Ek? Apakah?
me : Angah telepon tadi, awat tak dapat? Mak g mana pagi tadi?
mak : Mak g umah che Peah (bukan nama sebenar). Tentu belanja Che Piah (bukan nama sebenar).
me : Ha? Tentu Belanja?
mak : Pertunangan Che Piah...
me : Ooooooooooo....
Ahaks.. Panjang oooo tu kan? Kihkihkih.. Ini namanya orang kedah celup! Selalu berbual guna bahasa melayu baku atau adik-adik saya cakap "Kak Ngah cakap Key ell".. Ngeee... Bukan nak berlagak sampai terikut-ikut cakap Key ell tu. Tapi sebab enviroment yang saya lalui sejak kecil membuatkan saya lebih selesa menggunakan bahasa malaysia tanpa ada apa-apa loghat.
Ok. Full stop!
Alhamdulillah.. dua pupu saya dah melangkah ke alam pertunangan. Bukan kupu-kupu. Tapi dua pupu. Lain tok, sama moyang. Ek? Kihkihkih.. Kira dua pupulah.. Anak kepada sepupu mak saya. Haaa.. ada ngerti? Kalau tak salah dia sebaya saya. Saya bila? Wahhhhh... doakan sahaja ya! Semoga dengan doa dari kalian, Allah temukan saya dengan jodoh yang sudah ditentukan-NYA. Aminnn...
Oh ya! semalam pergi Ayer Keroh Melaka. Attend wedding kawan sekursus. Alhamdulillah.. Selamat Pengantin baru buat K.Wana dan Pasangan! Semoga bahagia sampai syurga! ~~
2 comments:
kalau orang luar mai kedah..jenuh tak paham kan..tentu belanja selalu nya mmg akan digunakan org dlu2 merujuk kpd majlis tunang
cpt la tentu belanja cik sara pulak ;D
Post a Comment