Selamat pagi..Errr..dah nak tengah hari. Tapi kalau kat Jepun still sebut Ohayou~..
Ohayou minnasan.. Hait...
Macam mana puasa hari pertama? Kalau yang duduk Johor macam saya, haruslah bercuti kan? Mak dekat Kedah pun bagitahu kat sana cuti. Kalau cuti, taklah terasa sangat kepenatannya kan? Seronok je baca entrie dengan status orang yang berpuasa pada hari pertama dengan famili.. Urmm..walaupun tahun ni tak berkesempatan, tapi seingat saya tahun-tahun sebelum ni ada je saya balik rumah sebab nak sambut 1 ramadhan dengan famili. Lepas isya' tak sempat nak terawih, dah naik bas balik JB. Dek kerana keseorangan, masa bas berhenti untuk bersahur, saya tak turun pun. Takut juga beb kalau tertinggal bas.. hehehe.. Tapi yang bagusnya, kelas pukul 10pagi tetap attend walaupun jejak utm pukul 9.00pagi tu.. Tak gemar ponteng2x ni.. hehehe..
Entrie kali ni sebenarnya nak bercerita tentang pengalaman berterawih di asrama. Kamu-kamu semua nak bercerita juga? ayuh!! Malaslah den nak buat segmen segala bagai. Kalau ada story best tentang berterawih ni, drop by dan tinggalkan link ye. Nak g serbu baca.. hehehe..
1st time saya berpuasa di asrama adalah ketika di tingkatan 4. Tahun 2004. Jadi pengalaman berterawih ni saya rangkumkan tahun 2004-2005. Dulu saya belajar kat MRSM PDRM. Siapa tak tahu sila angkat kaki tangan anda..=D.. Istimewanya MRSM ni, anda dan penduduk Kem PGA adalah satu. Nak menipu kata anak kem pun boleh juga. Tapi kalau tetiba dia tanya siapa nama mak dengan ayah, memang mengagaulah nak tipu tu. hehehe.. Masjid di situ hanya satu.
Kami tak da masjid maktab. Masjid kem adalah masjid kami. Imam masjid kem tersebut adalah imam solat kami. Jadi, sepanjang bulan puasa ni tak pernahlah masjid tu tak penuh. Masjid ni letaknya bersebelahan dengan kawasan akademik dan dewan makan kami. So, untuk elakkan kena beratur panjang untuk ambil air sembahyang, masa berbuka memang makan cepat2x.. Kalau tak nanti, kena beratur tu satu hal. Duduk saf terkebelakang tu 2 hal pula kan?
Dah nama pun masjid Kem. Terawihnya adalah 20 rakaat. Tapi lepas 8 rakaat, mostly budak maktab beredar keluar saf dan kembali ke kelas. Nak sambung prep pula. Ada sesetengahnya yang sambung solat terawih lepas waktu prep. Kadang-kadang dapat imam yang agak tua. memang meleret2x lah bacaan surahnya. sampai kan kita yang khusyuk pada awalnya jadi terhuyung hayang je mendengarnya. Dalam hati "bilalah nak rukuk ni?." Hahaha..tak patut kan?
Tahun 2006 menyaksikan saya berpuasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Wei, budak KMPP mesti rasa pengalaman ni punya. Berterawih di dataran kolej. Tempat assembly. Berlantaikan dasar bumi dan berbumbungkan langit yang dihiasi cahaya bintang. Tak ada kipas mahupun air cond. cukup sekadar angin yang meniup2x.. Lepas berbuka mesti pakat dok tengok langit. cerah ke tak nak pergi berterawih ni? Kalau tetiba tengah solat, gerimis di tengah jalan, stay lagi. Kononnya khusyuk solat tapi kalau rupa macam nak lebat, apa lagi, angkat sejadah, sarung selipar lari cari perlindunganlah beb.. hahaha. Tapi kalau memang ada petanda nak hujan, tempat terawih dipecahkan kepada beberapa blok siswi untuk siswi. Imamnya tetap orang lelaki mengikut hukum dan syarat yang dibenarkan islam.
Solat berjemaah dan berterawih di dataran pelajar KMPP Sumber : google |
Itulah pengalaman berterawih dekat KMPP.. terasa dekat dengan langit dan bumi yang diciptakan ALLAH itu. Rasa bersyukur sangat dengan nikmat oksigen yang ada disekeliling kita ni. Dekat tempat lain memang susah nak dapat pengalaman ni sebab mostly dah ada masjid besar2x. Tahun ni, KMPP tak dapat lagi kelulusan untuk bina masjid atas alasan kapasiti solat jumaat kot. Entah. tak sure plak saya..
Dan tahun 2007 sehingga tahun 2010 iaitu tahun lepas, seingat sayalah kan..saya berterawih di Dewan Astana,KTC. Tak pi sangat MSI tu. Tak ada transport dan memandangkan kolej pun dah sediakan kemudahan untuk berterawih yang lebih dekat, apa salahnya kan?
Kadang-kadang kalau petang tu ada test yang selalunya di buat dekat bawah MSI tu, kitorang akan stay untuk berbuka terus. Ye lah, test slalunya habis pukul 6.30pm tak pun 6.45pm. Mana cukup masa nak melilau cari juadah berbuka segala bagaikan? so, juadah yang disediakan pihak masjidlah yang menjadi tumpuan kami. Then, kalau ramai-ramai sepakat nak stay solat terawih dekat masjid, kitorang staylah. Kecuali mereka2x yang sedang "bercuti".
Nama pun perempuan kan? mestilah ada 1 group yang berpuasa dan satu group lagi "bercuti". Setakat ni tak berjaya lagi kumpulkan semua berpuasa dan vice versa..hahaha..
Setakat itu sahaja kot pengalaman berterawih yang ada dalam kepala otak saya tika ini. Tahun ni? Malam pertama saya berpeluang untuk ke MSI sebab ada motor yang ditinggalkan.. lepas ni, wallahualam.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
k..adios..
p/s: rindu kawan-kawan. Berpuasa ramai-ramai dengan kawan-kawan sangatlah seronok. Terubat rindu pada keluarga yang jauh di utara.. Boleh dendangkan lagu dendang perantau buat saya? hahaha...
2 comments:
Wah seronoknya solat terawih kat tempat perhimpunan. Angin yang berpuput tu yang seronok nak solat. Hehe mengenang solat terawih di tempat belajar.
Sini pun hari ini cuti gak (Melaka)
Selamat berpuasa.
-wina1979-
waaaaa!
indahnye memori lalu
kalo ada pintu doraemon nak p lawat setiap satu sat..hehehehe
Post a Comment