Showing posts with label award dan tagging. Show all posts
Showing posts with label award dan tagging. Show all posts

SEGMEN : JOM EXCHANGE BLOGLIST APRIL 2012

Saturday, March 31, 2012


Assalamualaikum!..
Kita tinggalkan seketika sindrom "like" untuk dapatkan Kamus Besta tu, dan masuk ke segmen baru.. Errr... tapi, kalau ada yang nak tolong "like" supaya saya boleh dapatkan Kamus Besta tu, sangatlah dialu-alukan..=D.. Scroll bawah lagi.. Tak pun Klik je LINK ini.. Terima kasih..Arigatou~

Ok.. Kembali kepada motif asal entrie ini dihasilkan.. Cheewah!..Hikhikhik...
Hari ini dah 15hb kan? Maknanya dah tengah bulan. Betul tak? Betul tak?? Dan buat julung kalinya saya nak buat segmen.. Heee.. SEGMEN apa? SEGMENnya, 

JOM EXCHANGE BLOGLIST APRIL 2012.

Tengok tajuk pun dah tahu kan??? Maknanya, saya nak ajak bertukor-tukor URL blog. Eh, silap! Maksudnya, saya nak ajak kamu-kamu join bloglist saya yang dah lama tak bertukor-tukor tu. Nak blogwalking pun dah susah sekarang ni. Macam mana nak join? Mudah je.



1. Buat entrie + letak gambor tu kemudian jangan lupa backlink ke entrie ini.
2. Follow? Terpulang pada kamu-kamu.. (^______^)
3. Dah siap no.1? Tinggalkan link kamu di ruang KOMEN ini..
4. Dah nama pun Exchange kan? Jadi, sila masukkan blog saya ke dalam bloglist kamu.. TQ!
5. Ajaklah kengkawan blogger yang lain sekali ek.. Lagi ramai, lagi best..



Segmen ini bermula pada tengah bulan iaitu hari ini "15hb Mac" dan berakhir pada hujong bulan ini "31hb Mac".

Notakakilima: New interfaces untuk blog selalu hilangkan reading list dekat dashboard, jadinya tak dapat nak berblogwalking selalu. Tapi, disebabkan interfaces untuk POST sangat ohsem, saya nak wujudkan segmen bloglist ni.. Jemput ye ramai-ramai memeriahkan segmen ini.. Bloglist akan dikemaskini setiap 5 hari sehingga hujung bulan ini..

Dan bloglist akan kekal selama 5 bulan. 5-5-5-5-5-5... 

Alahai! Tidak berbahasa melayu dengan betul! Ampunnnn..
  


Gold Medal And Best Invention Award ~ Alhamdulillah

Friday, November 18, 2011

Unbelievable! Subhanallah.. Alhamdulillah! Tak tahu nak cakap macam mana. Bersyukur sangat-sangat.. Gembira sangat-sangat. Kemenangan berganda. Tahniah untuk Dr.Fauzan Khairi Che Harun selaku Ketua Projek. I'm proud to be part of the team! Thanks for the chance you giving me. This will be such a memorable moment for me to carry on to the future.. *wink..


Berakhir sudah INATEX 2011 yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ni. Rasa gembira yang tak terungkap bila nama Dr. dipanggil untuk memenangi GOLD AWARD dan BEST INVENTION AWARD. Ikut gembira jugalah beb..sebab saya pun ada usaha kuat juga nak siapkan projek tu walaupun tak sekuat dan segigih Dr.. Heeee..

Prototype yang dibawa untuk inatex ini adalah 2nd development dari prototype sebelum ni. Dan untuk projek di INATEX ni kami berjaya develop system tu supaya berkomunikasi secara wireless mesh network.(aset tambahan). Keseluruhan projek siap malam sebelum INATEX bermula..heee..sebab tu saya kata Dr. lagi gigih dan kuat dari saya...(^_____^)


Ok.. no more babbling here and there.. Once again, congratulation Dr.! First time participation and win the GOLD MEDAL with BEST INVENTION AWARD.. Pemangkin untuk sertai INATEX lagi tahun depan...^______^

CONTEST "Jom Raikan Cinta sempena ANNIVERSARY"

Monday, November 14, 2011

Sementara tengah free di pagi hari ni, saya ingat nak join contest anjuran Kak Eka ni. Kenal beliau gitu-gitu je dalam dunia blog ni.. Tapi, sangat suka mengenali beliau.. Hee.. tetiba promote tuan tanah seberang plak. Ok-ok.. WIthout wasting our time, let's proceed.... Cheeewah..

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. Tempek banner seperti yang saya tempek kat bawah ni..



2. Follow untuk mudah tahu perkembangan seterusnya.. Hee..Dah lama dah follow akak kecik ni.. So, kira setel dahler..

3. Jawab soalan cepu emas akak kecik ni:
a. Kak Ika dan suami akan menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keee.....2 kan kak?? Sebab tu dekat banner, besar-besar ye tulis angka 2. Tahniah! Anniversary yang ke-2 tahun.
b. Kak Ika nak g berbulan madu ke South Korea beb.. Huhu..jeles2x.. Nak g lagi.. Destinasi honeymoon saya akan datang?? Hahaha
c.Destinasi Bulan Madu yang wajib pergi?? Alahai..idaklah saya pasti.. Tapi since saya bujang lagi, akak kata bleh tulis destinasi bulan madu impian saya... Haaaa..
Tanpa menidak-nidakkan lagi, saya nak ke South Korea lagi.. But this time saya nak ke Jeju Island dan Nami Island. Nak melawat Teddy Museum dekat Jeju tu. But for sure, this time saya nak pergi masa musim bunga.. Sebab saya suka tengok blossom flowers...Awesome!! Yaw!.. Hee...Akak, rate harga tak konfirmlah.. Tambah plak korea cah macam fofular je sekarang..mesti rate tinggi balik.. Tapi, kalau nak yang destinasi bajet, Pulau Sibu pun terbaik juga...=D



4. Tag 2 orang...urmm..nak tag cik mimie-to lah.. ye suka berjalan kot ada destinasi menarik dalam kotak ingatan beliau..Heee.. Lagi seorang, jiran sebelah rumah.. Adik Anyyss.

Contest "Gambar Percutian Yang Menarik"

Friday, March 4, 2011

Assalamualaikum..
Next Contest tuk disertai adalah Contest ini..
Contest "Gambar Percutian Yang Menarik"

Nak join? Klik di sini.

And this is my beautiful scenery.. 
Place : Gyeongbok Palace,South Korea
Date:- Disember 2010.
Weather:- Winter time..


cerita di sebalik gambar?
Klik sini dan full story, kat sini

Saya tag semua kengkawan blogger yang pernah bercuti ke tempat-tempat percutian yang menarik.. Let's join guys!!..

Oh ye! End date dah dekat..
6hb Mac 2011..
So, cepat3x..

First Contest : Jumping High Photo Contest

Assalamualaikum..
Hai!! Korang dah makan malam? Hari ni sara makan malam berlaukkan pajeri nenas.. Sangat sedap.. Gotong royong dengan rerakan menyiapkannya..hehehe..bunyi cam ramai je sampai bergotong royong kan? Tak sangka sedap gak pajeri nenas ni hasil campur tangan resepi 2 orang makhluk ALLAH ni..=) Ingatkan bulehlah simpan untuk makan esok pula sebab buat sampai sebiji nenas, tapi...Habis..Licin kitorang bertiga kerjakan..hahaha..Punyalah berselera makan..

Eh, nampak macam ada yang dah terliur je tu.. hehehe..sabar-sabar. Kali ni punye entrie saya nak join Contest.


Bila tengok je title contest terus tertarik untuk join. Teringat pernah ambil gambar jumping beramai-ramai.

Ini gambarnya..


Kisah panjangnya boleh baca disini. Saya pernah ceritakan dalam satu entrie tu. Dipendekkan cerita, gambar ni kitorang rakam lepas selesai mandi air terjun Sg. Bantang di Bekok, Yong Peng Johor Darul Takzim. Bagi saya gambar ni dah cantik sebab tu saya tak edit pape. Mana saya? Yang ketiga dari insan berbaju merah itu.. Nampak synchronize je..
Pihak penganjur, ada harapan nak menang tak?? (-o,^)

Syarat3x contest? Rujuk bawah;

  1. Follow blog ungu ini supaya anda sentiasa update dengan perkembangan contest ini. 
  2.  Buat satu entry yang bertajuk JUMPING HIGH PHOTO CONTEST.
  3. Muat naik gambar yang mahu anda taruhkan dan ceritakan mengenai gambar itu.
  4. Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
  5. Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii hehe.
  6. Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
  7. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahuu okay ;)


Saya nak tag..
WMA
Farah Farhana
Rusydi
Cik Puan Nabila

Tarikh tutup??
20hb Mac 2011

Our Memory Photo Contest

Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum..
@>---------^---------
Hari ni nak join contest ni. Our Memory Photo Contest. Suka bangat dengan contest ini sebab ada banyak sangat memory photo.. Terlalu banyak ok. Tapi idaklah nak letak semuanya di sini kan? hehehe..


Sebelum tu, ada syarat yang perlu anda patuhi kalau tidak....errr...cik penganjur, kena disqualified ke?? =)
Antara syarat-syaratnya.. Sila baca senyap-senyap:-

1. Macam biasa, u all kenala follow blog i dulu..if tak nak follow, it's ok..cuma susahlah bila I update ni..I mungkin tukar closing date cepat..hmm~                2.Tulis entry "Our Memory Photo Contest", Letak lah banner contest ni kat sidebar sekali tau!                                                                                              3. U all mestilah upload gambar u all..gambar tu mestilah ada gambar u all sekali..dan tulislah ayat yang paling simple kenapa u all pilih gambar tersebut.Contoh"I pilih gambar ni sebab i miss my friend a lotzz!!"                    4. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger u all tau..('',)                                 5. Hadiah?? gerenti best!! of course anak patung lagi besar dari Lovely Lace!!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1hb April 2011..

Gambar yang saya letak for the contest adalah...
..................
.........
....


Kenapa saya pilih gambar ni? Err..sebab..sebab..saya suka gambar ini..Wee.. saya belum merindui mereka sebab mereka masih ada si sekeliling saya tika dan saat ini.. 5 bulan akan datang, mungkin..Saya suka gambar ni sebab ada memori berpakaian hanbok, pakaian tradisional masyarakat Korea. Angan-angan dah jadi kenyataan. Memori yang sangat indah bila memakainya bersama rakan-rakan sekuliah..


Saya pilih gambar ini sebab kami semua pakai hanbok!!

Really miss the moment we are happy being holiday together..~

Dengan ini saya nak mengetag:-
 WMA
dan


Contest "Splashy Moment" - by FiqKBE

Wednesday, February 23, 2011



Assalamualaikum..
Dah tengok banner kat atas tu? Cari punya cari barulah jumpa dengan gambar main air yang sopan sikit untuk join contest ni. Nak pastikan tema Splashy moment tu ada..=)
By the way, contest ni dianjurkan oleh adik fiqkbe.. Nak join?


Sebelum 10 mac ok.. Hadiah? Superb best..

Ini gambar yang saya pilih.. Ada moment yang menarik disitu..

Gambar ni diambil sewaktu saya dan rakan-rakan sekuliah pergi picnic di Air Terjun Sg. Bekok..Still in Johor.. 

kena tag..saya tag..
Wan Muhammad Aizat.. Silalah ye..banyak dah main air kan?? hehe

Fiq..i'm done~

Kena Tag dengan Ayong~

Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum..
Owh..rajin sungguh ayong ku yang seorang ini menghupdate entrie dan menterjebakkan diri ini untuk menghupdate entrie juga. Padahal baru je semalam keluarkan satu entrie merapu merepek. =D Tanpa membuang lebih banyak masa kerana masa itu emas yang tidak harus dibazirkan, makanya saya menjawab soalan-soalan cepu gangsa yang diberikan.

1. Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Seperti kakak Kecik dan Ayong, hidup saya paling penting + family saya..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Err..topup celcom RM10 dari cimbclick Cik Aimie.. Benda ke tu?? heheh..

3. Dimanakah korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Ada juga soalan macam ni ek? Tak buat perancangan lagi. Mungkin di masjid dan mungkin dirumah sendiri.. Tema? Colorful.. mcm warna pelangi tu..indah tak?? hehehe.. Tak tahu lagilah.. Hari ni mungkin kata hijau, esok-esok teringin ungu pula.. Tahun depan kepingin kelabu pula..So, undecided.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Ya.. cinta ALLAH dan Rasul-Nya..bercintan-cintun dengan assignment dan FYP

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mencintai Allah dan Rasul-NYA sehingga ke hujung hayat.. Tapi bercintan-cintun dengan assignment dan FYP sehingga hujung semester ini sahaja..

6. Novel/Buku/Majalah terakhir dibeli?
Buku Kepimpinan Sultan Al-Fateh

7. Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
Siapa ek? Me myself. Nor Saradatul Akmar.. Kerana saya adalah kehidupan saya sekarang..

8.Adakah korang basuh baju korang sendiri.
Urmm..mostly nope. My japanese maid yang basuhkan.. Miss LG.. time kasih banyak-banyak.. I tolong sidai kan je..

9. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak g?
Ayong jawab nak syurga.. Saya pun !! Tapi mudah kah??

10. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar.
InsyaALLAH - Maher Zain
The Choosen One - Maher Zain
Pada-Mu ku Bersujud - Afghan
Kebesaran - Opick
Kekanda Adinda - Monoloque dan Atilia

11. 5 Blogger yang korang nak tag
Urmm..tak tahu nak tag sapa.. sapa-sapa kat luar yang rasa berminat nak menjawab..silalah buat...

Ayong~ i'm done!..=D

Contest Gambar tak nampak muka Paling CooL

Saturday, January 22, 2011


Seharian tak dapat online. Sebab tak dapat coverage. Bila berjaya online, tengok diri telah di tag oleh Cik Puan Hasunah untuk join Contest ini.

Contest yang dianjurkan oleh Cik HadifaR_R

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool..

Dan gambar yang saya nak letakkan adalah..
...
.....
.......


Inilah dianya.. Gambar masa dekat Air Hitam.

Dengan penuh keihklasan saya ingin mengetag:-

Join jangan tak join ye.. hehehe

Dapat Award.. Yeay!

Saturday, January 8, 2011

Assalamualaikum..
Jawab ye.. Tak jawab nanti berdosa.. hehehe..
Weee..saya dapat award. Di tag oleh ayong tersayang. Award ini daripada Misz Lullaby.



Award yang comel. Snowman. Hari tu pergi korea, dapat main salji tapi tak dapat nak bentuk snowman. Sebab tak reti kot.. kui..kui.. Tapi dapat award yang comel ni pun kira best jugalah.. Sebelum mengesahkan penerimaan award yang di tag oleh ayong ini, kenalah jawab beberapa soalan.. Fuhh.. tak jawab tak pe ke?

Fikir..Fikir..dan fikir... Ting! idea dah mai dah.. Jawab jugalah..

Bila korang suka tulis entrie?
Bila ek? Entah. Bila suka. Tulis. Bila ada pengisian, tulis. Bila rasa nak tulis, maka keluarlah entrie baru.

Adakah korang blogwalking hari-hari?
Fuhh..kalau tak de keje lain, tak de assignment bertimbun memang hari-hari pun berblogwalking.. dapat tambah kenalan.

Namakan tiga blog yang korang paling suka baca.
Dan semua yang ada dalam friendlist. Asal ada new update je mesti saya terjah dulu..

Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML?
Saya nak cakap...."Assalamualaikum ML... Best tak belajar medic dekat Moscow?"

Tag 5 orang rakan yang korang rasa cool like a snow~

Cute Tagging Game

Friday, July 23, 2010

Assalamualaikum...

Hai..bersua kembali... Jam di dinding menunjukkan pukul 12.25 tengah malam.. Yeay! Tak tido lagi.. Tengah basuh baju... Of courselah gunakan perkhidmatan Dobi layan diri yang kena bayar RM2.00 tu.. Tak denye saya ni rajin berbenor nak tonyoh baju tengah-tengah malam gini.. Hahahah...

Kalau siang pun belum tentu rajinnya.. So, masuk je lah dalam mesin tu.. Jimat tenaga.. Orang nak kata saya malas ke apa, suka hatilah..Janji saya happy..Gumbira..Enough!..hahaha..

Eh, entrie kali ni tulis sebab nak balas tag dari seseorang.. wow!..Seseorang yang dah lama tak bertemu.. Sempat bertegur sapa di alam maya sahaja.. Oh! Rindunya sama kamu...

Kita layan Tagging darinya dulu ya!

Rules :
1. Link to your taggers and post these rules in your blog.
2. Share 7 fact about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their name as well as link to their blog
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Simple rules, isn't it? So, nak jawab pun semudah yang mungkin.. Iyo je kan? Apa 7 fakta tentang diri saya yang nak saya kongsikan kat sini ye? APa je yang orang tak tahu dan nak saya ceritakan?

1. Saya seorang remaja perempuan.. Ya! itu pasti..

2. Tak kenal maka tak cinta...sebab pada yang tak kenal mesti ingat saya sombong cos i don't know how to start a relationship or the best word is friendship...
BUT..
i'm serious in relationship and friendship. And i love people around me very much.

3. My passion is book.. Hahaha..betul tak? Tapi saya memang hantu buku.. I don't like shopping stuff but once masuk dalam kedai buku, i spend a lot on it. ANd the most likely surely Novel Cintan-cintun and Any book yang relate dengan crafting.... Love very much..

4. I love something creative. ANd now i'm falling in love with felt craft.. Tapi tak berkesempatan lagi nak berkenalan dengan craft ini.. Nanti-nanti kot..

5. I'm just realize yang saya ni seorang yang cerewet. Ye! Tak tipu. Sebabnye...itu tak makan.. ini tak suka.. itu tak lalu.. dan macam-macam lagi. Endingnya, lapar tapi tak tahu nak makan apa.. hahaha..padan muka sendiri..

6. Antibodi badan saya sangat lemah.. Tak percaya? Tak percaya sudahlah.. tak suruh percaya pun.. Yang pasti, kena sikit je air hujan, konfem esoknya tu saya demam. Kurang air sikit je dalam badan, terus collapse.. hahaha..tumbang tak pernah lagilah..

7. Last untuk merepek tentang diri sendiri. Saya seorang manusia yang selalu mencari kesempurnaan dalam setiap yang saya lakukan.. sampai rasa tak nak buat apa-apa sebab takut hasilnya tak sempurna... wahaha.. dasyat tak?

Itulah sahaja tentang diri ini.. dan banyak lagi pelik tapi benar yang tak dapat dikongsikan di sini.. Nak tahu, meh berkenalan dulu.. wahaha...

And perlu tag 7 person...they are :
1. Fiq
4. Fyza

Agak-agak, diorang tahu tak yang diorang kena tag kalau saya tak gtau kat komen diorang? urmm...tengok je lah mcam mana.. mata dah ngantuk..nak publish post je lah..
nyte..


** My Econ lecturer saids to us this thing : " Tak normallah kalau zaman remaja tak de boyfriend atau girlfriend ". And jawapan saya ..."i'm thinking of looking for a husband not a boyfriend...am i part of abnormal person??" hahaha.. you tell me then..



3 award at a time!!

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum...


Ogenki desuka???....Apa khabar semua? Muge sihat selalu hendaknya.. Ceewah..gaya nak tulis surat lak kan?? Dah lama juga tak menulis surat ni.. Kali terakhir rasanya masa Tahun 1 dekat UTM.. Last letter saya tulis untuk my best friend, Izati..Tapi, since zaman makin maju..Handset lagi cepat lagi canggih, aktiviti ber"love letter" ni semakin dilupakan...

Eh, wait!! entrie kali ni bukan nak tulis pasal zaman nostalgia dulu-dulu kala tu.. But kali ni nak corat-coretkan pasal....

SAYA DAPAT AWARD!!!!

Yeay! Julung kalinya.. Thanks ye cik Fiq sebab sudi nak bagi award tu dekat saya. Bukan 1 tapi 3 tau.. Jangan jeles ye.

** I love your blog too



** lepas ni lagi selalu i jalan-jalan ke blog you..



** Bolehlah..

1) Thanks and link kan person dat give you the award

Tadi dah ucap thanks kan? Tapi, its ok.. leh ucap banyak-banyak kali lagi.. Kepada pemilik blog me and kbe, cik Fiq, thanks for the award.
Nak link kan dat person? perlu ke i link? tak gusar andai ... anda terbaca dan terbuka?  

2) Pass this award to 15 blogger u recently discovered and think are fantastic.

15 blogger? uish, nak tag sapa ek? Urmm..

1) WMA known as Aizat. Coursemate saya dekat UTM.
2) Ana known as ibu dikalangan adik-adik junior. juga coursemate saya di UTM
3) Puan Fyza.. kawan blogger yang kahwen muda.. khas untuk anda award-award di atas
4) Fatin ALiya..adik sepupu dua tiga pupu tapi bukan kupu-kupu
5) Kak Farah.. mommy to be.. this award is for you..
6) Hamzah..junior di MRSM PDRM
7).. boleh tak sambung tag ni lain kali? tak leh nak fikir nak bagi dekat sapa lagi..hehehe..

3) Contact the blogs and let them know they've won the award

OK!..dah gtau kat shoutbox memasing.. harap-harap deme sudilah menerima cenderamata yang tak seberapa ni..

4) State 7 things about yourself. easy. just state 7

7 bende pasal diri sendiri??? wow..i try.

a. nama saya nor saradatul akmar zulkifli. 

b. kengkawan panggil sara. Kat rumah pakat panggil Angah, tak pun Kak Ngah.
(dikalangan keluarga, ada yang tak tahu pun nama saya sebab dok panggil angah je.)

c. Amik medical electronic engineering kat UTM Skudai.
(Combination between doctor and engineer..tapi rasanya, tak mau lah keje kat hospital..nak cari company laen..=( )

d. Suka baca novel esp. karya Hlovate, Aisya Sofea, dan Anis Ayuni..
(Almost semuanya ada dalam mini lib..tapi sekarang dah mula beralih arah ke buku ilmiah)

e. Ada bakat dalam membuat kraftangan kertas macam bakul, bunga..etc
(ni pun ada permintaan dari mak buat bakul bunga telur untuk kenduri bulan 7..tak sempat mak...huhuhu)

f. Sekarang dah jatuh cinta dengan.....felt craft..tapi tak jumpa-jumpa bahan lagi
(1st jatuh cinta bila berblogwalking.. Macam-macam idea mai..tapi tak tau nak cari felt fabric tu kat mana kat Alor Star ni...=( )

g. Last but not least, Suka melancong..tapi duit slaloo kering..wuhaa..
(Nak jenjalan ke Pulau Sibu pulak. Tapi ongkos tak ada..huhuhu)

itu sahaja untuk ari ini.. bertemu lagi di lain hari..ada yang nak bagi award lagi?? hehehe..