, semalam, sajalah join teka dan menang Ben Ashaari.. Bosan time tu. Join ajelah. Tak sangka plak bleh keluar entrie ni dengan pantas dan tepat pula tu. Hahaha...Kelakar. Tapi gembira pada masa yang sama.

Sampai dua kali gaklah tinggal komen sebab salah baca arahan..eheh..Tup2x..tengok bilangan dekat follower bertambah. Malas memula nak tengok.. Sebab dok layan Prince Hours time tu.. Tak lama lepas tu, buka blog tengok, Eh dia dah follow!! Ahaks..

Dan rupa-rupanya dah menang dan dapat promosi blog di blog beliau selama 2 jam. Tengok sini. Ben Ashaari memang sangat membantu kenaikan traffiklah.. Mencanak-canak orang datang blog. Follower pun bertambah2x tanpa sempat saya menjeling..ahaks.. Thanks Enche Ben.. Sudi singgah dan follow blog saya ni.. Terima kasih juga pada rakan-rakan blogger yang lain...

Nak menjejak kembali jejak2x yang ditinggalkan..Wee...

Lepas ni bleh lah join lagi teka2x macam ni..sonok plak..hahaha..('o,')

@>----^------ 

Flowers for everyone. Thanks sebab sudi singgah dan baca..




400 & 403

Saturday, August 13, 2011

Halohai...hai..hai..hai...

Dah tidoq ka? Wee...Jumaat sudah pun berlalu tanpa kehadiran sebarang penulisan dari saya. Baik yang berbentuk ilmiah mahupun merapuk merepek dari saya.. Ngee.. Bukan tak nak update, tapi saja nak tunggu angka dekat follower tu cecah 403. Kenapa? Haaa..sebabnya..ini..












Haa...sama kan? Hehehe.. Thanks awak-awak semua sebab sudi jadi kawan saya. Siapa insan bertuah ini? Check dis out.------> Awak Bertuah!.

Dah klik? Namanya.. Cik Azeelia Azman. Nak tahu lebih lanjut, silalah terjah blog beliau..Baru lagi dalam dunia blogging ni. Kalau tak salah, baru 2 minggu. Yok, bagi semangat kat kawan baru kita ni.. Jom meriahkan lagi blog dia..=)

@>-----^-------

Bunga untuk awak.. terimalah..heee... ('o,') Happy Blogging..
Salam Ramadhan Azeelia..

Tengok tajuk entrie? Ada angka 400 kan? Hohoho.. Beliau adalah Saudara AwangKu. Tapi tak jumpa pula link dia. Andai tersinggah lagi, drop link ye.. Bleh saya attach kat sini juga.. Terima kasih pada semua..


Urrrmmm...teringin nak buat giveaways.. Tapi tak tau nak bagi apa.. Masih terfikir-fikir lagi.. Agak-agak ada yang nak join ke?? heeee...




Review Blog: Follower ke-288

Monday, July 11, 2011

Halloooo ai!!!
Ini entrie yang ke-330 selama saya berblogging. Tak banyak mana pun.. Wee..Entrie kali ni saya nak review blog. Rasanya dah lama jugalah saya tak buat Blog Review ni. Kebetulan ada seorang blogger ni hit nombor favourite saya pada follower box tu. 

Nama : Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli
Kursus : Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
No. Matrik : AE070288

Ok. Nampak tak tulisan yang saya bold dan merahkan tu? Haa.. Inilah nombor bertuah tu. 4 tahun beb belajar kat UTM dok hafal nombor ni je. AE tu untuk kod kursus dan degree level. 07 tu maknanya tahun saya mendaftar masuk adalah tahun 2007. Dan nombor saya adalah 288. Jadi, nak tahu siapa blogger bertuah tu? Meh usha sini..


Kat bawah ni pula bukti yang Shazana ni dah hit no 288 tu..


Terleka sat buka blog dia ni.. Buleh dengar radio Era plak.. Layan teruslah.. hahaha..G lah terjah blog dia.. Adios~

p/s :- Ingat lepas ni nak buat review blog lah.. agak-agak ada masa tak ek? Nak review blog rakan-rakan blogger yang sudi menfollow.. Nanti try cari masa..hehehe

Review Blog Follower ke-240

Tuesday, April 5, 2011


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Perpaduan..

Hai semua!! Dah tidur ke? Mata saya dah rasa berat sangat. Tak tahulah kenapa. Ingat nak hadap LABVIEW cari gali apa masalah dengan projek PSM ni.. Tapi lagi dibuka lagi mengantuk. Heart rate dekat Pulse Oximeter pun naik dengan tingginya.. Jadi sebelum saya masuk bilik dan tidur, nak buat review blog kejap. Rasa cam dah lama tak review blog..

Hari ni saya jumpa no 24. Tak kiralah dia duduk belakang ke, kat depan ke.. Sebagai contoh, malam ni saya buka blog Pak Cik Mat Gebu aka Dapur Tanpa Sempadan, followers beliau dah 7024.. Lepas tu singgah dekat blog Ben Ashaari..Nombor followers dia cantik..12424.. Dan pagi tadi, followers saya dah menginjak ke angka 240.. Walaupun bukan beribu-ribu, tapi anda-anda nampak tak persamaannya? Pada angka 24. Err..tapi umur saya belum 24 lagi ok..Itu tak sama.. 

Meh usha, siapa insan bertuah tersebut???




BroAzqar.. Thanks bro singgah blog saya dan jadi follower saya..
Ini header blog beliau..simple..biru..nice..


Satu perkara yang saya tak pass dari dulu sampai sekarang adalah untuk meletakkan link pada banner supaya dapat memberi kata arahan "Klik banner untuk terjah" sebagai contoh.. Jadi kalau korang nak tengok apa cerita yang Bro Azqar atau lebih mesra dengan panggilan Az kongsikan dalam blog beliau, silalah klik link ini.

Selesai menjejak dan membuat review, dan mengikut adat ini:- 
orang berbudi kita berbahasa, 
orang dah singgah 
jangan pula buat tak endah,
Terus klik follower sesedap rasa..

Untung badan dapat hit nombor cermin..
Bro Azqar, saya hit no follower 313 dekat blog awak..No cermin tu..=)

Salam perkenalan..Juga kepada semua yang sudi singgah, baca dan follow..

BLOG SAYA AKAN DIPROMOTE, JOM JOIN

Sunday, March 6, 2011

Assalamualaikum..
Tak mau celoteh panjang-panjang..Jom join ni..


Nak join..Klik sini

senangkan??
Thanks ANnyss NadhiLah.. 

Dah kena GEGAR!!..

Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum..
Cheq kena gegaq!! grrr...bergegar-gegar rasanya dalam bilik ni..hhehe..ok..tipu..Gempa bumi pun tak pernah rasa macam mana bleh bergegaq kan? =)
Tapi yang ini saya tak bohong.. Million of thanks kepada Kak Ayu kerana sudi singgah dan menggegarkan blog saya yang tak seberapa ni.. hehehe..

Tak percaya? Jom usha gambar kat bawah ni...



hehehe..betulkan?
So, sebagai membalas jasa dan budi baik akak kita ni, saya pun nak ajak anda-anda semua untuk menggegarkan blog beliau..


Kak Ayu ni tinggal dekat Kulai.. Dah tak jauh sangatlah dengan UTM.. Adalah sekali dua sampai kat Kulai tu atas urusan JPN dan Perbankan..hehehe..Kalau ada rezeki, InsyaALLAH kita bersua muka ye kak..hehehe..

Nak kenal akak ni lebih lanjut? Cepat-cepatlah pergi gegar blog dia.. hehe..~

Review Blog : Follower ke-100, 150 & 155

Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum..
Ok..seperti yang telah saya janjikan dalam entrie sebelum ini..Saya nak review 3 buah blog. Blog milik siapakah? Urmm..saya telah berbesar hati memilih untuk me'review' blog follower yang ke-100. Lama dah ni.. Dan saya sempat snap insan ke-100 tu. Cuma tak berkelapangan untuk mereview blog tersebut. Selain tu, saya nak review juga blog follower saya yang ke-150 dan ke-155. InsyaALLAH kalau ada waktu lapang yang sangat banyak, saya akan review blog rakan-rakan blogger yang sudi men'follow' saya. Thanks semua! 

Follower ke-100. Beliau adalah..Datin BERSERI...nama blog beliau adalah Yong Aina. Simple tapi kemas. Suka saya tengok. Header beliau sanggggat comel ok.. Nak tahu? Urmm..pergi terjah sendiri..



Entrie yang ditulis beliau sangat ceria. Berwarna-warni. Saya pasti orangnya juga mesti happy go lucky. Dah terjah? Betul tak apa yang saya katakan? Dalam satu entrie, beliau gunakan warna-warna pastel untuk tulisannya. Tidaklah menyakitkan mata untuk membaca.. Smooth and steady je..Thanks Datin, sudi follow saya..=D

Lepas 100 kita pergi ke follower yang ke-150 pula.. Yang ini saya captured pagi-pagi tadi. Before pergi kelas pukul 8.00pagi.. Hehehe..sempat lagi kan? Ok..siapakah insan ini??
Urmmm..pemilik blog Beautiful Mind of mine.. Sedap tak nama blog dia? Interesting kan?


"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."

Inilah kata-kata yang ditulis beliau di bawah headernya. Nak tahu lebih lanjut, sila terjah link ini..


Seterusnya, sesi review yang terakhir adalah untuk pemfollow yang ke-155. Tak sempat nak snap 155. Buka-buka blog je tengok dah 157. Alhamdulillah.. Thank you..Thank you. Siapa insan yang ke-155 tu? Beliau adalah pemilik blog GREEN APPLE KU . Berasal dari Pulau Pinang. Kalau tak silap saya, saya ada singgah dekat blog ni semalam. Jumpa dari Blog cik GKSB yang merupakan admin Kami Blogger Utagha FB. Tapi tak sempat nak follow beliau sebab internet sangat bengong dan mata dah mengantuk. Tak sangka pula pemilik blog ini sudi singgah dan follow blog saya. Thanks awak..Urmm..saya cari-cari juga nama pemilik blog ni.. Tapi tak jumpa.Tak pelah..nanti-nanti mesti bleh kenal juga.

 

Kagum saya dengan beliau. Mula berblogging pada april 2010. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi follower dah mencecah 500.. Tahniah.. Kalau nak tahu apa intipati blog berwarna hijau epal ini silah terjah link di bawah..


** Tak dapat nak display header empunya blog.. Lambat pula loading dekat lappy saya.. sorry ek..