Showing posts with label maktab. Show all posts
Showing posts with label maktab. Show all posts

Kahwin-Kahwin (Musim Kahwinlah!)

Sunday, August 26, 2012


Ok.. ini bukan entrie ajak main kahwin-kahwin.. Tapi entrie nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk rakan-rakan semaktab yang dah pun selamat menjadi suami serta isteri orang.. Heeee..maksudnya, dah selamat diijabkabulkanlah.. Syawal dirai, pengantin pun turut dirai. Sana sini sinun dok buat sibuk buat persiapan kahwin. Tahniah.. Tahniah..dan Tahniah...

Barakallahumma.. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.. Dan selamat menuju ke arah baitul jannati..

Haaa..diam tak diam, ramai juga rakan semaktab yang mendirikan rumah tangga. Tapi, sempat attend satu jemputan je. Yang lain-lain tu, minta maaplah ye.. Kengkangan masa.. Tak sempat nak pi semua.. Apa-apa pun doa tetap ku kirim buat kalian semua..


Haa.. Farihain.. Ini teman seunit (serumah, tapi we all panggil unit) masa dekat MRSM PDRM. Sat ja.. Lepaih tu, Farihain tukaq sekolah. Tapi seronok bila keep in touch semula. Dah akad nikah. Tapi majlis resepsinya 1hb September ni.. Adoi! Tak dapat nak pi.. Tak balik Aloq Staq masa tu.. (-__-)".. Apa-apa pun, semoga berbahagia ye..
 


Yang ini pula, Shafreen. Classmate masa tingkatan 5 dekat MRSM PDRM. Selamat ye.. Dah kahwin pun! Eheh.. Saya kenal juga isteri dia. Yen kenalkan masa lepas habis SPM.. Kalau tak salahlah.. Tapi, apa-apa pun...alhamdulillah, dah sah ijab dan qabul..  Tumpang gembira! Sempat g walimah diorang hari tu.. Sweet tau mereka berdua ni.. (^o,^)
 


Dan yang ini pula, Kid dan isteri. Baru je akad nikah. Baru balik dari Rusia terus dapat jemputan ke walimah dia.. Saya kenal kid dari F1 sampai F5. Geng MRSM PDRM lah ni.. By the way, tahniah! Barakallahumma. Majlis 1hb September ni, tak dapat nak datang juga. Dekat Pokok Sena, tak lah jauh mana dari rumah..Tapi dah dok KL, jauhlah jadinya! eheh.. Ehemm..dua-dua Doktor tau!

Dan ada beberapa orang lain kawan semaktab yang turut mengakhiri zaman bujang mereka. Tapi, yang belum update dekat facebook, tak dapatlah nak "curi" gambor dan status cengginikan? hehehe...

Selamat Pengantin Baru You alls...~
 
 



MOCK Interview at MRSM PDRM...

Friday, June 29, 2012


Assalamualaikum.... malam ini kita bersiaran dari maktabku memoriku.. eheh.. koya! Haa.. dari gambar pertama tu apa yang boleh kamu tafsirkan? Tak kisahlah.. tafsirlah apa jua pun sebab tafsiran sebenar gambar hanya saya dan dia yang tahu..weeeee... Wallaweh.. lepas juga rindu dendam kesumat nak melawat maktabku yang terindah ni.. Setelah hampir 6 tahun(?) meninggalkan zaman baju putih kain khaki? Yuuuuhuuu... MRSM PDRM!!! Here i come!!...

Haaa...24 june yang lepas, errr minggu lepaslah.. Saya pergi maktab sebab ada undangan a.k.a jemputan untuk jadi panel penemuduga untuk MOCK Interview Pelajar Tingkatan 5. Walla.. Kalau cikgu sekolah sendiri yang mengundang, mestilah tak tolak kan? Kalau 6 tahun dulu, kita dapat memacam dari maktab.. Jadi, inilah masanya kita pula nak memberi jasa bakti permai pada maktab sendiri. Ye tak? 


Haaa... program MOCK INTERVIEW ni bermula seawal jam 9 pagi. Dan saya diletakkan dalam kumpulan Panel D iaitu JURUTERA! Walla.. Diri sendiri pun terlupa nak apply jadi JURUTERA. eh, tapi borang BEM dah hantor ok! Eheh.. Memang dasatlah adik-adik i ni.. Tetiba saya jadi teringat dengan pengalaman sendiri beberapa tahun dulu. Masa MOCK Interview dulu, saya nak jadi Mechatronic Engineer! Wahahaha...sekarang jadi apa? Dekat U pun tak ambil MECHATRONIC!. Mock Interview ibarat temuduga tipu-tipu. Mereka perlu berimaginasi yang mereka telah pun menamatkan pelajaran peringkat universiti dan ingin memohon kerja yang diiklankan.. Yaaa...here we gooooo...
 

Macam-macam aksi dan ragam. Membuatkan hati ini merindui zaman dan waktu sekolah dolu-dolu. Haaa.... ramai jugalah ex-student yang datang on dat day. Ramai kan? And most of them memang dari BATCH SPM 2005 saya. Masing-masing dah berjaya. Ada kakak senior saya yang dah jadi Doktor Perubatan macam Kak Sabrina tu. Ada abang senior saya yang jadi Engineer dan business man macam Zul Mahadzir dan abang Tarmizi tu.. Ada kawan-kawan saya yang dah jadi Executive, Pilot dan kaunselor macam apool, acap Pau, Park Li dan Umai. Dan ada juga adik-adik junior saya yang baru je balik dari Obersea macam Farhana, mimi and the gang!..

Dan perkara yang paling best adalah, cikgu-cikgu still remember us! That's the memorable part. ever. Seronok dapat jumpa Cikgu Nafsiah, Cikgu Anuar, Cikgu Fauziah, Teacher Noreha dan ramai lagi cikgu-cikgu yang turut terlibat dalam MOCK Interview ni.. Tapi, sedih juga tak sempat nak buat lawatan tapak ke jabatan-jabatan untuk berjumpa dengan Cikgu Roslaini, Cikgu Hashimah, Cikgu Wan dan ramai lagiiii... Apa-apa pun, MRSM PDRM is the best!

Dan semakin banyak perubahan u olls.. Kalau dolu, ada majlis dalam Dewan Sri Lanang tu, pakat dok kipas dengan buku je sebab panas. Sekarang Dewan Sri Lanang dah bertutup..siap ada aircond lagi! Dah cantik. Dewan makan pun dah kemaih. Pejabat pentadbiran?? Perghhhh...mantap! Cantik.. Banyak perubahan yang dah berlaku dalam tempoh 6 tahun ini.. Apa-apa pun, saya tetap sayang dan rindukan MRSM PDRM dan isi-isinya..^^,
 
Haaa... lepas program, saya lepak dengan my BFF.. Ana Humairah. Classmate. Kadetmate. Homeroom mate. Dan segalanya.. weeee... Seronok dapat jumpa Umai! You look so matured dear! Jeles i! Eheh.. Sebelum balik Aloq Staq, sempatlah borak-borak panjang sambil menikmati angin pantai di tepi pantai tepi highway tu!! EHeh... Dear, panjang umor kita jumpa lagi ye~.. Adios everyone..







Terima Kasih CIkgu!

Wednesday, May 16, 2012



Kalau 18 tahun yang lalu, terkedek-kedek turun dari motor dan berjalan masuk ke kelas. Ustazah sambut dengan senyuman. Seawal pagi, tudung putih atas kepala terletak indah. Baju putih kain hijau yang emak seterikakan, nampak cantik. Beberapa jam kemudian, tudung mula kelebeh sana sini, nak buka ustazah kata jangan. Baju dan kain mula berkedut-kedut. Dah sememeh orang tua-tua cakap. Tapi, tak apa. Yang penting alif ba ta pak aji mata buta dah berjaya khatamkan. Terima kasih Ustazah!

Kalau 17 tahun yang lalu, seronok pakai baju putih kain biru tua. Oh ya! tak lupa juga tudung sekolah warna putih. Pergi sekolah naik trak tentera. Berebut-rebut nak duduk seat yang paling luar sebab kena angin, sejuk. Belum mula waktu belajar lagi, tudung dah mula mengelebeh. Setiap kali cikgu masuk, kecut perut. Sebab pembaris panjang tak pernah lupa. Sifir tak hafal, tangan jadi mangsa. Grammar tak lepas purata, pun tangan jadi mangsa. Tapi, hari-hari pun nak pergi sekolah. Hari-hari pun nak buat origami. Biar cikgu cakap sorang-sorang. Nanti bila pop kuiz, konfem tak buleh jawab, aci tadah tangan jelah.. hahaha...

Kalau 12 tahun yang lalu, gembira riang raya sebab dapat keputusan UPSR yang diluar jangkaan. Kata orang putih, itulah turning point dalam hidup. Gembira sebab dapat Matematik A tapi sifir yang 12 tu sampai sekarang pun tak pernah berjaya hafal!. Cikgu gembira. Jumlah keseluruhan yang dapat A di luar expectation mereka. Cikgu peluk cium ucap tahniah. Saya masih terkebil-kebil sebab tak percaya. Kawan-kawan silih ganti ucap tahniah. Saya terkebil-kebil lagi. Cikgu memang terbaiklah. Cikgu didik saya sampai berjaya dapatkan A yang banyak tu. Oh ya! tak lupa juga untuk cikgu tusyen saya. 

Kalau 11 tahun yang lalu, terkedek-kedek bawa beg masuk asrama. Bila lambai tangan dekat mak abah, air mata mencurah-curah ke ladang gandum. Oh aku masuk asrama!. Minggu orientasi, kenal kawan. Kenal cikgu. Kenal warden. Daripada tak terror jawab soalan matematik, cikgu ajar sampai terror. Daripada tak pandai tulis karangan apatah lagi penanda wacana dan unsur kematangan, cikgu ajar sampai pandai. Bukan setakat pandai tulis karangan, sastera hikayat malim deman pun dah jadi hafalan. Eheh.. Dari tak reti langsung-langsung speaking mat saleh orang putih, cikgu ajar sampai kenal 1 Husband 5 Wife. Daripada tak tahu macam mana pokok hasilkan oksigen, cikgu tunjuk ajar macam mana proses fotosintesis berlaku. Celik mata, celik minda. Oh... berudu yang aku main-main dulu tu anak katak rupanya. Ingatkan spesis ikan yang boleh dimakan. Patutlah emak marah-marah bila nak bela berudu dulu.!

Kalau 8 tahun yang lalu, rasa kekok je nak belajar fizik, kimia, biologi, matematik tambahan. Dalam hati, apakah banyak sangat subjek? sains juga kan? Tapi, cikgu tak jemu tunjuk demo dalam lab walaupun hakikatnya pakat dok "SMS" atas meja makmal. Cikgu tak jemu cari dan himpunkan kertas soalan dari seluruh negara hanya sebab nak bagi murid-muridnya extra kerja. Cikgu tak jemu-jemu fikir design button comel-comel hanya sebab nak hargai kecemerlangan murid-muridnya. Cikgu tak pernah kisah masa dan wang untuk iring murid-muridnya pergi ke sana-ke sini. Dan cikgu tak pernah lokek memberi senyuman dan semangat saat hati merasa ke bawah(down). Hasilnya, murid-murid yang tuai. cikgu senyum selalu.

Kalau 6 tahun yang lalu, baju putih kain khaki tidak lagi termasuk dalam senarai beli belah barang sekolah. Tiada lagi buku sekolah yang nak dibeli. Habis sudah zaman sekolah. Tapi pembelajaran belum terhenti. Berjumpa lagi cikgu matrik. Cabaran cikgu saya sahut. Hasilnya, saya gembira cikgu ikut tersenyum. 

Saya melangkah pula ke universiti. Gembira. Tapi saya tahu cikgu-cikgu saya yang sebelum ini lebih gembira. Anak didik mereka melangkah ke menara gading. Pensyarah pun cikgu juga. Daripada terkebil-kebil melihat litar yang macam tak pernah jumpa tu, sampailah mampu mengenal transistor, resistor dan kapasitor. Hasil tunjuk ajar pensyarah. Daripada tak tahu pun apa itu kerjaya, pensyarah membuka ruang dan peluang. Belajar tanpa kenal erti jemu..

Dan sekarang, di sini saya. Siapa saya hari ini, merekalah yang banyak membantu mencorakkannya. Tanpa tunjuk ajar dan ilmu yang mereka berikan, siapalah saya tika ini. Mungkin saya tidak di sini. Mereka insan yang sentiasa ingin mencurahkan ilmu buat kita. Terima kasih cikgu! Terima kasih atas ilmu, didikan, dorongan dan kasih sayang yang engkau berikan selama kami bergelar pelajar.

Buat cikgu-cikgu seluruh Malaysia, terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mendidik dan mengajar saya, Selamat Hari Guru saya ucapkan.(Special thanks to Cikgu-cikgu MRSM PDRM : Cikgu Roslaini, Cikgu Anuar, Cikgu Fauziah, Cikgu Wan, Cikgu Chempaka, Cikgu Azizan, Cikgu SHafiza, cikgu Suriani, Teacher Mardziah, Cikgu, cikgu, cikgu dan semua cikgu-cikgu yang tak tersebut namanya).Terima kasih cikgu!. Selamat hari guru juga buat pensyarah-pensyarah seluruh IPTA/IPTS terutamanya pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Anda juga seorang cikgu. Dan Selamat Hari Guru buat kawan-kawan yang sudah pun bergelar guru atau yang bakal bergelar guru. Teruslah menabur bakti, mencurah ilmu dalam membentuk generasi yang akan datang.

Terima Kasih Cikgu!




6 1/2 tahun yang lalu...

Thursday, January 12, 2012

Tak boleh nak tidoqlah pulop! Aih.. Stay up lelama! Esok, lambat bangun! Aih, apalah nak jadi dengan dia ni.. Isy..isy..isy.. Hari ni 12.01.2012.. Tapi memandangkan macam dah banyak je update entrie, entrie ni kita buat autopublishlah ek.. Hohoho.. Bagi dia publish pukul 6.30am.. Heee...

6 1/2 tahun yang lalu.. Di mana kamu? Saya? Saya masih di High School.. Cheewahh.. Hee.. 6 tahun plus-plus yang lalu, saya di Kulim, Kedah.. Sekolah biasa-biasa je.. Tak pofular pun sekolah tu.. Tapi yang penting, the best in life! habaq kat ang.. Hee.. Nak cerita kenangan dekat maktab, memang 7 hari 7 malam pun tak abis pasai saya dok kat maktab tu 5 tahun! Hee.. setiakan? Tapi boleh kata 70% daripada kengkawan saya memang setia sampai Form 5 dok maktab tu.. Maknanya, 30% jelah kawan baru kitorang. Baru tapi tetap rapat~..


Tahun 2005. Masa tu F5.. Senang kan nak ingat?? Hee.. Ada Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 anjuran PAMA. Of courselah peserta-pesertanya adalah kami-kami, ye dak? Tapi sebelum bercerita panjang lebor, saya nak share one of my schoolmate's comment.

 kalu bwat outdoor event:

1. Bus cukup byk (boleh bawak satu batch sekali angkut).
2. Ada escort jaga (siap pistol, machine gun suma ada..ntah2 bom pon ada kot).
3. Satu lori makanan (siap skali tukang masak).

memang terbaik MRSMPDRM ni... 


Hahaha.. Part ni memang betui! Even kalau pergi Perkhemahan Pasukan Beruniform pun, kitorang ada Tukang masak! aka Mak cik DS. Bab keselamatan tak payah risau, rasanya kitorang punya keselamatanlah yang paling tip top! Clap for pak cik-pak cik UP. The best!..

Minum petang~
1 batch, kitorang ada dalam 140-150 orang. Sikit je.. Since satu kelas dalam 25 orang je. So, ada 6 kelas.. 25 x 6 = 150.. betul tak?? ahaks.. tapi tak delah betul-betul 150 orang.. Kalau tak salah around 146 student kot. Tapi, kalau outdoor events, memang tak ada masalah. Sebabnya, kitorang tak ada bas mrsm warna maroon peach tu.. Bas kitorang ikut standard bas pdrm. Tak cukup bas yang ada lambang MRSMPDRM, kitorang still boleh naik bas PDRM.. hee..jadi, nak angkut satu batch memang tak ada masalah.

Ok, back to the Program. Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 ni buat dekat Bendang Man, Sik Kedah. Khemah sebelah ayaq terjun!.. Awesome! Tenang je.. Memang perkasa sungguh jadinya! Hee.. Pengisian untuk program ni pun banyak. Merangkumi aspek mental, fizikal, rohani, dan semuanyalah. Dari pagi sampai ke malam. Ada juga motivasi time!.. Dan yang paling best, it's like our leisure time with our beloved teachers. Selalu dok dalam kelas angguk-angguk je kan? Ni kira pembelajaran dan riadah luar kelas..

Jungle Tracking orrr Hiking Time??..
Zaman sekolah memang sangat suka. Kalau tengok dalam gambaq, colorful kan? Warna-warna tu adalah warna rumah sukan kitorang. Sebelum tahun 2005, kelas kitorang adalah rumah sukan kitorang! So, starting with Ar-Razi, Batani, Dailami, Farabi, Kindi dan Zarqali. Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan merah. Kalau nak tahu nama kelas ni adalah nama cendeakawan (eh, betul ke eja?) islam.

Bermula tahun 2005, student dibahagikan mengikut pencapaian akademik. Maka wujudlah kelas Elite dan Vision. Tapi, untuk certain subjek seperti matematik moden, matematik tambahan, BI dan EST sekali lagi kami dipecahkan mengikut pencapaian akademiksubjek mengikut gabungan kelas. Maksudnya, dari pencapaian PNG keseluruhan, kami dibahagikan kepada Elite 1, Elite 2, Vision 1, Vision 2, Vision 3, Vision 4. Bukan nak mendikriminasikan student. Tapi... mereka punya alasan tersendiri. Dan 6 kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk penyusunan dan penyelarasan jadual waktu bagi subjek Add Math, Moden Math, English dan EST.

Sekarang semuanya punya haluan tersendiri..
Jadi, tak hairanlah kalau pencapaian keseluruhan dapat dok Elite 1, tapi untuk subjek BI, masuk kelas medium! Hee.. Sebab tak semua yang dapat PNGK tinggi tu, skor semua subjek! Dan tak semua yang dapat bawah 3.00 tu lemah semua subjek! It's reality guys!..

Dan, pendekatan untuk setiap kelas dan kumpulan adalah berbeza. Sebagai contoh, mana-mana yang masuk kumpulan 1 untuk add math dan modern math, pembelajaran dia super duper pantaslah kan? Tapi, tak bermakna yang duduk kumpulan 3 ketinggalan. Sebabnya, kumpulan-kumpulan ini akan di"re-shuffle" semula ikut pencapaian semasa! Wah...boleh saya katakan tahun 2005 banyak formation dan banyak juga movement! hahaha.. Selalu kena move untuk kelas BI dengan EST! Hahaha.. lomah den 2 subjek ni.. Bila ada re-shuffle ni, bolehlah tengok pencapaian masing-masing. Dan biasalah kalau ada yang turun naik kelas tu..

Strategi! Orrrr Town Developer???
Eh, ala..tak boleh concentrate pasal Bendang Man.. Layan jelah gambaq-gambaq tu naa.. Nak cerita suka duka di ketika di bangku sekolah..ahaks... Cikgu-cikgulah yang banyak berjasa.. Sebab apa? Yelah, kalau tak kerana kegigihan diorang rancang dan rencanakan macam-macam tu, takkanlah boleh berjaya kitorang sekarang! Mana nak masuk kelas ngajaq budak, mana nak fikirkan cara nak bagi budak faham dan macam-macam lagi!..

Jabatan Matematik macam itu ragamnya, Jabatan Sains macam gitu pula.. Kalau masuk jabatan Bahasa dekat aras 1, lain pula ragam cikgu-cikgunya.. Tapi, yang pasti..musim peperiksaan je mesti penuh semua Jabatan tu dengan student! Hahaha.. Masa F5 juga, ada Kem Physics. Slogan kem itu adalah "MOVE ON THE RIGHT TRACK!" and i still remember about it sampai sekarang! Saya masih ingat macam mana keruhnya muka masa mula-mula dapat sedebuk file berisi ratusan soalan fizik dari seluruh malaysia! Dalam otak masa tu, "Bila tahun nak siap ni??"... Tapi, take it as challenge. Positive challenges!

Pak Cik - Pak Cik UP(Unit Penyelaras).. Everything related to safety dan keselesaan serah dekat diorang. Tip Top!
Sehari siapkan satu set soalan. 2 bulan sebelum SPM, almost 90% of the paper berjaya disiapkan. Mana yang tak reti buat sendiri, discuss dengan classmate. Bertukar-tukar jawapan. Dan hasilnya? Sangat awesome! Jawab SPM paper Fizik sambil tersenyum.. Sebab almost all the question had been done before masa siapkan the bundle of past year exam paper tu. Seronok kan? That's why people said "Practice make perfect!"

Dan banyak-banyak subjek, sudah semestinyalah subjek Matematik Moden dan matematik tambahan yang banyak buat saya tersenyum! Bahasa Malaysia pun sakan juga skor sebab awal tahun 2005 tu jadi wakil MRSM Se-Malaysia pergi Kuiz Sastera Perdana Kebangsaan. Haha.. Memang habislah riwayat Tun Sri Lanang dan segala bagai masuk dalam kepala otak ni. Pantun 2 kerat, seloka Pak Pandir, Hikayat Malin Deman? Semua macam pita perakam! 

T.E.A.M.W.O.R.K
Wahh..panjang pula dok berleter ni.. Terimbau kenangan lamalah kata orang.. Apa-apa pun, sebelum mengakhiri penulisan ini....

"Berbanyak-banyak TERIMA KASIH saya ucapkan buat semua PENDIDIK MRSM PDRM terutamanya yang pernah mengajar saya dari F1 sehinggalah F5 (2001 until 2005).. Thanks A lot! Kamu-kamu semua ibarat "breakshot" pada saya sehingga membuatkan impian itu menjadi kenyataan!. Terima kasih juga buat kawan-kawan seperjuangan dari F1 sehinggalah F5. U NEVER WALK ALONE Because WE ALWAYS BE TOGETHER.. Sayang kamu-kamu dan kamu-kamu semua"

Boleh pinjam Time Controller Haroro tak? Nak putarkan masa.. Kembali ke zaman persekolahan ni! Hehehe...  Ohayou~ 

Me myself 6 years ago.. Same mechanical pencil until now!
pssssttt:: Gambaq lain, story lain.. Hahaha..




Selamat Pengantin Baru

Sunday, November 8, 2009

Selamat Pengantin baru saya ucapkan buat seorang sahabat lama, merangkap ex-classmate saya time skolah dulu yang baru sahaja sah bergelar suami pada bulan 7 yang lalu. seingat saya, bulan 7 adalah bulan kelahirannya juga. Selamat Pengantin Baru buat Mohammad Rhomizal Aqmal Mazali dan pasangan. semoga bahagia ke akhir hayat dalam meniti perjalanan sebagai suami isteri.


saat melafazkan akad nikah


Walaupun sangat terkejut saat mendapat perkhabaran ini, namun dari jauh ku kirim doa agar Mizal bahagia di sisi isteri tersayang. Memikul sebuah tanggungjawab dalam usia semuda ini adalah satu cabaran. hadapilah dengan tenang.

Tak ramai pemuda zaman kini yang berani untuk memikul tanggungjawab dalam seusia semuda ini. bagi kebanyakan mereka, usia muda adalah usia untuk mereka lepak bersama kawan-kawan daripada terikat dengan sebuah komitmen. tapi, keputusan yang Mizal buat sangat kami kagumi. memilih untuk berkahwin supaya terelak dari datangnya fitnah dan dosa ekoran sering bersama dalam sebuah perjuangan di medan pembelajaran.

dengan perkahwinan, segala yang dibuat menjadi ibadah. lebih mudah berkongsi maklumat dan segala yang berkaitan dengan pengajian. Tahniah untuk Mizal. Buat Aini, anda memang seorang insan yang bertuah. Selamat Pengantin Baru. Seinfiniti ucapan tahniah dari saya.

"Selamat Pengantin Baru..semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. dapat anak nanti jangan lupa kat kawan kamu di sini..doakan kami bertemu jodoh yang baik('o,').. jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.."