Can you see what I see?

Thursday, February 9, 2012



View from Floor 7 KSJ, UTM International Campus..


Al-kisahnya di sini..
Kalau awan tebal, tak nampaklah..



Untuk kamu...


Untuk semua wanita di seluruh dunia...
Wanita seluruh dunia...

Ku ingin kau tahu... 
Jom kita sahut kempen ini...


Tapi....
Ingat! Jangan menutup aurat ketika dikempenkan SAHAJA!!!
Tapi, jadikanlah ianya "the way of your LIFE"..

"Jilbab adalah pakaian takwa..
Dan takwa syurga menjadi balasannya...."





Di sebalik awan

Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum... dan salam pagi Rabu...
Pagi yang fresh! Setelah bercuti hampir 5 hari..ahaks..

Ni kisah beberapa hari selepas bermastautin di UTM International Campus atau lebih tepat, bermastautin di Kediaman Siswa Jaya, Setapak. Satu malam tu, dari aras 7 blok kolej tu sahajalah kan nak melepaskan pandangan melihat panorama malam. Dan tiba-tiba...
"Eh, cahaya apa tu?" Persoalan yang menarik. Dan lebih menarik bila cahaya kerlipan lampu itu muncul seakan-akan terapung di langit.. Dalam hati, "Ada bukit ke kat situ? kenapa tak pernah perasan pun?"

Tak pelah.. Tak payah fikir benda pelik-pelik. Kita tunggu je siang. Bila siang je. Terus tengok ke arah yang sama. Tapi awan tebal melindungi semuanya. Tak kelihatan apa-apa melainkan awan. "Ah, sudah! Apa yang aku nampak semalam?." Dan bermula dari itu, setiap pagi dan malam even di waktu petang, mesti pandang ke arah yang sama. Nak tahu apa yang ada di sebalik awan itu. Takkanlah kerajaan langit pula kan? Super the tak boleh dipercayai..

Sehinggalah suatu hari tu, atau pun lebih tepatnya hari ini.. Awan di sana sangat nipis. Sehingga boleh ternampak bangunan yang betul di atas puncak. Memang betul-betul atas puncaklah. Ala! Lupa nak ambil kamera zoom pemandangan tu.. Tapi lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni..


Owh!... rupa-rupanya itulah Genting Highlands ek? Awesome! Nampak macam dekat je..Ahaks.. Di sebalik awan itu bukan Kerajaan langit. Tapi Genting Highlands! kota keriangan! Terjawab sudah persoalan cahaya yang kelihatan tempoh hari.. ahaks...

Nampak je dekat, nak sampainya entah biler!



February 2012 Blog Giveaway

Monday, February 6, 2012

Assalamualaikum....
Yorrobun, annyeong haseyo..
Ahaks.. skip skip the intro..

First Giveaway for this year.. Ngee..lama dah tak join giveaway ni.. Let's check it out..


Blog Giveaway anjuran Sis Azlina yang sangat aktif dalam menghasilkan Handmade Greetings Card especially quilling card. Handmade beliau memang sangat awesome..
Tak jemu mata memandang..(^____^)

So, kalau nak join, g klik gambar tu.. Tak pun.. Klik kat sini.. Due date dia on 28th February 2012.. Join lah ok! Yang tak ada blog pun boleh join ok!