Banyak Kisahnya...

Friday, April 15, 2011

Assalamualaikum..Salam Petang Jumaat..

Korang tengah buat apa tu? Fuhh..fuhh..tiup sket.. Mcm dah berabuk ja blog ni gayanya.. Tak sempat nak sentuh..Apatah lagi nak dibelai macam selalu.. Sibuk..sedar tak sedar, banyak dah benda yang berlaku.. Banyak kisahnya.. Dari sibuk menyiapkan projek Final Year, present dan demo, jamuan makan malam Fakulti, minggu terakhir kuliah, steamboat dan etc.. Banyak3x.. Al-kisah presentation dan demo transducer pun belum ditaip lagi.. Gambar pun tak sempat nak edit.. Punyalah sibuk kan? Bertambah bersawang blog kepunyaan hamba ni.. Kalau buka, approve komen ja. Nak balas balik komen memang tak dan.. Internet pun idaklah macam superman..zup zap zup zap kan?? Hehehe..

Eh, shut up no shut up dah sampai ke hari terakhir dan minggu terakhir kuliah sebagai seorang mahasiswa.. Supposenya semalam..Sebab hari ni bukannya ada kelas pun..hehe..Sat ja masa berlalu.. Rupa-rupanya dah 4 tahun dok sini. Berjauhan dari keluarga demi mendapatkan ilmu dan ijazah.. Wah..pantas sungguh masa berlalu.. Lepas ni tak tahulah macam mana pula rupanya kehidupan saya. Bekerja? Sambung belajar? Kahwin? Oh banyak sangat kemungkinannya. Yang pasti, saya hanya mampu mendoakan agar diberikan jalan yang terbaik untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Nanti nak try cari masa untuk ceritakan semuanya yang saya listkan di atas tu.. Sekarang ni pun taklah berlapang sangat.. Masih ada baki-baki assignment yang perlu disiapkan sebelum betul3x bergelar graduan. Juga battle untuk menyiapkan thesis projek. Dan tak lupa juga, battle untuk menduduki exam yang terakhir sebagai seorang mahasiswa.. 4 paper untuk tempoh 2 minggu. Just nice lah kan? Sempatlah nak study last-last minit.. Hahaha..

Kawan-kawan, doakan peperiksaan akhir saya ini membolehkan saya mendapat 4flat ye.. Dah lama ngidam nak grab 4 flat.. Dari 1st year.. Dari result dok tinggi sampai jatuh menyembam bumi dan naik semula menggugah awan, tapi tak mampu juga nak pegang 4flat tu..aih, sem akhir ini sajalah harapan yang tinggal.. Muga menjadi kenyataan.. Amin~

Dan sedar tak sedar tinggal lagi 22 hari je nak bersama dengan kawan-kawan yang saya kenal sejak 4 tahun yang lalu. Kawan baru yang saya temui saat diri tak tahu apa-apa pun tentang alam universiti sampailah sama-sama jatuh terduduk, menangis dan ketawa.. Ye, saya pasti akan merindui mereka. Mungkin ada yang pernah berasa hati dengan saya, cuma saya yang tak pandai nak meneutralkan keadaan menjadikan suasana seakan kekok sedangkan  masa-masa untuk kita bersama semakin suntuk. Habis je semester ni, masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin ada yang akan kekal di utm untuk menyambung belajar, dan mungkin ada yang akan mencari rezeki di negara orang dan mungkin akan ada yang mula menamatkan zaman bujang mereka. Kehidupan bukan sesuatu yang boleh dijangkakan. Semoga pengakhiran kita sesuatu yang menggembirakan..

Aih, apasal macam dah masuk mood sedih ni?? Shuh..shuh..men jejauh.. Hahaha..jangan taching2x..Tak mau3x..Jom siapkan assignment Imaging + Tomo.. Ayuh kita...

Rindu kamu...Sabaq naa...Esok ja lagi..

Tuesday, April 12, 2011

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Curi masa waktu pagi update blog kejap..Siapa kata tak rindu? Rindu beb.. Lepas join Survivor Sunah Budika, bertambah kenalan dekat Sahabat Blogger. Walaupun tak bertemu mata dengan mata, ukhuwah tetap ada. Bila buka FB, ada banyak notification. Dalam banyak-banyak tu ada juga notification yang menyebut nama saya di ruangan komen dalam SB. Nak mencari dimanakah nama diseru, tapi masa sangat terhad.. TERHAD..Dalam erti kata lain, ada benda lain yang perlu dibuat demi memanfaatkan masa yang terhad tu..

Tak pe3x..Sabaq sat naa..Esok ja lagi..ESOK..tepat pukul 8.00 pagi bertempat di Makmal Elektronik Industri, Fakulti Kejuruteraan Elektrik,UTM, segalanya akan dibentangkan.
Kepada Sahabat-sahabat blogger yang saya kenali:-
Puteri Katek, Cik Pulau, Nadhirah, Miss Ran, Maira, Kak Sunah Muhammad dan yang baru add Cikali serta yang lain-lain, doakan saya ye.. nervous jadinya.

Wireless Pulse Oximeter Network

Apa kebendanya ini?? Inilah output projek akhir saya.. Apa intipati kisahnya?? Lain kali saya story..kalau saya ingatlah kan.. Just nak share hasil yang berjaya saya dapat petang semalam.. Hari ni nak buat demo yang terakhir sebelum present esok untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar..

Lepas tu, ada tempoh 2 minggu untuk siapkan thesis dan hantar draft pada Supervisor. Oh ya! malam esok ada dinner faculty dekat Senai, so tak dapat nak lepak-lepak kat SB.. Lusalah nampak gayanya.. Ok..bye..Rindu kamu semua..


Review Blog Follower ke-240

Tuesday, April 5, 2011


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Perpaduan..

Hai semua!! Dah tidur ke? Mata saya dah rasa berat sangat. Tak tahulah kenapa. Ingat nak hadap LABVIEW cari gali apa masalah dengan projek PSM ni.. Tapi lagi dibuka lagi mengantuk. Heart rate dekat Pulse Oximeter pun naik dengan tingginya.. Jadi sebelum saya masuk bilik dan tidur, nak buat review blog kejap. Rasa cam dah lama tak review blog..

Hari ni saya jumpa no 24. Tak kiralah dia duduk belakang ke, kat depan ke.. Sebagai contoh, malam ni saya buka blog Pak Cik Mat Gebu aka Dapur Tanpa Sempadan, followers beliau dah 7024.. Lepas tu singgah dekat blog Ben Ashaari..Nombor followers dia cantik..12424.. Dan pagi tadi, followers saya dah menginjak ke angka 240.. Walaupun bukan beribu-ribu, tapi anda-anda nampak tak persamaannya? Pada angka 24. Err..tapi umur saya belum 24 lagi ok..Itu tak sama.. 

Meh usha, siapa insan bertuah tersebut???




BroAzqar.. Thanks bro singgah blog saya dan jadi follower saya..
Ini header blog beliau..simple..biru..nice..


Satu perkara yang saya tak pass dari dulu sampai sekarang adalah untuk meletakkan link pada banner supaya dapat memberi kata arahan "Klik banner untuk terjah" sebagai contoh.. Jadi kalau korang nak tengok apa cerita yang Bro Azqar atau lebih mesra dengan panggilan Az kongsikan dalam blog beliau, silalah klik link ini.

Selesai menjejak dan membuat review, dan mengikut adat ini:- 
orang berbudi kita berbahasa, 
orang dah singgah 
jangan pula buat tak endah,
Terus klik follower sesedap rasa..

Untung badan dapat hit nombor cermin..
Bro Azqar, saya hit no follower 313 dekat blog awak..No cermin tu..=)

Salam perkenalan..Juga kepada semua yang sudi singgah, baca dan follow..

I'm a professional..


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Perpaduan..

I'm a professional!! Yeay! Hip hip hooray!

Akhirnya..berjaya menggenggam segulung sijil dalam Kursus Etiket Sosial dan Protokol.. Laku tak kalau tulis dalam CV atau resume?? hehehe.. Walaupun pada asalnya merancang untuk keluar awal.. Tapi akhirnya terduduk lama juga di dalam DSI tu.. Tahniah kepada Puan Penceramah, Puan Yasmin Siddek. Penyampaian yang sangat menarik dan sangat menghiburkan..

Dan tahniah juga kepada semua mahasiswa tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia yang berjaya meletakkan diri anda sebahagian daripada penghuni DSI bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30petang.. Tahniah3x...Clap..clap..clap.. Kursus yang julung-julung kalinya diadakan di UTM ini telah menyaksikan seramai 2365 orang mahasiswa tahun akhir dari pelbagai kursus dan fakulti hadir ke kursus ini. Tahniah3x..Suatu pencapaian yang amat membanggakan..

Eh, entrie dah macam nak letak dalam skudai post pula.. hehehe..Nak share gambar, tapi sayangnya tak terfikir pun untuk membawa kamera. Jadi hanya mampu untuk berkongsi cerita.. Awak-awak di sana, layan kan ajelah ye..

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan pihak HEP kali ini. Walaupun pada awalnya kurang berpuas hati kerana dibuatpada saat-saat kritikal untuk menyiapkan PSM, tapi ilmu yang diperoleh sangat-sangat bermanfaat. Dari pada cara nak bercakap sebagai seorang yang berpelajaran dan seorang professional, etika di meja makan, etika perbualan, etika berpakaian sampaikan etika nak duduk bila nak nikah nanti pun dia tunjuk sekali. Wahaha...All in one.. 

Kepada Puan Yasmin..Thanks a lot.. penyampaian yang relaks dan penuh pengisian. Tak mengantuk langsung...Ok, time for psm..Esok, lusa, tulat...weekend...isnin..selasa...dan rabu hari yang dinanti-nantikan!!...

@>-----^------