Menu hujung Minggu

Monday, June 28, 2010

Assalamualaikum..

Yoroshiku Onegaishimasu....

Entrie kali ni nak share resepi kek lapis...Eh, silap..kuih lapis..eh, pesal bunyi pelik ek? ala..kuih yang buat berlapis-lapis tu.. biasanya warna resmi dia putih ngan pink.. Ha..yang itulah..

Petang tu, mak suruh buat kuih lapis ni.. Siap buka buku resepi lagi suruh buat.. Memandangkan saya seorang yang sangat malas hendak keluar rumah, makanya adik-adik menjadi mangsa.. Dikerahnya mereka pergi ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan.. Tak susah pun..

Meh nak kongsi step by step...

1st, korang g kedai runcit kat depan ke, belakang umah ke, kat mana-mana je lah.. Beli 1 paket tepung gandum, 1 paket tepung kanji, 1 paket tepung beras, pewarna and santan dari sebiji kelapa..urmm beli yang ini je lah sebab stok ni bukan slalo ada kat umah..

then, ambil bekas yang agak-agak korang besarlah. Sebab kena uat sampai adunan tu cukup 12 cawan. Ek? Macam mana tu? Tak pe, teruskan membaca..anda akan dibawa kepada penyelesaiannya.

Amik 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung beras + 1 cawan tepung ubi + 2.5 cawan gula + santan... Hahaha..korang campur je semua ni dalam bekas besar tadi. Kacau-kacau jangan sampai ada ketul-ketul ok..

Pastu, tambah ayaq.. Santan tadi dah berayaq kan? So, tambah ayaq sket dulu. Kalau cair sangat nanti, tak jadi kuih.

Dah sebati sume adunan.. tak de ketul-ketul dah, now amik 2 bekas yang lebih kurang sama saiznya. Pastu gunakan cawan yang sama, divide adunan yang dah buat tadi kepada 2 bahagian. maknanya, 1 bekas = 6 cawan..so, 2 bekas ada dalam 12 cawan..

1 bekas, letak warna merah.. jangan banyak sangat..biar warna dia macam pink-pink gitu.. Pastu satu lagi biar natural. Tapi nak letak banyak-banyak warna pun bleh.. letak hijau kuning ke, merah kuning ke..ikut rasa hati.. yang nak makan nanti awak-awak semua..

Sementara tu, letak periuk kukus atas api. Agak-agak wap dah berkepui-kepui naik atas, letaklah loyang kat dalam periuk kukus tu. Eh,jangan lupa plak nak letak ayaq kat part yang bawah sekali tu!!

Biar loyang tu tanpa isi dalam 5 minit cenggitu, pastu, masuk 1 cawan adunan yang natural tadi. Tutup periuk kukus tu. Tunggu sampai adunan tu masak, pastu masukkan another layer. 1 cawan gak ok! jangan lebih-lebih.buatlah berselang-seli sebab dah nama pun kuih lapis. 

Kukuslah sampai masak..Biarkan sejuk...dan sedia untuk dihidang..

Walaweh, tak de gambar nak share sebab tangan full dengan tepung gomak ni..hehehe..neway, enjoy the menu.. Murah, mudah lagi jimat..




6 comments:

fiq said...

wah, bleh la bwk mai masa jamuan kita nnt. nk rsa gak =P

Cik Sara said...

Hahaha..nak makan yang ini? night before pun bleh buat.. tak yah jaga pagi-pagi sangat.. hehehe

nabilah_2908 said...

hoho...mcm2 tepung guna... :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
BLUEBERRY CHEESE TART

nisya said...

ape kata..

sara buat..

then..

pos kat sya.

ok tak?

:)

FyZa said...

pic x dak ke? ;p

Cik Sara said...

Fyza-urmm..tak sempat nak snap gambar..dah masuk perut dulu..hehehe..nanti laen kali kalau saya buat lagi, saya amik gambarnya..