LilyPie Gadget..berhati-hati menggunakannya.

Tuesday, June 22, 2010

Assalamualaikum...

Ogenki desuka... Yoroshiku Onegaishimasu...

Sekarang ni macam dah jadi blogger tegar je. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya keluar ber"blogwalking". Dari satu blog ke blog yang lain. Tinggal komen kat sana sinun. Dengan harapan orang datang balik ke blog saya dan merancakkan traffic di sini.. hahaha.. (ada udang di sebalik mee.)


Dalam berjalan-jalan ni, masuklah blog new mommy, new wed, mummy to be..and etc.. Blogger-blogger yang mendapat anak di usia muda...Mula-mula nak ucap tahniah.. Tahniah sebab dah berkahwin.. Tahniah juga sebab dalam proses nak dapat anak.. dan Tahniah juga pada yang dah dapat anak.

Thanks Mr.Google

Tapi....

Hehehe..bukan niat nak menjaga tepi kain orang.. tak mau pun..kain sendiri pun penat nak jaga..(kalau tengah pakai kainlah..) 

Tapi...

Pasal ini...dan



ini...

Ntahlah kenapa...bila ternampak je dua mende ni kat blog-blog yang saya singgah tu, tiba-tiba jadi nak kira-kira.. Bukan mengira bila saya nak berdua mahupun jadi bertiga. Ok!

Tapi berkira-kira usia anak dengan usia si suami & isteri hidup bersama..hehehe..bukan niat nak pikir benda jahat, tapi kalau nak letak dua mende alah ni, biorlah realistic sket.. Ini kadang-kadang saya tengok 

"We have been Married for 5months 3 weeks"

And...tuk pregnancy lak..

"i am 24 weeks another .... days to go"

ni contohlah.. kalau tak caya, cubalah jalan-jalan kat blog-blog yang ada widget ni.. Pastu sendiri analyze lah.. Kalau fikir-fikirkan secara logiknya,  macam tak logik pula usia kandungan lagi tua dari usia jadi suami isteri kan? sebab saya tahu semuanya nikah cara baik-baik...

Tapi, janganlah buat orang-orang seperti saya ni pening kepala. (Walaupun sendiri yang cari penyakit bagi pening..hahaha).- Rasa ingin tahu yang sangat kuat..Curiosity kill the cat..ye ke??

Thanks lagi Mr.Google

Sebelum nak letak kat blog widget ni, check dulu.. double check, tripple check.. buatlah brape kali check pun.. janji orang yang melihat tak salah sangka.. dan...tak juga pening-pening.. Sian kat kawan-kawan yang dekat ngan saya..ikut pening sama.. siap kuarkan kalendar masing-masing sebab nak kira juga..

Dari Mr.Google

P/s : Ini bukan nak mengata mahupun menghentam sesiapa.. Just peringatan pada blogger-blogger yang ada letak widget ni.. Be careful dengan apa yang kita letak..


17 comments:

fiqkbe said...

hang la ni ajak aku pening skali. ni ngah pening kepala ni ha.

Cik Sara said...

Fiq..walaweh..baru jumpa satu hari ni..dah pening ke? hohoho..sebelum ni lagi pening..

Hariz said...

Saya x letak widget itu :)
so jangan pening ketika ke blog saya yea :)

Cik Sara said...

Hariz - Hahaha..baik..tak pening untuk ke blog anda..

aiDieNa said...

Tak payah nak pening cik Sara.. bagi menjelaskan kedudukan sebenar.. saya raser org yg cik Sara terjah tu mmg betul nikah dulu baru buat anak.. sebabnyer.. pengiraan minggu dalam mengandung mengikut medical term adalah selama 40 minggu.. sekiranya anak itu terbuah di malam pertama perkahwinan makanyer.. minggu mengandung akan dikira dari tarikh akhir hari pertama akhir period.. sedangkan maser tu belom pon nikah kan... jadi bukan salah org yg mengandung... memang medical term macam tu... cara kiraan hari mengandung.. itu bukan anak luar nikah... pening lagi ker??

icee-yah said...

em..betul tu kena check dulu kan..

diriku said...

xpyh pening klu xletak..he2

Hazirah Barakbah said...

hahaha. aku lah selalu jd mangsa pikirkan masalah ang tu. fiq buat taktau jaa. haha, ang pelik aku lagi hairann :D

Cik Sara said...

Aidiena - owh...tak faham..hehehhe...fail sket biologi ni.. bab calculation je lepas.. Cakap berdasarkan pengalaman ek?

Cik Sara said...

Hazirah Barakbah - yeay..pagi2 buat pening lagi..pi berguru ngan cikgu bio len..hahaha

nIsYa said...

adeehhh...

tetiba rase berdenyut2 pale nih.. pening memikirkannya...

heheeee

Qib said...

em.. zaman skrang3 apa2 leh jadik

Unknown said...

Cara kira berapa minggu mengandung memang mcm tu. doktor akan tanya tarikh last period.

Maksudnya, kalau malam pertama baby dah jadi (sperm & ovum disenyawakan) contohnya 01.01.2010. Tapi perempuan tu punya last period contohnya 12.12.2009 (sebelum kawen). Doktor akan ambil tarikh 12.12.2009 tu. Lantak la ko kawen 01.01.2010.

Kiraan mengandung memang gitu. Nanti tuan blog dah ada pengalaman sendiri baru akan faham ok.. ;)

Cik Sara said...

Mommy Pinky - ('o,')
Owh ek? Okey, tapi should be beza nya tak jauh sangat kot..

Neway, tak lama lagi Mommy Pinky akan dapat anak.. Jaga kesihatan jaga baby ya! Balas komen ni pas masuk labour room...

toing..toing..hehehe

Cik Sara said...

nisya - dah.. jgn pening2 lagi.. hehehe

nabilah_2908 said...

hehehe..siap keluarkan kelender tu.. :)

myb mereka yg guna widget ni..tkpersan.. :)

thnks cz sudi follow APA KATA HATI..keep in touch ya.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
POP OUT ADS

Cik Sara said...

Nabilah - Thanks gak sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa ni.. ('o,')