6 1/2 tahun yang lalu...

Thursday, January 12, 2012

Tak boleh nak tidoqlah pulop! Aih.. Stay up lelama! Esok, lambat bangun! Aih, apalah nak jadi dengan dia ni.. Isy..isy..isy.. Hari ni 12.01.2012.. Tapi memandangkan macam dah banyak je update entrie, entrie ni kita buat autopublishlah ek.. Hohoho.. Bagi dia publish pukul 6.30am.. Heee...

6 1/2 tahun yang lalu.. Di mana kamu? Saya? Saya masih di High School.. Cheewahh.. Hee.. 6 tahun plus-plus yang lalu, saya di Kulim, Kedah.. Sekolah biasa-biasa je.. Tak pofular pun sekolah tu.. Tapi yang penting, the best in life! habaq kat ang.. Hee.. Nak cerita kenangan dekat maktab, memang 7 hari 7 malam pun tak abis pasai saya dok kat maktab tu 5 tahun! Hee.. setiakan? Tapi boleh kata 70% daripada kengkawan saya memang setia sampai Form 5 dok maktab tu.. Maknanya, 30% jelah kawan baru kitorang. Baru tapi tetap rapat~..


Tahun 2005. Masa tu F5.. Senang kan nak ingat?? Hee.. Ada Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 anjuran PAMA. Of courselah peserta-pesertanya adalah kami-kami, ye dak? Tapi sebelum bercerita panjang lebor, saya nak share one of my schoolmate's comment.

 kalu bwat outdoor event:

1. Bus cukup byk (boleh bawak satu batch sekali angkut).
2. Ada escort jaga (siap pistol, machine gun suma ada..ntah2 bom pon ada kot).
3. Satu lori makanan (siap skali tukang masak).

memang terbaik MRSMPDRM ni... 


Hahaha.. Part ni memang betui! Even kalau pergi Perkhemahan Pasukan Beruniform pun, kitorang ada Tukang masak! aka Mak cik DS. Bab keselamatan tak payah risau, rasanya kitorang punya keselamatanlah yang paling tip top! Clap for pak cik-pak cik UP. The best!..

Minum petang~
1 batch, kitorang ada dalam 140-150 orang. Sikit je.. Since satu kelas dalam 25 orang je. So, ada 6 kelas.. 25 x 6 = 150.. betul tak?? ahaks.. tapi tak delah betul-betul 150 orang.. Kalau tak salah around 146 student kot. Tapi, kalau outdoor events, memang tak ada masalah. Sebabnya, kitorang tak ada bas mrsm warna maroon peach tu.. Bas kitorang ikut standard bas pdrm. Tak cukup bas yang ada lambang MRSMPDRM, kitorang still boleh naik bas PDRM.. hee..jadi, nak angkut satu batch memang tak ada masalah.

Ok, back to the Program. Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 ni buat dekat Bendang Man, Sik Kedah. Khemah sebelah ayaq terjun!.. Awesome! Tenang je.. Memang perkasa sungguh jadinya! Hee.. Pengisian untuk program ni pun banyak. Merangkumi aspek mental, fizikal, rohani, dan semuanyalah. Dari pagi sampai ke malam. Ada juga motivasi time!.. Dan yang paling best, it's like our leisure time with our beloved teachers. Selalu dok dalam kelas angguk-angguk je kan? Ni kira pembelajaran dan riadah luar kelas..

Jungle Tracking orrr Hiking Time??..
Zaman sekolah memang sangat suka. Kalau tengok dalam gambaq, colorful kan? Warna-warna tu adalah warna rumah sukan kitorang. Sebelum tahun 2005, kelas kitorang adalah rumah sukan kitorang! So, starting with Ar-Razi, Batani, Dailami, Farabi, Kindi dan Zarqali. Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan merah. Kalau nak tahu nama kelas ni adalah nama cendeakawan (eh, betul ke eja?) islam.

Bermula tahun 2005, student dibahagikan mengikut pencapaian akademik. Maka wujudlah kelas Elite dan Vision. Tapi, untuk certain subjek seperti matematik moden, matematik tambahan, BI dan EST sekali lagi kami dipecahkan mengikut pencapaian akademiksubjek mengikut gabungan kelas. Maksudnya, dari pencapaian PNG keseluruhan, kami dibahagikan kepada Elite 1, Elite 2, Vision 1, Vision 2, Vision 3, Vision 4. Bukan nak mendikriminasikan student. Tapi... mereka punya alasan tersendiri. Dan 6 kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk penyusunan dan penyelarasan jadual waktu bagi subjek Add Math, Moden Math, English dan EST.

Sekarang semuanya punya haluan tersendiri..
Jadi, tak hairanlah kalau pencapaian keseluruhan dapat dok Elite 1, tapi untuk subjek BI, masuk kelas medium! Hee.. Sebab tak semua yang dapat PNGK tinggi tu, skor semua subjek! Dan tak semua yang dapat bawah 3.00 tu lemah semua subjek! It's reality guys!..

Dan, pendekatan untuk setiap kelas dan kumpulan adalah berbeza. Sebagai contoh, mana-mana yang masuk kumpulan 1 untuk add math dan modern math, pembelajaran dia super duper pantaslah kan? Tapi, tak bermakna yang duduk kumpulan 3 ketinggalan. Sebabnya, kumpulan-kumpulan ini akan di"re-shuffle" semula ikut pencapaian semasa! Wah...boleh saya katakan tahun 2005 banyak formation dan banyak juga movement! hahaha.. Selalu kena move untuk kelas BI dengan EST! Hahaha.. lomah den 2 subjek ni.. Bila ada re-shuffle ni, bolehlah tengok pencapaian masing-masing. Dan biasalah kalau ada yang turun naik kelas tu..

Strategi! Orrrr Town Developer???
Eh, ala..tak boleh concentrate pasal Bendang Man.. Layan jelah gambaq-gambaq tu naa.. Nak cerita suka duka di ketika di bangku sekolah..ahaks... Cikgu-cikgulah yang banyak berjasa.. Sebab apa? Yelah, kalau tak kerana kegigihan diorang rancang dan rencanakan macam-macam tu, takkanlah boleh berjaya kitorang sekarang! Mana nak masuk kelas ngajaq budak, mana nak fikirkan cara nak bagi budak faham dan macam-macam lagi!..

Jabatan Matematik macam itu ragamnya, Jabatan Sains macam gitu pula.. Kalau masuk jabatan Bahasa dekat aras 1, lain pula ragam cikgu-cikgunya.. Tapi, yang pasti..musim peperiksaan je mesti penuh semua Jabatan tu dengan student! Hahaha.. Masa F5 juga, ada Kem Physics. Slogan kem itu adalah "MOVE ON THE RIGHT TRACK!" and i still remember about it sampai sekarang! Saya masih ingat macam mana keruhnya muka masa mula-mula dapat sedebuk file berisi ratusan soalan fizik dari seluruh malaysia! Dalam otak masa tu, "Bila tahun nak siap ni??"... Tapi, take it as challenge. Positive challenges!

Pak Cik - Pak Cik UP(Unit Penyelaras).. Everything related to safety dan keselesaan serah dekat diorang. Tip Top!
Sehari siapkan satu set soalan. 2 bulan sebelum SPM, almost 90% of the paper berjaya disiapkan. Mana yang tak reti buat sendiri, discuss dengan classmate. Bertukar-tukar jawapan. Dan hasilnya? Sangat awesome! Jawab SPM paper Fizik sambil tersenyum.. Sebab almost all the question had been done before masa siapkan the bundle of past year exam paper tu. Seronok kan? That's why people said "Practice make perfect!". 

Dan banyak-banyak subjek, sudah semestinyalah subjek Matematik Moden dan matematik tambahan yang banyak buat saya tersenyum! Bahasa Malaysia pun sakan juga skor sebab awal tahun 2005 tu jadi wakil MRSM Se-Malaysia pergi Kuiz Sastera Perdana Kebangsaan. Haha.. Memang habislah riwayat Tun Sri Lanang dan segala bagai masuk dalam kepala otak ni. Pantun 2 kerat, seloka Pak Pandir, Hikayat Malin Deman? Semua macam pita perakam! 

T.E.A.M.W.O.R.K
Wahh..panjang pula dok berleter ni.. Terimbau kenangan lamalah kata orang.. Apa-apa pun, sebelum mengakhiri penulisan ini....

"Berbanyak-banyak TERIMA KASIH saya ucapkan buat semua PENDIDIK MRSM PDRM terutamanya yang pernah mengajar saya dari F1 sehinggalah F5 (2001 until 2005).. Thanks A lot! Kamu-kamu semua ibarat "breakshot" pada saya sehingga membuatkan impian itu menjadi kenyataan!. Terima kasih juga buat kawan-kawan seperjuangan dari F1 sehinggalah F5. U NEVER WALK ALONE Because WE ALWAYS BE TOGETHER.. Sayang kamu-kamu dan kamu-kamu semua"

Boleh pinjam Time Controller Haroro tak? Nak putarkan masa.. Kembali ke zaman persekolahan ni! Hehehe...  Ohayou~ 

Me myself 6 years ago.. Same mechanical pencil until now!
pssssttt:: Gambaq lain, story lain.. Hahaha..




Let's Try!


1) R.E.S.P.O.N.S.I.B.I.L.I.T.Y


2) T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Ok.. sebagai penutup malam ni, jom main Tongue Twister! Eh, salah. Jom main-main.. Siapa yang dapat buat verb yang paling banyak untuk perkataan di atas.

For example : Responsibility
It can be : Rest, born and etc

dan : Tanggungjawab
Boleh jadi : Tanggung dan jawab dan etc..

Selamat mencuba.. Those words are excluded ok!

Oyasumi Nasai Minnasannn...



Running Man VS We Got Married

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum....


Haloooooyah!.. Haip!
Sebelum tu nak tanya.. Siapa kenal Ustaz Don? Angkat kaki tangan!!.. Hee.. tak kenal? Cuba tengok TV Al-Hijrah. Kalau tak salah saya, setiap pukul 3pm ada rancangan 30minit bersama Ustaz Don. Kenapa dengan dia? Lain entrie saya share ok??.. Kalau ada yang tak sabaq nak kenai ngan ustaz Don, cuba type nama dia dekat youtube.. Layannnn...


Running Man VS We Got Married..
Siapa layan Running Man?? Angkat tangan!!! Siapa suka tengok WGM?? Which couple yang korang paling-paling suka? Oh! Kalau buat segmen best ni.. Hee.. tapi, i malas nak buat-buat segmen ni plus tak gheti nak handle segmen!!..


Rasanya, dah setahun lebih Running Man bersiaran kan? Dah macam-macam mission yang diorang create. Awal-awal dulu, lebih kepada mencari tabung syiling dan stay dalam certain place dari malam sampai ke awal pagi. Lepas tu, ada hide and seek. Guest pun semakin best!.. 


Cast Running Man pun semakin rapat antara satu sama lain. Kalau awal-awal dulu, Jihyo dengan Gary malu-malu. Suk Jin Hyung dengan Kwang-vatar tak ngam lagi, tapi sekarang dah ada EASY Brother, Monday's Couple, Haroro, Ace Jihyo, Sparta Kook, Grasshopper Jae Suk.. dan semestinya rindu dengan kemunculan Flower Boy Joong Ki.. Heee...


Antara episode Running Man yang sangat awesome pada saya adalah episod dekat Korea House yang Nikchun dengan Lizzy jadi Guest, then Sparta Kook eliminate all the Running Man.. Lepas tu suka tengok episod The French Village yang Nikchun dengan Taecyoun 2PM jadi guest tu. The beast eliminate all the Running Man. Pastu, hide and seek dan dikurangkan. Mungkin sebab dia tahu penonton dah boleh tahu siapa yang hide dan siapa yang seek. Latest episod yang menarik perhatian adalah Episod Grand Final Battle tu. Supernatural power.. Sonok gak tu.. Hee.. 


Dan tadi baru je selesai download Running Man Episod 76 : The Killer. Mula-mula macam tak kenal je siapa guest dia. Bila tengok sampai habis.. Hooooo.... Soowook tu yang jadi ahjushi dalam Paradise Ranch. Then, ada Jinhee yang berlakon jadi Officer Ming dalam Jewels in the palace tu.. Chunhee yang famous sebagai clumsy Cinderella dalam Family Outing, dan lagi sorang...errr tak ingat!.. Hee..


How about We Got Married?? Siapa tengok? Saya tengoklah Christmas special episode yang tampilkan ketiga-tiga couple tu.. Siapa? So-won Couple, Woo-jung couple dengan newly bride Teukso couple. Salah satu segmen dia guna lie detector machine! Awesome btul alat tu. Handy. Portable dan boleh tahu orang tu jujur atau menipu. Hee.. tak tahulah parameter apa yang digunakan dalam mesin tu untuk tahu kita jujur atau tak based on question given. Apa ek parameter yang diukur?


Aci tak guna lie detector tu masa nak kahwin nanti??.. Boleh tahu bakal suami tu sayang kita ke tak.. Hahaha... Sekali keluar bunyi "LIAR"! tak pepasal cancel majlis nikah.. wahahaha.. Ok, skip this part!


Tak banyak sangat yang boleh diceritakan pasal WGM ni sebab dia lebih kepada reality show yang menjurus kepada pasangan selebriti tu. Just enjoy watching their cute relationship. Blushing-blushing thingy.. Hee.. Galak sungguh anak dara sorang ni! ahaks..


Untuk Running Man dengan We Got Married ni, saya suka download dari KShownow.net. sebab diorang sangat cepat men"translate" both story!. Tapi untuk full HD Running Man, selalunya download dari ISUBS lah.. Tapi disebabkan nak download 1 part sangat besar, up to 200MB, selalunya give up jelah.. Tenet bukannya super duper laju ala-ala bullet train pun.. Ini pun entry tanpa gambar dek kerana internet yang super duper lambat. Oh Kesabaranku diuji! Hee..


Pssst::: Layan cerita korea, tapi malam-malam minggu study bahasa jepun! Ahaks..



D.R.E.A.M.S




‎"some person live cherishing his dreams..
some person live sharing his dreams..
and another live to fulfill his dreams..
some person live with their dreams forgotten..
some person live as they steal other's dreams...
and another say that dreams don't exists.."