Do I know You?

Tuesday, March 5, 2013

Pada suatu malam yang indah...
Ketika sedang duduk bersantai di bilik...
Samsung Putih berbunyi...
Tanda ada mesej yang bertandang masuk..

Pop up mesej yang terpapar pada halaman Samsung Putih itu menarik perhatian retina mataku.
Ngeeee...

Eh, siapa pula ni?
Nombor tak dikenali.
Sungguh hambo tak berkenan...
Menjaga adab tatasusila...
Soalan mudah terus ditanya..
Dan balasannya....


Errr...
Apa kebendanya ni?? I don't ask about your job! What i want to know adalah who are you??

Hahaha... siap tak hide kan pun nombor telefon dia. Baik ngaku siapa ni. Kalau tidak, akan terpampang teruslah nombor dia di sini! Muahaha.. ~evil.



Tentu belanja?

Sunday, March 3, 2013

Ek? Apakah?

me : Angah telepon tadi, awat tak dapat? Mak g mana pagi tadi?
mak : Mak g umah che Peah (bukan nama sebenar). Tentu belanja Che Piah (bukan nama sebenar).
me : Ha? Tentu Belanja?
mak : Pertunangan Che Piah...
me : Ooooooooooo....

Ahaks.. Panjang oooo tu kan? Kihkihkih.. Ini namanya orang kedah celup! Selalu berbual guna bahasa melayu baku atau adik-adik saya cakap "Kak Ngah cakap Key ell".. Ngeee... Bukan nak berlagak sampai terikut-ikut cakap Key ell tu. Tapi sebab enviroment yang saya lalui sejak kecil membuatkan saya lebih selesa menggunakan bahasa malaysia tanpa ada apa-apa loghat. 

Ok. Full stop!
Alhamdulillah.. dua pupu saya dah melangkah ke alam pertunangan. Bukan kupu-kupu. Tapi dua pupu. Lain tok, sama moyang. Ek? Kihkihkih.. Kira dua pupulah.. Anak kepada sepupu mak saya. Haaa.. ada ngerti? Kalau tak salah dia sebaya saya. Saya bila? Wahhhhh... doakan sahaja ya! Semoga dengan doa dari kalian, Allah temukan saya dengan jodoh yang sudah ditentukan-NYA. Aminnn...

Oh ya! semalam pergi Ayer Keroh Melaka. Attend wedding kawan sekursus. Alhamdulillah.. Selamat Pengantin baru buat K.Wana dan Pasangan! Semoga bahagia sampai syurga! ~~


 



Nihon : Iklan Jepun

Friday, March 1, 2013

Ruangan Sponsored dekat Facebook seakan memahami pula.
Faham apa?
Memahami yang empunya pemilik facebook itu dalam proses untuk belajar bahasa Jepun sehingga jayanya. InsyaALLAH. Moga ALLAH redha.

Kenapa?
Sejak saya like 2-3 Japanese learning fan page, ruang bahagian sponsored mula dipenuhi iklan-iklan dari negara bumi sakura itu.

Haa.. tengoklah!


Alhamdulillah. Setakat ni baru fasa nak menghafal 96 huruf Katakana + Hiragana ni. Dalam proses. Doakan agar dipermudahkan. Walaupun tak faham apa iklan ni (padahal tak pernah tengok pun bahagian sponsored sebelum ni!), tapi insyaALLAH dah boleh kenal huruf Hiragana dan Katakana tu. Cuma biasalah ada tersangkut dua tiga huruf. Neuron otak tak bersambung dengan jayanya lagi. 

Tulisan kanji belum belajar. Jadi memang yang berkanji saya belum faham lagilah. 

Contohnya dekat iklan pertama tu:

"So-netならWiMAXが月額1980円で使えちゃう!さらに最大2万円キャッシュバック実施中でとってもおトク。詳しくはサイトをチェック。"

Kalau di roman kan mana yang saya faham:

"So-net nara WIMAX ga 月額 1980円 de 使 echau! Sarani 最大2万円 [Ki+ya kecil+tsu kecil] shi yo ba tsu ku(?) 実施中 deto+tsu kecil temootoku. 詳 shi ku ha saitowotietsuku."

Agagaga.... secara keseluruhan, saya pun tak tahu iklan ni cakap apa. Ok bye!

Till then,
XOXO.



Che Det in da House

Siapa kenal Che Det?
Put your hands up!
(^_______^)

Alhamdulillah.. Allah beri jua peluang untuk bertemu muka dengan pemimpin negara yang sangat hebat ini. Beliau seorang pemimpin yang sangat hebat. Pemikiran beliau melangkaui pemikiran pemimpin-pemimpin negara yang lain. Pemikiran beliau yang jauh lebih ke depan membuatkan saya bertambah-tambah kagum.

Sungguh! Biarpun saya hanya berpeluang bertemu muka dalam jarak lebih kurang 50m, tapi itu sudah cukup memberikan kepuasan kepada diri. Sebab, pertemuan itu berlaku di dunia realiti. Bukan sekadar fantasi mainan mimpi.


28.02.2013
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah datang bertemu kami, mahasiswa-mahasiswa MJIIT UTM. 
Datangnya bukan berbual kosong. Tapi datangnya membawa begitu banyak ilmu dan info untuk dimanfaatkan kita semua.
MJIIT Leadership Lecture Series 3.
"Look East Policy and MJIIT"

Kenapa pandang ke Timur bukan ke Barat?
Ingin saya olah lebih panjang, tapi komitmen tugas membatasi segalanya. InsyaALLAH, ada ruang dan waktu akan saya kongsikan segala info bermanfaat yang saya peroleh sepanjang satu jam beliau berucap.


  Till then,
XOXO