Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Episode 61: Ramadhan Kareem

Friday, July 4, 2014

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Al-Baqarah, Ayat 183

"(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang memberat menjalankannya wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi, barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka wajib menggantinya, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah Menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak Menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya dan diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."

Al-Baqarah, Ayat 184-185


Dalam Al-Quran dah sebut tentang "WAJIBNYA BERPUASA". Dan WAJIB mengantikan puasa yang ditinggalkan.

Ramadhan datang hanya sebulan. 
"Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka,dirantai dibelenggu para syaitan" - Hadis Riwayat Muslim

Bulan yang sangat berkah untuk kita mengejar rahmat ALLAH. InsyaALLAH.



It's Ramadhan! : Day 01 - Day 06

Monday, July 15, 2013

It's Ramadhan!


Ramadhan Day-1
Set a Mission(s)


Ramadhan Day-2
The Holy Quran is your BESTEST Friend!


Ramadhan Day-3
Make Dua' 
loads and loads and loads and loads of Dua's


Ramadhan Day-4
Tarawikh Prayes, Here We GO!!


Ramadhan Day-5
Providing Meal (Iftar) for the fasting ones
 

Ramadhan Day-6
Guard Your Senses!


Subhanallah..
It's Ramadhan Day-6..
Bagi yang bersungguh pasti beroleh janji-NYA..
Salam Ramadhan!




Mari berdoa~

Friday, April 26, 2013

Mari berdoa sebelum kita menuntut ilmu..
Semoga ilmu yang kita perolehi ini akan membawa barakah bukan kepada diri kita sahaja, bahkan membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling dan agama.. ^^,

 






Bismillahirahmanirahi...

Yok..

Oh ya!
Dah doakan kedua ibu bapa kita?


Jom mulakan...
 



Jom Kitar Semula

Sunday, April 14, 2013

Hai olls...
Assalamualaikum...

Ok.. Hari ni I keluar date dengan Mimito a.k.a pemilik blog Kerana Lily. Sebelum bergelar blogger, dia kawan saya. Hehehe... Lama kan dia tak update blog? Orang tengah busy tau!
Tapi hari ni, kitorang jumpa juga..


Sebab nak bersteamboat dan berbbq..
Mimito kata dia tak pernah jejak kaki lagi ke sini.. Jadi, saya bawakan..
Dekat mana?
Seoul Garden, KL Festival City!
Muahaha...
Hari ni ambil feeling Korean gitu..

Lepas tu kitorang jalan-jalan dalam KL Festival City tu.
Dan di ruangan tengah tu tengah ada pameran LOVING EARTH = LOVING SELF..

Memula, dari tingkat atas kitorang teruja tengok bumi ni:


Macam awesome kan?
Kreatif sungguh...
Lepas tu kitorang pun turun laju-laju sebab nak tengok apa lagi yang ada dekat situ..
Dan nampaklah ini:


Perghhhhh....
Kreatif kan?
Guna cardboard je.
Ada banyak lagi.. 
Nanti saya update gambar-gambarnya dalam blog lagi satu..

Yang paling menarik adalah....


Dari botol minuman kita boleh hasilkan tekstil baru!
Eco Scarf, eco shirt, eco tote bag, sport vest and even eco blanket!
Dan nak tahu?
Material yang dihasilkan itu mempunyai kualiti yang setanding dengan material tekstil yang lain. Sungguh!..

Jadi, kenapa perlu dibuang menjadi sampah yang akhirnya mengotorkan bumi kita?
Ayuh..
Kumpul dan hantar kepada mereka untuk dikitar dan diguna semula..
Kertas, Tin, Botol minuman, botol kaca semuanya ada kegunaan sekunder yang lain..
Bantu mereka untuk selamatkan bumi kita..

Nak tahu lebih banyak?
Kalau yang tinggal berdekatan, bolehlah datang ke pameran mereka yang akan diadakan sehingga 22hb April ini di KL Festival City..
Lihat dan rasainya sendiri..

 



Berhati-hati dalam setiap langkahmu!

Wednesday, December 19, 2012

Masya ALLAH!!!
Pagi-pagi lagi dah dapat berita ni:

"Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai sebelum seorang lelaki berumur lingkungan 20-an tidak dikenali menekup muka mangsa dari belakang sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran."

Fuhhhh... LRT Sri Rampai! Laluan utama tu.. Ya ALLAH! Ya ALLAH! Semoga kami sentiasa dalam lindungan-MU. Amin..

Nak berita penuh, klik link bawah ni:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dirogol-ketika-balik-kerja-1.113712
 

Kena selalu berhati-hati. Tak kiralah dekat mana pun. Dah terlalu ramai sangat manusia yang bertopengkan binatang. Sanggup buat apa sahaja demi memuaskan nafsu serakah..

Wahai gadis-gadis di luar sana.. Pelihara akhlak mu.. Pelihara adab berpakaian mu.. Semoga kita sentiasa dalam redha dan barakah Ilahi.. Semoga kita sentiasa dalam lindungan-NYA dalam setiap derap langkah kita..

Omo..omo... semakin hambo takut nak keluaq sensorang dekat situ.. Dua hari lepas ada kejadian rompakan dekat Pasaraya KK Mart Taman Sri Rampai tu kan? Fiuuu.. I always take that road kalau nak pi pekena mamak Ali Maju, tak pun Cendol Wahab. Doakan saya selamat dari semua musibah ini ye awak-awak..

p/s: Dah ler hujung minggu dok buat tak do kijo jenjalan dalam JJ Wangsa Maju sensorang..Huhuhu... Semua tu black area!!



Topup Iman : Bermusafirlah

Friday, October 12, 2012


Imam al-Syafi'i:
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia."

gambar en.google!
 




Love Letter #10 : Sabar

Sunday, August 12, 2012


Wahai Muhammad! Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Surah Al-Anfal : Ayat 65



p/s : Mereka tidak mengerti bahawa berperang itu haruslah untuk membela keyakinan dan menaati perintah ALLAH. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliah dan maksud-maksud duniawi lainnya.
 




Love Letter #7

Friday, August 3, 2012


Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka menjadi (terpecah) dalam golongan-golongan, sedikit pun bukan tanggungjawabmu (Muhammad) atas mereka. Sesungguhnya urusan mereka (terserah) kepada ALLAH. Kemudian DIA akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. 

Ayat 159 : Surah Al-An'am


Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi).

Ayat 160 : Surah Al-An'am

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya Tuhanku telah memberikan petunjuk ke jalan yang lurus, agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus. Dia (Ibrahim) tidak termasuk orang-orang musyrik."

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-NYA, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (Muslim)."

Ayat 161-162 : Surah Al-An'am

 
Katakanlah (Muhammad), "Apakah (patut) aku mencari tuhan selain ALLAH, padahal Dia-lah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmu lah kamu kembali dan akan Diberitahukan-NYA kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan."

Ayat 164 : Surah Al-An'am

Dan DIA-lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk menguji kamu atas (kurnia) yang diberikan-NYA kepadamu. Sesungguhnya Tuhan-mu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, DIA Maha Pengampun,Maha Penyayang.

Ayat 165 : Surah Al-An'am

Saya agak tertarik dengan penghujung Surah Al-An'am ini. Surah ke-6 dalam Al-Quran. Dalam satu muka surat sahaja ada banyak intipati dan ayat-ayat ALLAH yang wajar kita jadikan iktibar. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam menterjemah dan mentafsir setiap ayat-ayat itu, tapi ayatnya banyak yang terkesan di hati saya. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. Allah yang menciptakan sekalian alam. Renung-renungkan dan selamat beramal..~     




Topup Iman : Rapatkan Safff..

Friday, July 27, 2012



"Sesungguhnya ALLAH dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf."

Inilah senario yang biasa terjadi. Bila bawa sejadah sendiri, masa imam sebut "Rapatkan dan luruskan safff.." hakikat yang berlaku hanyalah sejadah yang dirapatkan..

Semoga kita beroleh iktibar dari perkongsian kali ini..Terutamanya ketika menunaikan solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ni..
(^o,^)

Salam Ramadhan dan selamat berterawih..
Rapat dan luruskan safff...



Love Letter #6 : Kun Fa Ya kun

Wednesday, July 25, 2012


Dialah yang Menciptakan langit dan bumi dengan hak(benar), ketika Dia berkata, "Jadilah!". Maka jadilah sesuatu itu. Firman-Nya adalah benar dan milik-Nya lah segala kekuasaan pada waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti.

-Ayat 73, Surah Al-An'am




Tutorial : Save Webpage

Haaaa....salam ramadhan semua.. dah lama tak bersiaran untuk tutorial kan? al-maklumlah..tak tahu apa yang nak ditutorkan kepada kamu semua. Tapi... hari ni rasanya nak share somethinglah.. Sempena bulan ramadhan yang penuh berkah ni, apa salahnya kita berkongsi maklumat kan? 

Okkk..pernah tak..atau ada tak yang ada pengalaman tengah dok sibuk-sibuk cari artikel bagai, kita sampai ke html web. Maksudnya, artikel tu tak buleh nak save as pdf. Tak pun, tak boleh nak download + save word format? Kalau nak save, option yang ada cumalah save as web page. Ada tak? Lepas tu jadilah mozilla/chrome dekat dalam folder kita. Pernah? Tak pernah tak apalah.. Hari ni saya nak share cara nak save artikel tu ke pdf format.

Memula, bukalah apa-apa artikel yang korang berkenan atau fall in love. Lepas tu...

1. Kalau untuk pengguna mozilla firefox, ace g click dekat Firefox tu -> Print -> Print. Dapatlah macam kat gambar bawah ni..


2. Akan keluar pop up window ni. Pilihlah nama printer kalau rasa nak print terus. Kalau tak, cuba cari option Send to OneNote 2007 (make sure menatang ni already install in your laptoplah..)
 
 

Dan akan berlakulah proses seperti di bawahhh...
 

dan di bawah ni...
 

3. Haaa.. automatic page OneNote akan buka. macam dekat bawah ni..
 

4. Lepas tuuu.. Pilih File -> Publish as PDF or XPS. Exactly macam gambar dekat bawah ni..
 

5. Haaa..pastu macam biasalah.. bagi nama dekat dia..


Dan berlakulah proses saving.....

6. akhir sekali, cuba buka folder tempat korang save tadi.. Haaa.. kan dah ada.. ehehe..tak payahlah simpan web page lagi..=D
 

 



Love Letter #4

Tuesday, July 24, 2012


Tidakkah mereka memperhatikan beberapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka.

- Ayat 6. Surah Al-An'am




Bawa handphone ke sekolah??

Wednesday, July 18, 2012

Urmmmmm.. apa yang nak diherankan sangat?? Ye tak?
Zaman berubah. Sekarang ni handphone tu bukan lagi satu kehendak. Tapi dah jadi satu keperluan. Keperluan hidup! Tak ada handphone, nanti tak boleh hidup. Skeptikel!. Beberapa tahun kebelakangan ni pun, masa kerajaan dan pihak sekolah keluar "arahan" di larang membawa handphone apatah lagi gadget yang lain ke sekolah, bising juga kan?? Pung pang pung pang keluar kat paper. Bila sekolah bertegas juga tak bagi budak bawa handphone datang sekolah, ingat budak nak ikut ke? Tetap songlap bawa telefon datang sekolah. Terutamanya yang duduk hostel. Betul tak?? Tak payah nak gebanglah. Saya pun pernah masuk sekolah juga. Cumanya zaman saya masuk sekolah, telefon yang ada tak adalah berapa nak pintar macam telefon-telefon pintar yang ada sekarang nih. 

Tepuk dada, tanya diri. Berapa ramai antara kita yang dulunya cikgu kata "dilarang bawa handphone,walkman, kamera and bla bla bla ke sekolah", tapi kita still bawa. Tak kiralah yang stok duduk sekolah harian ke, sekolah separa harian+asrama ataupun sekolah asrama penuh. Mesti ada jugalah. Peraturan kan manusia buat untuk dilanggar? Hahaha... Sedangkan peraturan ALLAH pun ramai yang langgaq ikut suka hati jiwa raga, inikan peraturan manusia?? Gila ayat kontroversi aku tulis hari nii..


Ok, pasal kerajaan benarkan handphone dan gadget di bawa ke sekolah mulai sesi pembelajaran tahun depan. Saya tak kata saya setuju. Cumanya, kalau kerajaan dengan pihak sekolah kata jangan, budak tetap bawakan? Mak bapak tetap belikan handphone untuk anak-anakkan? Ada tu, siap topupkan lagi untuk anak-anak. Jadi, apa nak heran kalau kerajaan keluar arahan benarkan?? ehehe.. Itulah cabaran yang perlu di hadapi cikgu-cikgu muda zaman sekarang. Zaman dah semakin berubah. Teknik pengajaran dan pembelajaran pun perlu berubah.=D

Tentang budaya menunjuk-nunjuk, hasad dengki, kes curi mencuri.. Haaaa...di sinilah peranan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kena mainkan. Bukan main-main. Tapi, cari SESUATU untuk disuntik dalam diri pelajar ni agar dapat memanfaatkan seluruh kemudahan dan keselesaan yang disediakan. Eh, SESUATU untuk disuntik itu bukan bermakna sesuatu yang bersifat materi dan fizikal, tapiiii..... yang bersifat rohani, intellektual dan spiritual. Sebab cara seseorang itu berfikir dipengaruhi sifat dalaman yang diperolehnya. Kalau dalaman itu pun dah rosak, of courselah cara berfikirnya asyik negatif je.

Yang mak bapak pula, dah belikan anak-anak telefon pintar seorang sebiji tu, kalau rasa nak suruh anak bawa pergi sekolah, bagilah tazkirah rohani dulu. Agak-agak dah lulus, baru lepaskan anak-anak ke sekolah. Jangan nak harap cikgu je didik anak-anak tu. Sambil-sambil tu, pantaulah keputusan akademik anak-anak tu juga. Kalau rasa keputusan tak memberansangkan, tunggu apa lagi? Catulah handphone tu. They want something, they need to give something. Betul tak? Biarlah berapa banyak pun arahan yang keluar dari kerajaan pasal penggunaan handphone dan gadget lain di sekolah, kalau ibu bapa tahu main peranan, anak-anak tak akan nak buat aktiviti tunjuk menunjuk handphone dekat sekolah. Tak adalah kes mencuri, apakah lagi perkara negatif yang lain.

Sungguh! Pendidikan yang sebenar bermula dari rumah. So, jangan mudah goyah dengan kebenaran yang kerajaan baru keluarkan. Kerajaan dah mainkan peranan dia. Pihak sekolah pun perlu ada garis panduan untuk mainkan peranan mereka. Cikgu-cikgu pun tak terkecuali. Ha! Ibu bapa? Lagi..lagilah..lagilah kena mainkan peranan yang sangat-sangat penting. Jangan asyik nak membentak dan membantah, tapi fikirkan akibat, musabab dan apa solusi yang boleh diambil? Tak salahkan? Sesekali fikirkan apa solusi yang boleh di ambil??

Pssttt:// Majalah solusi baru dah keluar ke ek? nak g beli nih..ha! Jangan telefon je pintar. orang yang guna pun kenalah "pintar" juga..eheheh..
   



Love Letter #2

Friday, July 6, 2012


"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak disengaja(untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafaratnya(denda pelanggaran sumpah) ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaratnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarat sumpah-sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan hukum-hukumNYA kepadamu agar kamu bersyukur (kepada-NYA)"

Surah Al-Maidah : 89



Topup Iman : 4T

Sunday, June 17, 2012

Salam Ahad!!..

Walla..walla..walla.. Tengah buat apakah? Ini adalah entrie ke-677 sepanjang saya berblog! Huhuhuhu... Ya ALLAH, apalah yang dah aku mengarut-ngarut dalam penulisan blog a.k.a e-diary ini?? Semoga tiada yang merepek dan bertentangan dengan akidah. InsyaALLAH..

Haaa.. untuk topup Iman kali ni, nak kongsikan tentang 4T. 4T yang sangat-sangat kita perlukan sebagai hamba ALLAH. Sumber? Ikim.fm siaran pagi tadi..

Sebagai hamba ALLAH, kita perlukan 4T ini. Apakah?
  1. Tauhid
  2. Tasbih (Segala pujia-pujian kerana ALLAH S.W.T)
  3. Tunduk (Dihadapan ALLAH)
  4. Tawadhuk 
Ok. Yang saya sangat tertarik adalah berhubung point ke-2 dan ke-3. Sebab kita selalu tertinggal dua point ini. Tak percaya? Jom tengok situasi ini.

Minah : Alololo...comelnya baby niii..
Ali : Comelkan? tengoklah sapa mak dan ayahnya....

Urmmm.. nampakkan? Kita tak bertasbih pada ALLAH.. Sedangkan kita sangat dituntut segala puji-pujian kerana ALLAH... Subhanallah, comelnya baby ni.. Indahnya ciptaan ALLAH yang menjadikan setiap satu hambanya..

Sebab apa?? Haaa.. sebab tak semua ibu bapa yang cantik dan segak, anak dia akan comel dan segak juga. Semuanya ALLAH yang tentukan. Jadi, bukankah sewajarnya kita berikan puji-pujian itu kerana ALLAH s.w.t. Penciptaan ALLAH yang MAHA sempurna. MasyaALLAH..

Tunduk di hadapan ALLAH. Maksudnya, janganlah kita terlalu ego mendabik dada. Terus-terusan meletakkan kesalahan itu pada ALLAH. Hakikatnya, sebagai hamba kita perlu tunduk di hadapan ALLAH. Mengakui kesalahan sendiri. Ya ALLAH, sungguh aku khilaf. Tidak meminta petunjuk daripada sebelum mengambil keputusan ini. Dan aku akui inilah hasil kepada kekhilafanku sendiri.

Contohlah.. masa nak kahwin, tak nak buat solat istikharah minta petunjuk ALLAH. Ikut sangat rasa suka. Bila dah berkahwin, keluarga tak bahagia, kita salahkan ALLAH. kita lupa untuk tunduk kepada ALLAH mengakui itu adalah salah kita. Astaqfirullah.. Ya ALLAH, ampunkan segala dosa dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Sungguh! Aku lupa!..

Hehehe..gambar ni macam ada unsur pengajaran je disitu.. Contohlah ini yang berlaku.. Emak-emak, ayah-ayah nak salahkan ALLAH juga ke? Nak meninggi ego juga ke? Anak-anak?? Nak salahkan ibu bapa sebab tak beri didikan yang betul? Enough! Hentikan. Kembalilah kepada ALLAH.. Sehina-hina diri kita, tunduk dan mohonlah kemaafan dari ALLAH. Akuilah kesilapan yang dah kita lakukan. Allah maha mendengar setiap rintihan hamba-NYA. Ingat! 1 jari kita tunding pada orang lain, 4 lagi akan kembali kepada kita. Jadi, tunduk! tunduk dan mohonlah keampunan dari Tuhanmu. Cukuplah yang lalu kita jadikan teladan atas keegoan kita..
 
Sungguh! Carilah kemuliaan di sisi ALLAH dengan memohon keampunan ALLAH dan sentiasa menyerah diri kepada ALLAH. ^^, smile~

Dan sebagai penutup, saya kongsikan pula 4 perkara yang boleh menjadikan kita seorang manusia yang hina..
  1. Kalau kita menyerahkan hidup pada SYAITAN.
  2. Ketika kita mengikut hawa nafsu sama ada sepanjang waktu atau ada ketika dan waktunya.
  3. Ketika kita tidak berbuat baik dengan ALLAH dan insan lain.
  4. Ketika kita hilang kepercayaan kepada ALLAH.
Astaqfirullah.. Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Ini hanyalah perkongsian untuk peringatan buat diri sendiri dan kalian semua.. Wallahualam...