Episode 15 : Doktor Ortho!

Saturday, January 11, 2014

Pengalaman ni mungkin jaranglah orang nak dapat kalau datang negara orang ni. Eheh..
Pengalaman bertemu doktor Ortho. Dekat Jepun ni, saya difahamkan tak ado klinik kerajaan macam dekat Malaysia tu. Konsep dekat sini, kalau sakit mata g klinik mata. Kalau sakit tulang, g klinik tulang. Kalau demam atau selsema baru g klinik biasa. Urmmm..part ni tak sure sangat sebab alhamdulillah, so far tak demam lagi. (^_^)

Eh! Dah kenapa tetiba pergi klinik Ortho ni??
Al-kisahnya, pada 7hb Januari 2014 langit cantik sangat. Tak sedar yang salji di jalanan sudah bertukar menjadi ais. Which mean, in certain area jalan sangat licin!

 

Yes.. As usual, facebook is the fastest medium to tell the story.
Dalam pukul 12tengah hari tu memang saya g klinik Ortho tu sendiri. Sebab dah tahu dekat mana. In fact, few days after snowboard tempoh hari, kohai ada tunjukkan. Which is not far from Kaikan. Kira jalan kaki je pun boleh sampailah. Saya ingatkan klinik dekat Jepun ni macam dekat Malaysia. Pergi je dapat jumpa doktor. Sebab tu saya pergi je. Walaupun sedor diri bahasa jepun saya level beginner-saya-budak-baru-nak-belajar-je. 

Kenapa tak ajak kohai temankan? Hehe.. sogan I. dahlah kohai semuanya otoko (lelaki). Bertambah-tambahlah segannya. So, konon-konon i-can-survive itu yang redah juga sendiri.

Tapi, masa g petang tu adalah kohai temankan. Memula memang tak bagi dia datang. Hahaha.. yes! Kau akan rasa macam sedang menyusahkan orang lain. But then, for them diorang rasa tak menyusahkan pun in fact, they are willing to help sebab diorang tahu kita ni sesama Malaysian and i can't speak nihongo! Ngeee.. Doumo Arigatou ne.. Thanks ALLAH sebab hadirkan orang-orang baik di sekeliling saya. Kau limpahkan rahmat dan kebaikan buat mereka seperti mana mereka memberikan kebaikan kepadaku..

 

Ini memang klinik pakar tulang. Jadi, boleh nampak replika tulang-tulang dalam consultation room ni. Dan alhamdulillah, the doctor can speak eigo (english). Tapi saya pula yang blur nak menjawab dalam bahasa english! Hahaha.. Alhamdulillah, sensei (doktor) kata no fracture bone. Both at my pelvis and hand. Al-maklumlah, ada case oooo jatuh tergelincir patah tulang. Jadi, adalah baiknya kita g check kan?..

 

Dapatlah kad perubatan ni. Lopaih ni kalau jatuh tergelincir terhentak sana sini bolehlah datang sini lagi buat pemeriksaan tulang. ngeeee...
Dalam facebook post di atas saya ada cakap pasal kad kesihatan dari National Health Insurance kan?

Yup! Setiap citizens even gaijin (foreigner) yang datang ke Jepun as student kena register with NHI ni. Benefits dia? Kalau pergi klinik atau hospital, tunjuk kad kesihatan ni kita kena bayar 30% je dari bayaran keseluruhan. Bila kata register dengan NHI, maksudnya kita kenalah bayar certain amount. Tapi, percayalah.. sangat worth it!
Contohnya, kali ni saya kena bayar 2,250Yen. Kalau tak ado kad tu, agaknya ichiman (10000Yen) jugalah kot.

Kalau convert memang nampak mahal. Tapi kalau leave it as it value kita akan rasa berbaloi sebab kita dapatkan perkhidmatan pakar + x-ray (4 keping) dengan harga tu. Eh, kalau convert rasanya harga tu lagi murah kot dari attend klinik pakar dekat Malaysia.

 

Selesai semuanya, dapatlah ubat-ubatan ini. Satu ubat tahan sakit (pill), satu lagi tu ubat untuk muscle stiffness dan 4 keping koyop a.k.a painkiller tampal-tampal. Best tau pakai painkiller tampal-tampal tu. Hahaha... memory habis!
Buku comel tu? Untuk rekod ubat-ubatan yang kita ambil. Sugoine!

Dannn...

 

Amboi doktor.. Banyak benor prescribe painkiller tampal-tampal ni dekat saya kan?
FYI, ubat di sini bukan FOC. Untuk semua yang saya dapat ni regenya 540Yen. Ok! Koyop tu banyak lebih. Agak-agak tegang urat lagi, bolehlah tampal-tampal lepaih ni. ye dok?

By the way, don't worry. Watashi ha(wa) daijyoubu desu!
I'm all alright.

Ja ne! 
 

 
 
 
 



0 comments: