Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Korean Drama : Master's Sun

Friday, June 13, 2014

Master's Sun

Weeeee... Ke Korea ke kita?
Best juga Drama Korea yang satu ni. Tapi....Seeeraammmm..
Macam-macam jenis hantu keluar dalam cerita ni. Mahu tak seeerraaammmm??

Master's Sun ni kisah tentang seorang wanita, Tae Gong Shil atau dikenali sebagai Tae Yang (sun) boleh nampak dan berkomunikasi dengan hantu. Fiu~ Bayangkan korang boleh nampak apa yang orang biasa tak boleh nampak. Seeerrraamm kan??

Dan juga kisah seorang lelaki, Joo Joong Won yang tak boleh membaca disebabkan oleh trauma pada kes penculikkan yang berlaku 15tahun yang lalu. Hubungan antara Joo Joong Won dengan Tae Gong Shil? Hubungan sangan special. From strangers they become a lovers. Bila Tae Yang sentuh Joong Won, terus kelibat hantu tu hilang. 


Gambor? Dapat dari Encik google.

Menarik gak r cerita ni. Along the journey of both of them, misi Joong Won untuk tahu siapa dalang disebalik penculikkan diri dia 15tahun yang lalu. Tae Yang ni ibarat radar untuk dia berkomunikasi dengan hantu ex-girlfie dia yang mati dalam kejadian tu.

Uih, kalau nak cerita panjangggg.. Ce lah tengok sendiri. And Soundtrack drama ni best r.. Thumb up!!

 



Makan-makan in the air~

Saturday, June 15, 2013

Hari ni nak ambil mood tulis tentang makanan Korea.
Korean cuisine.

Tapi sebetulnya, kalau nak baca lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia. Lengkap!
Sebagai mukadimah...nak kenalkan dulu dengan Hanjeongsik, a full course Korean Meal yang dihidangkan dengan pelbagai jenis menu sampingan atau disebut banchan.


Dari apa yang saya faham, Banchan ni terdiri daripada ratusan jenis side dishes yang dihidangkan di dalam bekas kecil untuk dikongsi bersama. Dan antaranya adalah kimchi (fermented vegetable), Namul (marinated vegetables), Bokkeum (dish stir-fried with sauce), Jorim (dish simmered in a seasoned broth) <- at="" boil="" by="" font="" looking="" simmered="" size="5" synonym="" the="" thesaurus="" to=""> Jjim (stimmed dish), and Jeon (Pan fried).

Antara banyak-banyak banchan,saya suka Kimchi. Seperti yang ditulis oleh Jamie Frater dalam artikel beliau yang bertajuk Top 10 Korean Foods You have to Try, Kimchi merupakan makanan yang wajib kamu cuba kalau berbicara tentang makanan korea!.


Nyumm..nyummm..Nyummy!
Masih teringat-ingat lagi makanan korea yang saya makan dekat Korea few years back.. Waaaa..rindu! Kumpul duit tak cukup-cukup lagini.. Gane nak g semula?? Huhuhu..
Tapiii...
sekarang ni rasanya dah falling in love dengan Bibimbap..
Kalau pergi area Korean Fusion, memang tak sah kalau tak beli Bibimbap.


Dalam artikel yang saya pernah baca, Bibimbap ni makanan sihat!.. Sihatlah kan kalau dipenuhi dengan pelbagai jenis marinated vegetables. Daripada tak gemar makan tauge, jadi in love dengan tauge! hehehe...
Sebab tauge dalam makanan korea, gemuk-gemuk tak macam tauge biasa. Nampak pun sihat!.. Hehehe...

Seterusnya...
Samgyetang. Atau bahasa mudah difahami Ginseng Chicken Soup. Yang ini saya pernah makan masa beberapa hari lawatan dekat Korea tu. Masa tu tak tahu pun nama dia Samgyetang. Kihkihkih.. Tapi, kalau dapat makan waktu winter, memang terbaik. Tapi setakat ni tak pernahlah lagi try makan dekat Malaysia. (^__^)




Amacam?
Tak terasa ke nak hirup kalau cuaca sejuk-sejuk tu?
Yang best tu, seekor ayam dalam mangkuk untuk untuk per dishes.
Nasi disumbat dalam tu.
masyuk kan?


Yang seterusnya adalah Bulgogi!. Marinated meat. Perghhhhh......
Kalau dapat makan yang dekat Seoul Garden tu memang rasa puaslah. BBQ sendiri meat tu. Makan pula ala-ala samgyupsal.
Tapi kalau tak salah saya, samgyupsal tu stand for Korean Pork Belly kan?
So, tak suruh pun makan pork.
Orang cakap ala-ala..
Samgyupsal wrap.



Dari tak makan salad, terus rasa sedapnya bulgogi yang wrap dalam salad ditambah pula dengan marinated vegetables, kimchi dan korean sauce.
Delicious!
Nyumm..nyum..nyummyyy!
Cara paling berkesan untuk galakkan orang yang tak makan sayur untuk makan sayur!.
Dan ini satu-satunya cara yang membuatkan saya pun makan salad tu!

Again!
No pork! No alcohol! No Wine!
Everything can be made in Halal version!
Itu yang penting kan?

Tapi..dalam banyak-banyak makanan Korea ni, ada juga yang saya tak suka..
Antaranya,Ddukppoki (spicy korean rice cake)..
Tengok dalam TV macam menarik..
Tapi bila makan, tak kena pula dengan tekak sendiri..




Tengok?
Terliur kan? Tapiiii... Eheh.. tak berapa nak kena dengan tekak orang melayu saya ni.. Huhuhu..
Atau mungkin tempat yang saya pergi makan tu memang masak tak sedap?
Kihkihkih...

Oklah.. itu je review pasal makanan. Lapar pula aih. Esok je lah cari makan dekat kafe kolej tu.. Lain kali kita review makanan negara lain pula.. Boleh?
Selamat malam you all semua..

Oh ya!
Gambar ni semua, kredit pada Prof.Google ok!
Semuanya saya curi dalam Image Google!
Bubbye!

 
 
    



What time is it? : 2PM!

Thursday, March 14, 2013

LINE.
Salah satu medium sosial yang digerakkan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Korea Selatan. (Kalau tak salah). Ada masuk dalam surat khabar beberapa hari yang lepas dalam ruangan bisnes. Tapi, lupa nak snap gambaq. 

LINE ni macam WASSAP.. Macam VIBER.. Macam FACEBOOK juga. So far, saya suka guna LINE sebab LINE ada banyak icon comel yang boleh digunakan untuk eskpresikan rasa tanpa kata. Seperti WASSAP, LINE pun kena registerkan no.phone kita. LINE pun ada TIMELINE macam facebook juga. Boleh share gambar. Ha! Boleh juga follow LINE artis lain. For example, entah macam mana saya boleh ter"follow" 2PM punya LINE NAVER. Kihkihkih...

Hasilnya...


Perghhhh... Ini kalau peminat Fanatik 2 PM mesti dah terjerit-jerit.. Kawaiiii...=D.
Ooops! Saya biasa-biasa je. (^___^)*.

Dan yang terbaru :
"Happy White Day ~ <3 2pm="" 314="" 4th="" candy="" font="" hottest="" of="" people="" randomnly....="" send="" sweet="" the="">

By the way, Happy White Day tu apakah ya?
Tak pe..tak pe..nanti kalau rajin, saya tanya Prof. Google.. Jom layan gambaq depa buat wrap all the candies..




maknae~

Ok! Got to go! Jom..solat maghrib yok.. 



Best Vacation Photo Contest

Tuesday, January 22, 2013

Niat nak berceloteh dalam blog sendiri. Tapi macam tak tahu nak ulas isu apa. Sekali terjumpa Blog Contest ni. Weee...
Nama blog pun dah nak lebih kurang sama je.. =D

Ok! Back to the title..
The one and most memorable vacation i ever have...
It's here!

 
The best Vacation Photo!

Tak terasa pun rupa-rupanya hampir dua tahun telah berlalu selepas percutian yang sangat menakjubkan ini. 
It's s Winter Time at Seoul, South Korea.

Pada saya, percutian ini sangat-sangat memorable. The best among all the vacation i've been to. Nak menjejakkan kaki ke sini bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Usaha dan usaha. Pelbagai pahit manis yang kami lalui semata-mata untuk merealisasikan percutian ini. Percutian ini adalah di bawah tiket Program Global Outreach Program anjuran pihak universiti. Maksudnya, setiap mahasiswa diperuntukan sejumlah wang untuk ke negara-negara luar Malaysia. Maksudnya, kalau perbelanjaan melebihi peruntukan, tambah duit sendiri. Dengan syarat,  ada lawatan ke beberapa buah universiti di tempat yang hendak di lawati.

Dan atas inisiatif seorang kawan yang menjadi penggerak, Seoul Korea menjadi pilihan kami semua. Percutian ini telah kami realisasikan pada Disember 2010. Ketika itu, Seoul sedang mengalami musim sejuk. Itu yang menjadikan percutian ini lebih istimewa. Menikmati winter di negara orang walaupun hanya untuk 7 hari. No . 5 hari. Dan lebih menyeronokan bila ini merupakan percutian beramai-ramai sesama rakan sekuliah.

Banyak juga tempat menarik yang sempat kami lawati. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat kimchi. If you are k-pop fans, you know well about Kimchi. And at that moments, k-pop are not so well known as it is today. Saya sendiri baru pertama kali bertemu kimchi ketika di South Korea. Dan itulah permulaan kepada segala jenis korean dishes yang cukup saya gemari hari ini. Oh ya! Dalam percutian ini juga, kami semua berpeluang untuk menggayakan hanbok! Pakaian tradisional masyarakat Korea. Selain itu, kami juga di bawa ke Ski Resort. Kami di bawa juga berjalan-jalan ke Namsan Traditional Village, Itaewon (for halal food), Gwancheon Science Museum, Dongdaemun and more places..


Ukhuwah fillah abadan abada..

Inilah kisah percutian yang paling menarik dan paling diingati bagi saya. Kawan-kawan yang lain macam mana pula? Ace kongsikan dengan kami semua. Mana tahu boleh dijadikan tempat percutian seterusnya.. =D

The best Vacation Photo for the Best Vacation moments..
 
Tarikh tutup telah dilanjutkan.. Kalau nak join contest, bolehlah ke sini:
http://cheriterazanyra.blogspot.com/2012/12/best-vacation-photo-contest.html
 
  
 



Time passes....

Saturday, January 19, 2013

things change...
but memories will always stay where they are,
in the heart... =)

 


\

 

 




Inilah kemanisan dan keseronokan semasa bergelar mahasiswa ijazah pertama. 
Masa mungkin berlalu meninggalkan kita..
Tapi, kenangan akan sentiasa ada...
Di dalam hati kita..

Gambar-gambar ni, ambil dari koleksi ribuan entah berapa banyak kamera pun tak tahu dah. Dari kamera siapa pun tak pastilah.. Tapi, interesting shot!

Dalam gambar, ada lagu..
I miss them. I miss there.. I miss all.. =D 


 



Gangnam Style???

Thursday, August 30, 2012

"Gangnam Style?
Apakah?


Serius tak faham... Cumanya nampaklah Jaesuk dengan Kwangsoo. Eheh..
Gilerlah berapa juta view.. 
Siap dah masuk dalam Wikipedia lagi tu..
Sedangkan baru je release dua bulan lepas...

Ini yang ditulis encik Wikipedia:
"Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district, an affluent and trendy area of Seoul. The music video depicts Psy dancing at various locations in Gangnam.[6] The song's theme is about "the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild."
Nak lagi? Pergilah search.. banyak oooo dekat tenet tu..

p/s: oooooo... ini ke gangnam style yang disebut-sebut orang.. Ingatkan apakebendanyalah.. Eheh..
Sekali dengar, bolehlah.. Nak dengar dua tiga kali...adoi!
Kang dok "Oppa Gangnam style...ooooo..."
Hahahaha...

Selamat pagi Isnin khamis semua.. Eh, esok cuti! Salam Kemerdekaan..
Janji Ditepati.. Kalau dah berjanji, ingat-ingatlah ye.. ^^,
Sebangsa, Senegara dan 1 Malaysia! Muahaha...
Se mean 1!
MERDEKA!



Korean Drama

Friday, August 10, 2012

Semakin lama, semakin layan pula tengok cerita korea ni. Paling latest, tengok cerita The King 2 Heart. Dan jatuh cintalah sekejap dengan Lee Seung Gi dan Han Ji Won tu.. Ahak.. Tapi... malam ni nak shortcut or shortlisted kan few drama korea yang berlatar belakangkan sejarah macam zaman dinasti Joseon macam tu lah..Korean Historical Drama.. Eheh.. drama sejarah melayu tak nak tengok pula kan? ngeee...
Jom, tengok...

1. Dong Yi
Dah tengok! Best! Lebih kepada CSI zaman Dinasti Joseon. Crime Scene Investigation.  Macam mana Dong Yi boleh guna cuka untuk kesan cap jari pesalah laku. Dan up to all, mestilah pasal perebutan kuasa. Ye tak? Bila commoner kahwin dengan raja, then lahirkan anak lelaki. Haaa... perebutan kuasa yang penuh konflik. Episode dia, dekat 50++ kot.. Perghh... lelah nak tengok sampai habis. Banyak juga yang skip. Cuma yang pasti, Dong Yi ni insist nak siasat juga sebab nak buktikan yang ayah dan pengikut-pengikut ayahnya tidak bersalah dan difitnah oleh golongan bangsawan yang tidak berhati perut. Dari situ, satu persatu salah laku pegawai tinggi istana.

  
2. Dae Jang Geum (Jewel in the palace)
Ha! Dah tengok juga. Best! Sangat-sangat. Yang ini lebih kepada seni makanan dan perubatan. Perghhh... tengok cara penyajian dan hidangan makanan tradisi korea, boleh bikin mata terjojol keluar sekejap. Sangat cantik. Dan sangat warna warni. Tengok rasa nak makan! Ehehe.. Rasa belakang kira. Yang penting macam mana nak memasaknya tu. Dan menghidangkannya. Ice noodle? Masak guna air bukit? Dalam drama ni pun ada juga kisah perebutan kuasa antara East dengan west lah.. And so on... Konflik yang tak sudah. Yang ini pun penat kot nak tengok sampai habis. Ada je yang di skip. Nak ulang tengok?? Perghhh.. Cukuplah hambo layan dekat Maadu.com time cuti dolu-dolu. Tak emboh dah..Walaupun cerita best, tapi panjang! Take a lott of time.. Hambo dah ler tak banyak sangat masa nak goyang-goyang kaki sambil tengok cerita.!


3. The Princess' Man
Yang ini pun dah tengok juga. Tapiiii... ingat-ingat lupa! Pasal Adik bunuh abang sebab nak naik takhta. Nak jadi Raja. Tapi gunakan kezaliman yang akhirnya meninggalkan dendam dalam hati. Nak dijadikan story, anak perempuan adik yang jadi raja tu jatuh cinta pula dengan anak lelaki perdana menteri kepada si abang yang turut dibunuh sebab nak rampas throne! Dasat! Membunuh je semua. Guna pisau panjang. Err..sword! Pedang!.. Apa jadi dengan kisah percintaan diorang ek?? urmmm.. g lah korang layan sendiri. Cerita ni pendek je. Banyak sangat tengok cerita korea, dah tak ingat jalan ceritanya.. ehehe..


4. Queen Seon Deok
Tak pernah tengok lagi!

5. Hwang Jin Yi
Samalah. Yang ini pun belum lagi!

6. Yi San
Hahahaha... cerita apa ni ek? Dengar OST je.. drama belum di layan lagi

7. Deep Rooted Tree
Samalah juga yang ini...

8. The Moon That Embraces The Sun
Haaa.. yang ini I tengok. Best! Ketamakan nak jaga kedudukan yang akhirnya membawa kepada kezaliman kepada crown princess. Dalam nak mencari kebenaran di sebalik kematian crown princess ni, crown prince yang dah besar dan ambil alih tahta yang seterusnya jadi raja tu, secara diam-diam cuba cari kebenaran.. Ala-ala, cinta sejati.
Urmmm...overall best.. cam eksaited nak tengok what would happen next. Pelakon dia pun marbellous.. Kalau bohsan, tak tahu nak buat apa, cerita ni pun best juga untuk dilayan!


 
9. Sungkyunkwan Scandal
Kisah tentang pendidikan tinggi zaman dinasti Joseon kot. Yang mana suatu ketika dahulu, perempuan ni ala-ala forbiddenlah dari menuntut ilmu walhal bukannya semua lelaki tu nak sangat tuntut ilmu. Dalam cerita ni pun ada pasal perebutan kuasa dan hieraki masyarakat. Ada kastalah. Kumpulan bangsawan dan kumpulan bawahan. Yang menariknya, macam mana this girl, survive dalam Sungkyunkwan tu dan menjadi pelajar terbaik.. Wahhh...
Seronok!



Haaa.. mesti macam pelik kan? tetiba post pasal cerita korea. Muahaha.. Saya suka tengok cerita historical ni.. sebab baju-baju dia, baik lelaki mahupun perempuan, sangatlah menutup aurat! Eheh.. Satu lagi, historical story especially pasal royal family ni, sangatlah protocol! Serba serbi kena ikut aturan, dan susun kata kedengaran sopan. Weee... Dan yang best, baju diorang cantik! Kain sutera cantik tu.. Yang perempuan, hanbok dialah.. Walla.. Gorgeous woo... Kalau beli kain tu buat baju kurung, mesti cantikkan? kurung moden pakai raya ni..=)..

^^,..

p/s : baru selesai majlis khatam quran.. nanti i cerita ok.. Gambar kena upload dekat bilik sebab ambil gambor guna tepon je..=)




Berbukit-bukit menapak

Saturday, June 9, 2012

Annyeong! \(^___^)

Eheh... hari ni berjalan sungguh saya. Ye. Sungguh-sungguh. Sampai nak tercabut kaki ni.. Ahaha.. Selalunya naik LRT guna Kelana Jaya Lane je. Kekadang guna Sri Petaling Lane sebab nak g Plaza Rakyat. Untuk hari ni, kitorang try Monorail pula. Weeehaaa... Monorail ni pendek sikit daripada PUTRA dengan apa lagi satu tu ek? Hehehe..Ha! Star!. Dari stesen LRT Sri Rampai, kami turun dekat Stesen Dang Wangi. Tokennya, tak ingatlah pula berapa ringgit. RM 2.00 seorang kot. Dari Stesen LRT Dang Wangi tu, kenalah menapak sikit untuk sampai ke Stesen Monorail Bukit Nanas. Menapak beberapa tapaklah juga.. AHahaha...

Dari Stesen Monorail Bukit Nanas tu, kami pergi ke Stesen Imbi. 1st destinasi kitorang adalah Berjaya Times Square. Eheh. Jenjalan dulu dalam Berjaya Times Square tu. Sompatlah juga snap 3 helai pashmina 2 tones. Biasanya beli pashmina satu RM10. Kali ni dapat 3 pashmina RM25. Mahu tak sambor?? Eheh.. Lepas tu berjalan dan berpusinglah dalam Berjaya Times Square tu sampaikan kitorang ingatkan kitorang berjalan dekat tempat yang sama je walaupun dah turun escalator. Semuanya gara-gara kedai ShoeObsession yang ada dekat 2 aras tu.. Huhuhu.. Oh! Lupa pula. Pagi tadi breakfast Nasi Marrybrown. Buat pengisi perut!

Dah puas berjalan dalam Berjaya Times Square, kitorang menapaklah pula ke Plaza Low Yart. Ha! Peminat computer gadget mestilah "giler" masuk sini. Telefon pintar di setiap aras. Sabau ajelah hambo tengok! Nak beli, tak mampu. Nak simpan duit beli kereta dulu. Telefon yang dok ado ni baguih lagi fungsinya. Bak po nak tukarkan? Janji yang dekat kepala tu dah cukup pintar. Wahahaha... Done with Plaza Low Yart, naik Monorail kat Stesen Imbi tu untuk turun dekat Bukit Bintang pula! Nak pergi Pabillionlah!!! Eh, pelat pula. Nak pergi Pavilion. Nak cari Korean Cuisine! Eheh..

Sampai Pavilion...Wallaweh, ramainya umat manusia. Macam-macam jenis ada.. Tak tahulah berjenis ke tidak..=D.. Malas nak ambil port. Cari food court lagi baguih. Perut nak kena isi. Food Capital ek nama foodcourt dia? Ke, Food Republic. AH,apa-apo jalah.. Dekat situ ada Korean Food! Yeepie! Terus beratur untuk order. Itu pun puas pikir nak makan apa..Sudahnya... Haaa... Layan gambar jelah ek, tengok apa yang kitorang order.

 


 
Not badlah.. sedap juga.. Harga pun affordable. Affordable doesn't mean you can eat them everyday. Bagi kami, affordable untuk makan sekali sekala sahaja. Kalau hari-hari, kopaklah poket duit tu. Bukit kalau hari-hari tarah, gondol juga beb.. eheh.. OK. Last, haruslah gambor sendiri! Kihkihkih.. Nyum..nyum..


Perut dah kenyang, jom kita jenjalan lagi! Hahaha.. Selesai dekat Pavilion tu, jenjalanlah masuk LOT 10 tapiiiiii.. apakah? Memang LOT 10 tu ISETAN je ke? Adoi! Tak bestlah.. Terus keluar pergi Stesen Monoreil Bukit Bintang tu. Next Station? Bandaraya.. Wee... Ha! Mesti boleh agak kan?? Yes! Sogo! Wahahaha... Destinasi jalanan yang tak sudah!. Tak lama pun dekat SOGO tu. Kaki dah lotih. Rasa nak tercabut dah kaki ni.. Huhuhuhu..

Then, from SOGO ambil semula LRT dari Bandaraya, exchange Lane dekat Masjid Jamek dan teruskan perjalanan ke Sri Rampai. Home sweet home..Eh, silap.. Hostel sweet hostel! Hahahaha... And now? Time for rest. Tomorrow?? Kemas bilik, cuci bilik (?), sambung buat paper, research, bla bla bla..

Today journey:
KSJ -> Sri Rampai -> Dang Wangi -> Bukit Nenas -> Stesen Imbi -> Berjaya Times Square -> Stesen Imbi -> Stesen Bukit Bintang -> Pavilion -> Lot 10 -> Stesen Bukit Bintang -> Stesen Bukit Nenas -> Dang Wangi -> Masjid Jamek -> Bandaraya -> SOGO -> Bandaraya -> Masjid Jamek -> Sri Rampai -> KSJ.

Fuh!!.. Yang Hijau tu PUTRA, Merah untuk MONORAIL, Ungu untuk STAR. Hijau Bold untuk Interchange Station!.
 
Good nite everyone!! Oyasuumi Nasai Minnasan~



Running Man High School

Annyeong!

Eheh.. Yay! Dapat makan korean food hari ni. 4 item around RM48.00++ with gov tax. Oklah tu.. Makan korean food yang tak jumpo maso g Korea hujung tahun lepas. Eh, salah.. hujung 2 tahun lepas. Eh, dah lamalah! Ingatkan baru hujung tahun lepas.. Aih, kisah dengan gambaq nanti kita share lain entrie ok! Hari ni nak share biodata Running Man High School. Hahaha..


Sesuka suki je bagi title sendiri. Saya rasalah.. Rasa je ek. Tak konfem betul ke tidak. High School ni untuk episode 98 nanti. Tapi, apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa lagi yang nak dibawa produksi team Running Man!..

Sparta Kook dengan Ace Jihyo, pasangan yang best. Cepat dan pantas je solve problem. Tapi... Dalam pantas dan cepat tetap "Mong" juga. Tengok tak episode 97 hari tu? Macam manalah dia boleh tak caution yang "Song" tu highly refer to her. Ditambah pula dengan klu "H" yang Gary jumpa tu. Hahahaha...

Eh, oklah.. Nak nonton story yang Remy Ishak belakon tu.. Yo!..  



Sungkyuwan tu apa?

Sunday, May 27, 2012

entah!.. hahaha...

tapi sungkyukwan Scandal tu tahu. hot drama.. ngee.. tang cerita korea, memang layan sungguh!.. jom layan satu scenery ni.. Kalau terror, meh habaq mai drama atau filem korea apa je yang pernah buat setting tempat cam gambar kat bawah...



Oyasumi Nasai minnasan~



Comel kan?

Thursday, May 10, 2012



Comel kan? 
Peminat We Got Married mesti tahu..
Suka tengok Goguma Couple..
Sekarang, sambil-sambil siapkan slide untuk pre-proposal defense esok, layan juga Lettuce couple pula.. Kah kah kah.. Kalau rasa nak have fun, freely. Do enjoy the show. Dengan ikhlas kita akan ketawa. Bukan lagi ketawa yang di cover-cover atau dibuat-buat.. Hahaha...

Awet mudalah gini kalau senaman ketawa yang positif selalu..=D




SNSD punya pasal....

Saturday, April 7, 2012



Cerita dah basi. Tapi tak kira, nak tulis juga. Nak! Nak! Nak!.. Sebelum ni ada tulis pasal Girls Generation dekat KLCC. Tapi, masa tulis entrie tu, belum terjah lagi KLCC. Keterujaan nak jumpa retis Korea telah membawa saya dan kawan sekampus menerjah KLCC elok je lepas asar. Ahaks.. Sebelum tu, awal-awal nak bagitahu yang kami pergi ke KLCC menggunakan kenderaan awam a.k.a PUTRA dan Touch n Go. Kenapa? Haaaa...panjang ceritanya..

Around 5.00pm, lepas solat Asar kitorang tunggu teksi depan kolej. Gilerlah kalau nak drive ke KLCC tu.. Mahu tempoh kesesakan lalu lintas je dekat Jalan Tun Razak dan apa ntah lagi jalan area Setapak tu. Dari kolej, ambil teksi ke stesen LRT Sri Rampai. Yang paling dekat lah tu. Touch n Go into the PUTRA. Tak sampai setengah jam, kitorang dah menjejak ke KLCC ni. Awal lagi kan? 

Kitorang pun pusing-pusinglah KLCC tu, konon-kononnya nak cari dekat mana sebenarnya pentas yang dimaksudkan itu. Tapi, yang kitorang jumpa hanyalah skrin besar dekat tengah-tengah tasik. Ooooookkkk.. Betul ke tidak SNSD datang Malaysia ni? Dekat satu sudut, adalah sekumpulan budak-budak remaja yang pada hemat saya peminat kipas susah mati(?), die hard fan(?) SNSD.. Pink gitu... Siap bawa gambar retis korea tu lagi.. Wa tabiklah sama korang-korang.. Kenapa? Sebab saya minat gitu-gitu je.. Idaklah sampai nak berabis untuk retis-retis tu..=D


Rupa-rupanya, pentas untuk SNSD berkonsert tu on the other side. Dekat dengan Dewan Philharmonik Petronas (?). Keluar je pintu KLCC tu....... Perghhhhh.... ribuan manusia. Pakat dah beratur nak masuk kawasan berbayar. Dari sisi pentas di luar lingkaran berbayor nampaklah sekumpulan wanita tengah dok nari-nari sambil sound check atas pentas tu.. Wohooo... Itukah mereka??? Tapiiii, aih malaslah eden nak bersesak, berebut semata-mata nak melihat.. Habis kang tersentuh sana sini. Dah nampak dari jauh pun jadilah. Konsert? Layan dekat skrin besar sudahlah. Ate, nak kena pergi solat maghrib dulu.. Karang kalau dah bersesak dan dengan jayanya dok depan-depan, kena juga berundur ke belakang untuk pergi solat.. Moleklah kalau bersolat dulu~..

KLCC hari tu sangat full.. Bukan ribuan tapi puluh ribu dah rasanya. Dekat Signature penuh. Dekat surau pun penuh beb! Sudahnya, bergegas ke Masjid As-Syakirin yang tak jauh dari KLCC tu. Konsert SNSD start lepas isyak. Elok sangatlah tu. Daripada pergi bersesak, layan jelah dekat Skrin besar tu. Awesome juga apa. Sedor diri tak bertiket.. Makanya, kita layan je apa yang ada... Yang tak boleh blah, dekat area depan skrin besar tu pun, manusia penuh! Ramai giler. Tapi layan~...

Satu je yang tak best! Bukan setakat sound system tak baguih. Visual Screen system(?) pun benar-benar menaikkan amarah! Hikhikhik.. Tahulah kami ni penonton di kawasan public area a.k.a free access area, tapi agak-agaklah.. Tengah-tengah SNSD nyanyi joget-joget tu, boleh pula tayang gambaq KLCC dekat skrin tu.. Mahu hangin kitorang! Setakat KLCC tu, kalih belakang dah nampak!..

Lebih kurang setengah jam jugalah Girls Generation nyanyi joget-joget atas pentas tu.. Antara lagu yang diorang nyanyi dan joget-joget :- The Boyz, Genie and Mr.Taxi and Hoot~.. Habis je persembahan SNSD, semua angkat punggung blah beb! Hahaha.. Meskipun lepas tu masih ada persembahan artis omputih. Masa nak balik ni lagilah tak boleh blah..

Kan dah kata tadi, kitorang naik pengangkutan awam a.k.a PUTRA. on da way nak ke stesen LRT KLCC yang underground tu, terpaksa tempoh kesesakan umat manusia! Adooi! Tengok konsert tak adalah bersesak pun.. Nak balik pula yang penuh sesak. Dahlah jalan underground tu bertutup tiada saluran udara. Manusia pula dah macam sardin dalam tin! Penuh!. Panas! Tersangkut pula dalam laluan underground tu!..

Mujurlah pakai Touch n Go kan?? Selit dekat tepi-tepi tu, dan akhirnya berjaya juga tembus ke train. Sesak sebab orang nak membeli token!.. Aigoooo.... Tapi, overall enjoy the concert.. Berbaloilah kan sebab tengok percuma. Kalau nak tengok face to face dekat-dekat, kenalah melabur beli tiket.... Errr.. may be next time? Super Junior? Hik hik hik..

Cerita dah basi tapi masih segar di ingatan. Sebab!!!! Nak tengok SNSD punya pasal, sampai terperangkap di laluan bawah tanah menuju ke stesen LRT KLCC..ahaks..~

Isy..isy..isy..  

 



Home Survival 1 : Let's cook Ramen/ Maggi style

Saturday, January 7, 2012

Konbaawa minnasannnn...

Home survival Part 1 : Jom memasak maggi.
Rasanya ramai yang dah tahu tentang ini kot. Tapi, since saya baru je terjumpa...Sajalah nak kongsikan disini.. Selalunya kalau nak masak mi segera ataupun maggi dekat hostel, kita masak air panas lepas tu masukkan maggi kan? Jom tengok..


Haaa..setylelah.. masak maggi guna iron.. First time den tengok..(^____^)

p/s: Nak layan Dream High pula..Weee... Oyasumi minnasann..



Kenapa Kpop?

Friday, January 6, 2012

Kenapa KPop? Urmmm.. kenapa ye? Perlahan-lahan koleksi muzik KPop semakin bertambah. Dan yang lebih penting, bukan mp3 tapi MV ataupun konsert. Itu yang disimpan. Kalau dulu DBSK sekarang SuJu pula. Kalau dulu Mirotic sekarang Mr.Simple. Tapi....

Dulu-dulu saya suka tengok etnik kreatif. Daebak! Persembahan kalau tak penuh pentas, memang tak sah. Memang awesomelah pada pandangan mata saya. Sekarang ni dah suuuusah sangat nak tengok persembahan etnik kreatif ni. Kalau ada pun, boleh jadi halwa telinga jelah.. Kalau perlukan ketenangan, konfemlah layan nasyid tak pun koleksi zikir yang ada.. Tapi kalau mengantuk, laju je pasang kpop!.. Heee...

Lagu Inggeris?? Naaa.. macam mana saya tak brape suka belajar bahasa Inggeris, begitulah juga jadinya kepada lagu Inggeris ni.. ahaks.. Bo layan... Beberapa sebab kenapa KPop:



1. Muzik dia rancak.
Walaupun certain muzik, if kita dengar bunyinya macam sama je sebagai contoh intro untuk lagu Keep Your Head Down(DBSK) dengan The Boys(Girl's Generation). Tak tahulah kebetulan atau diorang tak perasan tak pun memang trademark SM Entertainment tu.

2. Lirik lagu more kepada realiti dan dekat dengan penyanyi tu.
Haa... saya dengar bukan main dengar je ok. Saya tengok juga English translation untuk lagu-lagu tu. Nak story one by one pasal lagu tu, memang maaplah.. Tak cukup masa nak khatamkan semua..=D.. It just, lirik lagu diorang mix dengan english sket. So, quite easy to understand and follow the song.



3. trademark
Dalam lagu yang diorang nyanyi tu, mesti ada selit nama kumpulan tu. Sebagai contoh untuk lagu Keep Your Head Down (DBSK), ada part "U-Know Time"... Refer to U-Know Yunho, leader DBSK tu. Dan untuk lagu Super Man, Mr.Simple, dan Acha (Super Junior), konfem ada SuJu or Super Junior dalam lirik lagu tu. So, orang lain memang tak buleh nak nyayi lagu tu melainkan kumpulan itu sendiri. dan lagu Acha, pada saya merupakan lagu buat peminat SuJu iaitu ELF. Lagu untuk SuJu dan ELF. Rasanyalah..

4. Large Scale Performance
Haaa... part ini paling-paling saya suka. The song and the choreographer make us want to dance too.. Serious. Sebab tu kalau ngantuk, saya suka pasang muzik KPop. Segar terus mata.. Kaki pun ikut gerak-gerak.. Hahaha... Daripada mata tak larat nak buka tu, terus straight ngadap skrin 5 minit. Pastu kembali fokus ke bahan bacaan. Dan...persembahan mereka sangat kreatif dan yang paling penting sangat BERTENAGA. Sebab tu yang melihat ikut berTENAGA!.



Noted: Saya baru je berjinak-jinak dan berminat dengan KPop dan Korean Movie yang lain setahun yang lalu iaitu selepas sekembalinya dari GOP ke Korea. So, idaklah sampai jadi Die Hard Fans(?).. It just, saya enjoy dengan muzik KPop.. Not soooo fanatik to them.. And bukanlah bermaksud tidak menyokong industri muzik Malaysia. Tidak-tidak. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tanah air sendiri. Err..ada kaitan ke? 


Dan sebenarnya... Variety show yang banyak buat kita rasa nak dengar lagu KPop ni. Sebagai contoh tengok guest yang datang dalam Family Outing dengan Running Man. Memula tengok je.. sudahnya berlarutanlah mencari dan menggoogle lagu-lagu mereka. Itu yang tetiba boleh layan Loveable..Heee...



Demam Korea lagi???

Wednesday, January 4, 2012

Hohohohohooooooo.......

Apsallah dua tiga menjak ni dok mengarang benda pelik-pelik ni? Aisyh.. stop it! Baik...

Haaa... Dulu layan Khuntoria kan? Sekarang kita layan Teukso pula.. Running Man? Isy, layan lagi beb.. Tapi Teukso macam lagi menarik je.. Lucu.. Romantik habis.. Agagaga... and cute!.. Seharian ngadap journal dekat lab(?).. Bila balik bilik haruslah mencari sesuatu yang tak berapa berat untuk fikiran kan? Nak baca buku..dah lama tak shopping buku.. Ongkos tak masyuk lagi.. Dalam erti kata lain, dekat bilik tak ada buku.. Terbaik!!!.....


Teukso? Lee Teuk and Kang So Ra... So Ra shii....
Sambil-sambil layan variety show We Got Married ni, sambil-sambil tu belajarlah juga bahasa Korea tu..Fail punya budakkan? Bukan nak belajar-belajar tengok cerita omputih sekaligus blajar bahasa orang putih tu.. Tapi nak juga ngadap cerita korea cenggitu.. Entah! Honestly, saya tak suka sebenarnya belajar bahasa Inggeris. Terpaksa. Yolah. Dah namanya dalam kurikulum pelajaran kat Malaysia ni kena belajar bahasa Inggeris kan? Wajib. Takkan nak fail sebab bahasa inggeris? Tapi memanjang tak dapat straight A sebab ada subjek bahasa Inggeris ni.. Eh, melalut sudah...


Lee Teuk shii ni ketua kumpula Super Junior. Ok! Sebetulnya, tak pernah suka pun Super Junior atau SuJu ni.. tapi bila tengok WGM Teukso, macam tertarik pula. (-o,^)".  Kecomelan mereka berdua membuatkan kita yang menonton tak kering gusi.. Melekakan? Terpulang pada individu itu sendiri.. Kalau kamu lekakan ia, maka melekakanlah benda ni.. Kalau take it as hiburan waktu lapang, maka terhiburlah kamu tanpa melekakan masa kamu.. betul tak??

Isy, tak sabaq nak tunggu next episode.. Mereka dapat ghumah!!..Hehehe... layannnn