Running Man nak datang Malaysia??

Friday, November 11, 2011

Wah..teruja! Teruja! Menurut sumber yang boleh dipercayai, Casting Running Man bakal bertamu ke Malaysia. Bukan sahaja Malaysia, malah 9 buah negara Asia yang lain. Amacam peminat-peminat Running Man di Malaysia?? Pastinya tidak sabar menanti bukan?? Hee.. saya juga begitu!.. Reality show yang sangat menarik. Program realiti yang buat kita ketawa hingga tak kering gusilah.. Hahaha..betulkah ayat ni? Jom layan.. Nak tahu lebih lanjut?? Usha bawah ok!..


Kisah lebih lanjut layari website ini ok:

Saranghaeyo~

nak juga tulis entrie 11.11.11..=D

Entrie ketiga bagi bulan November. Terbaik!!!

Assalamualaikum..Konnichiwa Minnasan.. Apa khabar anda-anda semua?? Hee..eh, panjang pula  greetingnya..Hari ni rata-rata manusia di planet bumi ini begitu teruja menantikan tarikh 11.11.11. yang kebetulan jatuh pula pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Nak jadikan memorable, pilih pula 11:11 AM tak pun 11:11PM.. So, many binary number.. Tapi...saya taklah teruja sangat pun..heeeee.. Dari pagi sampai ke malam, dok dalam bilik baca journal di samping menyiapkan beberapa perkara berkaitan Inatex.. tapi tak siap2x lagi..ngee


Ah!!! tidak!! Sekali lagi aku menjadi seorang perindu.. Tidak suka semua ini.. Argh!!!.Astaqfirullah..Journal oh journal, come meet me..supaya saya tidak lagi menjadi seorang perindu.. (^____________^)

"Pilih satu tarikh. 20.11.2011 atau 20.12.2012?" Persoalan yang seakan pita rakaman. Tidak putus-putus bermain. Macam ada butang play dan pause.. Hilang butang stop dan delete. 7 tahun telah berlalu. Unik sungguh otak manusia. Dalam banyak-banyak perkara, itu juga yang enggan dilupakan.. Mungkin kena hantuk ke dinding baru lupa semua peristiwa lalu?? Hahaha..itu menganiaya diri sendiri namanya.

Sejak 7 tahun yang lalu, dua tarikh ini sentiasa tersemat dalam ingatan. 20.11.2011. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dan pastinya tiada apa-apa yang menarik bakal berlaku.. Tapi perancangan ALLAH itu yang terbaik. kerana DIA lebih mengetahui. Bukankah mencintai itu tak beerti memiliki? Sebab cinta itu fitrah manusia. Tak boleh nak menidakkan perasaan dan rasa cinta yang bertunas. Wahaha... Sara! stop the jiwang-jiwang things..


Cukuplah sampai hari ini sahaja kamu menjadi seorang perindu. Hentikanlah semua ini.. Bukankah cita-cita kamu masih jauh untuk digapai?? Cinta itu hak ALLAH. Serahkan pada DIA untuk menentukannya.. Muhasabah diri. Ingat kembali tujuan kamu di sini.. <-- Sesi motivasi diri sendiri. Sayalah kaunselor, dan saya jugalah manusia yang perlu dikaunselingkan.. TERBAIK...

Sebaiknya, motivasi diri itu penting supaya tidak kecundang di tengah jalan. Tanpa motivasi diri, kita akan mudah mengikut perasaan. Bukankah pepatah melayu ada menyebut "Ikut rasa binasa, Ikutkan hati mati!" Hee.. Allah berikan akal untuk kita berfikir.. Cuma kadang-kadang perasaan yang satu ini sahaja tidak mampu di kawal. sebab ianya abstrak. 10 kali kata tidak, kalau 1 kali kata ye, dia tetap cenderung pada ye juga walaupun hanya untuk seketika cuma.

Ok! Tamat sudah kisah aku seorang perindu yang cuma seketika itu.. Dan selesai sudah sesi motivasi diri. Tapi, apa-apa pun saya tetap sukakan tarikh ini. 20.11.2011 dan 20.12.2012.. Biarpun berjuta manusia menantikan tarikh 11.11.2011 dan 12.12.2012.... Pape pun, jangan terlalu obses pada angka-angka yang membentuk tarikh ini.. Yang paling penting, niat beb..

Ok. Oyasumi nasai minnasan... Tido jom.. Moga memperoleh mimpi yang indah..

p/s: Err.. sejak dua menjak ini saya didatangi mimpi yang sama. didatangi seseorang. Benarkah mimpi itu hanya permainan tidur?? Wallahualam..

17 tahun...

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum wbt....

Konnichiwa minnasan.. Tengah buat apa semua? Hopefully kamu-kamu diluar sana sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Kali ni nak kongsikan sedikit kisah.. Tak banyak..sikit je.. Kisah realiti.. Kenyataan buat saya, kamu dan dia.. =D

Hari raya Aidiladha yang lepas, saya balik kampung.. Biasalah, dah ada kampung, kenalah balik kan?? Ngee.. Lepas asar, saya dan keluarga bertolak ke kampung sebelah abah. Nak jumpa Tok dan Wan yang masih sihat. Malam tu sembang-sembanglah dengan Wan.. Lebih kurang cengginilah..

Wan : Angah, wan nak tanya ni..
Me : Wan nak tanya apa?
Wan : Wan nak tanya. Dari lepas tadika smpai angah dapat ijazah tu, brapa tahun dah angah blajar?
Me : Urmmm..Darjah 1 sampai darjah 6 ada 6 tahun. Pastu tambah 5 tahun kat maktab. Setahun Matrik. 4 tahun kat Johor..Kalau tak salah 16 tahun dahlah..
Sambil jari-jari keluar membilang..Memang tak menang jarilah kalau nak kirakan? Mujur ada jari kaki..hahaha..
Wan : 16 tahun nooo? Kalau tambah tadika? Jadi 17 tahunlah kan?
Me : A'a.. taski setahun je kalau tak salah.
Wan : Umur angah brape sekarang?
Me : Ha? Urmm.. 23 tahun.. Awat?
Wan : Kalau 23 tolak 17, maknanya 6 tahun je lah angah tak blajar ek? 
Terdiam.

A'a kan.. tak pernah pula kira.. Jauh sekali nak ambil kisah.. Kalau yang pergi tadika 2 tahun, lagi hebat.. 5 tahun je dari keseluruhan usia 23tahun ni, ye tak blajar.. Tapi, kalau ye masuk U terus pas SPM tak pun buat persediaan(fast track) terus, lagi berkuranglah tahun yang dia tak belajar..


Subhanallah..2/3 dari usiaku kini, aku habiskan untuk menuntut ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Tak jemu-jemu dalam mencari ilmu.. Malah masih dahagakan ilmu.. Muhasabah diri. Muhasabah diri. 17 tahun aku mengembara mencari ilmu tanpa ada rasa lelah.. Kini, lagi 3 tahun sahaja lagi.. Ya ALLAH. Tetapkan hatiku dalam mencari ilmu di dalam redha-MU.

Semoga ilmu yang telah aku peroleh dan yang bakal aku perolehi akan dapat aku sumbangkan dan manfaatkan kepada kehidupan masyarakat sejagat. 

p/s : Tiada istilah LAMBAT dalam kamus hidupku. It's only a matter of time. Masa untuk berfikir, Bermuhasabah.. dan berbuat keputusan.. Semoga inilah keputusan yang terbaik buatku..=D

Tak ada apa yang menarik punnn..

Monday, November 7, 2011

"Bayangan kenangan manis di zaman remaja menjadikan aku seorang perindu.."

Wallaweh...terkesan sungguh sebaris ayat ni.. Novel hasil penulisan seorang cikgu. Apa lagi, dah terkesan tu, mulalah membaca.. Nak tahu jalan cerita. Tentang Annessa dan Ilham. Baca punya baca, adalah yang macam "Eh,rasa macam pernah lalui je.."..Hahaha.. Apakah kamu, penulis novel ini membayangkan atau pernah melalui momen2x tersebut?? Aih, nebes baca.. Tapi pengajaran yang diperoleh adalah saaaannggat bagus.. =D

Ntah pape pula saya ni kan?? Bukannya nak baca buku-buku ilmiah.. Novel juga yang diusung..ngee..tak bleh nak buat apa deh.. Kegemaran. Baca juga buku ilmiah tu.. Buku-buku islamik pun baca juga.. Cumanya...Biasalah..masa muda mudi ni lah nak layan novel-novel ni.. Esok dah tua, tak larat pula nak teropong huruf..Hahaha..

Kembali kepada matlamat asal menaip ni..
Haa..kisah Annessa dengan Ilham. Malaslah nak cerita apa yang berlaku.. Tapi...Moral of story.... Janganlah jadi seorang perindu!!!! Hahaha.. Kalau dah suka, cepat-cepat berterus-terang.. Jangan pendam!!!.. Sebab bila pendam punya pendam, tup2x rupa-rupanya memang syok kat satu sama lain.. Tapi sayangnya dah terlambat untuk meluahkan mahupun untuk melamar.. Menyesal pun tak guna!!!.. Cinta pertama tak bererti cinta terakhir.. Jadi, jangan  terus mengharapkan cinta pertama..sebaliknya buka pintu hati untuk menerima kehadiran cinta yang seterusnya.. Siapa tahu yang seterusnya itu adalah DIA yang dijanjikan ALLAH.. ye tak? Oleh itu, jangan seksa diri dengan mengingati cinta pertama itu.. Menjadi perindu pada cinta pertama..

Berdoa..dan berdoa.. semoga ALLAH hadirkan si dia yang jauh lebih baik dari cinta pertama. Atau..cinta itu tak perlu sebenarnya?? =D Dunno...adios~