Besar ke kecik?

Tuesday, August 2, 2011

"Jenis apa?"
"Besar ke kecik?"

Ha? Muka blurr sekejap. Mulut pantas menjawab. Entah.

"Tahu guna je.."
"Besar ke kecik? standard je tengok.."

Hamik kau! Tau guna tapi bila tanya zero. Baguih2x.. Bila dah jadi cenggini barulah nak jatuh terngadah kan? 

"Jap, nak g tengok jenis apa."
"Ok. nanti call saya balik bagitahu."
"Ok"

Terus call tuan punya..
"Jenis apa wei?"
"....."
"Owh..ok.. Orang tu tanya jenis apa. Mana pula pernah nak ambil tahu kan? hahhaa.."

Dial semula nombor orang tu..
"Honda EX5"
"Tayar besar ke kecik?"
"Ek? Standard je tengok. Hehehe..Kenapa nak tahu besar ke kecik?"
"Senang nak pilih spanar.."
"Owh...."

Sumber : Google
Ahaha.. Kan dah malu sendiri. Tahu guna tapi tak tahu apa-apa. 

Sara + Motosikal = undefined.

Patutlah tak pernah ada luck dengan motorsikal ni. Mesti ada je bad things happens bila saya dan motorsikal dipertemukan..Ilmu tak cukup di dada.. Ahaks..Wallaweh...

Ok..mengantuk dah ni..aih~


1 Ramadhan : Penatnya~

Monday, August 1, 2011

Adoiyai..Kisah apakah yang berlaku petang ini??? Penat deh tolak motor.. Sabau ajalah.. Kenapa? Fuhh..meh cheq lepaih lelah dulu.. Fuh..fuh..fuh... Oksigen sila masuk banyak2x ke dalam rongga penafasan saya.. Air2x.. Entah kat manalah silapnya hari ini sampai tak pasal2x je kena tolak moto ke tempat yang lebih selamat..=(

Al-kisahnya, elok jam tunjuk pukul 6.05pm, saya ajaklah Cik Fye pergi bazaar cari juadah berbuka. Tapi, dalam hati kalau meranti buka on the way nak g tu, singgah ajalah.. tak yah sampai bazaar.. Kami pun pergilah dengan gumbira. Bawa motor dalam utm seolah-olah kampus tu milik i sorang.. muahaha...

Sampai dekat meranti, eh gelapnya. Tak de orang pun. Meranti pun tutup? Ok.. teruskan perjalanan ke bazaar dekat KTGB sana nun. Jalan tu je yang saya berani ambil untuk bawa moto sebab tak banyak kereta. Nak ke bazaar Taman U, alamatnya kirim salam je lah.. saya tak yakin nak bawa moto ke sana dalam celahan kereta dan lori serta bas yang banyak itu.


Dah sampai kat bazaar, orang pun ramai. Fuhh..bila naik motor rasa tersangatlah jauh KTGB tu.. Lenguh tangan den pulas minyak.. hahahah... Juadah dah semakin berkurangan. Tak banyak pilihan sangat. Mula-mula saya cari kurma dulu. Sebab itu niat utama datang ke bazaar.. Nak cari kurma. Lepas tu carilah nasi untuk berbuka. Tetiba terpandangkan ubi kayu. Apa lagi, beli je lah.. Makan malam2x jap lagi. Tak pun buat sahur pun cam comel juga.. hehehe...

Dengan gembiranya, lepas dah beli apa yang patut di beli, kami berdua kembali ke motor. Tengok jam pukul 6.45pm. Ok lah tu.. sempat lagi berbuka di bilik. Start enjin moto, bawa cam biasa. Tetiba;

"Eh, apsal motor ni melelong semacam je?."
"A'a.. aku pun rasa bergoyang lain macam je."

Up kan gear lagi satu kot goyang-goyang tu berpunca dari gear rendah.. Tapi makin melelong pula dibuatnya. Elok lepas je Pak Guard kat pintu belakang KTGB tu, terus berhentikan motor dekat bus stop. Tengok motor apa jadi..
"What??? Pancit?"
Aiseh..patutlah melelong semacam. Tayar dah cecah rim.. Alamak..what to do? what to do? Dah ler tak biasa dengan motor.. Saya dengan motor adalah sangat tidak masuk. Tetiba ada sorang mamat ni berhenti. Sian kot tengok kitorang dua orang perempuan tersadai di tepi jalan dalam keadaan tak tahu apa-apa..

"Hantar SOS.. hantar SOS.."
"Der, nak hantar SOS kat sapa? Budak laki course kita bukan ada kat sini pun. Nak minta tolong siapa ni?."
Fuhh.. takkan nak hantar SOS kat ayah di kampung kot. Macamlah boleh selesai masalah. Masa tu dalam kepala otak dok teringat member satu kos je.. Kot diorang boleh bantu. Tapi masalahnya most of them mana ada kat utm dah.. aigoo..


Teringat dekat Wani yang baru sampai bilik tu.. Cepat2x tepon dia. Mujurlah Noni pun ada sama. Noni bawa kereta. Bolehlah tumpang dia balik bilik. Tapi..motor ni? Wani sampai, tanya dia nak buat macam mana. Telefon Nuqman, geng lambaian. mujur dia di UTM.. Tanya dia apa nak buat kalau motor pancit.. hahaha..memang cuak beb.. Tak reti pape pun pasal motor.. Mujur tahu bawak walaupun tak lah cekap sangat..

Sebelum tu ada gak belek2x tayar tu. Tengok kot ada paku yang menyebabkan tayar tu pancit.. Tapi tak jumpa pape paku pun. Sudahnya, pasrah.. Nuqman suh bawa moto perlahan-lahan parking dekat KTGB yang masa tu adalah dalam 100m di hadapan kami. Melihatkan tayar yang mencecah rim, tak yakin plak nak bawa. Sudahnya tolak ramai-ramai. Berat juga motor tu bila tayar tak ada angin... Urgggghhhh...dah azan ke belum?? Nak berbuka sekarang boleh?? Penatnyalah tolak motor ni....

Kepada Kak Q, pemilik motor.. Maaflah..kami tak tahu pun apa yang berlaku. Tapi dalam usaha untuk memperbaiki tayar itu.. Sedih~.. Tak boleh beli lagi kot multicooker tu.. kena repair tayar motor dulu.. ahaks...

Fuhh..itulah al-kisahnya Ramadhan yang pertama.. Waaaa..dah rasa mahu balik ke rumah sahaja tika ini.. Berpuasa di rumah lebih best bukan? Adios~

Kenangan berterawih

Selamat pagi..Errr..dah nak tengah hari. Tapi kalau kat Jepun still sebut Ohayou~..
Ohayou minnasan.. Hait...

Macam mana puasa hari pertama? Kalau yang duduk Johor macam saya, haruslah bercuti kan? Mak dekat Kedah pun bagitahu kat sana cuti. Kalau cuti, taklah terasa sangat kepenatannya kan? Seronok je baca entrie dengan status orang yang berpuasa pada hari pertama dengan famili.. Urmm..walaupun tahun ni tak berkesempatan, tapi seingat saya tahun-tahun sebelum ni ada je saya balik rumah sebab nak sambut 1 ramadhan dengan famili. Lepas isya' tak sempat nak terawih, dah naik bas balik JB. Dek kerana keseorangan, masa bas berhenti untuk bersahur, saya tak turun pun. Takut juga beb kalau tertinggal bas.. hehehe.. Tapi yang bagusnya, kelas pukul 10pagi tetap attend walaupun jejak utm pukul 9.00pagi tu.. Tak gemar ponteng2x ni.. hehehe..


Entrie kali ni sebenarnya nak bercerita tentang pengalaman berterawih di asrama. Kamu-kamu semua nak bercerita juga? ayuh!! Malaslah den nak buat segmen segala bagai. Kalau ada story best tentang berterawih ni, drop by dan tinggalkan link ye. Nak g serbu baca.. hehehe..

1st time saya berpuasa di asrama adalah ketika di tingkatan 4. Tahun 2004. Jadi pengalaman berterawih ni saya rangkumkan tahun 2004-2005. Dulu saya belajar kat MRSM PDRM. Siapa tak tahu sila angkat kaki tangan anda..=D.. Istimewanya MRSM ni, anda dan penduduk Kem PGA adalah satu. Nak menipu kata anak kem pun boleh juga. Tapi kalau tetiba dia tanya siapa nama mak dengan ayah, memang mengagaulah nak tipu tu. hehehe.. Masjid di situ hanya satu. 


Kami tak da masjid maktab. Masjid kem adalah masjid kami. Imam masjid kem tersebut adalah imam solat kami. Jadi, sepanjang bulan puasa ni tak pernahlah masjid tu tak penuh. Masjid ni letaknya bersebelahan dengan kawasan akademik dan dewan makan kami. So, untuk elakkan kena beratur panjang untuk ambil air sembahyang, masa berbuka memang makan cepat2x.. Kalau tak nanti, kena beratur tu satu hal. Duduk saf terkebelakang tu 2 hal pula kan? 

Dah nama pun masjid Kem. Terawihnya adalah 20 rakaat. Tapi lepas 8 rakaat, mostly budak maktab beredar keluar saf dan kembali ke kelas. Nak sambung prep pula. Ada sesetengahnya yang sambung solat terawih lepas waktu prep. Kadang-kadang dapat imam yang agak tua. memang meleret2x lah bacaan surahnya. sampai kan kita yang khusyuk pada awalnya jadi terhuyung hayang je mendengarnya. Dalam hati "bilalah nak rukuk ni?." Hahaha..tak patut kan?

Tahun 2006 menyaksikan saya berpuasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Wei, budak KMPP mesti rasa pengalaman ni punya. Berterawih di dataran kolej. Tempat assembly. Berlantaikan dasar bumi dan berbumbungkan langit yang dihiasi cahaya bintang. Tak ada kipas mahupun air cond. cukup sekadar angin yang meniup2x.. Lepas berbuka mesti pakat dok tengok langit. cerah ke tak nak pergi berterawih ni? Kalau tetiba tengah solat, gerimis di tengah jalan, stay lagi. Kononnya khusyuk solat tapi kalau rupa macam nak lebat, apa lagi, angkat sejadah, sarung selipar lari cari perlindunganlah beb.. hahaha. Tapi kalau memang ada petanda nak hujan, tempat terawih dipecahkan kepada beberapa blok siswi untuk siswi. Imamnya tetap orang lelaki mengikut hukum dan syarat yang dibenarkan islam. 

Solat berjemaah dan berterawih di dataran pelajar KMPP
Sumber : google
Itulah pengalaman berterawih dekat KMPP.. terasa dekat dengan langit dan bumi yang diciptakan ALLAH itu. Rasa bersyukur sangat dengan nikmat oksigen yang ada disekeliling kita ni. Dekat tempat lain memang susah nak dapat pengalaman ni sebab mostly dah ada masjid besar2x. Tahun ni, KMPP tak dapat lagi kelulusan untuk bina masjid atas alasan kapasiti solat jumaat kot. Entah. tak sure plak saya..

Dan tahun 2007 sehingga tahun 2010 iaitu tahun lepas, seingat sayalah kan..saya berterawih di Dewan Astana,KTC. Tak pi sangat MSI tu. Tak ada transport dan memandangkan kolej pun dah sediakan kemudahan untuk berterawih yang lebih dekat, apa salahnya kan? 

Kadang-kadang kalau petang tu ada test yang selalunya di buat dekat bawah MSI tu, kitorang akan stay untuk berbuka terus. Ye lah, test slalunya habis pukul 6.30pm tak pun 6.45pm. Mana cukup masa nak melilau cari juadah berbuka segala bagaikan? so, juadah yang disediakan pihak masjidlah yang menjadi tumpuan kami. Then, kalau ramai-ramai sepakat nak stay solat terawih dekat masjid, kitorang staylah. Kecuali mereka2x yang sedang "bercuti". 

Nama pun perempuan kan? mestilah ada 1 group yang berpuasa dan satu group lagi "bercuti". Setakat ni tak berjaya lagi kumpulkan semua berpuasa dan vice versa..hahaha..

Setakat itu sahaja kot pengalaman berterawih yang ada dalam kepala otak saya tika ini. Tahun ni? Malam pertama saya berpeluang untuk ke MSI sebab ada motor yang ditinggalkan.. lepas ni, wallahualam.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..

k..adios..

p/s: rindu kawan-kawan. Berpuasa ramai-ramai dengan kawan-kawan sangatlah seronok. Terubat rindu pada keluarga yang jauh di utara.. Boleh dendangkan lagu dendang perantau buat saya? hahaha...


Yok bangun sahur..

Niat :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Dah baca niat puasa malam semalam? Kalau belum, cepat2x baca.. Hehehe..
Entrie pertama di bulan Ogos.. Juga yang pertama di Bulan Ramadhan.. *wink2x..

Bangun2x..yok bersahur.. ('o,')
Berpeluang juga saya untuk bangun sahur kali ini. Walaupun bukan nasi yang dijamah perut dek kemalasan semalam untuk menyediakan nasi (maklumlah..orang bujang..dok plak sendiri jauh dari famili..).Hehehe.. Dah lama tak bangun bersahur tetiba nak mencari nasi, perut cam menolak lagi..(alasan(?))..hehehe..

Anyway, thanks Mak!
Hehehe...dari tahun 2004 mula puasa dekat asrama, tahun 2011 menyaksikan saya bangun sahur sebab mak yang kejutkan.. hehehe.. Sebelum ni, dengan bangganya saya yang call rumah ceria2x cakap dah sahur. Tak pun kalau mak tepon, semangat je jawab dah sahur atau pun tengah sahur..

Hehhe..dan hari ni julung kalinya mak tepon cam mamai je jawab..(T____T)
Ok2x..itu sahaja cerita pagi2x ini.. Imsak kat sini pukul 5.36am.. Nak g mengeteh  makan dulu..hahaha


Adios~