De' Seoul : Part 1 _ Makan - Makan

Wednesday, December 29, 2010

Ingat tak lagi entrie sebelum ni? Saya ada bagitahu anda-anda semua yang saya pergi ke Seoul, Korea Selatan. Fly to Seoul. ('o,') 


Sebelum tu, Gomen Nasai...Sorry..Minta Maaf sangat-sangat sebab tak update apa-apa pun lagi pasal Seoul. Lepas balik dari Seoul, terus balik rumah. Kat rumah tak da internet pula nak update blog. Tapi, insyaALLAH saya akan update cerita De' Seoul tu nanti..


Entrie kali ni saya nak kongsikan dengan semua apa yang saya dan kawan-kawan makan dekat sana. Kebiasaannya, kami di bawa makan di Itaewon. Dekat situ ada banyak jugalah kedai-kedai makan yang halal. Sesuai untuk kita yang muslim.. Jom tinjau apa yang saya makan sepanjang 6 hari 5 malam di Seoul, Korea Selatan.


Inilah menu sarapan pagi kami. Lebih kepada makan Asia Barat. Saya pun tak pasti apa nama makanan ni. Sebab makan secara buffet. Ambil mana yang terkenan di hati. Ok lah. Boleh diterima perut.


Yang ini pula menu makanan tengah hari kami semua. Harga menu ini adalah sebanyak 4,500 Won. Kimchi boleh tambah bila-bila masa yang anda suka. Tiada cas tambahan dikenakan. Menu tengah hari ni kami makan di Kafetaria Dongguk University. Macam asam pedas pun ada. Tapi asam pedas kat Malaysia tetap yang terbaek..('o,-)*


Cuba teka apakah ini? hahaha..Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama makanan ni. Yang pasti halallah. Menu ni kalau tak silap harganya dalam 5,500 Won. Dalam tu ada seaweed, sotong, tauge dan salad. Boleh tahanlah sedapnya. Tapi kalau kena makan hari-hari, memang tekak saya tak boleh nak terimalah. Ini makan tengah hari kami masa dekat Korea University.


Haa..cuba tengok gambar di atas dan di bawah.. Inilah menu makan malam kami waktu di sana. Tak ingat dah malam ke berapa. Restoran ni pun memang superb! cantik. Indah. Dan menu yang dihidangkan pada kami malam itu adalah Dejazi Stelganop. Mula-mula ingatkan nasi ayam dengan salad. hehehe.. Tapi, ayam tu memang sedap. Delicious. Fantastic! Rasa nak tambah lagi je. 

Dan di bawah ni adalah Turkeyish Tea. Dihidangkan selepas kami selesai makan menu di atas. Teh ni sedap. Tapi panas. Melecur jugalah lidah nak menghabiskannya. Teh orang Turki minum dekat Seoul, oklah kan? Tak perlu melancong ke Turki untuk menikmatinya..



Besau nau ayamnya.. Hehehe..besarkan? Ini menu makan malam. Ginseng Chicken Soup. Sedap sikitlah daripada sup yang selalu kita makan tu. Uniknya makanan ni, nasi tu dok dalam ayam. Jadi, ada bahagian yang nasinya terasa macam mentah sedikit. Tapi keseluruhan menu malam tu memang best. Nak pula dapat hirup sup waktu-waktu sejuk. Lagi mantaplah. Memandangkan dekat Seoul ni tak dapat nak cari sambal kicap yang pedas kaw-kaw tu, kami gantikan dengan kicap + lada hitam. Pedaslah sikit. Kalau pergi sana, jangan lupa cuba menu ini ya!


Seterusnya, kita berkenalan pula dengan BBQ Korea. Dekat sana, dipanggil Kagouge. Maaflah kalau salah pronounce. Ada kawan kata sedap. Tapi, entahlah. Waktu ni selesema saya macam menjadi-jadi je. Semua yang masuk tekak rasa tak sedap. Jadi, saya makan tak habis. Tapi, melihat pada kesungguhan teman-teman yang lain menikmati hidangan ini, saya pasti ianya memang sedap. Jadi, korang wajib cuba kalau datang ke Seoul.


Dan menu terakhir kami di Bumi Seoul sebelum berlepas pulang ke Malaysia adalah Korean Steamboat. Macam tom yam sotong pun ada. Wahahaha... Nak tahu apa rasanya? Jom pergi Korea. Restoran ni terletak dekat Incheon, Duty Free Shopping Area. Kalau tak salah di situlah. 

Itulah dia makanan-makanan yang sempat kami jamah selama berada di Bumi Seoul ini. Kalau ada rezeki lebih, mungkin lepas ni boleh terbang lagi ke sana. Doakan.. Selamat menjamu selera pada yang belum makan.. Nak tahu kemana kami pergi? Nantikan di entrie akan datang.. daa..


4 comments:

sizuka[Izzati] said...

whoahhhh seronoknya sara pegi seoul!

s h e e said...

wahh...beshnyew g korea...jmp x pelakon2 korea yang faymos amos tu?

Cik Sara said...

Sizuka - Hehehe..memang best pun..tapi sedih sket tak sempat rasa snow turun dari langit..huhuhu

Shee - Realitinya tak jumpa tapi tengok mamat-mamat jambu korea pun boleh tergoda u.. hehehe...

shafiqabdshukor said...

sedap tu...
huhuhuhuhu