Flu

Saturday, September 10, 2011

Inilah keadaan saya sekarang..






Bersabor jelah.. Hidung dah semakin merah..(T_____T)...
Ini semua mesti sebab kurang minum air masak. Padan muka..Malas lagi nak masak air..=D


Sanah Helwah Sara~

Thursday, September 8, 2011

Saengil Chukhahamnida..
Happy Burfday To You..
Allah Selamatkan Kamu..
Sanah Helwah Sara...('o,')

8 September 2011

Alhamdulillah..
Masih diberi nikmat kesihatan dan nikmat iman..
Syukur masih dikurniakan jantung yang tidak jemu berdetap..
Kaki yang tidak pernah penat melangkah..
Otak yang tak kenal erti lelah untuk berfikir..

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke-TT..Ngee..Dah tua rupanya. Dah tamat pun pengajian dekat Universiti. Dah bertahun rupanya tinggalkan zaman Uniform Sekolah. Bukan lagi remaja belasan tahun. Tapi sudah pun meningkat menjadi gadis 20-an. Tak muda dah untuk sentiasa menongkat langit. Tapi tak juga terlalu tua untuk kembali mengenal Sang Pencipta..



Mungkinkah tahun ini yang terakhir kalinya menyambut ulang tahun kelahiran secara bujang? Tiada yang lebih Mengetahui berbanding DIA..

8.9.11
Semoga dengan pertambahan usia ini akan menambahkan rahmat dari-NYA. Dan Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya..

Sanah Helwah buat diriku...
Saengil Chukhahamnida sara-shii..
Happy Burfday Sara..

1001 bahasa.. ertinya tetap sama..

P/s : Sanah Helwah..Happy Birthday..saengil Chukhahamnida.. & Selamat Ulang tahun kelahiran juga buat teman-teman aka kembaq-kembaq saya di luar sana...
Kembaq Se-MRSM PDRM, Kembaq Se-Matrikulasi(KMPP) dan juga Kembaq Se-UTM..
Muge dengan penambahan usia ini akan membawa 1001 Sinar Rahmat buat kita..


Alhamdulillah..Selamat juga tiba di UTM, Skudai. Memula macam risau gak.. Apsallah g suruh abah belikan tiket bas 7.9.2011? Bas malam plak tu.. Esoknya, 8.9.2011 besday sendiri. Ada benda tak baik nak jadi ke? Ya ALLAH, KAU lindungilah perjalanan jauhku ini..Detik 12.00malam atas bas Sri Maju dari Utara ke Selatan menuju ke Bumi UTM..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Selamat tiba meskipun ada sedikit masalah sebab bas tak mau berhenti di Sri Puteri. Thanks to Siti Zubaidah sebab sudi ambil saya di SHELL Tun Aminah & thanks untuk petang ---> malam ini..
Thanks to Q sebab sediakan brunch (breakfast+ lunch) nasi goreng bertulisan "Happy Birthday" menggunakan sos cili diatasnya..
Thanks to Hazrin sebab sudi tumpangkan bilik kamu untuk saya lepak-lepak dari pagi & thanks juga sebab belanja dinner malam ni meskipun pada awalnya saya yang beria-ia nak belanja kome asam pedas.. Heee..

Last but not least, Thanks to all my friend yang wish my burfday. Semoga Allah memberi rahmat-NYA buat kamu semua..

"Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012"

Thursday, September 1, 2011


Baru ingat nak tutup laptop. Tetiba terbaca sesuatu di Laman Sembang a.k.a chat box. Ada gadis comel tag saya untuk join contest. Cam menarik je. Cabutan Bertuah kaspersky. Debabom. Kalau ada rezeki buleh dapat antivirus baru ni..Hehehe... Terima kasih ye gadis comel. Saya join ni.

Cabutan Bertuah ini telah dianjurkan oleh KASPERSKY ACTIVATION CODE DEALER.

Syarat-syaratnya?
1. Mestilah Blogger. Ye..saya seorang blogger dan ini blog saya.
2. Tajuk Entrie haruslah "Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012"
3. Lepas tu copy paste banner ni:


4. Copy banner kelip2x letak kat blog.
5. Like FANPAGE. 
6. Pastu nak tag 3 blogger. Aimie Amalina, Wan Aizat dengan Jiran Sebelah. Mana tahu ada rezeki buleh dapat antivirus percuma..=D

Done~




Syawal 1432


Internet slow sangat. Maaflah ye kawan-kawan.. Tak sempat nak ber"blog" jogging.. Nak pi beraya kat laman maya sahabat-sahabat blogger yang lain pun tak sempat. Nanti balik U saya beraya lagi.. Salam Aidilfitri buat semua yang sudi berkunjung.. Nak duit raya? Alamak, itu kena mai rumah dulu lah..=D

Raya tahun ni, temanya warna kuning. <--- idea kakak sebab dia yang beli kain untuk buat baju kurung tu. Memang sejak kecil, baju raya jahit sendiri. Tak beli dekat kedai. Dan kebiasaanya, baju kurung je lah. Mudah. Dan selesa untuk dipakai. Alhamdulillah..Tahun ni diberi lagi kesempatan untuk bertakbir dan solat Aidilfitri di masjid. Syukur. Kalau kena "cuti" itu yang melepas tu.

Usai solat aidilfitri, saya sekeluarga terus bertolak balik ke rumah tok sebelah emak di Alor Biak, Kubang Sepat, Kedah. Tak jauh pun dari rumah. Dalam sejam kalau ikut jalan Bandaran. Kebetulan pula, adik beradik mak dah pun berkumpul dekat rumah tok. Bila semuanya lengkap, terus snap gambar satu family. Tak lah besar sangat keluarga saya ni.


Lepas Zohor sebelum Asar, bertolak pula ke kampung Tok sebelah Abah di Bukit Pinang, Hutan Kampung. Tak sedar plak brapa lama. Sebelum sampai rumah tok, singgah rumah Tok Chik dekat Kampung Mata Ayer dulu. Kiranya sampai rumah tok abah lepas asar gak lah. Kebetulan pula Pak Ngah sekeluarga dah ada dekat situ. Cepat2x panggil Pak Lang sekeluarga dan PakCu sekeluarga yang tinggal berdekatan..

Complete. Snap gambar family lagi. Dua orang baby tu adalah sepupu yang baru lahir. Comel je. Yang atas dah 5 bulan katanya. Yang bawah pula baru 50 hari macam tu..Raya tahun ni bertambah sepupu baru.. Nak tambah menantu pakat-pakat tak dapat seru lagi..=D

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua~