Assalamualaikum..Salam Petang Jumaat..
Korang tengah buat apa tu? Fuhh..fuhh..tiup sket.. Mcm dah berabuk ja blog ni gayanya.. Tak sempat nak sentuh..Apatah lagi nak dibelai macam selalu.. Sibuk..sedar tak sedar, banyak dah benda yang berlaku.. Banyak kisahnya.. Dari sibuk menyiapkan projek Final Year, present dan demo, jamuan makan malam Fakulti, minggu terakhir kuliah, steamboat dan etc.. Banyak3x.. Al-kisah presentation dan demo transducer pun belum ditaip lagi.. Gambar pun tak sempat nak edit.. Punyalah sibuk kan? Bertambah bersawang blog kepunyaan hamba ni.. Kalau buka, approve komen ja. Nak balas balik komen memang tak dan.. Internet pun idaklah macam superman..zup zap zup zap kan?? Hehehe..
Eh, shut up no shut up dah sampai ke hari terakhir dan minggu terakhir kuliah sebagai seorang mahasiswa.. Supposenya semalam..Sebab hari ni bukannya ada kelas pun..hehe..Sat ja masa berlalu.. Rupa-rupanya dah 4 tahun dok sini. Berjauhan dari keluarga demi mendapatkan ilmu dan ijazah.. Wah..pantas sungguh masa berlalu.. Lepas ni tak tahulah macam mana pula rupanya kehidupan saya. Bekerja? Sambung belajar? Kahwin? Oh banyak sangat kemungkinannya. Yang pasti, saya hanya mampu mendoakan agar diberikan jalan yang terbaik untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang.
Nanti nak try cari masa untuk ceritakan semuanya yang saya listkan di atas tu.. Sekarang ni pun taklah berlapang sangat.. Masih ada baki-baki assignment yang perlu disiapkan sebelum betul3x bergelar graduan. Juga battle untuk menyiapkan thesis projek. Dan tak lupa juga, battle untuk menduduki exam yang terakhir sebagai seorang mahasiswa.. 4 paper untuk tempoh 2 minggu. Just nice lah kan? Sempatlah nak study last-last minit.. Hahaha..
Kawan-kawan, doakan peperiksaan akhir saya ini membolehkan saya mendapat 4flat ye.. Dah lama ngidam nak grab 4 flat.. Dari 1st year.. Dari result dok tinggi sampai jatuh menyembam bumi dan naik semula menggugah awan, tapi tak mampu juga nak pegang 4flat tu..aih, sem akhir ini sajalah harapan yang tinggal.. Muga menjadi kenyataan.. Amin~
Dan sedar tak sedar tinggal lagi 22 hari je nak bersama dengan kawan-kawan yang saya kenal sejak 4 tahun yang lalu. Kawan baru yang saya temui saat diri tak tahu apa-apa pun tentang alam universiti sampailah sama-sama jatuh terduduk, menangis dan ketawa.. Ye, saya pasti akan merindui mereka. Mungkin ada yang pernah berasa hati dengan saya, cuma saya yang tak pandai nak meneutralkan keadaan menjadikan suasana seakan kekok sedangkan masa-masa untuk kita bersama semakin suntuk. Habis je semester ni, masing-masing akan bawa haluan sendiri. Mungkin ada yang akan kekal di utm untuk menyambung belajar, dan mungkin ada yang akan mencari rezeki di negara orang dan mungkin akan ada yang mula menamatkan zaman bujang mereka. Kehidupan bukan sesuatu yang boleh dijangkakan. Semoga pengakhiran kita sesuatu yang menggembirakan..
Aih, apasal macam dah masuk mood sedih ni?? Shuh..shuh..men jejauh.. Hahaha..jangan taching2x..Tak mau3x..Jom siapkan assignment Imaging + Tomo.. Ayuh kita...
2 comments:
bile 4 tahun da jadi 4 minit..=) gunakan masa tertinggal dgn baik..
KAWEN!!!!
sila kawen lepas habis belajar!!!hahaha
Post a Comment