Hari ni saya nak tunjukkan perbezaan antara gambar yang dirakamkan menggunakan OLYMPUS FE-360 dengan gambar yang telah selamat di'EDIT' menggunakan Perisian Adobe Photoshop CS3. Sejak berjaya install CS3 dalam laptop, saya kerap bermain dengannya. Tukar sana-tukar sini. Crop sinun, Crop sinin. Dan akhirnya ada hasil yang memuaskan. Ada hasil yang.....ala..malas nak cakap..bukannya expert lagi kan? baru beginner. Kalau masuk resume pun boleh letak rating 3.5 je dari 10. Apa kata anda yang tolong decide. Mana satu yang kelihatan indah. Yang asal atau yang dah diedit atau kedua-duanya sekali?
Lokasi Pengambaran : Perkarangan Stadium Alor Setar
Event : Laman Orkid
Tarikh : 17hb Disember - 27hb Disember 2010
Gambar 1 : Orkid Kuning.
Untuk hiasan. Ini Kekwa.
Gambar 2 : Orkid Ungu
Inilah wallpaper laptop saya sekarang. Saya suka orkid. Dari dulu sampai sekarang.
I love orchird..
Gambar 3: Orkid Ungu sebelum dan selepas
Gambar 4 : Orkid Ungu Merah
So, antara 4 gambar ni, mana yang rasa-rasa korang the best pic? Tak kesahlah yang telah diedit atau tanpa apa-apa editing.
Sempat jugalah saya beli 3 anak pokok bunga orkid ni. Ok. saya pick je. My mom yang bayar. Beli anak pokok murah sikit. 3 anak pokok RM10. Macam beli barang kat pasar malam tu.. 3 barang RM10! Kalau beli yang dah berbunga ada yang dekat RM20-RM50. Tak pe2.. Saya dan mak cukup sabar nak tunggu anak pokok tu berbunga lagi 2 tahun.
Angan-angan : Nak buat satu laman orkid dekat rumah saya sendiri. Jadi, mulai sekarang kena cari kerja, kumpul duit, beli rumah. Boleh buat taman orkid kat tepi rumah untuk koleksi bunga-bunga orkid kegemaran saya ni. Kalau ada duit banyak, satu pokok saya beli untuk mak, satu pokok lagi untuk saya. Amin..
4 comments:
aku pun borong macam2 kt festival orkid tu =)
hehehe..nak borong banyak2 tak cukup laman rumah plak nak bercucuk tanam..hehehe.. Nanti bleh minta MBAS anjurkan lagi mende ni,.bleh borong lagi..hahaha
TQ jenguk akak..akak followed.
Suka bunga2 :-)
mengapa tidak:)
Post a Comment