Episode 15 : Doktor Ortho!

Saturday, January 11, 2014

Pengalaman ni mungkin jaranglah orang nak dapat kalau datang negara orang ni. Eheh..
Pengalaman bertemu doktor Ortho. Dekat Jepun ni, saya difahamkan tak ado klinik kerajaan macam dekat Malaysia tu. Konsep dekat sini, kalau sakit mata g klinik mata. Kalau sakit tulang, g klinik tulang. Kalau demam atau selsema baru g klinik biasa. Urmmm..part ni tak sure sangat sebab alhamdulillah, so far tak demam lagi. (^_^)

Eh! Dah kenapa tetiba pergi klinik Ortho ni??
Al-kisahnya, pada 7hb Januari 2014 langit cantik sangat. Tak sedar yang salji di jalanan sudah bertukar menjadi ais. Which mean, in certain area jalan sangat licin!

 

Yes.. As usual, facebook is the fastest medium to tell the story.
Dalam pukul 12tengah hari tu memang saya g klinik Ortho tu sendiri. Sebab dah tahu dekat mana. In fact, few days after snowboard tempoh hari, kohai ada tunjukkan. Which is not far from Kaikan. Kira jalan kaki je pun boleh sampailah. Saya ingatkan klinik dekat Jepun ni macam dekat Malaysia. Pergi je dapat jumpa doktor. Sebab tu saya pergi je. Walaupun sedor diri bahasa jepun saya level beginner-saya-budak-baru-nak-belajar-je. 

Kenapa tak ajak kohai temankan? Hehe.. sogan I. dahlah kohai semuanya otoko (lelaki). Bertambah-tambahlah segannya. So, konon-konon i-can-survive itu yang redah juga sendiri.

Tapi, masa g petang tu adalah kohai temankan. Memula memang tak bagi dia datang. Hahaha.. yes! Kau akan rasa macam sedang menyusahkan orang lain. But then, for them diorang rasa tak menyusahkan pun in fact, they are willing to help sebab diorang tahu kita ni sesama Malaysian and i can't speak nihongo! Ngeee.. Doumo Arigatou ne.. Thanks ALLAH sebab hadirkan orang-orang baik di sekeliling saya. Kau limpahkan rahmat dan kebaikan buat mereka seperti mana mereka memberikan kebaikan kepadaku..

 

Ini memang klinik pakar tulang. Jadi, boleh nampak replika tulang-tulang dalam consultation room ni. Dan alhamdulillah, the doctor can speak eigo (english). Tapi saya pula yang blur nak menjawab dalam bahasa english! Hahaha.. Alhamdulillah, sensei (doktor) kata no fracture bone. Both at my pelvis and hand. Al-maklumlah, ada case oooo jatuh tergelincir patah tulang. Jadi, adalah baiknya kita g check kan?..

 

Dapatlah kad perubatan ni. Lopaih ni kalau jatuh tergelincir terhentak sana sini bolehlah datang sini lagi buat pemeriksaan tulang. ngeeee...
Dalam facebook post di atas saya ada cakap pasal kad kesihatan dari National Health Insurance kan?

Yup! Setiap citizens even gaijin (foreigner) yang datang ke Jepun as student kena register with NHI ni. Benefits dia? Kalau pergi klinik atau hospital, tunjuk kad kesihatan ni kita kena bayar 30% je dari bayaran keseluruhan. Bila kata register dengan NHI, maksudnya kita kenalah bayar certain amount. Tapi, percayalah.. sangat worth it!
Contohnya, kali ni saya kena bayar 2,250Yen. Kalau tak ado kad tu, agaknya ichiman (10000Yen) jugalah kot.

Kalau convert memang nampak mahal. Tapi kalau leave it as it value kita akan rasa berbaloi sebab kita dapatkan perkhidmatan pakar + x-ray (4 keping) dengan harga tu. Eh, kalau convert rasanya harga tu lagi murah kot dari attend klinik pakar dekat Malaysia.

 

Selesai semuanya, dapatlah ubat-ubatan ini. Satu ubat tahan sakit (pill), satu lagi tu ubat untuk muscle stiffness dan 4 keping koyop a.k.a painkiller tampal-tampal. Best tau pakai painkiller tampal-tampal tu. Hahaha... memory habis!
Buku comel tu? Untuk rekod ubat-ubatan yang kita ambil. Sugoine!

Dannn...

 

Amboi doktor.. Banyak benor prescribe painkiller tampal-tampal ni dekat saya kan?
FYI, ubat di sini bukan FOC. Untuk semua yang saya dapat ni regenya 540Yen. Ok! Koyop tu banyak lebih. Agak-agak tegang urat lagi, bolehlah tampal-tampal lepaih ni. ye dok?

By the way, don't worry. Watashi ha(wa) daijyoubu desu!
I'm all alright.

Ja ne! 
 

 
 
 
 



Episode 14 : Snowboarding!

Friday, January 10, 2014

Subhanallah!
Alhamdulillah..
Memang tak terucap dengan kata-kata bila diberi peluang untuk bermain papan luncur salji. Sungguh.
Bagai tak tersusun lagi kata-kata untuk mengungkapkan rasa syukur tu.
22hb Disember tahun lepas (hehehe..macam dah lama sangat je tahun lepas tu.)
Ok..ok... 22hb Disember 2013
Kebetulan pula the next day tu, public holiday dekat Nihon ni. Jadinya, kohai-kohai (juniors) ajak g main Snowboard. Wow! Memang tak menolaklah kalau orang dah ngajak kan?

Dan....

 

Kihkihkih.. benda paling pantas dibuat adalah update di muka buku. sebab segalanya di hujung handset anda sahaja. Ngeee..

Kohai-kohai bawa main dekat  ジャングルスキー&スノーボードスクール. FYI, peralatan snowboard dan attire semuanya yang turun temurun dari senpai (senior) turun ke kohai. Gitulah tradisi yang saya faham..
Dan kebanyakkan kohai dekat sini adalah lelaki. And lately ni ada Ichinen (First Year) yang onna. Maksudnya ada 3 onna ichinen campur 1 onna ninen (second year). Dan baki yang lain semuanya otoko.. ohohoho...

Dan..masa g main snowboard ni, onna cuma dua orang je. Saya dan Nad (ichinen). Tempat main snowboard ni dekat Yamagata-Ken. Jadi, dari Yonezawa-shi saya sorang je lah onna sebelum bertemu dengan Nad yang duduk dekat Yamagata-ken. InsyaALLAH, bulan tiga tahun ni, kohai onna move in ke Yonezawa-shi. Adolah geng onna saya nanti.. (senyum)

 

Gambar-gambar ni crop dari facebook ja. Sebab bila tengok balik dalam folder gambar, tak transfer pun lagi gambor dari handphone ke laptop. Jadi, kita ambil je lah gambar dari facebook ye..

Sekurang-kurangnya, yang update dekat facebook ni ikhlas dari hati sebab live dari tempat kejadian. Eheh..

 

Dan sebagai penutup...

 

Seriusly.. suka giler dengan gambar ni. Thank Amri for this nice picsta! Mestilah kredit dekat orang yang ambil gambar kan. Sebab selalunya yang ambil gambar tak ada dia dalam gambar. 
Kenalkan.. Inilah kohai-kohai saya.. Baru 1/2 kot. Ada lagi 1/2. Maybe next time kita ambil gambor reramai lagi ye.

One of my wishlist:
SNOWBOARD

Done!
Yatta!
Doumo Arigatou Gozaimasu Minnasan!!! 
 
 P/s:
Maklumat tambahan.
Mesti ada yang nak tanya berapa kos nak main semua ni kan?
Ngeee....
Ok..untuk invitation kali ni, kesemuanya berkonsepkan tong-tong.
Errr..ada faham?
Maksudnya, minyak tong-tong. Snowboard item yang tak cukup pun kita tong-tong duit sewa. Tapi, fee entrance sendirian berhad.
Jadi, expenses breakdown untuk hari tu:
Minyak (dari Yonezawa - Jangle Jungle) = 650Yen pergi balik
Ticket Masuk = 2700Yen (6 hours ticket)
Rental board + kasut = 5000Yen (yang ini divide 5 orang dengan ichinen sebab tak cukup 1 board dan 1 kasut)

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik link dekat atas tu.
Tak pun, meh je klik link bawah ni:
 
 



Episode 13 : あけまして おめでとう ございます!

Assalamualaikum...

Holla!
1st entrie untuk tahun 2014.
Gomen neeee...

Semakin ketara penurunan post dalam blog sendiri. eheh..
Neway, allowed me to wish:

Akemashite Omedetou Gozaimasu!
Happy New Year Minnasannnn..
 Harap-harap belum terlambat..

Kalau nak tahu, dekat Jepun ni, winter break cuti seminggu. Dari 28hb Disember sampailah 5hb Januari. Nihonjin tak sambut christmas sangat. Tapi, they really celebrate New Year. Sebab tu winter break untuk かいしゃいん (kaishain) a.k.a pekerja syarikat bermula dari sebelum New Year sehingga selepas New Year.

 

Intro tak boleh panjang-panjangkan? Stay tuned kalau nak tahu apa yang saya buat during Winter Break hari tu.

Eh! Isnin (13.01.2014) ni Nippon cuti public holiday. oh yeah!
Ok! Got to go~
Bubbye..  



Episode 12 : Shodo (Calighraphy)

Saturday, December 21, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan pengalaman baru yang saya perolehi Jumaat lepas, 20122013.
Dekat International Lounge ada Shodo (Caligraphy) and origami session yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar High School dari kawasan berdekatan daigaku (Universiti). Lebih kurang 12-14 orang students dipantau oleh seorang Sensei. Diorang ni dari Kelab Bahasa Inggeris sekolah. But, unfortunately they don't even speak English with us!
Sigh~

Nganga nak faham apa yang cuba disampaikan. Hahaha...
Oh ya! Dan Gaijin (Foreigner) a.k.a student international yang ikut serta hanyalah 6-7 orang. Maksudnya di sini, 1 Gaijin + 2 Nihonjin. Hehehe... Memang private lessonlah.

Haaa..Jom saya kenalkan korang-korang semua dengan "peralatan" yang diperlukan untuk shodo ni. Not to be forget, barang-barang ni boleh beli dekat Supa. Urmmm...dekat Daiso ada ntah.. Tak usha pula..=D

 

Sebelum mula menulis kanji, perlu sediakan peralatan seperti di atas. Apakah semua ini?
Chotto matte kudasaiii..
I'll explain one by one.

1. ぼくじゅ (Bokuju)
Dakwat yang digunakan untuk penulisan kaligrafi kanji. 

 

2. ぶんち (Bunchi)
Semacam satu pemberat yang diletakkan di atas kertas kaligrafi (はんし) supaya kertas tidak bergerak ketika sedang menulis kanji.

 

3. ふで (Fude)
Ini yang paling utama. Berus! Kalau tak ada berus, tak boleh nak buat shodo. Berus ni ada dua jenis. katanya, yang besar untuk tulis perkataan kanji. dan yang kecil tu untuk tulis nama nanti. urrrmmm.... 

 

4. すみ (Sumi)
Semacam jenis batu yang digunakan untuk menggelek (?) dakwat (ぼくじゅ) yang dituang ke dalam すずみ(Suzumi). Tengok gambar seterusnya.

Haaaa... kalau korang suka tengok drama atau filem China, KOrea dan Japan yang berlatar belakangkan zaman Joseon and etc (zaman dolu-dolu) mesti dapat bayangkan macam mana kegunaan すみ ni. 

 

5. すずみ (suzumi)
Inilah bekas ぼくじゅ yang saya bagitahu tadi. Tuang ぼくじゅ dalam ni, lepas tu gelek dengan すみ, lepas tu bolehlah guna ふで dan seterusnya memulakan penulisan shodo. 

 

 Haaa... macam mana? menarik kan? actually, kalau nak belajar kaligrafi chinese pun, peralatannya sama sahaja. Mungkin namanya berbeza. dan kalau nak tahu, kebanyakan kanji jepun diambil dari kanji cina. Tak banyak bezalah.

Ini dulu ok!
Next entrie saya cerita pula pasal teknik penulisan dan stroke kanji yang saya belajar. Tapi tak adalah menjadi sangat pun.. hehehe...

 

Sekian~