Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Episode 66 : Bila masuk dapur

Saturday, November 1, 2014

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!




Episode 59: Daging Masak Lompap

Thursday, July 3, 2014

Ramai yang tanya saya apa Daging Masak Lompap tu? First time dengar.
Well..well..well..

Saya pun first time dengar. Secara tak sengaja tertonton ばんぐみ 5 rencah 5 rasa dekat tonton.com. Katanya masakan orang nogori. Iye ke? Jadi, sempena Ramadhan yang hadir ni, saya berazam untuk cuba masak Daging Masak Lompap ni.

Bahan-bahannya adalah:

Kisar (1/2 biji Bawang holland + 3 ulas bawang putih + sedikit halia + serai + cili hijau + cili padi )
Minyak
Daging secukupnya
asam keping
garam dan perasa
Batang Celery

 
 Nak potong daging ni, ada caranya. Kalau tak kena cara, liat jadinya. Tapi sebab saya ni memang tak reti potong daging, saya potong ikut suka hati jelah. Jadi, kalau ada yang terliat tu, minta halal masuk perut je lah.. kihkihkih...

Ok. Cara memasak adalah begini:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga masak. Masukkan daging, asam keping, garam dan perasa. Oh ya! sedikit gula. Tutup periuk dan masak atas api kecil. Biarkan selama lebih kurang 10minit. Plus minus ajelah..

Bila dah kering, buangkan asam keping tadi dan masukkan batang celery yang dah dipotong kecil. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Lepas tu, bolehlah tutup api, dah sedia untuk di makan!

Dari pemerhatian saya, daging masak lompap ni macam nak masak kari hijau. Bezanya, masak lompap tak guna santan. 

Itu sahaja kekdahnya. mudah kan? Selamat memasak!  
 



Episode 58: Nasi Goreng Kampung Yonezawa

Sesuka hati je bagi nama kan?
Kenapa Nasi goreng kampung Yonezawa? Asalnya, nak buat nasi goreng kampung tapi tak ada kangkung daaaa... Kebetulan pula dekat Yone ni, mudah sungguh dapat celery makanya jadilah nasi goreng kampung Yonezawa. Ngeeeee...


Bahan-bahannya:

Kisar bahan-bahan ini : 2ulas Bawang putih + 1/2 biji Bawang holland + 4 biji cili padi (cili padi jepun ni pedas giler, sebab tu guna sikit je) + 1 biji cili hijau + sedikit belacan

Sotong (ayam pun boleh)
Ikan bilis yang dah siap digoreng
Daun Celery
Nasi putih
Garam dan perasa

Ini pun salah satu senarai dalam Azam Ramadhan Sara. (^____^)
Nak masak nasi goreng ni mudah je.

Panaskan minyak, lepas tu tumis bahan yang dah dikisar tu. Bila bahan tumis dah masak, masukkan sotong. Beberapa minit kemudian, masukkan daun celery, nasi putih dan digaul rata. Masukkan garam dan perasa. Dan akhir sekali masukkan ikan bilis. Goreng lah nasi tu.. Dan siap untuk dihidang dan dimasak. Saya makan dengan sotong goreng tepung.

Nasi goreng ni hak ekslusif masing-masing. Resepi tu tertakluk pada kreativiti masing-masing. Sebab pada saya, tak ada resepi rigid pun untuk masak nasi goreng. Do it yourself and be creative!

Selamat berpuasa dan selamat berbuka!!! 



Episode 57 : Sotong goreng Tepung

Assalamualaikummmmmm...
Dah masuk Ramadhan D-5. Semoga masih kuat untuk terus berpuasa. Hari ni nak kongsikan resepi Sotong Goreng Tepung yang ranggup dan tidak meletup-letup ketika digoreng. Manalah tahu.....
 Kot-kot ada yang nak buat untuk juadah berbuka petang ni kan? 
Dengan tema : Azam Ramadhan Sara, jom kita tengok bahan-bahannya:

+ Sotong secukupnya. Potong bulat-bulat.
+ Sebiji telur (atau lebih)
+ Tepung Gandum secukupnya
+ Sedikit Garam dan perasa
+ Minyak secukupnya


Ok. sebelum nak masak, pastikan sotong dibasuh bersih dan dipotong bulat-bulat. Sotong dekat Jepun ni, besar-besar jugalah. Dan disebabkan saya memang sukaaaa makan sotong goreng tepung, saya buat lebih sikit. Boleh ratah-ratah sambil buat kerja waktu malam kan.. hehehe..

Lepas dah potong dan basuh, lap sikit dengan kitchen napkin. Nak bagi kering sket. Lepas tu,gaul sotong dengan garam dan sedikit perasa. Biarkan beberapa minit dan kemudiannya masukkan tepung gandum. Gaul rata. Dalam satu bekas lain, pukul telur. Celup sotong ni ke dalam telur. 

Dan celup dalam telur, golekkan dalam tepung gandum sampai hampir keseluruhannya bersalut. Bila minyak dah panas, masukkan sotong yang dah dicelup tu satu persatu. Dan digoreng sehingga masak.

Daaaa... siap untuk di makan. Tapi, lotihlah nak buat. hehehe... Diharapkan anda rajin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati. =D

Selamat berpuasa dan selamat berbuka nantiiiiii...




Sudu + Garfu : The Loaf

Thursday, July 4, 2013




Gambaq blurrrr!!!
Macam tuan tanah yang blurr juga ni gara-gara ambil Caramel Latte petang semalam..
Dan end up tak boleh tidur till subuh walaupun badan dah super exhausted (Gara-gara kemas bilik! Nanti i story later on)

Oh ye!
Semalam singgah The Loaf dekat Sogo nun..
Kalau tak salah, The Loaf ni kedai roti Tun Mahathir kan?
Kalau tak salahlah..
Kalau salah, hambo minta maaf deh..
Kihkihkih..

Sebelum ni, rasanya dekat situ Secret Recipe.
Dah bertukar?

Tak kisahlah...
Nak ceritanya, semalam we all minum petang dekat situ..


Ada beraneka jenis bread. Jadi, sangat sesuailah untuk penggemar-penggemar roti.
Boleh take away.. Atau duduk dan makan di situ sambil melayan lagu-lagu dari band jalanan. Best!


Cumaaaa....


French Toast dia kureng sketlah..
Huhuhu..
Roti keras!
Sedih i~..
Luaran dah cantik dan nampak menyelerakan..
Tapiiii...
French Toast memang tak panas ek?
Hahaha...

Atau saya yang memang tak fit dengan roti-roti ni?
Overall, not bad. (^_^)

So, untuk penggemar roti, bolehlah minum petang atau high tea dekat sini..
Ngeee..




Sudu + Garfu: Pizza San Francisco

Tuesday, July 2, 2013

But...
I'm still in Malaysia..

Saya tak pastilah kalau kamu-kamu semua familiar atau tidak dengan Restoran Pizza San Francisco ni.As for me, this is my first time.
Ye... Banyak yang first time..
Maklumlah..
Kampung sket.. Hehehe...



Restoran Pizza San Franscisco yang saya pergi ni terletak di dalam bangunan KL Festival City.
Owner restoran ni orang Melayu! Kebetulan pula beliau ada. (^_^)

Tapi.. dekat sini kitorang tak order pizza pun.
As usual, pergi masa kebulur, memang tak boleh nak fikir makan pizza semata-matalah..
Saya order pasta kalau tak salah.


Seafood Spagetti. Sos dia yang pedas-pedas tu sangat sedap.
Grrrr... terliur lagiiii...
Inilah jadinya kalau dilambat-lambatkan update!
Urghhhh....


Suasana dalam restoran pun best.. Tenang je.. Romantik habaq kat hang. Sessuai sangatlah kalau nak ngedate dengan the other half. Hehehe...


Boleh juga pilih sandwich macam ni..

Makanan dekat sini sangat ohsem! Harga pun affordable. But something that you can't it always unless you have tons of money.
Frankly speaking..
Atau...
Saya seorang yang kedekut?
Hahahaha...

But i wish, i wanna come here again..
And have some other delicious dishes..
Nyum..nyum..nyummmm...



Sudu + Garfu : Black Canyon Coffee

Thursday, June 27, 2013

Bertemu lagi kita...
Sambil-sambil menulis reflection dalam research book, kita update blog kejap ye...
Rasa dah lama sangat tak membebel dekat sini banyak-banyak.. 
Hehehe...

Sambung lagi...
pasal makanan.


Kali ni,
Black Canyon!
Oh yeay!
First time juga..

Dannnnn...
Makanannya sangat ohsem!
Perghhh.. meleleh kejap bila teringat.. hehehe...


Kalau tak salah, namanya Pasta Thai Chillie kot. Ngeee.. Tak ingat namanya.. Tapi makanan yang di integrate kan antara dua negara.
Eh, Integrate pula!
Tersasul sebab research punya pasallah ni!
Combination of two countries. Itali dan Thailand!
Sangat ohsem!
Sebab cukup rasa dan sangat menyelerakan..


Yang ini pula steam rice with sambal udang kot.
Pun sodap juga...

First time makan dekat Black Canyon Coffee..
Marvellous..
Tapi since ada government tax dan service tax (6 + 10%), tak bolehlah nak pergi makan selalu. Sebulan sekali tu bolehlah kot.. hehehe..

Black Canyon Coffee ni dekat AEON AU2 Setiawangsa..
Wahhhhh...
Kelas kau Jahhhh...
rajin berbenor pegi AEON AU2 tu sejak dah tahu jalan..
Eh, ke sejak dah ada transport sendiri? hehehe...

Pendek kata, tak rugi pun cuba makan dekat Black Canyon Coffee ni.. (^__^)
 
 



Sudu + Garfu : Johnny's Steamboat

Assalamualaikum...

Ogenki Desuka?
Semakin lama, penulisan blog dah semakin ke laut. 
Aigoooo...

Apa-apa pun, hari ni nak kongsikan al-kisah di Johnny's Steamboat..
Jujurnya..
Ini pertama kali!
Eheh.. Apa nak heran beb? 

Sebenarnya dah lama dah kisah ni..
Tapi tahun ni lagilah..
Few months ago..
Kononnya nak mencuba..
And at least, i've tried!
Saya pergi dekat Johnny's Steamboat, AEON AU 2 Setiawangsa.


Kalau nak rate, mungkin saya bagi 2 dari 5 bintang.
Kenapa?
Sebab kalau nak tukar dari sup ke tom yam, caj dekat RM10?
Oh MMMMM GGGGG!!!
Saya memang kureng sket dengan soup ni.. Hehehe...
Kalau bihun sup utagha tu, chek makan.. Nyumm..nyumm..


 Kat Johnny's ni, kita boleh pilih nak set apa. Ada set untuk dua orang makan, 4 orang dan 6 orang makan. Dalam setiap set tu, adalah serba sedikit bahan-bahan untuk steamboat. Tapi kalau rasa tak cukup boleh request tambah. Jadi dia akan kira harga ala carte untuk setiap plate yang kita tambah.


Disebabkan masing-masing macam kebulur sangat sebab tak ambil lunch, pakatlah decide on side dishes!
Nasi goreng belacan beb!
Kihkihkih...


 Eh, yang atas tu tomyamlah! Hehehe...
Makanan tambahan..


yang ini ke?
Entah!


Total untuk dua orang, sekitar RM90++..
Tambah goverment tax 6% dengan service charge 10%, RM100++ jugalah untuk dua orang makan..

Untuk bukan penggemar steamboat macam saya, mungkin ini kunjungan pertama dan terakhir saya ke Johnny's.
Lagi prefer Seoul Garden sebab boleh BBQ..
Ngeee....

Jadi, lain orang lain citarasanya..
Ok! Daaaaa....
 
 
 



Makan-makan in the air~

Saturday, June 15, 2013

Hari ni nak ambil mood tulis tentang makanan Korea.
Korean cuisine.

Tapi sebetulnya, kalau nak baca lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia. Lengkap!
Sebagai mukadimah...nak kenalkan dulu dengan Hanjeongsik, a full course Korean Meal yang dihidangkan dengan pelbagai jenis menu sampingan atau disebut banchan.


Dari apa yang saya faham, Banchan ni terdiri daripada ratusan jenis side dishes yang dihidangkan di dalam bekas kecil untuk dikongsi bersama. Dan antaranya adalah kimchi (fermented vegetable), Namul (marinated vegetables), Bokkeum (dish stir-fried with sauce), Jorim (dish simmered in a seasoned broth) <- at="" boil="" by="" font="" looking="" simmered="" size="5" synonym="" the="" thesaurus="" to=""> Jjim (stimmed dish), and Jeon (Pan fried).

Antara banyak-banyak banchan,saya suka Kimchi. Seperti yang ditulis oleh Jamie Frater dalam artikel beliau yang bertajuk Top 10 Korean Foods You have to Try, Kimchi merupakan makanan yang wajib kamu cuba kalau berbicara tentang makanan korea!.


Nyumm..nyummm..Nyummy!
Masih teringat-ingat lagi makanan korea yang saya makan dekat Korea few years back.. Waaaa..rindu! Kumpul duit tak cukup-cukup lagini.. Gane nak g semula?? Huhuhu..
Tapiii...
sekarang ni rasanya dah falling in love dengan Bibimbap..
Kalau pergi area Korean Fusion, memang tak sah kalau tak beli Bibimbap.


Dalam artikel yang saya pernah baca, Bibimbap ni makanan sihat!.. Sihatlah kan kalau dipenuhi dengan pelbagai jenis marinated vegetables. Daripada tak gemar makan tauge, jadi in love dengan tauge! hehehe...
Sebab tauge dalam makanan korea, gemuk-gemuk tak macam tauge biasa. Nampak pun sihat!.. Hehehe...

Seterusnya...
Samgyetang. Atau bahasa mudah difahami Ginseng Chicken Soup. Yang ini saya pernah makan masa beberapa hari lawatan dekat Korea tu. Masa tu tak tahu pun nama dia Samgyetang. Kihkihkih.. Tapi, kalau dapat makan waktu winter, memang terbaik. Tapi setakat ni tak pernahlah lagi try makan dekat Malaysia. (^__^)




Amacam?
Tak terasa ke nak hirup kalau cuaca sejuk-sejuk tu?
Yang best tu, seekor ayam dalam mangkuk untuk untuk per dishes.
Nasi disumbat dalam tu.
masyuk kan?


Yang seterusnya adalah Bulgogi!. Marinated meat. Perghhhhh......
Kalau dapat makan yang dekat Seoul Garden tu memang rasa puaslah. BBQ sendiri meat tu. Makan pula ala-ala samgyupsal.
Tapi kalau tak salah saya, samgyupsal tu stand for Korean Pork Belly kan?
So, tak suruh pun makan pork.
Orang cakap ala-ala..
Samgyupsal wrap.



Dari tak makan salad, terus rasa sedapnya bulgogi yang wrap dalam salad ditambah pula dengan marinated vegetables, kimchi dan korean sauce.
Delicious!
Nyumm..nyum..nyummyyy!
Cara paling berkesan untuk galakkan orang yang tak makan sayur untuk makan sayur!.
Dan ini satu-satunya cara yang membuatkan saya pun makan salad tu!

Again!
No pork! No alcohol! No Wine!
Everything can be made in Halal version!
Itu yang penting kan?

Tapi..dalam banyak-banyak makanan Korea ni, ada juga yang saya tak suka..
Antaranya,Ddukppoki (spicy korean rice cake)..
Tengok dalam TV macam menarik..
Tapi bila makan, tak kena pula dengan tekak sendiri..




Tengok?
Terliur kan? Tapiiii... Eheh.. tak berapa nak kena dengan tekak orang melayu saya ni.. Huhuhu..
Atau mungkin tempat yang saya pergi makan tu memang masak tak sedap?
Kihkihkih...

Oklah.. itu je review pasal makanan. Lapar pula aih. Esok je lah cari makan dekat kafe kolej tu.. Lain kali kita review makanan negara lain pula.. Boleh?
Selamat malam you all semua..

Oh ya!
Gambar ni semua, kredit pada Prof.Google ok!
Semuanya saya curi dalam Image Google!
Bubbye!

 
 
    



Selera : Som Tam PRU

Saturday, May 4, 2013


Selera hari ini..
SOM TAM

Pernah dengar tak?
resepi asal saya jumpa dalam buku 1 hari 1 resepi.
dan seperti biasa,
kita derhaka je lah mana yang patut...
janji kena dengan selera sendiri...
weeee....




bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji mempelam muda

1/2 biji betik mengkal
udang kering
kacang tanah
bunga kantan
9 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besaq
3 sudu makan sos ikan
1 sudu gula
7 biji limau kasturi tanpa biji

cara memasak:

memula sekali, kupas kulit betik dan mempelam tu..
Lepas tu, racik memanjang kedua buah tersebut...
Tahu tak racik tu macam mana?
Hiris halus-halus..dan panjang-panjang..
Cili padi + cili merah + bunga kantan + bawang besaq dihiris halus..
basuh udang kering dan kacang tanah
lepas tu goreng tanpa minyak..
then, tumbuk kasar keduanya secara berasingan.

ni nak ajaq cara nak buat kuahnya pula..
Tuangkan 3 sudu sos ikan ke dalam mangkuk
Lepas tu, masukkan pula gula dan jus limau kasturi.
kacau sehingga hablur gula tidak kelihatan.
hablur?¿
eheh...

akhir sekali...
gaulkan kesemua bahan-bahan yang diracik dan dipotong halus tu dengan kuah yang dibuat tadi..
oh ye! sila rasa untuk ikut selera kamu ye!
akhir sekali, gaulkan bersama udang kering dan kacang tanah yang ditumbuk kasar td..



dan sedia untuk dimakan...
selamat menjamu selera!

Dan....
Selamat Mengundi semua!!!
Mengundilah dengan bijak!





A slice of SR cake hanya RM1!!

Saturday, March 16, 2013

Ini serius.. Bukan main-main!
Haaa.. betul.. Seringgit je untuk sepotong kek dekat Secret Recipe.
Murah habaq kat hang...
Tapiii...
Haaa.. tetap ada tapinya..


Ngeee.... seringgit untuk sepotong kek SR hanya valid dengan pembelian 2 a la carte main meals. DINE-IN!. Take away tak layan!.. Macam mana boleh tetiba terjebak ke Secret Recipe ni?

Haaa... semuanya gara-gara ni!


Tak tergoda ke tengok? Terus terasa-rasa nak makan kek Secret Recipe! Muahaha... Lepas maghrib, laju-laju pergi Wangsa Walk. Dekat situ ada Secret Recipe. Bila tengok menu, terfikir juga..

Kalau dinner makan kek je, tak mustahil kejap lagi lapar semula. Belek-belek menu.. Nyummy! Macam menarik je.. Ok, kek buat dessertlah.. Muahaha... Nak main menu dulu. Kuat makan sungguh! Belek punya belek...urmmm.. nak try yang inilah..


Japanese Soba!
Eh, kau demam ek cik Sara? Tak pernah-pernah nak order yang bukan-bukan.. (^_^)

Lepas tu order pula air ni!


Iced Honey Lemonade!

Haaa..sudah! Memang putus fius budak sorang ni.. Sebelum ni, dia juga yang anti dengan segala air yang ada lemon apatah lagi madu! Apakah? Hikhik...

Dan untuk dessert, saya pilih ini!


Chocolate Indulgence!

Nyummy!
Kenyang habaq kat hangpa..
So, in total kita cuma bayar untuk Japanese Soba + Iced Honey Lemonade + Curry Mee + Hot Tea Lemonade + RM1 for the Indulgence!

Murahlah kan? Selalu sepotong kek pun dah dekat RM7++ kan?
Haaa.. promosi ni cuma dua minggu je. Sampai 24hb Mac ni..
So, cepat! cepat!..
Pi dating dekat Secret Recipe nun!

Till Then,
XoXo..
 
 
 



KL Festival City Mall & Sakura Kristal

Tuesday, January 22, 2013

KL Festival City Mall dah berubah wajah. Ye lah.. nak sambut Chinese New Year pula kan.. Hari tu pergi, masih mood Krismas. Eh, macam dah lama tak pergi je KL Festival City ni.
Bukan jauh pun dari Hostel. Lepas office hour, redah jammed dekat depan Jalan Semarak tu, cross masuk hostel, exit dekat Sri Rampai masuk ke Setapak. And here it is. KL Festival City!

Niat hati pergi sini sebab nak cari takoyaki takotau! Hehehe.. Itu yang elok je berbaju kurung. Fresh dari lab! =D Lepas tu nak cari hong kong milk tea coolblog.. Dan ayam goreng uncle bob! Tapi end up... Takoyaki takotau + horlicks milk tea chatime + shinlin xxl crispy chicken + sakura kristal!


I'm in the middle. Tak lama lagi, Nisa pun nak kahwin juga.. sobs..sobs.. Lepas ni duduk dalam lab, saya dikelilingi dengan isteri orang! (-____-)"
Ok.. semoga aura itu sampai kepada saya juga.
Nak kahwin juga! Ahaks..
Eh, betulkan diri dulu cik Sara. Focus study.. Jangan ingat nak kahwin je! =P

Ahaks..
Berjalan punya berjalan, dok pening tak tahu nak makan apa. End up, berhenti depan Sakura Kristal. Ada kawan pernah cakap dengan saya western food dekat Sakura Kristal best. Tapi, saya tak nak makan western food. Sebab dalam hati dah aim nak beli ayam uncle bob (Kononya..)..
Hehehe.. tapi, end up we still masuk juga ke Restoran Sakura Kristal ni.


Makanan dekat Sakura Kristal ni memang best! Cukup rasa. Dan banyak! Fiu..fiu.. Sebu perut kitorang nak menghabiskan makanan depan mata. Kalau tahulah per servings dia banyak tu, memang kami kongsi je makan. =D

Er.. maybe next time..
Harga dia?
Affordable and worth it for that amount of food. 
Tapi, ada tax. Service charge + Govern tax..
Total about 16% charge! Fiu~

 

Jemput makan!! 
Ok.. Nak tido.. Oyasumi Nasai..

p/s: Tengah hari esok nak gerak balik Aloq Staq. Dah 22 hari tak jumpa mak dengan abah. Hehe.. alang-alang ada cuti maulid + thaipusam, mohler kita balik utagha.. Doakan saya selamat sampai ke kampung halaman ye! =D