Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Running Man nak datang Malaysia??

Friday, November 11, 2011

Wah..teruja! Teruja! Menurut sumber yang boleh dipercayai, Casting Running Man bakal bertamu ke Malaysia. Bukan sahaja Malaysia, malah 9 buah negara Asia yang lain. Amacam peminat-peminat Running Man di Malaysia?? Pastinya tidak sabar menanti bukan?? Hee.. saya juga begitu!.. Reality show yang sangat menarik. Program realiti yang buat kita ketawa hingga tak kering gusilah.. Hahaha..betulkah ayat ni? Jom layan.. Nak tahu lebih lanjut?? Usha bawah ok!..


Kisah lebih lanjut layari website ini ok:

Saranghaeyo~

TERBAIKKKKK...

Wednesday, October 19, 2011

Fuhh..
TERBAIKKKKKKK!!!

Pagi dapat surat tawaran, petang dapat call kena turun KL..
Belum mendaftar lagi..
Dah terkial-kial mencari arah..
Aih, kamu-kamu di KL..
siapa yang saya nak cari ni?? 
Nak duduk bermalam barang semalam..
Petang ni kena turun KL..
Event pagi esok..
Doakan keselamatan saya ye awak-awak..
Perjalanan tanpa perancangan awal...
Dah rasa berselirat neuron-neuron dalam otak.. (T____T)



Hello...Anybody there??

Oh Weekend!

Sunday, October 9, 2011

Saya takut weekend..
Ini fakta bukan auta..

Kalau dulu..saya paling tak sabar nak tunggu weekend.. Sampaikan boleh sepakat dengan member-member kelas supaya seminggu ada 3 hari je kelas.. Jadi, dapatlah weekend 4 hari.. Itu sangat menarik bukan?? Tapi sekarang..

Saya harap tiap-tiap hari adalah weekdays.. 
Kerana Weekend saya sekarang sangat memBOSANkan!!!


Owh!! Terderanya perasaan setiap kali weekend datang bertandang..
Nak balik rumah? Nanti dah tak jadi weekend.. Terus saya jadikan HoliWeek (Holiday Week)..=P

Grrr..kemana hilangnya nikmat weekend yang sering dinikmati sebelum ini?? Tolong2x!!..

Weekend War


Kena Blocked?

Thursday, June 16, 2011

Aish..terbantut proses membuat kerja buat seketika. Kat luar tu tengah hangat pasal kerajaan sekat website file sharing sebab nak elak cetak rompak dari berleluasa. Tapi saya kat dalam lab ni rasa hangat je sebab satu-satunya web yang sangat saya perlukan tika dan saat ini kena sekat dengan pihak CICT! Owh damn! Apasal lah nak blocked web ni? Mana nak cekau datasheet kalau gini rupanya. Korang tak percaya? Ce tengok gambar kat bawah ni;
 
 
Dah banyak kali try buka web ni.. Tetap juga tak buleh.. Sedih~.. Broadband pun tak da.. Iyolah, saya  begitu yakin dengan kelajuan Wifi makanya menganggap broadband itu sangatlah tidak diperlukan di sini.. Tetapi tidak disangka website SPARKFUN yang menjual komponen elektronik ini disekat daripada dilayari student.
 
Pihak CICT, sila logik sikit kalau nak sekat pun. Takkanlah sebab website tu ada perkataan FUN makanya engkau sekat daripada dilayari?? Saya perlukan bantuan luar!! Help2x.. ~Wordless Thursday.. hahaha..

Jenga! Let's play it..

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum..


Weee...gatai betul tangan ni nak menaip. Sedangkan esok ada Test Tomografi. Bukannya calang-calang punya test. Teori test. Its all about teori. Tapi, apa yang dok buat sekarang? Maen tenet sambil tengok TV.. aigoo..(sambil geleng-gelengkan kepala..).. Penatlah nak baca teori pasal X-Ray, CT Scan dengan MRI ni.. banyak kot.. sampai 7 keturunan pun belum tentu habis semua nota ni saya hafal..hahaha..hyperbola.

Tak pe. Take a rest. Layan jengga jap. 1st time main menatang ni dalam LAB Elektronik Peubatan (MEP). Main bersama-sama Farah Farhana, Syifa dan juga Anis. Tetiba rasa cam sonok je main. Apa lagi, keluar je weekend ari tu, terus serbu Toys R Us. Kalau Jenga yang paling baik dan paling mahal dalam RM60++..bila fikir balik, tak pelah..nak main je. tak payah mahal-mahal. Ambil stok murahan je. Tapi tak delah sesempurna jenga yang mahal tu kan..

also known as Pavilion or tumble down
Memula main dalam lab. Sekarang dah ada milikan sendiri, dok main dalam bilik je lah. Asal ngantuk je, bawa kuar game ni. Main. Aim bagi dapat yang tertinggi. Setakat ni permainan ni mendapat sambutan baik terutamanya dari Aimie, diikuti Siti, akmal dan Ersha.. hahaha..semua dah gile main jenga. 

Stabil tapi tinggi..urmm..

Setakat ni baru berjaya bina sampai 26 tingkat. Percubaan untuk mendapat complete 27 tingkat masih tak berjaya. Terhuyung-hayang je binaan tu.. Aih, sabar-sabar. Life must go on. Sekali jatuh, tak bererti gagal.. Tapi bangkit dan cuba lagi sampai berhasil. Eh, oklah nak g main sat..lepas tu nak sambung study tomography balik.. Wish me luck for tomorrow k..~ 

Deactivate FB for a while~

Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikum..pagi ahad..baru balik dari pasar.. mencari lauk untuk seminggu ni.. hehe..kira nak berjimatlah konon-kononnya.. Tapi harap-harap memang dapat berjimatlah..=) Sambungan entrie semalam? entahlah..saya pun tak sure ini sambungan atau tidak..kih3x.. Tapi saya nak tegaskan penulisan saya adalah dari sudut saya sebagai pemerhati dari luar. Orang kata saya mengeruhkan keadaan? But then, how its make?? Saya tak pula sebut si polan bin si polan ni buat macam tu atau macam ni. Si polan nilah yang jahat sangat.. Si polan C nilah yang sesuka hati nak marah orang. nope! never!. Tapi, semalam sangat terkilan bila di"serang" di facebook. Seolah-olah membuka pekung di dada sendiri tentang apa yang sedang berlaku.

Saya tak masuk campur pun urusan mereka.. apatah lagi untuk mengeruhkan keadaan dengan bercerita pada semua orang apa yang berlaku. Saya sekadar menulis mengikut persepsi saya tanpa meletakkan kesalahan pada sesiapa pun. Even kalau yang baca ni among my friends yang jadi silent reader saya, they would never know apa sebenarnya yang berlaku unless mereka di situ.. Siapa yang saya maksudkan sebab i did not mention any name. So, bagaimanakah yang dikatakan saya mengeruhkan keadaan? Betullah, siapa yang buat dia akan tersentap walaupun tiada satu huruf pun dalam ayat saya yang membentuk nama dia yang membolehkan dia "menyerang" saya di facebook dan sekaligus membuatkan kawan-kawan lain yang membaca mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dan mungkin tika dan saat ini, orang akan beranggapan saya ni jahat. suka keruhkan keadaan. Yes, i'm bad!! puas hati??

Lagipula, dalam status saya di Facebook pun, saya tak pernah mention nama sesiapa..am i that bad sehingga nak menjatuhkan maruah orang lain dengan mencanangkan ceritanya di facebook mahupun blog?? Rasanya saya tak bodoh lagi.. 

Dan untuk seketika..saya deactivate my Facebook. Bukan apa, rasa serabut bila buka wall sendiri.. hahaha..So, lepaks dekat blog dulu for a few days maybe.. But i'm gonna miss my friend dalam group Sahabat Blogger dan KBU.. Walaupun saya tak rajin update komen di situ, tapi saya follow juga sikit-sikit..

Dan bila baca balik entrie semalam, baru perasan yang saya banyak menulis dalam bahasa inggeris dengan jayanya.. Hahaha..dahsyat tak? Terkilan + "marah" sehingga mampu bercakap omputih dengan jayanya.. Aih, lepas ni nak g interview minta kerja, kena rasa terkilan dululah..Konfem speaking lancar je..kih3x..(^_____^)

Stress sebab duit???X!:?

Wednesday, November 24, 2010

Ok.. sepatutnya hari ni saya belajar.. Ulangkaji pelajaran.. Tapi sampai saat dan tika ini, langsung tak buka buku. Sampai UTM dalam pukul 9.30 pagi tadi.. selepas hampir 12 jam perjalanan dari Alor Setar.. Cuti dah habis kenalah balik u semula.. Exam ada lagi.. 

Kenapa tak ulangkaji pelajaran? Fuhh..entahlah..kepala otak dah senget. Rasa macam nak meletup je. Luckily, dah study skit kat rumah masa cuti 2 minggu hari tu.. Tinggal nak polish bagi tak luput dek ingatan. Kali ni tulis entrie dalam keadaan otak yang serabut memikirkan duit..

Huu..dah giveup sangat nak cari duit. Mak bapak bukannya tokey lembu yang dapat untung puluh ribu. Tokey balak jauhlah sekali. Adik-adik pun nak pakai duit masuk sekolah tahun depan.. dan saya??? Berita terbaru..kena bayar lagi RM500++ untuk program ke Korea tu.. Ya ALLAH! Banyaknya..hari tu punya RM500 pun tak bayar lagi.. Total up ada dalam RM1000. Mana nak korek duit tu??

Saya dah rasa give up sangat.. Rasa nak tarik diri je.. ada sesape yang nak ganti pergi? Saya memang dah tak mampu sangat nak bayar. Sedangkan syarat nak pergi haji pun kena berkemampuan. Inikan nak ke Korea. Faktor kemampuan kena juga ambil kira. Aih, susahnya nak dapat duit. Bila dah terdesak ni barulah terlintas macam mana anak muda banyak yang rosak sekarang. Semuanya sebab duitlah..

Cara paling mudah dapat duit? Jual diri.. Jual maruah diri..satu malam je boleh dapat ribuan ringgit.. Astaqfirullah..takkanlah gara-gara nak ke Korea Selatan kena uat sampai macam tu??? Aisy, dah macam orang tak de ilmu..tak de agama je... ceet..nyah kau dari kotak minda ku.. Aku belum terdesak untuk terpengaruh dengan ajakan syaitan yang mendurjanakan umat manusia tu.. !!!

Apa lagi nak buat untuk dapatkan duit??? Yang halal itu pasti.. Duit haram nak buat apa.. Kembong perut je nanti.. Nak meminjam? Pinjam itu memang mudah, tapi nak membayarnya, parah tu. Mak ayah bulehlah bagi sket, tapi tak delah sampai ratus-ratus.. Apatah lagi ribu-ribu. Duit simpanan makin susut. Sangat susut sebab dah guna untuk ambil lesen kereta setahun setengah yang lalu... Akaun semakin negatif. Dan yang menjadikan keadaan sangat runcing, duit nak kena bayar before isnin ni.. Fuhh.. kenapalah tak buleh tarik diri?? 

Kalau dah tak mampu, tak yah pergi....
Urmm..betul juga tu. Dah tak de duit, buat apa malu nak ngaku? Dah tak berkemampuan takkan nak buat macam ada duit pula kan? Gila apa... Ingatkan dulu, mudahlah dapat penajaan or sumbangan. Itu yang yakin untuk pergi..tapi...Nyata amat payah. Nak cari part time.. Kerja sambilan dari rumah.. ada tak? Gila dah desperate sangat sebab duit. Arghh...serabut kepala otak fikir pasal duit. Dah lah ada lagi 3 paper exam... 

Ya ALLAH permudahkanlah urusanku ini. Adakah krisis yang tercetus antara Korea Selatan dan Korea Utara itu satu petunjuk? Owh..sungguh aku tak tahu nak doakan peperangan itu berakhir dengan segera atau terus berlanjutan.. Gomen nasai..


~Isy....che ke yang salah???

Tuesday, April 6, 2010

Cuba habaq mai kat che..che ka yang salah sebab tak forward mesej tu kat hang? Manalah nak tau yang hang tak dapat lagi hint tu. Dah memang link message utama che kat 5 orang ni jer... Takkan nak suh mesej semua sekali kot..Parok lah kredit che....

Atau che yang terasa??? mau nya che tak terasa..dah mesej tu sampai kat phone che, surelah che terasa.. Dia post dalam fb group, ingat che ni rajin ka nak buka? Che buka fb men farmville..tengok hasil ladang dah buleh tuai ke dak...hepilah sket... Yang lain2 dok online, tak da pula yang nak response post tu? apsal?? tak tahu juga? tak dapat hint juga?? Sekali nama che yang naek.. sebab che bagi kat わたし の いい ともだち、 tapi tak bagi kat dia? ntah-ntah nanti kuaq cite kata che lebihkan lelaki dari kawan pompuan che sendiri...

Ah! peduli apa..che punya kredit. suka ati che lah nak mesej sapa pun..
Lagipun ini orang-orang yang memang che akan mesej setiap kali dapat pape info. tak pun diorang yang akan mesej che gtau info. Che ingat dengan orang yang ingat kat che.

"Um..Thanx Sara.da bpe lame agaknye hint ni da ad. npknye ak sorg la x studi2 lg,ahaha.sdeh gle.xpe la.Ol da besh."

Simple word..tapi che pompuan.sure che terasa. seolah2 che simpan mesej hint ni lama tapi tak frwd kat dia. Hailah..kalau nak marah, pi marah kat sume orang. Kalau tak de mood..pi bad mood dengan sume orang.. Awat depa tak mau frwrd kat hang? Nak tunggu che juga ka?? Yang hang pun dah tahu nama che dah naek dalam post tu, awat tak mesej tanya? kan senang, direct che forward. Ye, 1 sen jer.

~time2 ginilah nak spoil mood..dahler tadi dapat khabaran pasal kekacauan bilauan pasal kuota. Maklumat aimsweb tak bleh percaya. Dia yang sama-sama mantan JKM tak dapat kuota..tak de nama dalam list..abeh tu, che macam mana?? Keserabutan melanda..spoil mood nak study. Uh!~


.........,YM dan Kolej ..........

Monday, March 22, 2010


Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim...Tingginya dugaan-Mu buatku. Seakan lemah lututku untuk terus berdiri. Seakan Rapuhnya imanku untuk digugah. Kerdilnya aku disisi-MU. Sekali lagi air mata ini menitis. Awan Gelap beserta rintik hujan memanyungi bumi UTM..Seakan turut memahami kesedihan hati.

Entah dimana silapnya. ENtah dimana tungkahnya. Aku terduduk. Terduduk dengan fakta yang dihujahkan. Terduduk dengan kalimah katanya. Aku menangis. Tak ramai yang tahu tentangnya sebab aku duduk bilik single. Such an advantage to me. Namun, bilik sendiri terasa seperti sempit. Seakan tidak mampu meleraikan fikiran yang semakin kusut. Seakan tidak mampu membendung air mata dari tidak membasahi dunia realiti ku. Menangis. itulah yang termampu aku lakukan. Bila tiada kata mampu diungkap, tangisanlah yang akan melegakanku.



Dari satu hal ke satu hal. Seakan bertimpa ujian buatku. Apa yang terjadi membuat aku merenung kembali sebuah persahabatan. Persahabatan yang menurut persepsi general ku boleh berlaku sesama perempuan mahupun sahabat-sahabat lelaki. Nilai persahabatan padaku terlalu tinggi. Namun persahabatan jugalah ikatan yang paling sukar untuk aku teguhkan.

Terlalu tinggi syarat untuk aku kekal menjadi sahabat mu. Seakan terlalu tinggi nilai yang perlu kuberikan dalam menggarap erti persahabatan darimu. Terlalu tinggi sehinggakan aku terasa semakin jauh untuk menggapainya. Semakin kerdil untuk memilikinya. ini bloq aku, so ini kisah aku. Tapi nak citer sumenya.....urmm..susah juga.

Yang penting aku nak bagitahu yang ari ni aku menangis!!!. Aku menangis jua.

Tajuk dengan story? kalau related, susah juga. So, anggap je lah apa yang korang nak anggap. AKu dah penat! Aku ngantuk! Aku Stress! Petang nanti ada Japanese Test, tapi aku baru study sket dalam keadaan ter"emosional" tadi... Aku rasa nak makan lagi!!!makan! makan!



p/s :- Ari ni agak stress..penulisan pun beraku ko.. Gomen Nasai..

[Bertambah stress dengan polisi ntah apa2 kolej tut tut tut..tak naklah sebut..kang tak pasal2 kena panggil ke atas..tapi memang tak puas hati sebab habis sume pintu pagar dia nak kunci.. Safety kemenda namanya tu..bertambah geram dengan orang-orang yang tak reti beradap dan sombong lak tu..Waa..nasib aku tak rebut nak kolej berpagar. Macam sekolah asrama aku dulu jer.]