1 Ramadhan : Penatnya~

Monday, August 1, 2011

Adoiyai..Kisah apakah yang berlaku petang ini??? Penat deh tolak motor.. Sabau ajalah.. Kenapa? Fuhh..meh cheq lepaih lelah dulu.. Fuh..fuh..fuh... Oksigen sila masuk banyak2x ke dalam rongga penafasan saya.. Air2x.. Entah kat manalah silapnya hari ini sampai tak pasal2x je kena tolak moto ke tempat yang lebih selamat..=(

Al-kisahnya, elok jam tunjuk pukul 6.05pm, saya ajaklah Cik Fye pergi bazaar cari juadah berbuka. Tapi, dalam hati kalau meranti buka on the way nak g tu, singgah ajalah.. tak yah sampai bazaar.. Kami pun pergilah dengan gumbira. Bawa motor dalam utm seolah-olah kampus tu milik i sorang.. muahaha...

Sampai dekat meranti, eh gelapnya. Tak de orang pun. Meranti pun tutup? Ok.. teruskan perjalanan ke bazaar dekat KTGB sana nun. Jalan tu je yang saya berani ambil untuk bawa moto sebab tak banyak kereta. Nak ke bazaar Taman U, alamatnya kirim salam je lah.. saya tak yakin nak bawa moto ke sana dalam celahan kereta dan lori serta bas yang banyak itu.


Dah sampai kat bazaar, orang pun ramai. Fuhh..bila naik motor rasa tersangatlah jauh KTGB tu.. Lenguh tangan den pulas minyak.. hahahah... Juadah dah semakin berkurangan. Tak banyak pilihan sangat. Mula-mula saya cari kurma dulu. Sebab itu niat utama datang ke bazaar.. Nak cari kurma. Lepas tu carilah nasi untuk berbuka. Tetiba terpandangkan ubi kayu. Apa lagi, beli je lah.. Makan malam2x jap lagi. Tak pun buat sahur pun cam comel juga.. hehehe...

Dengan gembiranya, lepas dah beli apa yang patut di beli, kami berdua kembali ke motor. Tengok jam pukul 6.45pm. Ok lah tu.. sempat lagi berbuka di bilik. Start enjin moto, bawa cam biasa. Tetiba;

"Eh, apsal motor ni melelong semacam je?."
"A'a.. aku pun rasa bergoyang lain macam je."

Up kan gear lagi satu kot goyang-goyang tu berpunca dari gear rendah.. Tapi makin melelong pula dibuatnya. Elok lepas je Pak Guard kat pintu belakang KTGB tu, terus berhentikan motor dekat bus stop. Tengok motor apa jadi..
"What??? Pancit?"
Aiseh..patutlah melelong semacam. Tayar dah cecah rim.. Alamak..what to do? what to do? Dah ler tak biasa dengan motor.. Saya dengan motor adalah sangat tidak masuk. Tetiba ada sorang mamat ni berhenti. Sian kot tengok kitorang dua orang perempuan tersadai di tepi jalan dalam keadaan tak tahu apa-apa..

"Hantar SOS.. hantar SOS.."
"Der, nak hantar SOS kat sapa? Budak laki course kita bukan ada kat sini pun. Nak minta tolong siapa ni?."
Fuhh.. takkan nak hantar SOS kat ayah di kampung kot. Macamlah boleh selesai masalah. Masa tu dalam kepala otak dok teringat member satu kos je.. Kot diorang boleh bantu. Tapi masalahnya most of them mana ada kat utm dah.. aigoo..


Teringat dekat Wani yang baru sampai bilik tu.. Cepat2x tepon dia. Mujurlah Noni pun ada sama. Noni bawa kereta. Bolehlah tumpang dia balik bilik. Tapi..motor ni? Wani sampai, tanya dia nak buat macam mana. Telefon Nuqman, geng lambaian. mujur dia di UTM.. Tanya dia apa nak buat kalau motor pancit.. hahaha..memang cuak beb.. Tak reti pape pun pasal motor.. Mujur tahu bawak walaupun tak lah cekap sangat..

Sebelum tu ada gak belek2x tayar tu. Tengok kot ada paku yang menyebabkan tayar tu pancit.. Tapi tak jumpa pape paku pun. Sudahnya, pasrah.. Nuqman suh bawa moto perlahan-lahan parking dekat KTGB yang masa tu adalah dalam 100m di hadapan kami. Melihatkan tayar yang mencecah rim, tak yakin plak nak bawa. Sudahnya tolak ramai-ramai. Berat juga motor tu bila tayar tak ada angin... Urgggghhhh...dah azan ke belum?? Nak berbuka sekarang boleh?? Penatnyalah tolak motor ni....

Kepada Kak Q, pemilik motor.. Maaflah..kami tak tahu pun apa yang berlaku. Tapi dalam usaha untuk memperbaiki tayar itu.. Sedih~.. Tak boleh beli lagi kot multicooker tu.. kena repair tayar motor dulu.. ahaks...

Fuhh..itulah al-kisahnya Ramadhan yang pertama.. Waaaa..dah rasa mahu balik ke rumah sahaja tika ini.. Berpuasa di rumah lebih best bukan? Adios~

5 comments:

aamalinaazman said...

cam tu citenye..
adohai...
1 ramadhan penuh dgn dugaan..
haiyoo
ciannye la ai..
dah tu moto tu dh ke mane skrg?
dh siap repair or odw dok repair sara chan?
insyaAllah moge baek2 aje ye..

Cik Sara said...

@aimie amalina

motor tinggal kat parking moto KTGB.. ngah tunggu Nuqman tanyakan macam mana nak repair tayar tu.. Mata dah memberat ni..
Dok menguap je..
tapi kena tunggu nuqman respon bantuan..hohoho

K O R I E said...

huhu. tragis citenya^^
dugaan2

eiela said...

kesiannya,,dugaan Ramadhan, macam-macam kan.

LydSunshine said...

Cobaan. Salam Ramadhan.