Assalamualaikum... Salam Satu Malaysia..
Pernah dengar pasal Baitul Muslim? Kalau tak pernah dengar, cuba search kat en.Google..mesti jumpa banyak info. Dan untuk julung kalinya, sebelum cuti aidiladha, sebelum paper final start dan semasa study week saya dan beberapa kawan pergi mengikuti Kursus Pembentukan Baitul Muslim (bukan Kursus Kahwin ye..) anjuran HALUAN JB.. Err...tak delah kursus 3 hari 2 malam ke apa.. Ye cuma kursus untuk sehari. Disampaikan dalam bentuk perkongsian dan pengisian. Banyak jugaklah fakta menarik yang saya peroleh. Biasalah, orang bujang.. Belum kahwin, bila dengaq ayat kursus kahwin, excited tak ingat.. Tapi bila dengaq pengisian Baitul Muslim ni, terduduk pikir sampai semput-semput.. hehehe..
Sebelum berceloteh lebih panjang seperti murai tercabut ekornya, meh ler saya kongsikan dengan korang semua 13 ciri-ciri Mendeteksikan Cinta. Pernah ditulis oleh Ibn Qayyim Al Jauziyah dalam bukunya yang bertajuk " Taman Orang-orang yang jatuh Cinta dan Memendam Rindu". Dan telah pun disusun semula oleh Kusmanwanti di dalam bukunya yang bertajuk " SMART LOVE". Walla..memang semart.. Terbaek punya..
**sumber google |
Ok, apa 13 ciri-ciri tu?? Meh buat semakan..
1) Suka memandang orang yang dicintai dengan memerhatikan wajah, tingkah laku, kesukaan dan kebisaannya. (Lebih kurang macam...Kalau sehari tak jumpa, ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang dan ecetra..)
2) Malu, berdebar-debar dan salah tingkah (serba tak kena) jika orang yang dicintai memandang atau menemuinya.
3) Banyak mengingat, membicarakan dan menyebut orang yang dicintai.
4) Memenuhi keinginan-keinginan dan perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya. (Kalau kekasih hati yang minta, cepat je dipenuhi walaupun jauh atau ada halangan lain.)
5) Bersabar atas gangguannya.
6) Mendengarkan nasihat orang yang dicintai. (Nasihat tu umpama pemberi semangat. Ibarat mempunyai 1000 telinga untuk mendengar dan 1000 otak untuk menyimpan. Nasihat orang lain, tolak tepi.)
7) Mencintai tempat atau rumah orang yang dicintai.. (Hehehe..berdebar-debar bila lalu depan rumah atau depan keluarga orang yang dicintai tu.. Tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun jadilah.. Tak pun, dapat tengok tingkap bilik pun oklah..)
8) Selalu ingin dekat dengan orang yang dicintai.
9) Mencintai apa-apa yang dicintai orang yang dicintai dan membenci apa-apa yang dibenci oleh orang yang dicintai. (Faham tak ayat ni? Ala, dulu masa bujang, single mingle giler suka makan masakan pedas, letak cili api bertan-tan pun boleh makan, tapi bila orang yang dicintai tu tak suka makan pedas, automatik sos tomato pun dikatakan pedas sebab warna merah.. ha..kalau explain macam ni faham tak?)
* Sumber Google |
10) Mahu berkorban untuk orang yang dicintai. (Lautan api sanggup ke redah..slogan bunuh diri namanya ini.. Yelah demi orang yang dicintai, diri terkorban pun tak pa.)
11) Cemburu (Cemburu itu perlu tapi kalau berlebih-lebihan akan membawa mudharat. Cemburu ni macam perasa dalam makanan. Kalau terlebih rasa tak sedap.. Tapi kalau kurang, tak rasa pape pula.. So, cemburu apa adanya..kerana cemburu untuk maknanya sayang.)
12) Suka Menyendiri. (Suka berkhayal sensorang.. Suka berimaginasi..dah berangan-angan duduk kat pelamin sama-sama...Menyendiri yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kita hilang kawan. Jadi, jangan sebab nak berkhayal kita jadi hilang teman..tak mau..tak mau..)
13) Menghindari segala hal yang boleh membuatkan hubungan dengan kekasih menjadi renggang.
Itulah 13 Ciri-ciri Mendektesikan Cinta. Bukan saya yang tulis. Sekadar menyalin semula apa yang ada dalam buku tu. Saya pun tak baca lagi buku "SMART LOVE" tu.. Ini sekadar apa yang disampaikan sewaktu Kursus Baitul Muslim tu.. Jadi? dah buat semakan? Adakah anda sudah jatuh cinta? Kalau ya, bagaimanakah anda menguruskan rasa cinta yang wujud di dalam hati itu? Kalau rasa ianya memudharatkan, cepat-cepatlah pergi berjumpa Kaunselor, Ustaz mahupun Ustazah..Mereka pasti sudi membantu.
Selamat Membaca dan Selamat Mendeteksi Cinta!
1 comments:
salam maal hijrah semoga hidup awak lebih ceria
Post a Comment